Viral betul aiskrim Malaysia ala Magnum ini. Coklat keras di luar, di dalamnya ada aiskrim lembut. Resepi yang Salida Amran ini kongsikan cara buatnya jauh lebih mudah. Cuma guna 2 bahan pun dah jadi.
Jadinya, mak-mak yang nak mencuba bolehlah rujuk resepi ini ya.
Cara Buat Aiskrim Malaysia Ala Magnum Guna 2 Bahan
Bahan diperlukan
Susu segar sebagai filling
Coklat compound untuk dijadikan coating (salutan coklat)
Peralatan diperlukan
Piping bag
Plastik aiskrim
Bahannya :
1. Susu segar
Kalau jenis tak lalu minum susu boleh google la resepi aiskrim vanila.
2. Coklat compound
Saya guna jenama van houten
Jenama apa pun boleh
Kemudian masukkan coklat compound ke dalam plastik piping. Kalau takde, guna plastik bungkus makanan biasa pun boleh
Sediakan juga plastik aiskrim Malaysia yang panjang tu.
Ads
Step 1 : Didihkan air atas dapur. Kalau ade coway ke cookoo ke, korang tekan jer ambik yang panas.
Bila air dah mendidih, tutup api. Alihkan periuk.
Step 2 : Masukkan piping bag berisi coklat tadi ke dalam air panas bagi mencairkan coklat tadi. Biar la dalam 5-10 minit atau sehingga coklat mencair sepenuhnya. Jangan tuang coklat dalam air panas pulak tau, itu lain jadinya.
Ingat, kita nak cairkan coklat, bukan buat air coklat!
Ads
Step 3 : Kemudian gunting sedikit hujung piping bag tu.
Step 4 : Sumbat piping bag tadi dalam plastik panjang aiskrim Malaysia dan tekan coklat masukkan ke dalam plastik. Agak-agak la kuantiti tu jangan sikit sangat, nanti salutannya tak cukup. Jangan banyak sangat pula. Agak-agak jerla.
Ads
Nih rupa coklat yang telah bertukar plastik
Step 5 : Panggil model paling cilik dan comey suruh dia posing untuk tuang susu dalam plastik aiskrim yang sudah berisi coklat.
Takyah tunggu set or keras. Boleh jer tuang terus. Tapi jangan susu panas tau. Nanti coklat cair pulak. Susu sejuk atau suhu bilik.
Brokoli atau kubis bunga hijau biasanya digunakan di dalam sup, stu atau gorengan. Namun sayuran berwarna hijau yang dikatakan berasal dari Itali ini sangat tinggi khasiat dan memberi pelbagai manfaat kepada kesihatan. Bukan bermakna menidakkan peranan ubat-ubatan moden dalam mengubati penyakit tapi memakan makanan yang berzat mampu membantu meningkatkan tahap kesihatan yang baik.
Brokoli misalnya, sangat berkhasiat tinggi. Bahkan walau hanya dikukus atau direbus hingga agak empuk, ia enak dimakan sebagai ulaman kerana rasanya lemak manis. Selain itu pelbagai hidangan enak yang boleh dimasak dengan menggunakan brokoli. termasuk gorengan lazat. Ia boleh juga dikisar dan dimasukkan ke dalam bubur nasi bayi.
Apa Khasiat Di Dalam Brokoli?
Beberapa kajian mendapati brokoli mengandung senyawa anti kanser kerana terdapat kandungan fitokimia yang bernama indole dan isothiocyanate. Inilah yang disebut-sebut sebagai manfaat brokoli yang paling besar.
Di antara zat yang terkandung di dalam brokoli ialah serat, antioksidan, vitamin A, B, C, K, dan mineral yang diperlukan oleh tubuh.
Berikut adalah di antara manfaat sayuran berwarna hijau ini.
1. Membantu Turunkan berat badan
Sayuran yang kaya akan serat seperti brokoli sangat membantu program diet penurunan berat badan anda. Kandungan seratnya yang tinggi dapat membuat perut kenyang lebih lama. Sayuran berwarna hijau ini juga mengandungi vitamin serta mineral, dan rendah kalori juga lemak.
2. Menjaga Ketajaman Penglihatan
Kandungan lutein dan vitamin A yang ada di dalam brokoli membuatkan sayuran ini memiliki kemampuan untuk menjaga kesihatan mata. Sebuah kajian menunjukkan bahawa kadar lutein yang tinggi dapat mencegah penurunan fungsi mata seperti katarak dan makula. Sementara vitamin A sangat penting untuk menjaga kesihatan retina.
3. Menjaga Kesihatan Kulit
Memiliki kulit cantik, sihat dan terbebas dari segala permasalahannya ialah impian semua orang. Di dalam brokoli terdapat senyawa glucoraphanin, yang dapat membantu memperbaiki kerosakan kulit akibat paparan sinar matahari atau proses penuaan. \
Selain itu, ia dapat membantu untuk memperbaiki jaringan kulit yang rosak dan membuat kulit yang sihat dan bercahaya. Secara umum, mengambil brokoli baik untuk proses detoksifikasi kulit. Vitamin E di dalamnya sangat bagus untuk mempercepat proses regenerasi sel-sel kulit mati.
4. Menjaga kesihatan pencernaan
Kandungan serat yang tinggi dalam brokoli mampu menjaga pencernaan agar berfungsi dengan baik, mencegah penyakit seperti sembelit. Dan antioksidannya merupakan detoks semula jadi yang membersihkan saluran pencernaan seperti lambung dan usus dari racun.
5. Mencegah penyakit kardiovaskular
Brokoli mengandung vitamin B6 dan asid folid yang terbukti dapat mencegah penyakit kardiovaskular seperti jantung dan strok. Jadi jangan ragu untuk memakan sayuran yang satu ini. Tentunya harus diimbangi dengan gaya hidup sihat dan berolahraga secara teratur.
6. Membantu Mengawal Tekanan Darah
Dengan kandungan kalium dan magnesiumnya yang tinggi, brokoli menjadi salah satu sayuran yang dianjurkan untuk diambil oleh penghidap tekanan darah tinggi.
7. Menjaga Kesihatan Tulang Dan Gigi
Kalsium merupakan mineral yang sangat penting bagi kesihatan tulang dan gigi dan brokoli ini merupakan sayuran yang mengandungi kalsium yang tinggi. Selain kalsium, terdapat juga vitamin K yang dapat mencegah osteoporosis.
JOM Cuba Dua Resipi Gorengan Ini!
Dikongsi dua resipi gorengan mudah yang berasaskan brokoli yang dianggap sebagai ‘super food’ ini. Selamat mencuba.
BROCCOLI PARMESAN FRITTER
BAHAN-BAHAN:
230gm brokoli | cencang
1 biji telur
65gm tepung gandum
30gm keju parmesan parut
½ sudu teh garam
Serbuk lada hitam cukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan di atas kecuali minyak masak. Gaul sebati.
Panaskan kuali, letakkan sedikit minyak. Apabila cukup panas letakkan adunan tadi dan tekan dengan sudip atau sudu untuk meleperkannya.
Balikkan adunan setelah satu bahagian sudah perang keemasan.
Pastikan kedua-dua bahagian masak perang keemasan.
Sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Warna hijau brokoli membuatkan hidangan ini nampak lebih menarik.
Kentang goreng ni biasanya anak-anak memang suka. Nak-nak kalau makan panas-panas dan cicah dengan sos cili mahupun mayonis.Tapi selalunya bila kentang ni kita goreng sendiri, selalu jadi lembik tak ‘keras’, rangup macam yang selalu kita beli.
Rupanya kena rebus kentang sekejap dan rendam dalam air berais selama 5 minit sebelum digoreng. Barulah kentang goreng jadi crunchy dan tak lembik!
Wanita ini kongsikan resipi dan caranya. Kena cuba!
“Anak-anak memang suka kentang goreng ni. Kalau beli yang ‘readymade’ tu kandungan garam dengan lemak agak tinggi lagi-lagi anak kak haney memang makan kentang goreng hari-hari.Tapi selalu bila buat sendiri kentang tu jadi lembik walau baru lepas angkat”.
Haaa ni kak haney nak bagi rahsia kentang goreng tu tak lembik. Meh cuba!
RESEPI RAHSIA KENTANG GORENG CRUNCHY
Bahan-Bahan:
Kentang
Serbuk roti
Tepung serbaguna bestari
Minyak untuk menggoreng
Cara Membuat:
1. Masa beli kentang pilih kentang yang permukaannya baik dan licin. Menandakan kentang ni baru, tak lembik dan segar.
2. Kupas dan potong ikut saiz yang kita nak.
3. Rebus kentang seketika jangan terlalu lama. (Agak-agak menggelegak tu angkat). Kalau hirisan tu tebal kita rebus, jika tak boleh je skip step ni.
4. Angkat dan sejukkan didalam air beserta ais dalam 5 minit.
5. Toskan air. Pastikan kentang kering atau tidak terlalu banyak air.
6. kemudian gaul dengan tepung Bistari dan ibu roti sehingga melekat.
7.Goreng secara ‘deep fried’. Angkat dan toskan lebihan minyak. Sedia untuk dinikmati.
Alhamdulillah. Siap!
Nota: Boleh dinikmati dengan sos pilihan. Nak makan begitu saje pun boleh dah.
#likedanshare resepi ni kat wall ade masa boleh la buat nanti.
Anak-anak mesti suka rangup-rangup. Dah makan mesti sampai tak cukup. Percayalah!
MW: Macam ni rupanya nak buat kentang goreng jadi ‘crunchy’, tak lembik lepas dah angkat. Buat sendiri lebih jimat, diyakini halal dan terjamin kebersihannya.
Air asam memang sedap dibuat sebagai pencicah daging mahupun ikan bakar. Rasanya yang masam dan pedas, menjadikan ia sebagai pencicah sempurna secukup rasa.Rupanya rahsia buat air asam lebih sedap adalah dengan menambah sedikit kerisik dan belacan pula tak perlu dibakar. Barulah rasa air asamnya lebih asli & kaw!
“Petua khas nak air asam yang sedap.Belacan jangan bakar.Baru rasa keoriannya belacan.”
Resepi Air Asam
Bahan-Bahan:
Cili api dirincik halus
Bawang besar dipotong bulat
Buah tomato diracik halus
Sedikit gula dan garam secukup rasa
Belacan
Kerisik
Air Asam Jawa
Cara Membuat:
1.Semua bahan diatas di ramas dengan air perahan asam jawa.
2.Pastikan tidak dicampur air yang banyak,biar antara pekat dan cair.Jangan terlalu cair.
3.Belacan dan kerisik boleh ditambah sehingga menaikkan rasa sedap air asam ini,cili api juga boleh ditambah untuk tahap kepedasannya.
Rumusannya,bahan bahan boleh ditambah seandainya kurang rasa kesedapannya.
Selamat Mencuba!
Jadi buat mak-mak yang suka buat air asam, boleh cuba resipi dan tips yang dikongsikan ini. Pasti air jawa yang dibuat rasa bertambah sedap dan asli!
Pelajar tingkatan tiga jatuh asrama kritikal, ibu rayu doa orang ramai anak kembali pulih. Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat darah daging sendiri terbaring...