Nafkah anak isteri jangan berkira, tunaikan sebaiknya.Gara-gara enggan memberikan duit dan terlalu berkira dengan perbelanjaan untuk keperluan beli buku sekolah anak, seorang suami dibakar isterinya di kandang lembu.
Nekad Bakar Suami
Akibat terlalu beremosi, seorang wanita di Kalimantan Barat, Indonesia bertindak di luar kawalan apabila nekad membakar suaminya yang sedang tidur di kandang lembu, lapor laman berita Kompas.
Akibat kejadian itu, 60 peratus bahagian badan mangsa melecur.Ketua Polis Kubu Raya, Ade Ardiansyah berkata, kejadian berlaku di sebuah kandang lembu dekat daerah Kubu Raya pada 6 Ogos lalu.
Minta Duit Buku Sekolah Anak
Seorang wanita bernama TM, 40, pada awalnya meminta wang daripada suaminya untuk membeli buku sekolah anak mereka. Bagaimanapun, permintaan itu ditolak lelaki tersebut disertai kata-kata kasar terhadap isterinya.
“Akibat beremosi, pelaku menyiram mangsa dengan minyak petrol. Dia pada awalnya ingin menggertak namun keadaan semakin tegang apabila mangsa mencabar pelaku,” kata Ade.
Tidak lama kemudian, TM menyalakan mancis dan membakar suaminya. Mangsa menjerit meminta tolong sambil berlari ke arah kolam untuk memadamkan api pada badannya.
“Dalam keadaan panik, wanita itu menarik mangsa dari kolam dan terus membawa mangsa ke pusat kesihatan untuk mendapatkan bantuan,” jelas Ade.
Mangsa kini dalam rawatan rapi manakala isterinya dalam siasatan polis.
Mingguan Wanita: Apabila melibatkan urusan anak-anak, mak-mak selalunya memang lebih beremosi.Biar keperluan diri sendiri tak ada, tak apa namun jangan keperluan anak. Apapun pun pesanan buat suami dan ayah jangan terlalu berkira dengan anak bini jika ingin murah rezeki.
Amaran untuk lelaki berotak poligami, lelaki pernah kahwin dua akui gagal berlaku adil. Sehari dua ini kita dihidangkan dengan kisah ragam rumahtangga khususnya soal berpoligami. Ia mungkin menjadi topik kegemaran orang lelaki tetapi tidak bagi orang perempuan kerana ia amat menyakitkan hati mereka.
Dalam pada hangat orang ramai memperkatakan kisah abang Tesla yang memilih berpoligami, seorang lelaki, Ahmad Helmie Hassan yang juga merupakan jurutera berkongsi kisah ‘KEGAGALANNYA” saat dia memilih berpoligami.
Satu yang paling terkesan di hati, selain gagal berlaku adil, dia juga mengakui poligami adalah pembunuh masa berkualiti bersama anak isteri. Dengan isteri pertama, dia miliki dua orang anak dan isteri kedua, dia mempunyai empat orang anak. Kini dia hanya miliki seorang isteri selepas isteri pertama menuntut cerai.
Baca kisahnya, moga jadi pengajaran buat orang lelaki yang berfikir, poligami itu hal yang menyeronokkan tetapi sebenarnya tidak.
POLIGAMI.
Ambo sudah tempuh HIDUP BERPOLIGAMI. Sesaja tertengok email draft poligami Ambo dulu-dulu.
Coretan pengalaman sebagai Lelaki Berotak Poligami, awalnya Ambo gagal mendapat Kebenaran Nikah di Selangor, sebab Isteri orang Selangor & idea terpacul ketika itu Tuhan telah mempermudah urusan-urusan Ambo dengann mendaftar menggunakan alamat sahabat Ambo di Kuala Lumpur.
Dan Permohonan Pendaftaran Kebenaran Nikah Poligami diuruskan oleh Laywer Zulkifli Yong.
Alhamdullilah, hari ini sudah 4 Zuriat dari perkahwinan kedua. Namun sad story, Ambo telah GAGAL mempertahan Fasaqh yang dibuat oleh Isteri Pertama.
No Defend from me sebagai mengambil tanggungjawab kegagalan untuk berlaku ADIL.
Ada sedikit pengalaman hidup dan nasihat kepada LELAKI. CONCLUSION Ambo, kita LELAKI yang tidak mampu berlaku ADIL. TIADA KEMAMPUAN zahiriah, lahiriah, kecuali mendapat perkenan persetujuan kedua-dua Isteri secara TOTAL & MUTLAK.
Dan kedua-dua ISTERI WAJIB menjadi KAWAN BAIK.
Baru lah POLIGAMI itu Indah Nian. Kalau NAGA sama NAGA, definitely kita LELAKI yang sakit kepala.
Jika NAGA bertemu NAGA, akhirnya kita LELAKI yang jadi manusia yg akan dipersalahkan kerana tidak mampu BERTANGGUNGJAWAB DAN ADIL apabila berpoligami.
Musibah & Bala bertimpa-timpa sekarang menimpa Ambo maybe adalah KIFARAH & BALASAN ALLAH SWT kepada Ambo akibat TIDAK ADIL, TIDAK AMANAH & TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap kedua-dua Isteri dan keenam-enam anak hasil daripada pernikahan yang SAH BERPOLIGAMI mengikut undang-undang negara pada usia 30an.
SOCMED ‘Abang Tesla’ Minggu ini di mana masing-masing cuba menjadi HERO dengan BERPOLIGAMI. Ada Lelaki cuba berseronok dengan kehidupan POLIGAMI baru dua hari.
Bebanan BERPOLIGAMI sangat BESAR. Tanggungjawab terbeban tidak mampu dipikul oleh mana-mana LELAKI. Itu realitinya.
Demi menjaga hubungan kekeluargaan dàn memelihara EMOSI anak-anak dari Perkahwinan pertama, Ambo tidak hadir ke Mahkhamah dàn hanya menghantar peguam untuk bersetuju sahaja apa sahaja TUNTUTAN FASAQH drp Isteri Pertama.
‘Not to defend’ adalah satu IKTIKAD Ambo membiarkan Perkahwinan Pertama terbubar atas Cerai Hakam sebagai mengambil tanggungjawab kelemahan Ambo sendiri terhadap ketidakadilan dàn mungkin ketidakbertanggungjawab Ambo terhadap Perkahwinan TERSEBUT sepanjang ianya masih sah bersama.
Ambo admit kegagalan Ambo.
Sebagai Lelaki yang mengahwini DUA WANITA secara SAH dàn Perkahwinan di akad berwali kepada kedua-dua BAPA secara SAH dàn berdaftar permohonan secara SAH di Malaysia, Ambo merasakan pada ketika itu Ambo sudah cukup BERTANGGUNGJAWAB utk menjaga DUA KELUARGA serentak.
Dan Ambo telah GAGAL. Telah Terbukti GAGAL.
Jika ada sahabat-sahabat LELAKI GENTLEMAN bertanya Ambo, definitely hari ini Ambo berpendapat, POLIGAMI adalah PEMBUNUH quality time kita bersama anak BINI secara TOTAL. Banyak kesan EMOSI telah membunuh Jiwa Lelaki kita dan semestinya Jiwa EMOSI Isteri-Isteri kita juga hancur luluh hanya kerana episod drama-drama yg tidak berpenghujung.
Dan ini telah membunuh sifat penyayang kita terhadap Wanita yang kita sayangi secara mutlak.
SEBAGAI LELAKI, kita telah ikhtiar cuba melakukan yang terbaik.
Dan Sebagai LELAKI, nasihat Ambo usahlah ke sempadan jika ingin BERPOLIGAMI, berkahwin dan gunakan khidmat Lawyer Zulkifli Yong atau mana-mana Laywer Poligami yg ada dalam market di Malaysia.
Poligami. Seronok bagi lelaki, derita bagi anak dan isteri. Faktanya, isteri yang dipoligamikan mudah mengalami depresi dan anak-anak alami “childhood trauma”. – Kaunselor Haji Hushim Haji Salleh.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Cara setup legacy contact untuk pengguna iOS/iPhone, waris boleh buka HP kita jika berlaku kematian mengejut. Ramai pengguna iOS dan iPhone memilih telefon ini kerana ia direka untuk membantu melindungi data dan privasi.
Ciri keselamatan yang terbina di dalamnya membantu menghalang sesiapa selain pemilik dari mengakses data pada iPhone anda dan juga iCloud berbanding pemilik android.
Tiada yang mampu menolak takdir kematian kerana ia sudah tertulis di luh mahfuz lagi. Banyak kes kita baca, ahli keluarga yang di dalam kesedihan tidak boleh membuka telefon yang mempunyai banyak memori di dalamnya. Semuanya kerana tidak tahu Apple ID dan kata laluan kerana ia tidak pernah dikongsikan dengan ahli keluarga.
Satu perkongsian dari saudara Hafiz Ismail di fbnya, boleh membantu pengguna iOS/iPhone untuk setup legacy contact di mana seandainya berlaku kematian secara mengejut, ahli keluarga boleh membuka telefon kita walau mereka tidak tahu Apple ID dan kata laluan kita sebelum ini.
Jadi, bolehlah selepas ini penguna iPhone buat Legacy Contact untuk memudahkan ahli keluarga membuka telefon kita seandainya apa-apa terjadi pada diri kita kelak.
Cara nak setup Legacy Contact untuk pengguna iOS/iPhone sekiranya ada kematian.
Nota: Pastikan anda dan kenalan Legacy anda menggunakan iOS 15.2 atau yang lebih baru.
Memang hebat dan cukup istimewa apabila dapat menguasai bahasa lain. Lebih-lebih lagi apabila dapat bercakap, membaca dan menulis bahasa tersebut.
Menguasai bahasa selain bahasa Melayu yang juga Bahasa Kebangsaan tidak melenyapkan identiti bangsa atau melupakan bahasa itu, tetapi dianggap kelebihan dalam kehidupan masyarakat majmuk di negara ini.
Itu pandangan ibu lima anak, Arba’a Ali, 51, yang mendapat perhatian di TikTok selepas berkongsi banyak video bersama anak perempuannya, Fatimah Noryyah Mohd Noor Kosygin, 15, berbual dalam bahasa Mandarin dan menerima banyak komen positif.
Suri rumah itu berkata, dia dan Fatimah Noryyah bukan saja bercakap dalam bahasa Mandarin, malah boleh membaca dan menulis dalam bahasa itu kerana mereka pernah belajar di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina (SJKC).
Menurutnya, dia belajar di SJKC sehingga berusia 15 tahun sebelum bersekolah di Sekolah Tun Fatimah, Johor Bharu manakala anaknya belajar di SJKC sehingga tahun enam sebelum ke sekolah menengah kebangsaan (SMK).
“Dalam keluarga, hanya kami berdua saja boleh bercakap bahasa itu manakala anak lain hanya tahu sikit-sikit saja dan mereka belajar dengan mendengar kami cakap bahasa Mandarin di rumah.
“Walaupun kami boleh cakap Bahasa Mandarin, tetapi itu bukan bermakna kami lupakan bahasa Melayu dan identiti bangsa. Di rumah, kami guna tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin.
“Paling penting sesebuah institusi keluarga harus memberi pendidikan agama dan moral supaya anak mempunyai jati diri yang kuat,” katanya.
Arba’a berkata, dia berpandangan seseorang individu yang boleh menguasai bahasa lain, selain bahasa Kebangsaan mempunyai kelebihan istimewa dan menambah kemahiran diri.
Menurutnya, disebabkan itu dia membuat video untuk dikongsi di TikTok kerana mahu memberi pilihan ruang kepada netizen mempelajari bahasa Mandarin dengan permulaan ayat dan kosa kata mudah.
“Malah, secara tidak langsung kami dapat memperkasakan lagi kemahiran kosa kata dan tatabahasa. Alhamdulillah, saya dapat komen positif netizen.
“Jumlah pengikut di TikTok semakin meningkat, bukan saja orang Melayu, malah Cina dan India. Namun yang paling terkejut ialah saya juga dapat pengikut dari China,” katanya.
Katanya, negara sudah mencapai kemerdekaan selama 66 tahun dengan melalui kehidupan majmuk berbilang kaum yang mana kemampuan memahami bahasa lain juga dapat mengeratkan hubungan sesama masyarakat.
"Jangan sebarkan benda yang tak betul. Kalau tak tahu cerita baik diam. Jangan sebar fitnah kalau tahu tahu apa-apa," katanya yang mengakui kakaknya tersilap memberi ketiga-tiga anaknya ubat methadone.