Gembiranya hati bila dapat pulang beraya bersama orang tua tersayang di kampung. Itu raya yang sebelum ini. Tapi, sedihnya bila kali ini tidak mampu berbuat demikian. Hanya kiriman doa dan kemaafan melalui telefon sahaja.
Sebelum ini, bukan sahaja kita dan keluar dapat berkumpul, bertabah meriah dengan masing-asing bersama-sama berganding bahu menyediakan juadah raya bersama adik beradik.
Ini antara perkongsian daripada Effy Sueffy tentang bagaimana kebahagian seorang anak dalam menyambut hari raya di perantauan dan menggembirakan orang tua dari jauh.
Gembirakan Mereka
Kebahagiaan seorang anak di rantauan adalah apabila dapat membahagiakan ibu bapanya walaupun dari jauh. Sekalipun tidak dapat pulang beraya, masih ada beberapa cara untuk gembirakan ibu bapa di kampung.
1.Kerap menelefon (atau video call jika ibu bapa pun guna smartphone) untuk bertanya khabar mereka. Layan bercerita dalam 15 – 30 minit pun dah cukup membahagiakan.
Ads
2.Sesekali tempahkan juadah berbuka untuk ibu bapa. Boleh buat melalui aplikasi foodpanda, grabfood atau mana-mana penjual yang ada buat servis penghantaran.
3.Kirimkan kuih raya 1-2 jenis. Dapatlah mak berehat, tak perlu buat kuih raya banyak-banyak. Macam-macam pilihan kuih raya yang ada. Boleh pilih nak pos atau dihantar terus ke pagar rumah ibu bapa kita. Kirim kerepek, kekacang pun okay juga. Buat kudap-kudapan di hari raya nanti.
4.Belikan baju raya untuk ibu bapa. Ramai yang jual baju dah siap jahit. Sedondon pula. Mesti seronok mereka terima kiriman baju raya dari anak tercinta.
Ads
5.Kirimkan doa banyak-banyak untuk kesejahteraan mereka. Mintalah semoga Allah berikan kesihatan yang baik, hati yang bahagia serta ketenangan berpanjangan buat ibu bapa kita yang tersayang.
Ibu bapa kita, mereka jarang meminta. Selagi boleh mereka akan cuba untuk tidak ‘susahkan’ anak-anak.
Ads
Jadi sebagai anak, kita usahalah untuk memberi walau mereka tak pernah minta. Apa lagi yang boleh kita lakukan sebagai tanda kasih sayang kita kepada mereka, kan?
Cubalah, insya-Allah kita juga akan rasa sangat bahagia mendengar betapa gembiranya mereka menerima kiriman dari jauh.
MW: Di mana saja anak-anak berada, sentiasa doakan kesejahteraan mereka. Tanpa mereka siapalah kita.
Bahagialah dengan cara sendiri, jangan sesekali bandingkan hidup kita dengan orang. Hiduplah mengikut acuan sendiri tanpa mengukur kehidupan orang lain.
Bahagia orang berbeza. Mungkin pada mak ayah bahagia bila dapat melancong ke luar negara. Tapi mungkin orang lain bahagia jika dapat balik ke kampung luangkan masa bersama orang tua.
Bahagialah Dengan Cara Sendiri
Kongsi Puan Salwa Mohd Salleh, bahagialah dengan cara tersendiri.
Ada orang penat jaga lapan anak, dan ada orang penat jaga seorang anak.
Dua-dua penat sebenarnya.
Ada orang stres kerja ikut office hour. Tetapi ada juga orang stres kerja freelance sebab income tak tetap.
Dua-dua pun stres sebenarnya.
Ada orang ujian pada pasangan. Ada orang ujian pada anak-anak.
Dua-dua pun diuji sebenarnya.
Ada orang sakit pada fizikalnya . Manakala ada orang sakit pada mentalnya.
Jangan bersedih bila hajat dan impian tak sampai, mungkin anda kena gali konsep doa sampai nampak jalan yang boleh keluar daripada segala masalah.
Ok, pernah tak hidup anda dianiaya orang yang paling anda percayai. Rasanya bagaimana, sakit sekali sampai tak nampak dah yang lain-lain melainkan mahu balas kembali perbuatannya. Betulkan?
Ketika jiwa lemah tak berdaya, kepada Allah jualah anda memohon pertolongan. Tanpa jemu anda memohon moga Allah berikan pembalasan yang setimpal pada mereka yang menganiaya itu. Biar mereka sama merasai apa yang anda alami. Baru puas hati, kosong-kosong.
Hakikatnya, nak capai hati bahagia bukan itu caranya. Master Coordinator ar iReach, Puan Lyna Noh yang dikenali sebagai Akacan berkongsi cara mencapai hati bahagia dengan mendoakan orang lain.
Hati Bahagia & Hajat Tercapai
Salah satu cara hati bahagia & tercapai hajat ialah dengan mendoakan orang lain.
Dulu saya kalau nak marah orang, saya geram, doakan yang bukan-bukan. Biar mati kena langgar lori!
Tapi sejak saya faham tentang konsep doa yang diaminkan malaikat, saya tukar.
Kepada yang melukakan hati saya, saya doakan dosa-dosanya diampunkan, hajatnya tercapai, diberi hidayah, hidupnya bahagia dan sejahtera dunia akhirat.
Kenapa?
(1) Kita akan lebih bahagia bila mendoakan orang lain. Walaupun orang tu mencederakan hati kita. Ia lebih baik daripada menanggung sakit hati mengenangkan mereka.
(2) Apa yang kita doakan pada orang, malaikat aminkan dan berdoa pula agar kita pun dapat doa yang sama yang kita pinta buat mereka. Kalau kita minta doa agar orang tu mati dilanggar lori entah-entah kita dulu yang kena langgar lori.. naudzubillahi min zalik.
(3) Syaitan suka bila kita bermusuh tapi sengsara bila kita bersilaturrahim.
(4) Bila kita doakan kebahagiaan orang yang melukakan kita, mudah-mudahan doa kita makbul, dia sibuk dengan kebahagiaannya & tak kacau kita lagi dah.
(5) Kerana kita pun bukannya tak buat salah dengan orang lain.. Mungkin banyak benda yang kita tak perasan tapi melukakan dan menggores hati orang lain. Jangan ingat kita baik/mulia sangat.
Kawan-kawan, cubalah. Doakan orang-orang yang pernah melukakan hati kita (termasuk saya la kalau ada). Doakan kebahagian mereka, diberi hidayah, kejayaan, makbul hajat… mula-mula mungkin kita rasa sukar. So unfairkan? Tapi yang pasti kita akan rasa betapa manisnya perasaan itu.
Saya doakan kawan-kawan semua tercapai segala yang dihajati. Mudah-mudahan Allah redha & suka dengan apa yang kita kerjakan.
Nur Khayra Adra Low Abdullah, 21 merupakan anak kelahiran Melaka dan kini menetap di Klang, Selangor. Kehidupan gadis ini cukup unik dan berbeza dengan masyarakat Cina yang lain. Nur Khayra bersama kakak dan abangnya dijaga oleh keluarga angkat beragama Islam sejak dari kecil.
Dek kerana masalah yang dihadapi oleh ibu bapa kandung, ketiga-tiga mereka dijaga dan dibesarkan oleh keluarga angkat namun hingga kini mereka masih berhubung dengan ibu bapa kandung cuma mereka sudah menetap di rumah keluarga angkat.
Gadis Mualaf, Nur Khayra Praktik Pakai Tudung
Akui tidak banyak bezanya kehidupan sebelum dan selepas memeluk Islam, Nur Khayra sebenarnya sudah dilatih sejak dari kecil cara hidup orang Melayu dan agama Islam.
“Saya tidak kekok untuk berkawan dengan sesiapa sahaja kerana saya sangat fasih berbahasa Melayu berbanding Mandarin. Soal makan dan minum juga tidak menjadi masalah. Solat dan puasa juga sudah menjadi kebiasaan sejak kecil lagi.
“Alhamdulillah saya besyukur dapat dikurniakan hidayah dari Allah SWT yang tak semua orang perolehi. Saya juga sangat besyukur diketemukan dengan keluarga angkat yang menjaga saya tiga beradik dengan penuh kasih sayang.
“Mereka juga memberi tunjuk ajar mengenai ilmu agama. Sekarang saya masih duduk dengan keluarga angkat dan akan pulang ke Melaka melawat mummy dan daddy (panggilan ibu dan bapa kandung) jika cuti panjang atau raya Cina. Saya juga menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha bersama keluarga angkat di Klang,” ungkap Nur Khayra yang rasa sangat bertuah kerana turut dikelilingi rakan-rakan yang sangat memahami.
Tak Mahu Berpisah Dengan Rakan Islam
Gadis yang masih menuntut di POLISAS, Kuantan ini bercerita sewaktu zaman persekolahan rendah dia mengambil mata pelajaran pendidikan moral dan dek kerana tidak mahu berpisah dengan rakan-rakan Islam yang lain di dalam kelas dia bersetuju untuk mengambil mata pelajara agama Islam.
“Semasa di sekolah hanya saya dan adik beradik saja yang berbangsa Cina. Pada mulanya saya mengambil mata pelajaran Pendidikan Moral dan disebabkan oleh kawan-kawan saya kebanyakkannya Melayu, mereka akan berpisah kelas dengan saya jika mata pelajaran agama terdapat pada jadual. Jadi, disebabkan oleh hal itu, ada seorang ustazah yang bertanya kepada saya mahu ke saya mengambil mata pelajaran agama Islam? Dan saya sangat seronok serta mempersetujuinya.
“Kata usatazah Pendidikan Islam hanyalah mata pelajaran umum yang boleh di pelajari oleh semua tak kira agama. Dari situ saya mula hendak bertukar uniform sekolah juga kepada baju kurung dan mula bertudung seperti kawan-kawan Islam yang lain. Semasa darjah tiga saya mula memakai baju kurung dan bertudung ke sekolah. Saya juga mempelajari pelajaran agama Islam di sekolah dan tidak mengambil Pendidikan Moral lagi . Setiap kali kelas agama, ustazah pasti menyuruh kami membaca doa belajar dan membaca Tahiyyat Akhir.
“Disebabkan oleh itu ia menjadi bacaan harian sehingga menyebabkan saya menghafalnya. Saya masih tidak pandai membaca dan menulis jawi ketika itu . Seterusnya, seperti aktiviti solat, saya hanya ikut sahaja pergerakan yang diajar sehingga menghafalnya tetapi bacaan masih belum lancar. Pada bulan Ramdan, saya juga berpuasa tetapi hanya berpuasa pada setengah hari sahaja sehingga darjah lima, apabila darjah enam saya sudah mula berpuasa penuh. Saya juga sering mengikut famili angkat saya ke surau untuk menunaikan solat Terawih.
“Saya sering diberi galakkan dan dibimbing oleh pelbagai pihak terutamanya famili angkat saya sendiri dan juga guru-guru di sekolah. Mereka juga sering memberi nasihat dan menceritakan keindahan Islam kepada saya tanpa paksaan untuk saya memeluk Islam. Pada raya Aidilfitri dan Aidiladha juga, saya akan sambut dengan famili di Klang. Saya akan ikut sama solat sunat raya.
“Ketika saya berusia 12 tahun, saya hendak memeluk Islam tetapi ibu bapa kandung saya masih melarang kerana katanya tidak cukup umur dan masih budak , belum berfikiran matang. Pada usia tersebut, saya telah pun pandai mengucap dua kalimah syahadah. Jadi mengikut JAIS pula, jika ibu bapa tidak setuju pada usia 18 tahun ke bawah, masih tidak boleh memeluk Islam. Jadi ketika umur saya 18 tahun, dengan segera saya memeluk Islam kerana bimbang jika terjadi apa apa, tidak sempat untuk menukar agama. Jadi pada 22 Feb 2017 saya telah memeluk islam di Jais Klang ditemani oleh famili angkat saya.
Ibu Bapa Menangis Kegembiraan
“Alhamdulillah, setelah selesai mengucap dua kalimah syahadah, ibu bapa saya menangis kerana gembira dengan keputusan yang saya dan kakak saya lakukan ini. Kakak saya juga telah memeluk Islam pada umurnya 18 tahun, jadi dia telah memeluk agama Islam terlebih dahulu dan barulah saya. Tetapi abang kami masih beragama Buddha.
“Mummy saya beragama Kristian dan Daddy saya beragama Buddha. Jadi setelah saya memeluk agama Islam, mummy dan daddy saya masih tidak mengetahui hal tersebut, jadi saya dan kakak mencadangkan untuk memberitahu mereka dengan pulang ke melaka dengan memakai pakaian yang menutup aurat.
“Saya dan kakak telah pun memakai tudung dan menutup aurat ketika sebelum memeluk agama islam lagi. Kami mempraktikan diri kami dengan menutup aurat sebelum betul-betul memeluk agama Islam dengan itu kami lebih selesa dan rasa selamat dari pandangan orang ramai.
“Kami pulang berjumpa dengan kedua ibu bapa kandung dan mereka terkejut dengan apabila memberitahu kami sudah memeluk Islam. Kami juga menerangkan dengan secara baik kenapa kami memilih agama Islam iaitu kerana didikan awal yang telah diberikan oleh para guru serta keindahan cara hidup orang Islam. Lama kelamaan mereka menerima kami dengan hati yang terbuka yang mana mereka selalu berpesan agar sentiasa balik dan melawat mereka walaupun sudah berlainan agama. Pada setiap kali raya Cina dan cuti yang panjang, saya dan kakak akan pulang ke Melaka,” ujar Nur Khayra.
Zahnita nekad bercerai, suami tiada usaha memujuk. Seperti yang diketahui umum pergolakan rumah tangga di antara bekas supermodel dan pelakon Zahnita dan suaminya, Abdul...