Perasan tak ada masanya bila kipas dah lama guna, pusingannya jadi perlahan walaupun dah pilih kelajuan yang maksimum. Bila dah perlahan macam ni, mulalah rasa dah rosak dan nak tukar kipas baru je. Sebenarnya sebelum nak beli lain, cuba baiki dulu tukar Capacitor kipas. Kos pun baru RM5, jimat buat sendiri.
“Kipas siling slow ? baru pakai 5 tahun, tak kan nak kena tukar kipas baru. Kipas dulu elok je 10 tahun guna takde masalah.Buat tadi kejap je, tak sampai 20 minit. Jadi daripada beli kipas baru terus, why not cuba tukar capacitor dlu. Repair sendiri kos rm5 je, dari beli kipas baru kena rm400.”
1. Kipas ni kalau slow kebiasaannya disebabkan capacitor. Ni antara capacitor yang selalu digunakan.
Apa beza dua ni ? biasanya capacitor belah kanan ni untuk kipas yang pakai remote control, yang kiri pulak jenis kipas lama yang suis speed control melekat kat dinding.
Capacitor ni senang je korg nak beli, harga sebijik biasanya tak lebih RM5.
2. Capacitor ni banyak jenis, nak senang pi beli kat hardware bagitau je model dan brand kipas. Lagi mudah ambil gambar kipas tu tunjuk ke tokey. Nak cari katshoppeepon ada, tapi kena pandai cari.
Kenapa kena pandai cari ?
Capacitor ni banyak jenis, kang salah beli tak jalan pulak kipas tu. Nak beli capacitor ni kena tau dua benda, uF ( micro farad ) dan v ( voltage ). Jadi kena tau berapa nilai uF dan v capacitor kipa dan cari value yang sama.
3.Dah beli capacitor, macam mana pulak nak tukar ? Kalau kipas aku capacitor dia melekat kat board. So kena solder je part mana yang nak tukar.
4.Macam aku kata awal tadi, kipas jenis lama selalunya pakai capacitor jenis ni. So kalau jenis ni nak mudah beli siap connector wire macam gambar kanan ni. Potong wire capacitor lama tu dan sambung je guna connector ni.
5.Aku terangkan sikit macam mana nak buka kipas jenis ni. Pusing je casing ni arah lawan jam. Nanti dah buka casing tu akan nampak ada 3 skru dan buka.
6.Bila dah buka skru tu, barujumpa board. Sebelum buka board ni, pastikan cabut dulu wire connector. Lepastu apa lagi, boleh tukar capacitor baru macam aku bagitau tadi. Mudah kan ?
7.Aku buat tadi kejap je, tak sampai 20 minit. Jadi daripada korang beli kipas baru terus, why not cuba tukar capacitor dlu. Harap korang faham la ya.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi kalau kipas kat rumah tu dah mula berpusing perlahan, cuba repair dulu tukar capasitornya. Jimat kos RM5 je berbanding beli kipas baru.
Isu yang cukup hangat kebelakangan ini tentulah tentang harga barang mencanak-canak naiknya. Hinggakan pembeli merasakan peniaga hanya kaut untung dan mengambil kesempatan di atas kenaikan harga.
Siapa yang menjadi mangsa? Hanya anda yang tahu jawapannya. Mulalah katakan peniaga hanya kaut untung dengan naikkan harga jualan. Jangan cepat melatah dan rasa tertipu.
Tak dinafikan kenaikan harga barang buatkan semua orang ‘rengsek’. Nak tak nah kena hadap juga dan kehidupan perlu diteruskan. Tapi bagaimana pula dengan peniaga. Bukan nak kaut untung tapi macam mana kalau masih harga sama, dimanakah untungnya. Sedangkan nak kena kira kos-kos tersembunyi yang orang lain tidak tahu.
Inilah yang dikongsikan oleh peniaga nasi kukus ayam berempah tentang kos sembunyi yang orang lain tak tahu. Malah, ia turut memberi panduan dan manfaat untuk anda yang ingin memulakan berniaga.
Berkenaan dengan isu harga ayam, difahamkan ia ditulis oleh seorang doktor perubatan, dan salah satu komen di posting berkenaan menarik perhatian saya.
Jangan salahtafsirkan tentang peniaga kaut untung tentang harga naik sekarang ini. Kena lihat juga kos-kos tersembunyi.
.
Saya pernah berniaga pasar mala, pernah berniaga bazar Ramadan, pernah berniaga tepi jalan nampak apa yang Tn Doktor itu dan kebanyakan orang tak nampak. Ia bukan semudah itu.
Komen oleh Yoep Owsem dalam posting berkenaan;
“Memandangkan saya berniaga gerai nasi kukus ayam berempah, saya nak share juga kos-kos tersembunyi yang perlu diambil kira jika nak mula berniaga:
1. KOS JUALAN TAK HABIS DIJUAL.
Berniaga 2.5 jam, belum tentu boleh habis jual semua. Saya berniaga 7.5 jam baru boleh jual 70 bungkus. Kalau hujan, lagilah teruk. Yang tak habis makan sendiri atau sedekah kat orang, tapi either way kos tetap kena tolak dari keuntungan.
2. AYAM POTONG 14 terlalu kecil.
Kalau ayam RM20 bermakna ayam tu berat dalam 2kg. Ayam 2 kg boleh potong 10 je maksimum, kalau tidak akan mengundang sumpah seranah dari pelanggan, dah la jual rm4.50. Saya jual ayam potong 4, rm6.00 seketul.
3. KOS MINYAK MASAK.
Kalau boleh dapat minyak masak paket sekalipun, akan pakai sehari 4 paket minyak untuk goreng ayam. 4kg x rm2.50 = rm10. Kalau tak dapat cari minyak paket, bersedialah untuk kos yang gila kasar.
4. KOS GAS
Ini yang ramai ambil mudah, hakikatnya kos ni besar dan kerap kena beli. Seminggu saya pakai 4 tong gas untuk jualan di gerai 7.5 jam + masak kuah di rumah 3.5 jam. Ayam goreng berempah ni api kena kuat kalau tak ayam tak masak sampai dalam.
5. KOS BERAS
Saya pakai 8kg beras untuk jualan 70 bungkus. Itu beras ye, bukan nasi. Kalau nak dijadikan nasi ada kos-kos tambahan.
6. KOS BAHAN SAMPINGAN
Contoh kos untuk kuah kari kaki ayam, sambal belacan, kos sayur, rempah perapan. Kos-kos ni besar ye tuan puan sebab cili padi dan cili masak sekarang harganya bukan murah. Sampai rm15 sekilo. Belacan lagi, herba campur, buah keras, serai, lengkuas, kayu manis, bunga lawang, tomato, cili kering, serbuk n daun kari, pandan dan lain-lain.
7. KOS PEMBUNGKUSAN
Kos untuk bungkus barang jualan. Kertas minyak gred B, plastik bungkus nasi 15×15, plastik 5×7 bungkus kuah dan sambal, plastik singlet pelbagai saiz.
8. KOS SANTAN
Kalau berdasarkan kiraan tuan tanah, jualan ialah 70 bungkus sehari. Maka santan sehari kena pakai 1kg untuk kuah kari. Rm7 – Rm10 sekilo.
9. KOS PEKERJA
Pengalaman saya berniaga 7.5jam jualan 70 bungkus memang memerlukan pekerja sebab kita kena goreng n bungkus on d spot. Pelanggan tak nak makanan sejuk. Kalau 2.5 jam nak jual 70 bungkus, saya jamin kena pakai lebih dari 3 orang (termasuk tokey).
10. KOS TRANSPORT
Kos minyak untuk ulang alik ke tapak berniaga, kos pusing merata kedai beli barang mentah yang murah, kos meronda sebab nak cari minyak paket. Kos ni bukan sikit ye, dan saya jamin tak boleh nak naik motor sebab banyak barang yang perlu dibawa.
11. KOS ALATAN BERNIAGA
Saya berniaga stall tepi jalan, kos beli alatan berniaga di tapak + alatan berniaga di rumah mencecah rm10k juga ye. Blender heavy duty pun dah rm500 untuk brand butterfly. Saya pakai brand Khind murah sikit tapi baru pakai 3 bulan dia dah problem, mujur beli baru ada la warranty. Tapi kena beli 2 untuk back up.
12. KOS STORAN
Klu berniaga pada skala jualan 70 bungkus sehari, kita takkan boleh muat dah pakai chest freezer 120liter, pakai peti ais rumah. So kena pakai freezer besar, peti ais kena beli asing untuk simpan stok bahan mentah kalau tak nak keluar setiap hari berbelanja. Freezer besar rm800++, peti ais rm1000 saiz sederhana. Nak jimat beli 2nd, tapi kena fikir jugak kos repair. Kos storan ni akan datang sekali bersama kos letrik ye.
13. KOS KESIHATAN
Cucuk thypoid rm70 ye seorang. Kalau dah 3 orang kira la sendiri. Pekerja yang kita cucuk tu pulak belum tentu kekal nak kerja dengan kita.
14. KOS GAJI
Gaji pekerja kalau setakat offer rm50 sehari kerja gerai, memang kena bersaing la dengan kerja rider yang lebih menarik di kalangan budak-budak muda. Gaji tokey jangan lupa kira ye. Persediaannya bermula awal pagi dari beli ayam dan bahan-bahan mentah, cuci ayam dll, masak kari, berniaga, cuci tapak dan cuci peralatan.
15. KOS RISIKO
Risiko ni boleh datang dari sudut authority, sudut cuaca, dan juga sudut mistik. PBT, Kesihatan, Polis, Imigresen (klu pakai pembantu gerai pekerja asing) dll. Cuaca ribut boleh hancurkan khemah kita. Sihir, santau dan khianat juga boleh jadi risiko yang paling besar pakai kos.
16. KOS TAPAK
Tapak jarang dapat free even berniaga tepi jalan, mesti nak kena bayar. RM5 – RM10 sehari average. Kalau dalam kampung ye la free. Nak tempat ramai orang dalam pekan mesti dah kena bayar, samada pd PBT atau pada gerai yg kita tumpang. Tapak tu pun nak kena dekat dengan air untuk mencuci, klu berniaga malam ada baik klu dpt tarik letrik sekali. Untuk yg menyewa kedai lebih parah, sbb selain sewa, akan kena bayar lesen PBT, lesen papan tanda berlampu, kesihatan (penapis minyak), letrik tarif komersial, IWK dll.
Tambahan: Kalau nak ada untung lebih, kena bukak meja untuk dine in n jual air. Ini semua tambahan kos ye, tapi boleh generate extra profit.
Kepada yang baru nak mencuba, ambil kira kos-kos di atas sebelum anda pertaruhkan baki saving anda untuk mula. Pergi bersembang dengan orang-orang yang dah berniaga (bukan pergi masuk kelas ‘bisnes coaching’ pulak ye).
DISCLAIMER:
*Saya menulis untuk menambah maklumat, bukan untuk merendah-rendahkan.
*Saya bukan sifu/coach untuk bisnes ye, saya cuma ada pengalaman yang boleh dikongsi untuk manfaat bersama.
Mingguan Wanita : Senang saja, kalau rasa mahal, masak sendiri kat rumah. Baru puas hati.
Goreng ikan, cara memasak yang paling senang buat mak-mak dan boleh juga dipraktikkan untuk anak-anak. Tapi, dalam senang menggorengnya, ada juga susahnya.
Nak goreng ikan pun kena ada skil tersendiri. Silap cara, mahunya meletop-letop dalam keluar. Satu hal melecur pula dan tak semua jenis ikan akan meletop-letop apabila menggorengnya.
Paling tak tahan, bila goreng ikan mesti akan melekat. Boleh dikatakan semua jenis ikan. Elok-elok berkulit, bila angkat selepas masak semua sarung kulitnya tertanggal. Tak cantik mata memandang pula.
Ada macam-macam petua yang digunakan supaya ikan tak melekat. Antaranya masukkan bawang merah dan taburkan sedikit garam.
Bezanya kali ini, mak-mak tak payah pening kepala nak letak bawang merah atau tabur garam. Cuma pastikan kuali untuk menggoreng itu betul-betul panas dan berasap.
Mingguan Wanita : Tak perlu nak cari bawang merah atau tabur garam. Tip bagi kuali betul-betul panas pun dah membantu. Selamat mencuba.
Sumber: Roslina Nur Hikmah (tiktok)
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Tangan yang memberi sedekah lebih mulia daripada tangan yang menerima. Dalam Islam, sedekah adalah pembuka pintu rezeki. Dengan bersedekah, dapat menyuburkan rezeki seseorang. Semakin pemurah, semakin mencurah-curah rezeki yang Allah turunkan kepada kita. Malah, setiap agama di dunia ini mengajak penganutnya membuat kebaikan termasuk menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.
Ada orang yang beranggapan, mereka akan bersedekah bila sudah kaya, sudah ada banyak duit. Sekarang mereka tak perlu bersedekah kerana duit mereka ‘cukup-cukup makan’ saja. Mereka tak sedar, bukan kena tunggu kaya raya baru nak bersedekah. RM1 pun lebih besar nilainya daripada RM1juta ringgit jika derma/sedekah itu lebih untuk tujuan mendapat nama dan populariti.
Terselit Kes Penipuan Dalam Sedekah
Tak dinafikan sekarang ini banyak kes penipuan yang didalangi oleh pihak tertentu sehinggakan bila nak bersedekah kita rasa was-was. Bagi saya mudah saja. Kalau hati kita sudah digerakkan untuk bersedekah, teruskan saja niat itu. Selebihnya berserah pada Allah SWT. Lainlah kalau kita terangan nampak mereka menipu kan.
Begitu juga sekiranya tengah menjamu selera, saya akan ‘kalah’ jika ada yang datang minta sedekah/derma walau pun tingkah laku mereka agak mencurigakan. Tak sampai hati pula kerana kita sedang mengadap rezeki. Jadi, saya akan sedaya upaya ikhlaskan hati untuk berkongsi sedikit rezeki dengan mereka juga.
Jangan salah faham, kalau tak mampu sedekah wang ringgit, macam-macam cara kita boleh ‘sedekah’, seperti sumbangkan tenaga. Kalau masjid/surau berhampiran kediaman kita mengadakan gotong-royong, ringankan badan untuk turut serta. Badan sihat, pahala pun dapat.
Malah cara sedekah yang lebih mudah adalah memberi salam atau menghadiahkan senyuman kepada orang lain. Mudah kan? Bahkan macam-macam lagi kita boleh bersedekah dan mendapat pahala yang berpanjangan. Kongsi ilmu dengan orang lain juga sedekah dan bayangkan jika ilmu itu dapat membantu seseorang itu merubah kehidupannya jadi lebih baik?
Tapi perlu lakukan dengan keikhlasan dan kesucian hati. Jangan ada agenda tersembunyi. Sekarang pasti kita ada macam-macam grup whatsapp yang terdiri daripada grup rakan-rakan sekolah, rakan sepejabat, persatuan penduduk dan macam-macam lagi.
Jika tahu ada rakan atau ahli yang dalam kesusahan, apa salahnya bantu dia. Tapi sila PM tepi, janganlah sengaja up di dalam grup; “bagi no akaun, please,”, “ok done bank in…”. Hai…Takkan nak tolong kawan semata-mata dengan harapan dapat pujian daripada rakan-rakan lain pula kan? Nanti pahala ke mana, dosa pula yang dapat!
Antara Kelebihan Sedekah:
1. Memperkuat Keimanan Dan Mendekatkan Diri kepada Allah SWT
2. Mendapat ganjaran pahala
3. Melahirkan Rasa Syukur
4. Terhindar daripada sifat kedekut
5. Sembuhkan penyakit
6. Suburkan rezeki
7. Beri ketenangan pada hati dan jiwa
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Isu abang bas 'crush' murid sekolah rendah, sebagai ibu Diana Danielle puas hati dengan tindakan polis. Hari ini heboh mengenai pemandu bas yang memuatnaik...