Kehidupan berumahtangga perlu ada sikap tolak ansur. Zaman ekonomi sekarang kebanyakan suami dan isteri perlu bekerja untuk menampung ekonomi keluarga. Namun seringkali masalah timbul apabila gaji isteri lebih besar daripada gaji suami. Isteri akan cenderung untuk menanggung keluarga serba serbi hingga suami culas dengan tanggungjawabnya sebagai suami.
Apabila berada dalam situasi sebegini sebenarnya perlu cari penyelesaian yang wajar. Suami isteri kedua-duanya perlu sedar diri dan mainkan peranan masing-masing.
Isteri perlu ingat setinggi mana pangkat di tempat kerja dan sebesar mana pun gaji yang diperolehi, apabila di rumah dia masih seorang isteri. Begitu juga suami, walaupun bergaji kecil namun tetap perlu memberi nafkah dan pikul tanggungjawab sebagai suami iaitu ketua rumahtangga.
Hadamkan nasihat daripada Kaunselor, Puan Normaliza Mahadi ini sebagai panduan.
Saya selalu jumpa pasangan yang isteri mempunyai gaji lebih tinggi daripada suami.
Di sini ada 2 masalah:
1. Isteri terdorong untuk menanggung semua perbelanjaan keluarga.
2. Suami rendah diri tak sudah.
Dua-dua ni akan menimbulkan masalah.
Saya bagi cadangan percuma aje di sini;
1. Suami mesti menanggung semua perbelanjaan yang sepatutnya ditanggung seperti rumah, makanan, pakaian dan lain-lain yang berkaitan.
Hanya begini.
Ads
A. Rumah yang suami mampu bayar RM750 sebulan. Tapi isteri fikir dengan pendapatan yang dia ada, patutnya dapat tinggal rumah harga RM2000.
Tak apa. Suami akan membayar RM750 sebulan dan isteri bayar selebihnya. Isteri kena redhalah. Kalau tak kenalah tinggal rumah yang harganya RM750.
Tak apa jika tak jadi kahwin dari awal. Elok dari dah kahwin asyik bertengkar sebab rumah. Bising, nanti jiran komplain dan anak pun pening.
B. Kemampuan suami beli vacum corvan masa tengah sales. Isteri pulak memang kepingin nak beli dyson.
Suami bagi peruntukan yang dia mampu, isteri tambah.
Ini contoh kelengkapan rumah.
C. Bab makan.
Makanlah seadanya mengikut kemampuan suami. Jika kekurangan, isteri boleh tambah sebagai sedekah kepada keluarga.
Ads
D. Pakaian
Suami boleh bagi isteri budget ikut gajinya, isteri pula tambah ikut jenama handbagnya.
Suami pulak janganlah sikit-sikit Yelah abang ni tak sekolah tinggi. Abang sedar diri abang ni sapa. Mentanglah abang ni tak mampu. Abang tahu abang ni melukut tepi gantang.
Hari tu kedua pihak dah setuju nak kahwin. Dari dating dah tahu bakal isteri pakai kasut Prada dan bakal suami pakai Bata!
Jadi carilah penyelesaian yang siuman.
Masing-masing kena sedar diri.
Ada gaji besar masih pangkat isteri.
Ada gaji kecil perlu pikul tanggungjawab suami.
Kaum lelaki kalau anda rasa nak umur panjang, cubalah peluk isteri dua minit sehari. Tak perlu stres-stres. Sebabnya pelukan itu akan meredakan tekanan. Kajian menunjukkan pelukan ini akan mengeluarkan hormon gembira.
Rahsia Lelaki Nak Panjang Umur
Suami janganlah lokek pelukan, sebabnya bila isteri gembira anda pun bahagia. Kalau boleh mulakan sedikit demi sedikit. Memanglah mula-mula agak kekok namun lama kelamaan bila sudah jadi kebiasaan tentu rasa tak sempurna hari bila tidak peluk isteri. Cubalah!
Peluklah Isteri Dua Minit Sehari
LAKUKAN INI SEMASA MEMELUK ISTERI:
1. Ungkapkan Sayang Di Bibir
Bukan kena keluar duit pun nak kata ‘I Love You’, ‘Saya Sayang Awak’ atau ‘Terima Kasih Sayang’. Cuma modal air liur saja. Kalau semudah itu pun tak boleh buat, macam mana isteri nak memberi kebahagiaan pada keluarga?
2. Gurau Senda
Kalau masa bercinta boleh saja beri ayat-ayat power, bila dah jadi yang sah haruslah lebih hebat ayat powernya ya tak? Jangan ayat ke lain sudah!
3. Pujuk Memujuk
Kadang kala suami tak sedar yang kata-katanya menyakitkan hati isteri. Walaupun isteri tak kata, tapi tak salah minta maaf dan berikan pujukan manja. Isteri akan lebih menghargai nanti.
4. Peluk Cium Tak Salahkan
Biarpun usia perkahwinan dah sampai ke fasa ke matang, jangan malu nak peluk isteri. Sebabnya orang perempuan ini, makin berusia makin sensitif jiwanya. Lagilah bila dia dah faham perangai suaminya macam mana, dia takkan meluah sangat pun ke tak puasan hatinya. Pelukan suami selalunya jadi ubat/penawar hatinya yang hiba itu. Tak perlu lama… seminit dua pun dah memadai.
Empat saranan ini mampu memberikan manfaat yang untuk hubungan suami isteri. Tak lama manapun, dua minit saja!
Shopping… memang cukup sinonim dengan wanita. Jarang sekali kita dengar kaki shopping seorang lelaki. Mungkin ada tetapi tidak semua kerana selebihnya sudah tentulah wanita.
Kalau sebelum kahwin, wanita suka shopping barang keperluan peribadi, alat solek, pakaian dan sebagainya. Tetapi, rasanya selepas kahwin tentu sekali keutamaan barang yang dibeli adalah keperluan anak, suami dan keluarganya.
Kadang-kadang, bagilah masa sehari suntuk untuk wanita bershopping, pasti tidak cukup. Lebih teruk, bila suami atau pasangan jadi peneman, kelihatan muka bosan dan cuak tatkala menunggu pasangan membeli belah.
Jangan fikir wanita bershopping ini untuk melepaskan keinginan semata-mata dan sebagai suami atau pasangan pula, janganlah mempertikaikan apa yang isteri lakukan.
Sebenarnya, ada sebab dan perbezaan bagi setiap wanita yang suka bershopping. Mengulas lebih lanjut topik ini bersama Prof Madya Dr Hj Mohd Nor Mamat. Suami atau isteri, sila hadamkan.
Pendakwah bebas, Prof Madya Dr Hj Mohd Nor Mamat
3 Kategori Shopping Yang Suami Kena Tahu
Terdapat tiga kategori yang menunjukkan perbezaan bagi setiap satu.
1. Shopping untuk keperluan – Biasanya membeli belah barangan keperluan rumah dan keluargamudah difahami oleh suami dan ia tidak menimbulkan banyak masalah.
2. Shopping aksesori – Sebarangan yang bukan keperluan utama atau sekadar suaka memiliki yang menyebabkan sukar difahami oleh suami.
Ini kerana fitrah wanita diciptakan sememangnya dekat dengan perhiasan manakala lelaki fitrahnya tidak begitu memerlukan perhiasan. Sebab itulah, sering kali isteri ditegur oleh suami apabila berbelanjauntuk aksesori sebegini.
3. Kepuasan fitrah diri – Keadaan ini perlu difahami suami kerana dengan melayan kesukaan untuk bershopping, ia akan membahagiakan isteri.
Mereka rasa dihargai, walaupun sekadar berbelanja sedikit atau window shopping dalam suasana yang membahagiakan.
Baik Suami Atau Isteri, Hadam Nasihat Ini
ISTERI
Rujuklah pada suami secara rasional untuk sebarang perbelanjaan. Elakkan daripada sentiasa keluar shopping bersama kawan-kawan kerana ia boleh menyebabkan keinginan membeli belah tanpa kawalan.
Walau bagaimanapun, keluarlah membeli belah kerana ia adalah tuntuan fitrah dan sebagai terapi yang membahagiakan wanita. Namun, keluarlah bersama dengan suami sebagai pengawal.
Sebaik-baiknya, aturkan disiplin jadual untuk shopping. Contohnya, dua kali sebulan dengan bajet yang tertentu.
Memang sifat isteri atau ibu akan sanggup berbelanja apa sahaja untuk orang tersayang sehingga kadang kala boleh menimbulkan masalah tentang cara yang dibelanjakan. Contohnya, membeli barangan tanpa kebenaran suami atau terlalu lama keluar membeli sehingga boleh menyebabkan kemarahan suami. Sebaiknya, belilah barangan tetapi elakkan daripada saumi terasa tidak dihormati atau tanpa kebenarannya.
SUAMI
Kita perlu lebih memahami fitrah kewanitaan isteri dengan sama-sama menemani isteri menikmati kebahagiaan shopping. Tidak semestinya berhabisan duit barulah bermakna memuaskan hati isteri. Sebaliknya, cara layanan suami yang membahagiakan apabila menemani isteri membeli belah itu sudah cukup .
Layani keinginan isteri untuk keluar shopping tetapi dalam masa yang sama, suami perlu kawan keinginan menghabiskan duit oleh isteri dengan cara tidak menyakitkan hatinya.
Sentiasa menemani isteri shopping, raikan sebahagian fitrahnya dan nasihatlah dengan positif agar tidak hanyut dengan fitrah sukakan shopping.
Jadilah peneman dan cuba memahami untuk membelikan sesuatu yang istimewa untuk isteri. Mudah-mudahan ia boleh membantu menghentikan tabiat suka shopping yang keterlaluan.
Pesanan Untuk Isteri
1. Pujuk diri supaya sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Isteri yang bersyukur dan berterima kasih kepada suami dengan pemberian yang diberi adalah antara ciri wanita syurga. 2. Latih diri dengan sifat Qanaah iaitu berpada-pada dan selalu merenung serta ambil iktibar daripada orang lain yang lebih miskin. Kata pujangga, ilmu dan amalan, pandanglah orang yang lebih banyak ilmu dan amalannya tetapi harta, pandanglah orang yang lebih sedikit hartanya. 3. Elakkan bergaul terlalu terlalu banyak orang yang lebih kaya kerana lama-kelamaan akan mempengaruhi hidup kita. Sedangkan kita tiada kemampuan. 4. Praktiskan perancangan dan tulis sebelum keluar membeli belah. Pastikan kita betul-betul mengikut apa yang dirancang sebelum ini. 5. Budayakan shopping tunai dan elakkan guna kad kredit kecuali kecemasan sahaja. 6. Kombinasi suami isteri yang baik ialah isteri merancang dan mencadangkan manakala suami menilai dan memutuskan. Cari jalan pertengahan untuk kedua-duanya. 7. Sentiasa ukur baju pada badan sendiri. Usah beli baju yang saiznya untuk orang lain. Maksudnya, fikirkan untuk shopping mengikut keperluan, bukannya ikut peluang. 8. Rancang belanja bulanan ikut kecukupan gaji tetap sahaja, manakala elaun atau pendapatan tambahan adalah untuk simpanan ataupun ‘back up’ sahaja. Disiplinkan diri dengan sebahagian untuk simpanan, sebahagian untuk belanja dan sentiasa ada lebihan pendapatan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Suami baru sampai rumah penat pun tak hilang lagi, isteri terus membebel. Ini boleh jadi perang dingin dan realitinya lelaki manalah yang tahan dengan karenah isteri asyik membebel setiap hari.
Walau kita tahu apa yang dibebelkan kadang ada benarnya, cuma keegoan seorang suami tidak pernah mahu mengakui kebenaran itu.
Namun ada baiknya jika seorang isteri boleh menjaga hubungan suami isteri dengan tip yang dikongsi oleh Puan Nurhidayah Jaafar ini…
Berlatih untuk bercakap 1 hingga 2 ayat sahaja. Contohnya apabila meminta bantuan suami.
“Abang, tolong jerang air.” — cukup.
Tidak perlu sehingga begini.
“Abang, sayang baru balik kerja ni. Nak siap masak lagi. Tak nampak anak tu mengamuk-amuk nak susu. Tolonglah jerang air sekejap. Sudah-sudahlah tengok facebook tu.” — terlebih cukup.
Apabila suami bertanya, “Dinda sudah makan?”
Jawab mengikut skema soalan.
“Belum” atau “Sudah” — cukup.
Tidak perlu sehingga begini.
“Belum lagi. Tadi banyak kerja di ofis. Tak sempat nak makan. Nak masak pun tak sempat. Kita makan kat luar sahajalah!” — jawapan tidak mengikut skema soalan.
Apabila meminta bantuan suami, jangan mengajar-ajar. Jangan beritahu sebab.
“Abang, tolong angkat kain. Nanti hujan, basah.”
(Memanglah kalau hujan turun basah. Itupun mahu beritahu)
Haaa… nampak tak macam mana nak minta tolong suami? Lepas ini, bolehlah kaum mak-mak cuba ya, mana tahu bila guna tip ini suami terus biasa dan esok-esok hari tanpa disuruh pun dia laju buat!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Dr Afifah berharap Nubhan dapat bekerjasama memaklumkan kisah perceraian kepada anak-anak. Baca luahan penuh, perkembangan mahkamah dan isu emosi anak dalam kes Nubhan cerai.