Setiap kali masak nasi, jangan lupa asing air basuhan beras yang pertama dan kedua. Khasiatnya memang banyak, kegunaannya pula tak sama rugi kalau mak-mak buang begitu sahaja. Air basuhan pertama warnanya lebih keruh dan pekat, manakala basuhan beras kedua pula warna airnya lebih jernih.
Nak tahu lebih lanjut perbezaan kegunaan air basuhan beras pertama dan kedua ni, baca tip yang dikongsikan oleh Azrul Nizam ini.
“Orang kita ni sehari tak makan nasi memang tak sah kan. Nak makan nasi, sebelum tu kenalah basuh beras dulu.”
“Selalunya lepas basuh beras mesti terus buang airnya kan? Ramai yang tak tahu air basuhan beras ni banyak khasiat rupanya. Kalau tahu pun, mesti
selalu terlupa nak simpan kan?”
Ni saya kongsi tips sikit berkenaan air basuhan beras.
Ads
Air Basuhan PERTAMA (Cucian & Baja Tanaman)
Boleh menghilangkan bau hanyir pada ayam dan ikan.
Boleh juga guna untuk basuh sayur, buang kekotoran dan ulat pada
sayur.
Serta untuk disiram pada pokok jadi baja kerana pokok akan berbuah lebat. Contohnya pokok cili dan lain-lain jika ada tanam pokok di rumah.
Air Basuhan KEDUA (Kecantikan dan Kesihatan)
Boleh menaikkan seri wajah, bagi yang beragama Islam boleh baca selawat 3 kali dulu sebelum disapukan pada wajah.
Sebagai mandian, bagus untuk yang kulit kering dan kusam, hilangkan panas badan, yang gatal-gatal, cuci daki dan sebagainya.
Lebih kurang dua minggu lagi, umat Islam di seluruh dunia bakal menyambut bulan Ramadan al Mubarak.
Bagi orang perempuan, saya nak tanya. Hutang puasa dah settle ke belum? Sepanjang bulan Syaaban ini, tentu ramai yang mengambil peluang untuk melunaskan hutang puasa tahun lepas. Betul tak? Ya, bukan mudah sebenarnya nak berpuasa di kala orang lain bebas makan dan minum. Dugaan hebat tau. Memerlukan ketabahan dan kekuatan iman. Lebih-lebih lagi bila bekerja.
Saya sendiri, jika hendak mengganti puasa atau berpuasa sunat, sebolehnya saya akan ‘kosong’kan hari itu tanpa sebarang tugasan luar. Bila berada di dalam pejabat, ‘dugaan’ kurang berbanding jika bertugas di luar pejabat, dengan cuaca yang membahang. Kalau dah tak boleh elak, nak buat macam mana kan?
Sekiranya menghadiri event tertentu, biasanya jamuan ringan akan disediakan untuk para tetamu termasuk wartawan bertugas. Ketika ini, kalau berpuasa ganti, kenalah ‘pandai-pandai jaga iman’.
Bagi saya, itu tak jadi masalah. Malah saya sudah biasa dan tak kisah walau pun perlu duduk semeja dengan rakan-rakan wartawan lain yang tidak berpuasa. Tak ada rasa terliur pun. Tapi seorang rakan pernah berterus terang. Dia jenis yang tak boleh tengok orang lain makan sedap-sedap ketika dia berpuasa ganti. Silap hari bulan, memang dia akan berbuka. Sebab itu jika nak ganti puasa, dia akan ganti ketika hari cuti. Tapi, jika di bulan Ramadan, boleh pula dia tahan nafsu tengok orang beragama lain makan. Pelik kan?
Sepanjang bulan Ramadan, kami tetap keluar melakukan tugasan masing-masing. Lebih-lebih lagi sepanjang Ramadan kami sibuk dengan ‘advance’ raya. Tapi biasanya temu janji dibuat jam 11 ke atas, lebih-lebih lagi jika melibatkan wanita. Sangat dielakkan temu janji di sebelah petang kerana waktu ini mak-mak sibuk nak memasak untuk berbuka puasa.
Jemputan untuk majlis berbuka puasa juga banyak pada bulan puasa. Ada jemputan daripada pihak client dan sebagainya. Memang seronok kerana berpeluang berbuka puasa di hotel-hotel dan restoran yang bufet Ramadannya boleh mencecah lebih RM100. Wow, mahal? Tapi berbaloi dengan jumlah hidangan yang disediakan.
Kalau diberi pilihan, saya lebih suka berbuka puasa di rumah walau pun hanya dengan masakan yang ringkas. Yang penting dapat berbuka bersama keluarga. Tapi sesekali untuk memenuhi undangan client, apa salahnya kan?
Semoga kita diberikan kesempatan dan kesihatan untuk menyempurnakan ibadah puasa dengan sebaik mungkin. Ingat, sematkan azam untuk berbelanja dengan cermat ye, jangan membazir terutama ketika ke bazar Ramadan!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Cili kisar salah satu bahan utama yang sering digunakan dalam masakan. Jika selalu kita kisar cili dalam kuantiti yang banyak dan simpan di peti sejuk bahagian ‘chiller’ ia mudah rosak, masam dan berkulat. Membazir sungguh cili kisar terpaksa dibuang begitu sahaja.
Sebenarnya ada caranya untuk simpan cili kisar supaya tahan lama, tak rosak berkulat malah senang diguna. Nak masak pun mudah, ambil yang perlu je.
Perkongsian tip di TikTok ctrahmahhs ini boleh jadi panduan.
1. Kisar cili kering seperti biasa.
2. Kemudian masukkan cili kisar tersebut dalam bekas kecil.
3. Terus masukkan dalam peti ais bahagian sejuk beku.
4. Apabila dah beku, keluarkan dari bekas dan masukkan pula dalam pula bekas bertutup. Ia bagi menjimatkan ruang untuk menyimpan cili.
5. Kemudian, letak label pada bekas tersebut dan simpan kembali dalam peti sejuk.
Siap! Bolehlah digunakan bila-bila masa untuk memasak dan ambil hanya kuantiti yang diperlukan.
Mingguan Wanita: Menarik juga idea, tak terfikir pula untuk bekukan cili kisar dalam bentuk kiub macam ni. Jadi takdelah masalah cili kisar rosak, masam berkulat malah tahan lama bila simpan macam ni.
Laga gigi, inilah yang selalu mak-mak dengar selepas tidurkan anak. Mahu terkejut dan rasa ngilu pula bila dengar bunyi tu. Terfikir juga kenapa boleh berlaku dan kebiasannya anak-anaklah yang kerap alaminya.
Ada pendapat orang tua-tua, bunyi laga gigi sebab anak terlalu penat, banyak bermain waktu siang, ada juga yang kata, anak ni degil dan sebagainya. Kalau orang dewasa pula dikaitankan dengan pelihara saka atau jin.
Dengar penjelasan doktor ini tentang apa yang dikatakan dengan laga gigi semasa tidur.
Bruxism atau melaga gigi biasa berlaku pada kanak-kanak kerana gigi susu hendak mula tumbuh dan boleh berlaku lagi apabila gigi kekal pula hendak tumbuh. Biasanya hilang selepas gigi kekal sudah siap semua tumbuh keluar.
Kesian anak belum apa-apa sudah dikata degil.
Kalau orang dewasa pun ada laga gigi, tandanya apa pula? Dituduh saka dan jin pula.
Bruxism boleh berlaku ketika sedang tidur. Kadang-kadang orang yang ada masalah bruxism ini tidak sedar dia ada berlaga gigi (teeth grinding), sebab sedang tidur kan.
Jadi orang yang terdekat akan tahu atau sedar, kerana laga gigi akan menghasilkan bunyi dan kadang kala bunyinya kuat dan oleh kerana berlaku pada waktu malam, boleh menimbulkan rasa seram.
Agaknya di situlah timbul cerita saka.
Ia boleh berlaku ketika bukan waktu tidur juga. Tetapi kita tidak sedar. Bukanlah secara melaga gigi secara total, sebaliknya lebih kepada mengetap gigi dan rahang (jaw clenching), sehingga boleh menimbulkan rasa sakit pada rahang, dan kadang kala dalam telinga.
Apa puncanya? Kurang lebih 70% disebabkan kerisauan dan stress. Obstructive Sleep Apnea atau gangguan pernafasan ketika tidur juga boleh menyumbang kepada masalah bruxism ini.
Ubatan seperti anti-depressant dan cara hidup seperti meminum alkohol antara punca juga.
Apa yang berlaku selepas bruxism? Anda boleh rasa sakit pada rahang apabila hendak buka dan tutup mulut. Gigi anda akan merasa sensitif disebabkan gigi anda terhakis (worn teeth) akibat daripada gigi berlaga dengan kuat.Kepala dan telinga juga sakit, begitu juga dengan otot-otot di bahagian muka (facial myalgia). Tidur anda juga kadang kala terganggu, jika tidak anda, pasangan anda boleh terganggu dengan bunyi gigi anda.
Rawatan Terbaik
Apa kena buat? Berjumpa doktor gigi jika ada masalah gigi sensitif atau sakit pada rahang. Urus stres dengan baik. Ubah lifestyle. Berjumpa dengan pegawai perubatan untuk masalah seperti ubatan.
Tidak salah untuk berikhtiar dengan doa-doa dan ayat-ayat Al-Quran. Semua yang berlaku adalah atas izin-Nya jua.
Cuma ketahuilah masalah laga gigi atau bruxism ni bukan berlaku dekat orang melayu je sampai kita nak kaitkan dengan saka ke jin ke. Di UK, 6 juta rakyatnya ada bruxism ni.
Takkanlah diorang semua bela saka kot.
Mingguan Wanita : Jangan pandai-pandai buat tafsiran. Baru tahu sebab apa anak laga gigi masa tidur.
Ibu ayah risau keselamatan di sekolah. Susulan kejadian pagi tadi tiada siapa menyangka hari persekolahan biasa itu akan berakhir dengan tragedi yang meragut nyawa...