Siapa sangka dari laman sebelah rumah yang semak samun kini bertukar menjadi kebun bunga yang sangat cantik. Malah pada awalnya, inisiatif menanam pokok rose jepun adalah secara suka-suka sekadar memenuhi minat, namun kini ia menjadi perhatian ramai.

Menarik perkongsian Mat Naing ini, dari semak samun menjadi kebun bunga Rose Jepun yang kembang merimbun.

“From Semak Samun To Kebun Bunga”

Sekadar perkongsian ringkas. Naing nak kongsi sikit pasal kebun Rose Jepun sebelah rumah. Naing ambil inisiatif untuk usahakan tanah kosong sikit sebelah rumah.Tanam suka-suka je waktu PKP lepas. Kutip tayar 2nd dekat kedai tayar dan proses jadi bekas tanaman.

  • Pokok ni senang hidup dan senang jaga. Memang sesuai untuk beginner.
  • Baja 1 minggu sekali dan siram sekali sehari dah cukup.
  • Cukup usia 3-4 minggu, Rose Jepun mula berbunga.Setiap pukul 10, bunga akan mekar berkembang.Naing memang collecter tegar Rose Jepun.Naing ada lebih kurang “6 spesis” & “130 warna” yang berbeza.
  • Jangka hayat rose jepun 2-3 bulan, nanti kena trim atau replant balik. inshaallah, kembali berbunga.

“From Semak Samun To Kebun Bunga” Tanam Suka-Suka ROSE JEPUN Sebelah Rumah!

Memang ramai sangat-sangat orang datang selfie. Tanam sebab minat je, tak sangka pulak banyak permintaan dalam shopee.

Seorang diri usahakan dan tanam kecil-kecilan dalam 300 tayar. Ramai orang tak percaya bila tahu “lelaki” yang usahakan kebun Rose Jepun ni.

(Gambar Nov 2021)
Lokasi : Besut, Terengganu

Boleh juga cari keratan pokok rose jepun ni di sini:https://invle.co/clbo80t

“From Semak Samun To Kebun Bunga” Tanam Suka-Suka ROSE JEPUN Sebelah Rumah!

“From Semak Samun To Kebun Bunga” Tanam Suka-Suka ROSE JEPUN Sebelah Rumah!
Proses susun tayar.
“From Semak Samun To Kebun Bunga” Tanam Suka-Suka ROSE JEPUN Sebelah Rumah!
Proses tanam pokok
“From Semak Samun To Kebun Bunga” Tanam Suka-Suka ROSE JEPUN Sebelah Rumah!
Usia pokok 2 minggu

Info Ekstra!

  • Pokok Ros Jepun atau nama saintifiknya Portulaca Grandiflora memang ada peminatnya yang tersendiri. Ada macam-macam warna dan cantik kiranya tanam ros Jepun sebagai pokok hiasan di halaman rumah. Uniknya bunga Ros Jepun ni akan kembang penuh pada waktu pagi dan menguncup selepas pukul 10 pagi.

Mesti Baca:Tanam ROS JEPUN Kerat Batang Pendek-Pendek, Pokok Cepat Besar Bunga Cantik Merimbun!

Artikel Menarik:Kelab Peminat Rose Jepun, Ini 3 Cara Mudah Nak Bagi Bunga Merimbun Kembang Satu Taman!

Lagi Di Sini:Elak Air Bertakung Dalam Pasu, POKOK ROS Lebih Sihat & Segar Walaupun Musim Hujan!

Mingguan Wanita:Seronok lihat hasilnya, daripada semak samun bertukar menjadi kebun bunga rose jepun yang merimbun setaman. Mak-mak yang suka bercucuk tanam, boleh jadikan inspirasi tanam pokok ni di laman rumah nanti.

Sumber: Mat Naing

Follow kami
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI