
Isi Kandungan
ToggleSelalu kalau jalan-jalan ke shopping mall memang ada jual waffle di kiosk kecil. Semerbak baunya dan sedap dimakan panas-panas. Tapi harga nya boleh tahan juga, lebih jimat dan berbaloi kalau mak-mak buat sendiri di rumah. Mudahn je malah boleh letak macam-macam perisa ikut citarasa.
Boleh cuba resipi waffle yang dikongsikan oleh Puan Nik Fatma Amirah ini.
“Ini first time buat waffle sendiri kat rumah. Biasanya kita beli kat kedai je kan. Rupanya mudah je!”
Ni resepi yang saya guna.
Bahan-Bahan:
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan Air
1/2 cawan susu segar
2 sudu kecil baking powder
2 sudu besar minyak masak
1 Biji Telur
3 Sudu kecil gula
Sedikit garam
Cara Membuat:
1. Campur semua bahan-bahan diatas, kacau adunan sebati.
2.Sebelum masak, sapu planta atau minyak di permukaan maker (kalau tak nak sapu pun ok), masak sekejap je kalau guna mini waffle maker ni sekitar 1 minit 40 saat je boleh siap.
3. Lepas dah siap boleh lah sapu macam-macam perisa ikut kesukaan. Peanut, planta, kaya, jem dan sebagainya.
Bukan sahaja anak-anak suka ni. Tapi mak-mak ayah-ayah pun suka. Makan time panas-panas. Fuh!
Boleh lah cuba untuk keluarga. Mudah nak sediakan.
Info Ekstra!
- Cara basuh kuali waffle ni, saya alirkan air sikit, selepas itu lap dengan kain/tisu
Boleh beli Mini Waffle Maker Di link Shopee di sini.
Baca Lagi Di Sini:
Cara Buat Kaya Karamel Guna Empat Bahan, Boleh Jadikan Inti Atau Sapuan Roti
Japanese Fluffy Pancake Gebu Viral! Senang, Masak Atas Kuali Non Stick Je
MW: Menarik juga buat waffle sendiri di rumah. Lebih jimat, halal dan terjamin kebersihannya. Boleh sapu macam-macam perisa ikut citarasa.
Sumber: Nik Fatma Amirah
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buat Sendiri Steamboat Ala Johnny Sedap, Jimat Puas Hati Makan!

Isi Kandungan
ToggleBuat Sendiri Steamboat Ala Johnny Sedap, Jimat Puas Makan!Bagi peminat steambot, memang boleh buat sendiri kuah dan sos nya di rumah. Memang lebih jimat dan puas hati makan. Bukan apa, jika makan di restoran, boleh tahan juga harganya.
Musim cuti sekolah ni, berkumpul dengan anak-anak dan keluarga cuba kelainan buat sendiri Steamboat Ala Johnny yang sedap ni.
Ikut resipi yang dikongsikan Aisyah Humaira ini sebagai panduan;
Musim cuti sekolah ni zie cuba buat Steamboat Ala Johnny kat rumah alhamdulillah anak-anak dan suami cakap sedap! 98% hampir sama dan puas makan. Sup panas, pelbagai pilihan isi Steamboat dan sos ala Johnny pedas-pedas manis. Makan sampai puas.
Resepi untuk SOS
(Bahan Kisar):
10 biji lada merah besar
dibuang biji
10 biji cili padi merah jika tak suka pedas boleh kurangkan
4 ulas bawang putih
1 genggam batang ketumbar bersama akarnya
*Kisar semua ni hingga lumat bersama sedikit air
Bahan Sos:
setengah botol sos cili
2 sudu besar minyak bijan
5 sudu besar sos ikan
5 sudu besar cuka
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sunquick
2 kiub pati ayam know
2 sudu besar tepung
jagung dibancuh dengan setengah gelas air
2 gelas air
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu besar bijan putih
1 mangkuk kecil daun ketumbar dihiris halus
6 biji bawang putih dicincang halus
Cara-cara Membuat:
1.Masukkan Semua bahan kisar dan bahan sos dalam periuk kecuali AIR TEPUNG JAGUNG dan DAUN KETUMBAR.
2.Kacau rata dan masak hingga mendidih, kemudian masukkan air tepung jagung dan kacau sebati.
3.Perlahankan api dan biarkan sos mereneh 20 minit atau hingga kuah agak pekat dan berkilat.Rasa masam, pedas, manisnya jika ada yang terkurang tambah garam, gula atau apa-apa yang perlu tabur hirisan daun ketumbar. Banyak lagi sedap.
p/s: Jika sos cair tambah air bancuhan tepung jagung jika terlalu pekat tambah sedikit air. Siap sos steamboat.#steambotdapurpolis #steamboatjohnnys #steamboatjohnnysdapurpolis
Resepi Sup Steamboat:
Bahan-Bahan:
3 ulas bawang putih ditumbuk
2 biji bawang merah kecil ditumbuk
Sedikit minyak untuk menumis
3 ketul kiub pati ayam
1 sudu besar serbuk lada putih
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam, gula secukup rasa
1 batang kecil lobak putih dihiris bulat
1jug air atau mengikut banyak kuah yg diingini
Cara Membuat :
1.Panaskan sedikit minyak.
2.Tumiskan bawang putih dan serbuk lada hitam hingga naik bau, kemudian masukkan air.
3.Bila dah mendidih masukkan kiub pati ayam dan semua bahan berbaki satu persatu
4.Bila sup dah masak boleh la masukkan bahan-bahan steamboat.
Siap! Semoga Bermanfaat. Selamat Mencuba.
Mesti Baca:Rasa Masam-Masam Manis Pedas, Resipi Kuah Oden SEDAP Kalah Family Mart!
Baca Lagi Di Sini:Wanita Ini Kongsi Resipi Homemade Shell Out, Buat Sendiri Puas Hati Lagi Sedap Dari Kedai!
Artikel Menarik:KERABU Mee Segera Tomyam Siam, Rasa Lebih Umpph Letak Perahan Limau Nipis!
Mingguan Wanita: Bila berkumpul ramai-ramai dengan keluarga, sesuai buat sendiri Steamboat Ala Johnny ni, memang sedap dan puas hati makan.
Sumber:Aisyah Humaira
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN KAMI. BUAT TOTE & SHOPPING BEG
Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Petua Nak Buat Biskut SEDAP Dan RAPUH, Kena Ada 3 Bahan Ini

Isi Kandungan
ToggleSemangat bukan main berkobar-kobar untuk buat biskut yang sedap dan rapuh. Bak kata orang cair di mulut. Segala macam bahan dan adunan sudah tersedia.
Sedihnya bila siap bakar dan baru nak mencuba keenakannya, terus rasa sedih sebab ‘kejadiannya’ tidak seperti yang diharapkan.
Sebelum ini, elok sahaja bentuk dan cara membuatnya pun sudah ikut satu persatu. Berangan-angan nak buat biskut yang sedap dan rapuh. Akhirnya, entah apa-apa yang jadi.
Sebenarnya, kalau kita ikut cara membuat, semestinya menjadi, Cuma yang boleh membezakan apabila kita menggunakan butter dan marjerin, bahan utamanya. Satu lagi, jika kita menggunakan bahan yang sama tapi kurang berkualiti. Ini pun boleh jadi penyebabnya.
Kali ini Nieza Nor Hamnira berkongsi cara betul untuk mendapatkan biskut yang sedap dan ranggup.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi Kek Pandan Gula Melaka. Paling Sedap Di Alam Maya, Boleh Buat Niaga
Biskut Coklat Cip Ala Famous Amos…MUDAH Nak Buat Dan SEDAP!
Info Lebih Menarik DI SINI
Petua Buat Biskut – Hal Lelemak (Butter Vs Marjerin)
“Kakak nak share pasal nak guna apa yang ‘paling win’ untuk biskut kita. Pure butter ke bagus, marjerin ke bagus, lepa susu ke bagus, shortening tu apa pulak?
Sebelum tu jom kaji fungsi sesuatu lelemak dalam hasil baking di antara :
MENTEGA : MINYAK : MARJERIN : SHORTENING : LEPA SUSU
Sifat setiap satunya :
Mentega – rasa sedap dari lemak dan bau tapi rapuh sangat
Marjerin – kestabilan tapi rasa dan bau kurang sedap
Minyak – kelembapan tapi bukan semua biskut perlu lembap
Shortening – pengudaraan tapi tak menyumbang dari segi rasa
Lepa susu – kombinasi sifat kesemuanya tapi rasa takboleh lawan butter
(Nota : lepa susu pun nama depan dia ‘Mentega’ sebab ada peratus lemak susu juga)
Jenis Biskut
Sekarang fahamkan biskut apa yang kita nak buat. Contoh nak buat kuih tart, samperit atau cookies biasa.
Tart perlukan tekstur yang macamana?
Samperit nak tekstur yang macamana?
Cookies biasa kita suka yang macamana?
Kalau sudah tahu apa yang kita nak dalam sesuatu biskut tu, barulah kita boleh putuskan nak guna yang mana.
Nak combine boleh ke? Eh tentulah boleh.
Contoh nak buat tart yang sedap tapi stabil tak rapuh di tangan, macamana
Kebiasaannya tart yang guna 100% pure butter dia jadi rapuh sangat, nak susun je dah susah, rasa sedap dan melekat-lekat kat gigi.
Sebaiknya, campur sikit dengan unsur yang lain untuk kestabilan rupa paras juga rasa yang meletop. Peratusannya ikut suka, lebihkan yang mana kita nak ‘highlight’kan. Rasa sedap then peratus butter banyak lah berbanding marjerin atau shortening.
Cookies lain, ikut lah mana yang kita nak ketengahkan. Bukan semua cookies perlu tekstur yang rapuh. Jadi ikutlah nak guna yang mana
Asas Utama
Nak buat biskut ada 3:
a) LELEMAK
b) GULA
c) TEPUNG
Hari ni kita fahamkan asas tentang lelemak mana nak guna. Tapi bukan takat tu je. Ada benda juga kena faham pasal lelemak ini. Bukan boleh suka-suka hati saja guna.
Kadang-kadang bila dah bancuh dan bakar ada biskut jadi kembang, ada yang jadi leper dan berminyak.
#tipsbakingcikgukekrugged
MW: Moga ilmu ini memberi manfaat terutamanya yang amatur tu ye…
Sumber: Nieza Nor Hamnira
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resepi Ayam Bakar KEWPIE Sedap Isi Lembut ‘Favourite’ Sekeluarga, Mudah Guna 4 Bahan!

Isi Kandungan
TogglePerapan ayam bakar ada pelbagai resipi dan caranya. Namun jika mak-mak nak cuba Ayam Bakar yang paling mudah boleh cuba resipi ini. Memang sangat senang resipi Ayam Bakar Kewpie ini. Rasanya sedap, isi lembut dan hanya menggunakan 4 bahan. Menariknya nak bakar boleh, nak goreng pun sesuai.
Ikut resipi ayam bakar kewpie kegemaran keluarga Puan Shafiqah Abd Razak ini sebagai rujukan.
Iqa nak share dekat sini ye resepi Ayam Bakar Kewpie favourite kami sekeluarga dengan hanya guna 4 bahan sahaja.
Bahan-Bahan:
Ayam (Pilih bahagian yang disukai, hiris-hiris sikit atasnya dan basuh bersih, iqa pilih dada & drumstick)
Kewpie Dressing Roasted Sesame (botol kecik pun ada)
Sos Tiram
Serbuk black pepper
Cara Membuat :
1. Ambil ayam yang telah dibasuh bersih tadi ke dalam satu bekas yang sesuai dan ada penutupnya. Curahkan kewpie dressing roasted sesame tu agak-agak bagi rata seluruh ayam dengan dekat bahagian yang kita hiriskan tadi.
2.Curahkan pula sos tiram agak-agak sahaja bersama serbuk black pepper.
3.Macam ika suka buh serbuk black pepper tu lebih, rasa lagi syokkk..hehehe.
4.Gaul rata bagi kena keseluruhan dan tutup bekas tersebut dan simpan dekat chiller semalaman.
5.Esok bangun pagi boleh bakar ayam perap kite tu dalam magic pan ye dengan api sederhana. Buh minyak masak sikit-sikit je. Jangan lupa terbalikkan juga. Cuma bakar ni ambik masa lama sikit.
Kalau nak goreng pun boleh macam kita goreng ayam macam biasa tu dalam kuali. Atau nak panggang pun boleh, lagi cepat dan rasa pun sedap juga.
Dah masak ayamnya hidangkan dalam pinggan dan boleh curahkan kewpie tu lagi atas ayam yang dah siap bakar. Selain rasa yang sedap, isi ayam tu lembut je.
Selamat Mencuba!
Mesti Baca: Resipi Ayam Bakar Ala KENNY ROGERS Sedap, Masak Dalam Kuali Dengan Kuah Dulu!
Baca Lagi Di Sini:Ayam Bakar Blackpepper Sedap ‘Juicy’, Masin Manis Cantik Berkilat!
Artikel Menarik:Resipi AYAM GOLEK Mak Buat Niaga,Bakar Terus Dalam Oven Pun Boleh!
Mingguan Wanita:Wah sedapnya resipi Ayam Bakar Kewpie ni. Mudah sangat nak buat guna 4 bahan je.Boleh cuba nanti buat sendiri di rumah.
Sumber: Shafiqah Abd Razak
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI