Hari ini merupakan hari kesebelas umat Islam menjalani ibadah puasa. Setiap hari sudah pasti golongan ibu memikirkan cara kreatif yang perlu disediakan untuk menjamu seisi keluarga semasa  berbuka. Sekali sekala golongan suami apa kata berilah isteri berehat dan bawalah anak-anak menikmati makanan yang pelbagai di hotel. Pastinya insan yang bernama ibu akan berterima kasih jika dihadiahkan suami untuk berbuka puasa di luar.

Sepanjang Ramadan ini Kafe Makan Coffee House di Hotel Royal Kuala Lumpur menyediakan juadah tradisi yang bertemakan Khazanah Warisan Melayu. Pelbagai hidangan yang membuka selera dihidangkan sepanjang Ramadan.

Enaknya Berbuka Puasa Dengan Hidangan Tradisional
Nur Qistina menerangkan sememangnya makanan yang disediakan enak dan memikat selera ramai.

Menurut Pegawai Perhubungan hotel, Nur Qistina Charmaine Wong, setiap tahun Hotel Royal Kuala Lumpur menyajikan hidangan yang pelbagai dan menambat selera pengunjung khususnya di bulan Ramadan.

“Kali ini kami telah menjemput seorang chef yang pakar memasak berasal dari Sabah. 13 menu disediakan daripada 13 buah negeri termasuk dari Sabah dan Sarawak sebagai sajian kepada pengunjung hotel yang memilih untuk berbuka puasa di hotel kami.

“Masakan atau makanan tradisi Melayu yang disediakan oleh chef di hotel ini bukan sahaja sajian yang membabitkan lauk pauk. Selain daripada menu utama, tentunya kami juga menyajikan secara bufet segala jenis kuih-kuih tradisional Melayu dan pencuci mulut citarasa Barat walaupun fokus utama ialah Khazanah Warisan Melayu.

“Saya percaya, selain daripada menu makanan, kuih muih yang menjadi pencuci mulut yang disediakan oleh chef di hotel juga menepati selera dan citarasa kebanyakan orang,” ungkap Qistina sambil tersenyum.

IKLAN

Qistina juga menerangkan Bufet Ramadan akan sehingga 3 Jun depan, para pengunjung Hotel Royal Kuala Lumpur juga boleh menjamu selera tanpa perlu bimbang untuk mengerjakan solat Maghrib dan terawih kerana di hotel ini juga turut disediakan surau yang mampu menampung bilangan pengunjung.

Pelbagai Hidangan Yang Memikat Ramai 

Enaknya Berbuka Puasa Dengan Hidangan Tradisional  Enaknya Berbuka Puasa Dengan Hidangan Tradisional

Enaknya Berbuka Puasa Dengan Hidangan Tradisional Enaknya Berbuka Puasa Dengan Hidangan Tradisional

IKLAN

Enaknya Berbuka Puasa Dengan Hidangan Tradisional Enaknya Berbuka Puasa Dengan Hidangan Tradisional

 

Chef Berpengalaman

IKLAN

Chef Sudin Ahmad, anak kelahiran Tuaran, Sabah yang diberi tanggungjawab menyediakan sajian Bufet Ramadan di Hotel Royal Kuala Lumpur ini yakin dengan hidangan yang bertemakan Khazanah Warisan Melayu digemari ramai.

“Saya memulakan karier dalam bidang kulinari sejak tahun 1999, saya juga seorang chef berpengalaman dan pernah berkhidmat di beberapa hotel dalam negara. Antaranya, saya pernah berkhidmat di Hotel Shangri-La di Sabah, Hayatt Hotel di Johor, Hotel Sheraton Imperial dan Westin Hotel di Kuala Lumpur.

“Dengan pengalaman yang ditimba, apabila berkhidmat di Hotel Royal Kuala Lumpur, saya mahu menyajikan 80 peratus makanan Melayu di sini.

“Signature dish yang menggamit pelanggan untuk berbuka puasa di hotel ini ialah Rendang Tok, Ikan Patin Tempoyak, Ikan Singgang dan banyak lagi.

“Selain itu  pelbagai jenis ulam-ulaman juga ada dan pencuci mulut seperti bubur juga disediakan. Semuanya mengikut citarasa dan tekak Melayu,” katanya akhiri perbualan.

Enaknya Berbuka Puasa Dengan Hidangan Tradisional
Chef Sudin bersama chef-chef lain yang bertanggungjawab menyediakan juadah di Hotel Royal Kuala Lumpur.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI