Tanpa kita sedar, sisa bahan dapur ini ada gunanya. Biasanya, kalau mak-mak masuk dapur, bahan yang tak dipakai, tanpa fikir panjang terus dibuang ke dalam tong sampah.
Sebenarnya, setiap sisa bahan dapur sangat berfaedah untuk mak-mak yang suka menanam. Gunakan air peraman selama satu hari dan boleh digunakan sebagia baja dan semburan serangga yang datang ‘tak diundang’ pada pokok kesayangan mak-mak.
Perkongsian daripada Liyana Mohd Puad yang banyak memberi idea dan tip untuk mak-mak yang susa bercucuk tanam. Kali ini, dia memberi panduan tentang cara mudah untuk membuat air peraman dan siraman pokok tanaman.
Menariknya, fungsi air peraman sis bahan dapur ini untuk dijadikan bajadan semburan pada serangga pokok. Moga ia bermanfaat.
Kali ini, saya buat peraman sisa bahan dapur untuk tempoh 24 jam. Peraman ini ada 2 fungsi iaitu sebagai baja dan kawalan serangga.
Ads
Antara bahan-bahan yang digunakan adalah:
1. Segala jenis kulit seperti kulit pisang berangan, bawang merah, kulit bawang holland dan bawang putih, halia dua inci dipotong nipis, kulit kentang daripada 3 biji kentang dan cili padi 5 tangkai dipatah-patahkan. Campurkan semua, letak dalam satu bekas.
2. Isi penuh air dari penapis air atau air mineral atau air hujan. Saya guna air tapis.Isi sampai penuh.
Ads
3. Tutup bekas.
4. Simpan bawah sinki selama 24 jam. Keesokan sudah boleh guna untuk kawalan serangga dan sebagai baja untuk pokok. Tapis airnya dan masukkan ke dalam botol spray.Tak perlu tambah air apa apa lagi. Spray pada keseluruhan pokok pada setiap petang pun tak apa. Jangan risau, ia tidak memberi mudarat, malah pokok bertambah subur.
Selamat mencuba.
Ads
MW: Setiap sisa yang kita guna kat dapur, ada manfaatnya untuk digunakan.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Bunga plastik, kalau kena cara jaganya ia boleh jadi macam bunga segar. Boleh tertipulah kalau tidak perhatikan betul-betul.
Tapi, kalau tak dijaga dengan betul, bunga plastik ni nampak macam murahan sangat walaupun mak-mak beli dengan harga yang mahal. Cepat sangat habuk melekat dan langsung tak dijaga dengan baik.
Setakat nak bersihkan dengan bulu ayam memang tak memadai. Ikuti perkongsian daripada Hani Mynis cara nak bersihkan bunga plastik.
Setiap kali nak raya mesti nak kena bersihkan bunga plastik. Senang saja, guna deep cleaning iaitu kena guna wet cleaning (basuh dengan air).
Kalau setakat dry cleaning itu bukan deep cleaning ya. Dry cleaning pokok-pokok @ bunga ini buat seminggu sekali untuk buang habuk yang melekat.
Kekerapan deep cleaning : 6 bulan atau setahun sekali.
Langkah-langkah deep cleaning bunga artificial/plastik:
1. Kumpulkan semua pokok/bunga palsu yang ada dalam rumah. Semua termasuk yang ada di ruang tamu, dapur, bilik tidur, luar rumah, atau di mana-mana. Asingkan mengikut kategori material seperti plastik, poliester, sutera, baldu, latex dll. Asingkan juga ikut jenis seperti jambangan bunga, dedaun atau berpasu.
2. Bagi jambangan bunga yang digubah, sebelum leraikan satu-satu daun dan bunga dari gubahan, ambil gambar terlebih dahulu sebagai rujukan untuk menggubah semula jambangan tadi selepas dibasuh. Ambil gambar 360 darjah jika perlu.
.
3. Ikat jambakan bunga mengikut pasu kerana kita akan basuh mengikut kumpulan sebagai satu set. Dengan cara ini taka da lah kes pasu tercuri satu tangkai bunga dari pasu lain
.
4. Boleh ikat guna getah untuk ikatan sementara atau cable tie untuk kekal.
.
5. Untuk jambakan bunga guna cable tie sebab nanti mudah dan tak perlu gubah, terus masuk je dalam pasu masing-masing. Menjimatkan masa juga.
6. Jenis pokok/bunga berpasu
7. Jenis dedaunan.
8. Boleh mulakan dengan
Sediakan besen berisi air paip bersuhu bilik (buat di sinki dapur atau bilik air berdekatan dengan air mengalir)
Masukkan 1 sudu pencuci pinggan mangkuk cecair dan 1 sudu pelembut /pewangi fabrik. Pilihan lain menggantikan pelembut /pewangi fabrik ialah essential oil (masukkan 4 titis)
Kacau campuran tadi sehingga berbuih.
9. Masukkan bunga mengikut jambak atau set gubahan. Jangan campur dan jangan rendam (sebab ada bunga atau daun yang gam nya kita tak tahu cepat kembang atau tak). Masukkan dalam campuran tadi. Kacau sikit secara perlahan.
Urut setiap kelopak atau dedaun jika perlu dalam campuran pencuci tu dengan jari. Tak perlu diberus. Kecuali kesan kotoran degil yang perlu diberus, guna berus lembut sepertu berus gigi terpakai.
Untuk setiap jambakan /set ambil masa 1-2 minit je. Jangan lama. Kalau buat regular maintainance (dry cleaning), proses ni memang tak lama sebab tak lah kotor sangat. Bila nak cuci pun tak ambil masa lama dan insya Allah bunga tahan cantik lebih lama. Nampak macam baru je.
.
10. Lepas basuh terus bilas. Maksudnya selesaikan by jambak/set. Jangan basuh semua dulu baru bilas semua. Buat ikut langkah untuk setiap jambak/set.
Basuh – bilas – tos/jemur – ulang dengan yang lain
11. Semasa membilas pun tak perlu lama. Kalau boleh tak nak bau pewangi fabrik tu hilang. Tujuan bilas nak luruhkan habuk-habuk dari jambakan bunga kita je. Bilas dengan tangkai ke atas (kita pegang tangkai tu). Pastikan setiap kelopak dan daun kena air mengalir.
Untuk setiap jambakan ambil masa 1 minit begitu.
12. Bagi bunga berpasu, boleh kena air tapi jangan di rendam dalam air pasu nya. Takut gam kat pasu kembang. Kena air lalu sikit-sikit semasa bilas. Tapi cepat-cepat tos.
13. Langkah terakhir, jemur sehingga kering. Pastikan betul-betul kering. Kalau lembap ia boleh rosakkan bunga (bertahi lalat, berkulat dan bila lembap lagi mudah attract habuk pada pokok/bunga balik).
.
14. Bagi dry cleaning pokok untuk setiap minggu:
Elak guna hair dryer sebab nanti habuk berterbangan ke tempat lain). Gunalah lint roller (boleh guna washable lint roller untuk opsyen zero waste effort).
.
Untuk jenis dedaun pula macam daun monsera, lapkan dengan dust cleaner dan wipecloth, boleh guna wet tissue juga.
.
P/s: Sebelum tu, ni khas untuk pokok @ bunga dari latex atau plastik @ polyester sahaja. Dari baldu kena buat dry cleaning sahaja.
Semoga bermanfaat.
Mingguan Wanita : Ada bunga plastik yang harganya murah, tapi janganlah sebab murah buang dan beli baru. Masih boleh dibersihkan. Jangan membazir. Guna balik.
Selain teknik dan jenis tanaman, ilmu asas mengenai membaja pokok juga memainkan peranan penting agar pokok-pokok dapat membesar hidup subur, berbunga meriah dan berdaun lebat. Namun, tak semua orang tahu mengenai panduan membaja pokok dalam pasu atau bekas ni. Lagi-lagi buat beginner yang baru nak cuba-cuba bercucuk tanam.
Boleh rujuk panduan membaja untuk pokok dalam pasu atau bekas yang dikongsikan oleh Mohd Azrin Roselan ini.
Perkongsian tips ini adalah umum. Boleh dijadikan rujukan untuk beginner. Masa saya mula-mula dahulu tertanya-tanya jugak.
Macam mana nak baja?
Berapa banyak baja nak guna?
Bila nak baja?
Berapa kerap nak baja?
Pokok boleh baja selepas 2 minggu atau lebih selepas tanam. Kalau semai biji benih boleh mula membaja selepas daun 4 hingga ke 5 helai. Ini adalah panduan umum. Bergantung kepada keadaan pokok.
Langkah 1:
Gemburkan tanah. Tanah akan menjadi padat selepas disiram air. Kita nak longgar tanah bertujuan baja yang ditabur mudah menyerap ke dalam tanah.
Langkah 2:
Ambil baja dalam 1 sudu ke 2 sudu bergantung kepada usia pokok. Kalau pokok muda boleh separuh sudu. Jika tidak mempunyai rujukan pada baja yang dibeli. Kadang-kadang beli baja tak ada label yang loose pack.
Sebaiknya ikut panduan aturan pembajaan yang tertera pada peket baja.
Langkah 3:
Tabur sekeliling pasu jauh dari pangkal pokok untuk elak batang pokok lecur terkena baja. Mengalak akar bercambah.
Langkah 4:
Siram air secukupnya selepas membaja. Tanah media yang baik, airnya tidak bertakung.
Sambil membaja bolehlah berselawat.
Ulang pembajaan 2 minggu sekali. Jika nampak sesuatu tidak kena pada pokok selepas pembajaan boleh kurang kuantiti baja.
Kalau tinja Ayam yang jenis pallet dia jenis baja slow release. Boleh tabur semula selepas baja hancur dan serap ke dalam tanah.
Moga-moga panduan umum untuk beginner ini boleh dijadilan rujukan. Selamat bercucuk tanam.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang baru nak belajar-belajar bercucuk tanam, boleh ikut panduan membaja ni untuk suburkan tanaman. Barulah pokok ‘gemuk’, berdaun lebat, berbunga meriah atau berbuah.
Sotong, antara makanan laut yang paling digemari dan macam-macam hidangan yang boelh disediakan. Cum yang menjadi masalah kalau masak sotong, ia cepat kecut dan silap masak pula akan liat.
Peliknya kalau makan nasi kandar dengan kari sotong, elok saja lembutnya dan tak liat. Malah, sainya tak banyak berubah sebelum dimasak.
Macam mana nak pastikan masak sotong tidak kecut dan lembut seperti yang dimasak ala restoran nasi kandar tu. Kalau dibiarkan lama atas dapur, mahunya liat dan sebesar-besar saiz boleh jadi sekecil saiznya.
Kali ini, Ida Shahida berkongsi cara masak sotong supaya tidak kecut dan lembut terutamannya kalau masak kari sotong ala-ala restoran nasi kandar.
Ada caAra nak pastikan sotong tidak kecut atau mengecil setelah dimasak.
Caranya:
1. Siang dan berihkan sotong. Masukkan kepala sotong ke dalam badan (perut semula.
2. Sementara itu, panaskan sedikit air dan masukkan 5 keping asam gelugur atau boleh juga rendamkan bersama dengan 2 sudu besar air cuka selama 2 minit. Ini untuk 1kg sotong.
3. Masukkan sotong tadi ke dalam air yang mendidih. Masak selama 5 minit saja.
4. Toskan airnya dan barulah boleh dimasak jenis resipi yang suka.
Tip Masak Sotong Jadi Lembut Ala Restoran Nasi Kandar
1. Bersihkan sotong dan ketuk beberapa kali pada badan dengan menggunakan kitchen mallet (kecuali sotong yang bertelur). Ketuk beberapa kali pada badan dan jangan sampai terkoyak isinya. Kemudian, barulah potong isinya.
2. Jangan terlalu lama memasak sotong kerana isinya akan jadi keras. Jika guna suhu terlalu panas, masak antara 1-3 minit sahaja.
3. Masak dengan api sederhana cara renehan sekurang-kurangnya 45 minit. Inilah yang membuarkan sotong lembut dan kuah kari jadi pekat.
Mingguan Wanita : Memang sedap pun tapi kalau dah tak kena cara masak, keras boleh terbantut nak makannya.
RM175 sebulan belanja barang basah, isteri kongsi tip jimat makan sekeluarga. Di kala ramai yang mengeluh harga barang dapur naik melambung, seorang isteri, Nabila ...