Dengar saja gelaran usahawan, pastinya ramai yang beranggapan kehidupan seseorang itu begitu berjaya. Namun di sebalik apa yang dimiliki pada hari ini pastinya banyak pengalaman pahit dan manis yang terpaksa diharungi. Begitu juga dengan ahli perniagaan wanita yang memenuhi ruangan Wanita Bisnes kali ini. Feirouz Azalia Muhamad Noor, 44 yang terlibat dengan bisnes atas kemahuan diri sendiri demi untuk mengubah taraf hidup keluarga.
Ibu kepada enam orang anak yang kini menetap di Shah Alam hanya memulakan perniagaan dengan modal sebanyak RM1000. Akuinya pada peringkat awal sememangnya agak sukar untuk dirinya bertahan kerana dengan modal yang sedikit.
“Saya sangat bersyukur kerana atas dorongan dari emak dan ayah dan mereka yang sanggup susah dan senang bersama menjadikan saya berjaya pada hari ini. Untuk mengembangkan perniagaan bukan mudah. Banyak kesilapan demi kesilapan telah dibuat termasuklah bekerjasama dengan orang yang salah dan silap dalam membuat keputusan. Apabila pengurusan lemah, ia adalah satu ciri-ciri perniagaan itu bakal ada masalah. Kerana itu bermula hujung tahun 2012, saya mendapat bantuan suami untuk menguruskan dan stukturkan semula syarikat. Semua kelemahan dan kesilapan dikaji dengan teliti. Pengurusan jadi lebih tersusun bila kita mengambil setiap pengalaman dan kesilapan itu sebagai ilmu.
“Dugaan dan cabaran yang saya lalui sangat banyak. Usah disebut tentang manusia yang tentunya ada yang mempergunakan kita, fitnah merata. Tetapi cabaran diri sendiri pun sangat banyak. Pendek kata, ilmu lah yang paling penting. Cari mentor yang betul. Laburkan sejumlah wang untuk tambah baik pengetahuan yang saya ada dan paling penting, cabaran itulah sebenarnya menjadikan saya pada hari ini. Dugaan itulah yang membuatkan saya berada di sini,” ujar Feirouz Azalia yang begitu ramah.
Membantu kaum wanita terokai dunia perniagaan kecantikan.
Bantu Jana Pendapatan
Feirouz Azalia yang juga pemilik Syarikat Laara Beauty ditubuhkan pada tahun 2006 dengan memulakan perniagaan membuat produk di sebuah kilang GMP. Pada tahun 2013, Laara menubuhkan sebuah akademi yang mengkhususkan modul handmade/homemade produk kecantikan di dalam pembelajaran. Lengkap dengan modul seperti pemasaran, kos, jualan dan penjenamaan.
Ads
Selain itu, Laara sendiri merupakan pembekal bahan mentah untuk beberapa produk kecantikan. Akademi Laara membantu individu yang ingin menjana pendapatan tambahan dengan mengajar mereka membuat produk kecantikan seperti sabun, skrub mandian, balm, minyak urut dan lain-lain.
Pada tahun 2015, Laara menubuhkan sebuah kilang untuk membekal bahan mentah kepada pelanggan dan juga membekalkan produk kecantikan dengan kelulusan dari KKM. Untuk produk Laara sendiri, di bawah jenama Naifa. Naifa diuruskan oleh tim yang berbeza tapi di bawah bumbung yang sama dengan Laara.
“Banyak produk yang kami hasilkan. Kesemuanya menggunakan bahan yang selamat dan sukatan yang betul. Untuk kekal diterima ramai, kami konsisten dengan bidang kecantikan. Kami sentiasa menghasilkan modul baru kepada usahawan dan individu yang mahu belajar di akademi contohnya, tahun ini kami mula memperkenalkan modul pembuatan losyen dan juga serum. Secara tidak langsung, ramai mengenali Akademi Laara sebagai sebuah tempat untuk belajar dengan menggunakan formula dan bahan selamat.
“Akademi Laara memang fokus kepada mengajar mana-mana individu yang berminat untuk hasilkan produk kecantikan di rumah. Ia bukan produk yang hardcore sebaliknya hanya menggunakan bahan mudah dan senang diproses,” ungkap Feirouz Azalia yang turut menjelaskan cabaran terbesarnya sebagai tenaga pengajar apabila tahu mereka yang hadir ke kelas adalah pesaing. Dimana sebagai pengajar Feirouz Azalia perlu mengajar mereka seperti biasa. Walaupun agak sukar namun lama kelamaan ia menjadi perkara biasa.
Ads
RALAT
*Kami ingin memohon maaf atas kesilapan yang berlaku pada majalah Mingguan Wanita keluaran Nov 208 / Volume 1 menerusi kolum Wanita Bisnes.
Ads
Terdapat kesilapan pada perenggan 10 , dimana
“Akademi Laara memang fokus kepada mengajar mana-mana individu yang berminat untuk hasilkan produk kecantikan di rumah. Ia bukan produk menggunakan bahan yang selamat dan sukatan yang betul…”
Sebaliknya kami mahu membuat pembetulan ayat yang sebenar yang dinyatakan oleh personaliti ini ialah:
“Akademi Laara memang fokus kepada mengajar mana-mana individu yang berminat untuk hasilkan produk kecantikan di rumah. Ia bukan produk yang hardcore sebaliknya hanya menggunakan bahan mudah dan senang diproses,” ungkap Feirouz Azalia.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sebagai mak ayah, kadangkala luluh hati tengok perjalanan persekolahan anak-anak. Terkejar sana sini, bagai tak cukup waktu. Pagi ke sekolah lain, petang sekolah lain. Itulah cara terbaik membentuk jati diri dalam diri anak, menjadikannya seorang yang kental dan tahan cubaan di masa depan.
Proses ‘memanusiakan’ anak ini, sebenarnya memerlukan pengorbanan bukan saja anak, malah mak ayah juga. Kena sama-sama ambil peranan, barulah anak-anak melalui rutin wajib mereka dengan hati kental dan lapang.
Sama seperti anak-anak yang lain, tak terkecuali anak-anak Angkasawan Negara ini, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, mereka juga melalui rutin persekolahan yang padat. Baik Sophea Isabella mahupun Sophea Natasha sejak kecil ayah ini sudah menerapkan konsep pendidikan dan pembelajaran yang begitu baik buat anak-anaknya.
Dalam rutin yang kental, anak-anak ini tetap positif setiap kali perlu berdepan persekolahan, peperiksaan mahupun aktiviti outdoor mereka.
Tetap, hati ayah ini yang mengambil berat akan perihal anak-anak sedikit sebanyak tersentuh jiwa. Ketika melihat anak keduanya tertidur dalam perjalanan ke sekolah agama, ini doa dan pengharapan yang Dr Sheikh Muszaphar titipkan untuk anak keduanya itu.
“Hati mana tak luluh melihat si anak bekejar-kejar dari satu sekolah ke sekolah yang lain. Balik rumah makan tengahari … salin pakaian dan terus bergegas ke sekolah . Lebih lebih lagi ni minggu exam . Kertas Akhlak, Tajwid dan Feqah Sayu menyucuk kalbu … Ikut kehendak ingin dibelai dan dipeluk erat. Tapi inilah hakiki Demi kebaikan mu wahai Si anak Supaya kuat dan tabah Terus berjuang untuk Ummah Suatu hari kamu akan mengerti Mengapa Ayah mendorongi Harapan si Ayah agar Tasha memahami Dan pastinya akan mensyukuri Amiinn.
Be strong my beloved Sophea Natasha Daddy will always be there for you.”
Malah, Dr Sheikh Musaphar juga tidak putus mendoakan kemudahan menjalani urusan harian untuk anak-anaknya yang lain. Sentiasa positif untuk menjadikan anak-anak lebih positif menjalani rutin harian mereka.
Datuk Dr Sheikh Muszaphar, 48 dan isteri, Datin Dr Halina, 39 tahun dikurniakan enam cahaya mata, Sophea Isabella, Sophea Natasha, sepasang kembar lelaki, Sheikh Adam dan Sheikh Noah dan sepasang kembar, Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia.
Isteri pelik bekas suami tuntut rumah jadi harta sepencarian, “sesen tak bayar tolong drill langsir saja. Seorang wanita tampil meluahkan rasa terkejut dan kecewa di threads miliknya @ainispek selepas menerima surat tuntutan Mahkamah Syariah daripada bekas suaminya yang menuntut sebuah rumah milik peribadinya sebagai harta sepencarian selepas perceraian antara mereka terjadi sekitar lima tahun lalu.
Menurutnya, semasa di awal perkahwinan bekas suami tidak memberikan sebarang sumbangan terhadap pembelian rumah tersebut. Kalau ada pun bantuan darinya ialah mencuci rumah untuk diduduki selain drill untuk pemasangan langsir.
Isteri Pelik Bekas Suami Tuntut Rumah Jadi Harta Sepencarian
“Assalammualaikum. Ada peguam tak dalam nie? Nak tanya bekas suami tuntut harta sepencarian.Pada hal masa dapat kunci, dia tolong cuci lantan dan drill langsir saja,” katanya yang berkongsi kisah di threads miliknya.
Menurut wanita itu, rumah berkenaan dibeli sepenuhnya menggunakan wang miliknya sendiri malah namanya adalah nama tunggal dalam pemilikan rumah tersebut.
“Sesen Tak Bayar Tolong Drill Langsir Saja…
“Beli barang-barang perabot duit saya. Habis dia tu dapat apa ya? Pelik ke tak pelik? Dia nak upah drill langsir dan upah cuci lantai dulu ke atau macam mana. Dah lima tahun bercerai ini!
Memaklumkan selepas perceraian antara mereka terjadi, sekali pun bekas suaminya tak pernah menghubunginya atau mengambil tahu perihal hidupnya. Tahu-tahu dapat surat dari mahkamah dan bekas suami menuntut rumah tersebut sebagai harta sepencarian.
“Saya ingatkan dia dah mati. Tiba-tiba petang tadi sampai surat mahkamah nak tuntut harta sepencarian,” katanya.
Difahamkan, bekas suami itu kini sudah berkahwin semula dan mempunyai seorang anak.
Menyifatkan perbuatan bekas suami sebagai kisah drama, dirinya dan keluarga sependapat bahawa bekas suaminya seorang yang tamak walau dirinya tak pernah mengacau kebahagiaan bekas suami bersama isteri baru.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kalau dalam peti tak ada paste cili kering itu maknanya anda memang jenis jarang masak! Sebab masakan orang Melayu ni kebanyakannya guna cili kisar.
Tetapi sesetengah orang buat paste cili kering ni tak tahan lama, seminggu pun dah berkulat. Nah, godek rahsia maak ni.
Tambah pula tinggal beberapa hari lagi nak menyambut bulan Ramadan, jadi tak salah kalau mak-mak mula get ready dengan siapkan bahan-bahan yang mudahkan kerja di dapur untuk masak nanti.
Petua daripada Puan Al Ulfah II ni salah satu, cara buat paste cili kering yang sangat mudahkan mak-mak waktu nak masak sahur dan berbuka lebih cepat.
Bahan-bahan:
Cili kering
Bawang besar
Bawang putih
Garam
Minyak
Cara Buat Paste Cili Kering:
Potong cili buang biji.
Cuci dan rebus cili.
Sejukkan cili , blend cili dgn air n campurkan sedikit minyak nk bg hancur biji cili yg “terlepas” (ada) masa cuci.
Masa blend cili masukkan bawang besar dan putih.
Kemudian masakkan cili tanpa tumis dengan minyak (nak tumis pun boleh, ikut selera masing-masing) bagi cili agak-agak kering.
Masukkan garam. (kak guna garam kasar)
Sejukkan cili dan masukkan dalam bekas-bekas dan simpan di tempat sejuk beku. Tahan berbulan-bulan.
Nak guna keluar kan. Mudah ke payah?
Nota: Kena masukkan bawang putih dalam cili kisar ebab ini boleh bertindak sebagai anti kulat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Keluarga Allahyarham Mustaqqeem Mansor merayu siasatan terperinci dijalankan berhubung tragedi Gunung Liang yang meragut nyawa beliau. Ibunya, Rohani Saad, reda dengan ketentuan Ilahi namun mempersoalkan mengapa anaknya ditinggalkan di puncak gunung tanpa laporan polis atau bantuan segera.