Jika selalu kita buat roti telur, roti sardin dan sebagainya untuk sarapan pagi anak-anak, apa kata cuba buat ‘Gilgeori Korean Street Sandwich’ ini pula. Negara Korea memang terkenal dengan pelbagai makanan tepi jalan. Nampak sungguh menyelerakan namun, memang ragu-ragu dengan status halalnya. Jadi bila ada resipi yang kita boleh buat sendiri memang puas hati.
Boleh cuba resipi ‘Gilgeori Korean Street Sandwich’ yang dikongsikan oleh Puan Hariyanti M Saleh ini. Nak buat makan sendiri boleh, nak buat niaga pun boleh sangat.
Gilgeori Korean street sandwich
harga: 2,500 KRW = RM 9
10 minutes recipe
Inti macam murtabak,tapi makan dengan roti bakar dan butter. Comfort food, sedap oooii. Lagi sedap dari jenama Sub-way . Orang tak suka sayur pun makan menjilat jari dan pinggan.
Sesuai untuk yang nak kejar masa dan untuk diniagakan. Boleh makan bila-bila masa. Selamat mencuba!! Resipi pada gambar. Saya TAK jual.
Roti Gardenia kahwin korea memang mantap. Sedap dimakan sambil “fefeeling” korea masa WFH ni.
Kat korea kita tengok tepi je, tak berani nak beli ..gray area (halal haram). Balik Malaysia buat sendiri.
video gerai tepi jalan korea:
Step 1 : Pukul 1 biji telur bersama sedikit gula dan garam . Tambahkan daun bawang, carrot dan kobis yang dihiris halus .
Tips derhaka: Boleh tambah cili, bawang dalam telur. Boleh juga letak lauk ayam . Kat korea xletak ayam , dorang letak “ham” .Sebab nak makan tengahari saya letak ayam, kalau breakfast saya tak letak.
Ads
Boleh juga guna Sosej Ramly ayam atau daging…meatball etc.
Step 2: Goreng ayam dulu. Settle.
Kemudian, panaskan sedikit butter, masak telur macam telur dadar. Bentukkan 4 segi kalau rajin boleh fit cantik dengan roti.
Tips derhaka: Untuk resipi ni saya perasakan ayam dengan white pepper+tepung bistari, goreng bersama bawang merah. Ayam boleh goreng atau bakar sesuka hati ( contoh: blackpaper, kunyit,gochujang, teriyaki, sambal ayam,ayam masak merah, masak kicap etc).
Butter agak mahal kat Malaysia, peniaga boleh tukar dengan Margerin/ Planta .
Ads
Step 3: Bakar roti dan sapukan butter. Susun telur dan ayam diatas roti. Perasakan sesuka hati (sos, mayonese). Tak letak pun x apa dah sedap. Kalau budget lebih letak cheese. Akhir sekali satukan roti atas dan bawah.
Kalau kat korea, lepas sapu butter, peniaga akan tabur gula banyak2 atas butter (macam apom balik dimalaysia). Itu membuat lebih karamel dan ketagih..
Ads
Pesanan ikhlas: Kurangkan manis dalam makanan/minuman, tambahkan manis dalam senyuman.
Jemput-jemput nasi. Kadang-kadang, pening kepala memikirkan kuih apa yang nak dibaut untuk berbuka, sahur atau buat kudap-kudapan lepas terawih. Memandangkan masih ada baki nasi, bolehlah buat jemput-jemput kan.
Kali ini, Aisyah Humaira berkongsi resipi buat jemput-jemput nasi. Nampak simple tapi mengenyangkan. Paling penting anak-anak pun suka sebab ada jejari ketam lagi kan.
Jemput-jemput Nasi Jejari Ketam, Ranggup Dan Lembut
Ranggup dan lembut di dalam. Sangat sedap dan mengenyangkan. Bolehlah buat nanti untuk anak-anak.
Bahan-bahan:
2 cawan nasi
2 cawan air atau boleh agak-agak
2 1/2 cawan kecil tepung gandum
15 batang crabsticks – di potong kecil
Daun kucai secukupnya – di hiris halus
Sedikit garam serbuk cukup rasa
Minyak untuk mengoreng
Cara Membuatnya:
1. Kisar nasi bersama air sehingga lumat dan sebati.
2. Kemudian, masukkan tepung gandum ke dalam bekas bersama bahan kisar dan semua bahan lain.
3. Kacau sebati. Pastikan adunan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
4. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak dan keperangan.
5. Siap. Sedap cicah dengan sos.
Mingguan Wanita : Simple dan sedap. Buat untuk anak-anak nanti.
Kuih tart merupakan antara kuih kegemaran ramai. Baik dibuat saja-saja untuk makan sendiri ataupun dibuat berniaga pada musim-musim perayaan. Ada pelbagai resipi untuk menghasilkan kuih tart yang sedap.Namun perkongsian resipi oleh Anida Azmi ini, antara yang mak-mak boleh cuba kerana diakui sedap dan beliau buat berniaga menggunakan resepi yang dipelajari 25 tahun yang dulu. Jadi jika mak-mak nak tambah pendapatan sampingan boleh cuba resipi ini.
Berikut antara perkongsian beliau;
“25 tahun dulu saya dapat ilmu belajar buat kuih tart dengan yuran RM10.Ilmu yang saya dapat manafaatkan untuk tambah pendapatan saya. Alhamdulilah walaupun dah lama saya tingalkan perniagaan ini tapi hingga kini kuih ni memang menjadi kegemaran tetamu dan biskut yang wajib ada setiap kali raya. Dengan ikhlas hati saya kongsikan resipi ni untuk teman-teman disini. Mana tau boleh dijadikan pendapatan sampingan musim raya nanti.”
Royal Pineapple Cheese Tart
Bahan-Bahannya:
Tepung gandum 350grm (anggaran)
Buttercup 250grm
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar tepung jagung
6 sudu besar Cream Cheese (saya guna jenama Tantura) kalau nak letak lebih pun boleh
Sedikit garam halus
1 biji kuning telor
Jem nenas secukupnya
Dulu masa niaga saya buat Jem sendiri
Tapi sekarang dah byk jual.Senang beli je (saya beli di Bagus Bakery)
Cara Membuat:
1. Satukan Buttercup cream cheese dan garam.
2.Masukkan kuning telor kacau sebati kemudian masukkan tepung gandum, tepung kastad dan tepung jagung. Uli sebati. Kalau adunan agak lembut boleh tambahkan sedikit lagi tepung.
3.Terap mengunakan acuan semperit dan gulung seperti biasa. Bila hendak dibakar sapukan kuning telor yang telah dicampurkan sedikit pewarna kuning.
4.Bakar dalam suhu 170~180 darjah Celsius selama lebih kurang 25min hingga 30min mengunakan api atas bawah.
**Saya letak dalam papercup supaya nampak kemas dan cantik.Tart ni gebu dan cair dalam mulut.Sedap!
Selain biskut raya moden, biskut tradisional resipi orang-orang lama, antara yang mendapat tempat setiap kali tibanya hari raya. Payah nak jumpa biskut-biskut lama seperti biskut kelapa yang sedap dan betul-betul menetapi citarasa.
Menurut puan Sheila Nazri, biskut kelapa ini merupakan resipi daripada arwah maknya. Ia cukup mudah dibuat dan sangat sedap sehingga beliau mengambil tempahan setiap kali tibanya raya.Istimewanya, adunan resipi ini menggunakan kelapa parut yang disangai hingga keperangan baru lah dapat biskut kelapa yang wangi.
Berikut perkongsian yang dikongsikan;
“Saya nak share resepi biskut kelapa legend.Resepi ni arwah emak saya yang ajar.Resepi orang dulu-dulu, raya tahun lepas adalah raya terakhir arwah emak, kebiasaannya saya ambil tempahan raya tapi tahun ni saya tak ambil. Biskut kelapa yang sangat sedap & mudah.Mohon sedekah al fatihah buat arwah emak saya Zainun Binti Ali..semoga Pahala ini terus mengalir kepada arwah emak saya.”
Bahan-Bahan:
2 cawan kelapa parut yang di sangai hingga keperangan
2 cawan tepung ubi
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kastard
1 cawan gula (blend)
Butter seelok uli
1 sudu besar Esen vanilla
1 biji Telur
pewarna kuning telur untuk biskut nampak cantik. Kalau tak nak letak pun tak pe.
Cara Membuat:
1. Sangai kelapa parut hingga keperangan baru lah dapat biskut kelapa yang wangi.
2. Adun semua bahan-bahan, guna tangan je. Tak perlu guna mixer.
3. Bakar ikut la suhu oven masing-masing.
Siap!
Info Ekstra!
Yang putih tu kelapa kering (beli je di kedai) tak nak letak pun tak pe.
Untuk glossy bahagian atas, sapu kuning telur ditambah pewarna dan tabur kelapa kering yang beli di kedai.
Semoga perkongsian resipi ini bermanfaat & Selamat mencuba!
MW: Buat mak-mak yang suka biskut-biskut lama dan tradisional macam biskut kelapa ni, boleh cuba resipi yang dikongsikan. Cukup mudah dan sangat sedap.
“Saya Cuba, Bertahan, Usaha Tapi Gagal. Tiada Lagi Kita” itulah yang diluahkan oleh Aprena Manrose tentang rumah tangganya yang dikatakan sudah berantakan.Pelakon cantik, Aprena...