
Buat mak-mak yang suka bercucuk tanam, jika selalu guna pasu tak kiralah jenis tembikar atau plastik, sebenarnya boleh gunakan PVC juga. Lebih jimat, tahan lasak bertahun-tahun, kemas malah cantik dijadikan hiasan di laman yang tidak mempunyai ruang yang luas.
Jadi jika ada PVC terbiar di rumah tu boleh buat ikut idea yang dikongsikan ini.Tak perlu lagi kerap nak beli pasu di kedai yang mudah pecah, reput dan agak mahal harganya.
Puan Siti Samsiah ini ada kongsikan caranya sebagai panduan;
“Meh tengok nenek buat apa pagi ni.Tanam pokok guna PVC. Laman nenek memang sana sini PVC untuk tanam pokok. Kalau yang suka boleh cuba. Yang tak suka leceh kerja beli pasu je.”
“Boleh pilih saiz PVC dekat Hard ware. Lagi besar lagi cantik.”
Panduan ringkas ada di setiap gambar.
1.Permulaan gali sikit lubang.
2.Pacak pvc ikut suka ukuran.Dah pacak ketuk keliling pvc biar kukuh.
3.Lapisan bawah isi pecahan pasu atau batu bata. Untuk jimat tanah.
4.Ketuk bagi tanah turun.
5.Akhir sekali tanam pokok yang kita suka. Dan siram.
Suka tak. Cantik tak.

Selamat mencuba.
Baca Lagi Di Sini:
Nak Jimat Celup Tuala TERPAKAI Dalam Simen, Sembur CAT Jadilah Pasu
Nak Tanaman Subur, Serangga Menjauh Diri, Tabur Kulit Bawang Jadi Baja!
MW: Menarik dan kreatif sungguh idea ni. Jadi tak perlu beli pasu lagi. Boleh juga guna PVC yang lebih tahan lasak dan menjimatkan. Malah nampak sangat cantik dan kemas.
Sumber: Siti Samsiah
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
DIY Multipurpose Dust Spray, Lebih Mudah Bersihkan Habuk Melekat!

Isi Kandungan
ToggleMemang jenuh nak bersihkan habuk-habuk yang mudah sangat melekat pada perabut mahupun perkakas rumah. Sebenarnya mak-mak boleh buat sendiri Multipurpose Dust Spray di rumah. Lebih mudah bersihkan habuk melekat dan menjimatkan masa dan tenaga dalam melakukan kerja-kerja rumah.
Ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Yatie Eimra ini sebagai rujukan.
“Saya ni memang suka tip dan trik yang memudahkan urusan harian. Bila jumpa macam-macam tip, mesti saya simpan dan cuba bila berkesempatan. Banyak resipi buat dust spray ni sebenarnya, cara paling senang guna air dan softener. Tapi lepas cuba beberapa resipi, setakat ni inilah resipi dust spray yang paling saya berpuas hati sebab ia serbaguna.”
“Pernah baca komen netizen — cakap orang yang gunakan spray untuk elak habuk melekat ni orang yang malas. Pada saya, adanya tip macam ni bukannya bermakna boleh culas dan bermalasan tapi sekadar memudahkan serta mempercepatkan kerja-kerja rumah dan urusan harian. Nak-nak ramai isteri yang bekerja dan faktor kekangan masa. Tu belum lagi yang ada anak kecik/anak yang tengah melasak ataupun wanita mengandung. So tip-tip macam ni lah dapat membantu jimatkan masa/tenaga.”
Multipurpose Dust Spray
Bahan-Bahan:
¼ cawan cuka
1¼ cawan air
3 sudu kecil minyak zaitun
1 sudu makan pencuci pinggan* (optional)
Sedikit essential oil* (optional)
Cara Membuat:
Campur semua bahan dalam botol spray. Goncang sebelum guna.
Nota:
*Guna botol spray transparent supaya mudah nampak atau buat reminder pada botol supaya tak lupa
*Saya buat 2 botol spray sebab guna 2 wangian berbeza.
*Saya gunakan 1 bahagian cuka & 5 bahagian air supaya larutan cuka tak terlalu pekat/terlalu cair
*Cuka memudahkan menanggalkan kotoran, juga sebagai agen pembasmi kuman
*Minyak zaitun berfungsi untuk mengilatkan & melindungi permukaan kayu.
*Pencuci pinggan mampu menanggalkan kotoran secara lembut
*Essential oil berfungsi memberi kesegaran & mengurangkan bau cuka.
Pastikan !!
*Sebaik-baiknya gunakan minyak zaitun. Saya tak jamin penggunaan minyak masak biasa (sawit) boleh berikan hasil yang sama untuk perabot kayu (bila bertindakbalas dengan cuka)
*Jangan gunakan pencuci pinggan yang bundle sebab bahan kimianya agak tinggi & boleh rosakkan sesetengah permukaan perabot.
*Jika risau perabot yang agak sensitif, cuba spray sikit dahulu dibahagian yang tersorok/paling bawah untuk uji keserasian.
*Paling penting — GONCANG setiap kali sebelum guna supaya larutan minyak & air bercampur.
Kegunaan:
1. Kurangkan Habuk Melekat Pada Perabot & Kipas
Mengurangkan habuk tak bermakna habuk langsung tak lekat ye.. Cuma lebih mudah nak bersihkan habuk dan menjimatkan masa.
2. Mengilatkan Perabot Kayu
Bukan setakat kabinet, pemegang dulang dari kayu pun saya gunakan spray ni sebab kilatannya memang cantik.
3. Menaikkan Warna & Melindungi Sofa Dari Kulit Sintetik
Boleh bersihkan kotoran & menaikkan warna sofa yang dah kusam
4. Mengurangkan Habuk Terkumpul Pada Gril Pintu & Lapisan Minyaknya Mengelakkan Dari Berkarat
Rumah dekat dengan jalan besar ni, manjang je habuk & debu bertepek dekat gril.. Walaupun saya spray sesekali jer, memang nampak perbezaan dgn sebelum ni.
5. Membersihkan & Melicinkan Trek Pintu/Tingkap Jenis Sliding Serta Melancarkan Trek Yang Tersangkut
Kekadang hujan lebat sangat, kena jugak sikit-sikit tempias air dekat pintu/tingkap sliding. Lama-lama mesti trek tersangkut-sangkut. Saya spraykan aje untuk lancarkan balik.

6. Sebagai Lapisan Perlindungan Dari Kotoran Untuk Jubin Dinding & Sinki
Saya selalunya basuh toilet hujung minggu. Hari biasa ni sental memane yang sempat je. Tak boleh lama-lama dalam bilik air sebab anak tengah melasak.. Guna spray ni memang mudah nak bersihkan jubin & di celah-celah. Toilet yang jarang guna (untuk tetamu) pun saya spraykan pada jubin & sinki.
Pastikan BERSIHKAN dahulu jubin & sinki seperti biasa, kemudian barulah gunakan spray ni. Spray secara menyeluruh terutama dicelah-celah jubin. Sebaik-baiknya gunakan span atau kain microfiber untuk ratakan air (supaya semua permukaan kena).
Penggunaan spray membantu kurangkan kotoran yang melekat. Next time kerja-kerja bersihkan jubin dinding & sinki akan lebih mudah & cepat. Toilet pun jadi wangi je lepas spray (kalau letak essential oil la..). Spray sekurang-kurangnya seminggu sekali/lepas basuh/bila perlu.
Semoga bermanfaat.
(Harap tip ni dapat bantu mudahkan kerja-kerja rumah & urusan harian anda juga).
MW: Banyaknya kegunaan Multipurpose Dust Spray ni. Pastinya lebih menjimatkan masa dan tenaga, memudahkan kerja-kerja rumah nanti.
Sumber: Yatie Eimra
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Baja Pokok Bunga Kertas Dalam Pasu, Baru Meriah Merimbun

Isi Kandungan
ToggleRamai yang gemar menanam pokok bunga kertas. Berapa ramai yang faham cara baja pokok bunga kertas dalam pasu tanpa menyebabkan akar pokoknya mati akibat terlebih baja.
Bukannya boleh tabur baja sembarangan. Jika salah membaja pokok bunga kertas pun boleh menyebabkan akarnya menjadi rosak.
Lelaki ini, Mahadir Hj Han berkongsi cara membaja pokok bunga kertas dalam pasu. Dan kaedah betul yang dikongsikan ini menghasilkan bunga kertas yang cantik, meriah merimbun.
Pesannya lagi, ketika proses pembajaan pokok bunga kertas pastikan jangan ada rumput dalam pasu pokok bunga kertas anda itu.
Cara Baja Pokok Bunga Kertas
Ini cara saya lakukan pembajaan,
- Basahkan keseluruhan tanah. Bagi melimpah dan lebih bagus kita dapat lihat air keluar dari lubang pasu.
2. Biarkan 30 minit (time ni kita tengok ada air bertakung atau tidak). Kalau ada, bermakna ini benda yang tidak bagus.
3. Selepas 30 minit, gemburkan tanah keseluruhan. Bermula dari tepi pasu sampai pangkal pokok. Mesti ada yang tanya; akar terputus tak ada masalah ke?
Jika Akar Pokok Bermasalah, Ini Yang Saya Lakukan
- Putuskan akar halus kerana kita dapat had kan pertumbuhan akar yang terlalu banyak.
- Gunakan gunting atau benda tajam untuk tujuan gembur.
- Penerimaan baja untuk akar lebih berkesan.
- Kebiasaan pokok yang ditanam dalam pasu, perkembangan akar lebih cepat.

4. Taburkan baja. Siram sekali lagi bagi tujuan untuk basahkan baja yang baru kita letak. JANGAN BANYAK AIR.
5. Hari berikutnya, siram jika perlu atau siram jika lihat permukaan tanah kering atau siram setiap hari. Tetapi basahkan sikit saja bahagian atas.

Baca juga : Pintu gerbang bunga kertas, cantik merimbun, begini cara membuatnya.
HASIL BERJAYA SEKIRANYA KITA DAPATI POKOK NAMPAK SEDIKIT LAYU.
Campuran Tanah Untuk Tanam Pokok Bunga Kertas
- Cara saya, gunakan tanah merah bakar kerana tanah jenis ini tidak menyimpan air. Berbeza dengan tanah hitam.
- Pokok bunga kertas perlukan basahan sementara bukannya kelembapan berpanjangan. Sebab itu, kita boleh lihat bila keadaan atau musim panas, bunga kertas akan meriah berbunga berbanding musim hujan.
Mingguan Wanita : Selain bunga Rose Jepun, mak-mak pun minat tanam pokok bunga kertas di halaman rumah.
Sumber/Foto : Mahadir Hj Han
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pasang Kepala Gas Panik Berbunyi & Berbau, Terbalikkan Getah Masukkan Semula!

Situasi kepala gas berbunyi dan berbau selalu terjadi bila tukar tong gas baru. Memang panik dibuatnya! Lebih-lebih lagi bila hanya berseorangan di rumah, tiada bantuan suami yang boleh diminta tolong.Dalam keadaan ini sebenarnya mak-mak tak perlu panik. Apatah lagi takut nak ‘sentuh’ tong gas, risau meletup, terbakar dan sebagainya.
Ada cara yang mudah untuk selesaikan masalah ini.Perkongsian tip oleh Iman Sulaiman ini boleh dijadikan sebagai rujukan.
“Nak juga kongsi ilmu berguna terutamanya buat surirumah. Jangan tau memasak je bila berlaku masalah macam ni tak tau nak buat ape.Nak pulak berlaku waktu seorang diri di rumah dan tong gas cuma ade satu je.Masalahnye apabila masukkan kepala gas ke tunku tapi gas berbunyi mengeluarkan gas. Jangan panik dan benda ni simple je.
Caranya:
1. Mula-mula cabut kepala gas dan keluarkan getah seperti dalam gambar, guna besi keras.
2. Kemudian terbalikkan getah.
3. Selepas itumasukkan semula, dah settle. Boleh memasak semula.
Selamat Mencuba!

Baca Lagi Disini: Bila Api Tungku Warna Oren, Jenuh Sental Periuk Berjelaga ‘Adjust’ Begini
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak tak perlu panik lagi bila dengar bunyi gas berdesir. Rupanya dengan hanya mengeluarkan gegelung getah, terbalikkan dan masukkan semula dah boleh selesai masalah.Ikut tip yang dikongsikan ini dah tak bau gas lagi dan boleh memasak semula seperti biasa.
Sumber: Iman Sulaiman
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI