Sudah bersedia untuk pesta makanan paling hangat tahun ini? Fantastic Food Festival (FFF) 11.0 kembali dengan lebih hebat dan penuh kejutan pada 8 hingga 11 Mei 2025.
Kali ini diadakan di Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang. Edisi kali ini bukan calang-calang—ia menyaksikan kolaborasi dinamik antara pengasas FFF, Nabilah Baharin atau mesra dikenali sebagai Kak Nab, dan Yaya Empire Sdn. Bhd., jenama terkenal dalam dunia wangian.
Kolaborasi Hebat, Peluang Luas untuk Usahawan
Gabungan dua figura wanita hebat ini dijangka memberi sinergi luar biasa, membuka lebih banyak ruang kepada para usahawan—terutama dari kalangan industri kecil dan sederhana (IKS)—untuk mengetengahkan produk mereka serta menjana pendapatan lumayan.
“Kami pernah catat kehadiran tertinggi seramai 500 ribu pengunjung di Alor Setar. Harap kali ini lebih ramai dapat merasai pengalaman berbeza yang kami sediakan,” ujar Kak Nab penuh semangat.
Lebih 130 vendor bakal menghiasi festival ini, termasuklah nama-nama besar dan vendor selebriti seperti Azza Elite, Cat Farish, Dato’ Nash dan mungkin Abby Abadi! Setiap edisi FFF membawa tema unik—daripada konsep tradisional hinggalah karakter filem, lengkap dengan vendor berpakaian mengikut tema. Pendek kata, bukan sekadar menjamu selera, tetapi juga satu pengalaman visual yang memukau.
Ads
Fokus Kepada Vendor & Pengunjung
Kak Nab yang memulakan perjalanan bisnesnya sejak 2015 melalui Nabila Butik, kini aktif dalam penganjuran acara besar, hasil dari minat mendalam dalam dunia makanan dan interaksi bersama vendor. Katanya, 40-60% vendor kali ini adalah usahawan yang pernah direview secara peribadi olehnya.
Mengulas cabaran lalu seperti isu kesesakan, Kak Nab tidak menafikan kesukaran itu. Namun katanya, “Saya sentiasa ambil kira lokasi yang mudah diakses. Kami juga ada team media untuk bantu vendor yang perlukan boost jualan.”
Ads
Yaya Empire Bawa Haruman & Semangat Keusahawanan
Bagi Pengasas Yaya Empire Perfume, Nadia Mat Isa atau Kak Yaya, penyertaan dalam FFF adalah peluang emas untuk bantu usahawan tempatan, terutama dalam memperkukuhkan jenama dan menaikkan jualan. Menariknya, kolaborasi ini turut membawa masuk selebriti seperti Ara Johari dan Afieq Shazwan untuk meriahkan suasana.
Bermula dengan modal hanya RM80, kini empayar wangian yang diasaskan Kak Yaya mencecah pulangan 7 angka sebulan. Dengan semangat yang sama, beliau ingin membantu lebih ramai suri rumah dan bekas penjawat awam menjadikan bisnes sebagai platform menjana pendapatan.
“Buat bisnes kena struggle, jangan malas. Repetition jual minyak wangi tinggi—RM10 pun orang sanggup beli sebab hari-hari pakai,” jelasnya sambil tersenyum.
Ads
Misi Besar, Impak Lebih Luas
FFF bukan sekadar festival makanan—ianya satu platform pemerkasaan keusahawanan yang penuh semangat, peluang dan kreativiti. Kedua-dua usahawan wanita ini berkongsi misi untuk terus mengadakan lebih banyak acara bukan sahaja dalam bidang makanan, tetapi juga fesyen dan sambutan perayaan seperti Raya Fest.
Selepas kejayaan 5 kolaborasi terdahulu, kali ke-6 ini diharap memberi impak besar kepada para vendor dan pengunjung, serta mengukuhkan branding produk tempatan ke tahap lebih tinggi.
Jadi, tandakan tarikh anda—8 hingga 11 Mei 2025. Jumpa di Bertam, Kepala Batas! Jangan lepaskan peluang untuk rasai festival makanan paling happening tahun ini!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Isteri bersekedudukan dengan rakan sekerja, suami strok buat laporan hingga pasangan tertangkap. Nekad dengan tindakan, seorang suami yang alami strok membuat aduan ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) isterinya bersekedudukan dengan rakan sekerja.
Dalam serbuan dilakukan 9 Mac lalu, pasangan yang bekerja sebagai anggota polis di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya di dapati berkhalwat di sebuah hotel di Tanjung Tokong, Pulau Pinang.
Isteri Bersekedudukan Dengan Rakan Sekerja
Penolong Pengarah Kanan selaku Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAIPP, Alamin Majok berkata, serbuan dijalankan pada jam 1.30 pagi di sebuah hotel di Tanjung Tokong di sini.
Katanya, serbuan menahan seorang lelaki dan wanita yang masing-masing berusia 37 tahun.
“Semakan mendapati lelaki dan wanita itu bersekedudukan tanpa mempunyai sebarang ikatan pernikahan yang sah.
“Mereka ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 iaitu berkhalwat,” katanya.
Suami Strok Buat Laporan Hingga Pasangan Tertangkap
Difahamkan, suami kepada wanita berkenaan yang menghidap angin ahmar turut berada di lokasi serbuan.
Dalam pada itu, Polis Pulau Pinang mengarahkan dua anggotanya yang ditahan dalam operasi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), kerana disyaki berkhalwat semalam, ditukarkan jabatan serta-merta.
Selain itu, kedua-dua anggota yang masing-masing berpangkat sarjan mejar dan koperal itu turut dikenakan tindakan tatatertib oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.
Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad, berkata arahan bertukar jabatan sudah dikeluarkan serta-merta dan tindakan tatatertib diambil oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar. Walau baru menganjak usia 15 tahun,namun Ratu dipilih menjadi wajah eksklusif koleksi abaya jenama Qierahman.
Ratu dan ibunya @official_lindajasmine ditemui ketika majlis pelancaran koleksi Qierahman Eid 2024. Sebagai seorang ibu Linda akui Ratu masih belum ada akaun media sosial sendiri. Bimbang namun Linda dan Que akan membenarkan anaknya aktif di media sosial bila tiba masa yang sesuai.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Amira Othman syukur tarikh 14/9 jadi hari paling bermakna – “Telah Allah tulis jodoh, ajal, maut, urusan hidup.” Setiap insan pastinya menyimpan tarikh istimewa yang akan kekal terpahat dalam hati.
Amira Othman Syukur Tarikh 14/9 Jadi Hari Paling Bermakna – “Telah Allah Tulis Jodoh, Ajal, Maut, Urusan Hidup”
Begitu juga buat penyanyi dan pelakon, Amira Othman yang meluahkan rasa syukur apabila 14 September menjadi hari penuh bermakna dalam hidupnya. Tarikh ini dianggap sebagai detik bersejarah yang mengubah perjalanan hidupnya dengan izin Allah.
Dalam hantaran di Instagram, Amira berkongsi rasa syukur atas segala yang telah Allah tentukan buat dirinya. Katanya, setiap orang mempunyai jalan hidup yang berbeza, ada ujian, ada nikmat, dan semuanya datang dalam bentuk tersendiri.
Namun, Amira percaya bahawa apa jua yang ditentukan oleh Allah adalah yang terbaik dan pasti berlaku pada waktu paling sesuai. Amira turut menitipkan penghargaan kepada semua yang mendoakan kebahagiaannya bersama pasangan, serta berharap agar doa baik itu kembali kepada semua.
Amira Othman menerima segala ketentuan dengan hati terbuka dan penuh keyakinan bahawa aturan Allah adalah yang paling sempurna. Beliau berdoa agar segala kebaikan dan rahmat Allah terus mengiringi perjalanan hidupnya, di samping berharap setiap doa baik yang dititipkan buatnya akan kembali menjadi doa baik juga untuk semua.
Jika mak-mak nak buat kelainan air untuk berbuka puasa nanti, boleh lah cuba resipi ‘Air Falooda’ ini. Menurut perkongsian Puan Nur Baiti yang kini tinggal di United Kingdom, Air Falooda ini cukup terkenal di sebuah kedai di Manchester, United Kingdom.
Berikut antara perkongsian beliau;
Pernah minum air ni kat sebuah kedai Arab di Manchester.Maka saya pun gugel cara-cara nak buat.memang rasa sama macam dekat kedai tu.
Boleh buat untuk berbuka puasa.Sebenarnya saya buat takde sukatan pun, agak-agak je.Lagi banyak bahan lagi sedap.Ni contoh sukatan dalam 1 cup mcm post saya dalam gambar tu.
Air Falooda
Bahan-Bahan :
1 sudu kecil sirap
2 sudu besar Agar-agar sirap yang dipotong nipis
2 sudu besar Cendol ( yang hijau tu )
2 sudu besar biji Selasih
2 sudu besar Ais krim vanila
Susu Segar ( isi sehingga hampir penuh )
2 sudu besar susu cair * pilihan
Air gula ikut kemahuan masing-masing
*** boleh jugak tambah kiub ais kalau nak lagi sejuk ***
Cara Membuat :
1. Masukkan sirap, agar-agar, cendol, biji selasih dan aiskrim vanila.
2. Kemudian, masukkan pula susu segar, susu cair diikuti air gula.
Nota :
Susu Segar boleh juga disejuk bekukan terlebih dahulu untuk mendapatkan rasa lebih sejuk
Selamat berpuasa semua, kami berpuasa 18 jam di sini.
Suasana sebak di Konvokesyen UniSZA apabila ibu terima skrol diploma arwah anak yang meninggal dunia dua minggu sebelum tamat pengajian – hadiah terakhir Airel buat ibunya.