Terhibur admin melihat keletah Nur Fatima Aisya menemani kedua ibu bapanya, Fattah Amin dan Nur Fazura di majlis pertunjukan fesyen koleksi Fazbulous Raya 2024 yang diadakan sabtu lalu.
Mana tidaknya, pada usia tiga tahun, Fatima jelas mewarisi bakat seni yang mengalir dalam dirinya apabila tular video Fatima berjalan di pentas peragaan dan bergaya comel di pentas runway memperkenalkan lebih 30 koleksi Raya milik ibunya, Fazura.
Menurut Fazura yang ditemui selepas pertunjukkan fesyen berkenaan berkata sebagai ibu, dia menyokong minat anak tunggalnya itu sekiranya Fatima mahu menceburkan diri dalam bidang seni suatu hari nanti.
Ads
Sedia Beri Bimbingan
Walau bagaimanapun, sebagai ibu Fazura melahirkan kebimbangan sekiranya Fatima dilanda kontroversi sebagai rencah dalam industri hiburan. Tambah Fazura lagi, bidang seni sememangnya mempunyai cabaran tersendiri dan pelbagai onak dan duri terpaksa ditempuhi.
“Alhamdulillah saya dapat lihat personaliti Fatima seorang yang kuat dan boleh menghadapi apa jua cabaran. Sebagai ibu, saya terbuka dan menyokong apa jua minatnya,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Darah seni yang mengalir dalam tubuh Fatima sememangnya membuktikan bahawa si kecil berusia 3 tahun ini juga mampu menyerlah dalam bidang seni apatah lagi Fatima sudah mula berjinak-jinak sebagai model iklan. Mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi, kan!
Ads
Namun begitu, baik Fattah mahupun Fazura akan memberi sokongan dan bimbingan sebaiknya untuk anak kesayangan mereka menceburkan diri dalam apa jua bidang yang digemarinya kelak.
Sibuk mengusahakan perniagaannya, Fazura berkata koleksi Fazbulous Raya 2024 kali ini mengetengahkan koleksi Tudung Fazura iaitu Citra Zahraa, Kesuma Warna yang berinspirasikan flora. Manakala rekaan Rona Peterana pula menggabungkan corak abstrak dan geometri moden.
Menyentuh mengenai koleksi ini, Fazura selesa mengetengahkan konsep pakaian yang selesa digayakan di Aidilfitri bersesuaian dengan permintaan peminat yang menggemari rekaan yang ringkas dan selesa di musim perayaan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Menjadi kebiasaan setiap kali membeli telur kita akan mencucinya dan terus susun dalam ‘tray’ pada bahagian rak pintu peti sejuk agar telur dapat bertahan lebih lama. Sebenarnya cara penyimpanan ini adalah kurang tepat.
Kurangkan Nutrisi
Menurut kajian terbaru mendapati ada kesan risiko yang berbahaya jika telur disimpan di dalam peti sejuk. Dalam kajian yang dilakukan oleh Journal Food Of Protection, menyimpan telur di dalam peti sejuk dapat mengurangkan jumlah nutrisi di dalamnya.
Telur yang disimpan di tempat yang mempunyai suhu rendah boleh menghilangkan kandungan protein, enzim dan mineral di dalamnya. Jika semua nutrisi hilang, ianya tidak akan memberi apa-apa kebaikan kepada tubuh badan malah akan mendatangkan penyakit.
Hasil kajian ini juga turut mendapati bahawa telur yang disimpan di dalam peti sejuk lebih terdedah kepada jangkitan bakteria yang dikenali sebagai salmonella.
Simpan Telur Pada Suhu Normal
Salmonella adalah jenis bakteria yang boleh menyebabkan beberapa masalah penyakit berjangkit seperti masalah pencernaan. Seeloknya, telur itu hendaklah disimpan di tempat yang memiliki suhu normal, tidak terlalu sejuk ataupun panas.
Namun, jika ingin menyimpan telur di dalam peti sejuk, pastikan tidak menggunakan ‘tray’ telur di bahagian pintu peti sejuk tersebut.
Ini kerana telur memerlukan suhu yang stabil untuk menjadikan ia tahan lama. Menyimpan telur di rak pintu peti sejuk menyebabkan suhu akan terjejas dan tidak seimbang kerana ia sering dibuka dan ditutup.
Oleh itu, simpan telur di bahagian lain seperti di dalam laci peti sejuk supaya suhu sentiasa stabil untuk menjamin kualiti dan rasa telur apabila dimasak.
Tanda suami mula curang, belajar bahasa halus pengkhianatan dalam rumahtangga. Kesetiaan adalah asas setiap hubungan. Namun, apabila seorang lelaki mula berlaku curang, tingkah lakunya akan menunjukkan perubahan yang ketara.
Jika anda merasakan sesuatu yang tidak kena, berikut adalah tanda-tanda lelaki curang yang sering kali menjadi petunjuk awal. Isteri ada gerak batin yang kuat sebenarnya, boleh merasai bagaimana suami boleh mula berubah.
Tanda Suami Mula Curang
Antara ciri-ciri boleh dikenal pasti ialah ianya bermula dari perubahan gaya bercakap.
1. Perubahan Gaya Bercakap
Jawapan Kabur: Dia sering memberi jawapan samar-samar apabila ditanya tentang aktivitinya.
Kurang Perhatian: Dia tidak lagi berminat mendengar cerita anda atau memberikan maklum balas.
Menjauhkan Diri Secara Emosi: Hubungan menjadi dingin, dan dia kurang meluahkan perasaan atau berkongsi masalah.
2. Sikap Terlalu Berahsia
Telefon Selalu Dikunci- Dia mula menggunakan kata laluan pada telefon atau membawa telefon ke mana-mana, termasuk ke bilik mandi.
Aplikasi Tersembunyi- Anda mendapati aplikasi tertentu yang tidak dikenali atau mesej yang dipadam secara berkala.
Mengelak Soalan- Dia cepat marah atau mengubah topik apabila ditanya tentang aktiviti atau rakan barunya.
Belajar Bahasa Halus Pengkhianatan Dalam Rumahtangga
3. Perubahan Rutin yang Mencurigakan
Keluar Rumah Lebih Kerap- Dia kerap memberi alasan seperti “berjumpa kawan” atau “kerja lebih masa,” tetapi alasan ini tidak dapat dibuktikan.
Waktu Pulang Tidak Tetap –Dia mula pulang lewat tanpa sebab munasabah atau memberi alasan sibuk tanpa kejelasan.
Kerap keluar rumah atas alasan kerja- Dia sering keluar bandar atau menghadiri “urusan kerja” yang tiba-tiba muncul.
4. Perubahan Penampilan
Mula jaga penampilan – Dari penampilan biasa, lelaki mula berubah dari segi pemakaian. Sanggup beli baju baru atau guna minyak wangi yang jarang dia gunakan sebelum ini.
Bersiap berlebihan – Penampilan yang terlalu sempurna setiap kali keluar rumah boleh menjadi tanda dia cuba menarik perhatian orang lain.
5. Hubungan Fizikal dan Emosi Menurun
Kurang Mesra- Dia tidak lagi menunjukkan kasih sayang seperti dulu, sama ada melalui pelukan, ciuman, atau kata-kata manis.
Menjauhkan Diri Secara Fizikal – Hubungan intim menjadi semakin jarang, dan dia sering memberi alasan seperti penat atau stres.
6. Perubahan dalam Pengurusan Kewangan
Perbelanjaan yang Tidak Dapat Dijelaskan- Anda mendapati bukti resit atau transaksi bank untuk makan malam, hadiah atau bil hotel yang tidak pernah diketahui sebelum ini.
Akaun Tambahan – Dia mungkin membuka akaun bank baru atau menyembunyikan sumber pendapatannya.
7. Muncul nama baru dalam hidupnya
Sebut nama orang lain tanpa sengaja-Dia kerap menyebut nama seseorang tanpa sebab jelas atau menunjukkan reaksi terkeliru apabila ditanya.
Banyak menghabiskan masa dengan “kawan baru”- Dia sering keluar dengan seseorang yang dia tidak pernah perkenalkan kepada anda.
8. Naluri isteri mula rasakan suami berubah
Sebagai pasangan, Allah kurniakan perasaan yang kuat pada isteri untuk kita meraskan pasangan mula berubah walau dia cuba untuk menyembunyikannya.
Kalau mula rasa syak wasangka, lakukan langkah ini dengan cepat!
Perhatikan dengan bijak –Perhatikan tingkah lakunya dengan tenang tanpa membuat tuduhan melulu.
Kumpulkan bukti – Jika perlu, kumpulkan bukti untuk menyokong perasaan anda.
Berbincang secara Tterbuka –Luahkan kebimbangan anda dan tanyakan dengan jujur jika dia menyembunyikan sesuatu.
Dapatkan bantuan profesional atau ahli keluarga – Jika hubungan anda penting, pertimbangkan untuk mendapatkan kaunseling perkahwinan.
Lindungi diri dari menjadi terlalu emosi – Jangan biarkan emosi menguasai diri. Utamakan kesejahteraan mental dan emosi anda.
Setiap hubungan memerlukan kepercayaan yang kukuh untuk bertahan. Jika pasangan anda menunjukkan tanda-tanda ini, mungkin sudah tiba masanya untuk menilai semula kejujuran dalam hubungan anda. Anda layak mendapat pasangan yang setia dan menghargai anda sepenuhnya.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Aidiladha tahun ini lebih bermakna buat penyanyi terkenal, Nabila Razali. Bukan sahaja menyambut Hari Raya Korban, beliau dan suami, Nik Iruwan Nik Izani bakal meraikan majlis akikah dan kesyukuran anak sulung mereka, Baby M.
Majlis yang dijadualkan akan berlangsung pada 7 Jun ini bertempat di Franky Corner, Kota Bharu, Kelantan. Lebih istimewa, Nabila menjemput seluruh rakyat Kelantan, khususnya peminat dan penduduk setempat untuk turut sama berkongsi kegembiraan mereka sekeluarga.
“Alhamdulillah, Baby M adalah hadiah terindah dalam hidup saya dan suami. Jadi ibu adalah satu anugerah, penuh cabaran tapi sangat bermakna,” luah Nabila yang kini bergelar ibu pada usia 33 tahun.
Bagi Nabila, majlis ini bukan sekadar simbol kesyukuran, tetapi juga ruang untuk merapatkan hubungan silaturahim dengan peminat serta masyarakat sekeliling.
“Kami amat berbesar hati jika anda semua dapat hadir. Bukan sahaja untuk meraikan Baby M, tetapi juga sebagai tanda kasih dan ukhuwah sesama kita, lebih-lebih lagi dalam bulan yang penuh keberkatan ini,” katanya lagi.
Pasangan ini menyambut kelahiran Baby M pada 23 Disember lalu di sebuah pusat perubatan di Lembah Klang. Bayi comel seberat 3.1 kilogram itu melengkapkan kehidupan mereka selepas melangsungkan perkahwinan pada 18 Disember 2023.
Majlis yang diadakan di kampung halaman suami ini dijangka berlangsung dalam suasana yang harmoni dan penuh kemesraan, selaras dengan semangat Aidiladha yang membawa erti pengorbanan, kasih sayang, dan kebersamaan.
Tahniah buat Nabila sekeluarga. Semoga Baby M membesar menjadi anak soleh yang membawa bahagia dan barakah dalam kehidupan mereka berdua.
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...