Uncategorized

Empowering Women Fashion Show Dekati Pengguna & Hargai Wanita

Share

Bertempat di Bukit Kiara Equestrian and Country Resort pada 20 Disember 2018, sebuah pertunjukan fesyen bertemakan ‘Empowering Woman’ telah dianjurkan oleh Y.S.P Industries (M) Sdn Bhd, sebuah syarikat farmaseutikal yang telah 30 tahun beroperasi di Malaysia.

Objektif utama majlis ini dianjurkan untuk mendekati pengguna serta menghargai wanita. Di samping itu, majlis ini juga telah mendapat usahasama bersama jenama hijab dan pakaian terkenal, Neng Geulis. Peragaan fesyen diketuai selebriti tanah air antaranya Anita Baharom dan Yaya Maembong. Malahan para hadirin turut dihiburkan dengan dendangan merdu dari Nas Adila.

Model bersama produk Shine Women’s Health yang di promosikan di pentas runway EWFS bersama dengan Eksekutif Pemasaran Y.S.P Industries (M) Sdn Bhd.

Uniknya pertunjukan fesyen ini bukan hanya pada koleksi pakaian serta lenggok modelnya, tetapi pada masa yang sama mereka turut berjalan sambil membawa produk terkenal syarikat tersebut iaitu Shine Women’s Health seperti Evening Primrose Oil, Femwell dan Gynecare.

Menurut Cik Miow Shiow Pyng, Ketua Jabatan Pemasaran Y.S.P Industries (M) Sdn Bhd, ini adalah salah satu cara untuk memberi kesedaran kepada para wanita untuk menjaga kesihatan diri bermula dari usia yang muda dan dari dalaman.

Eksekutif Pemasaran mempersembahkan produk Rahsia Puteri dan memperkenalkan Puteripreneur.

Oleh hal yang demikian, majlis ini mengambil kesempatan dengan melancarkan dua produk terbaru dari jenama Pro.Care iaitu Lavender Sanitary Pad, tuala wanita dengan teknologi far infrared dan ion negative, serta Rahsia Puteri, pencuci bahagian intim wanita dengan lima ekstrak herba terpilih iaitu Lobata, Manjakani, Kacip Fatimah, Daun Sirih, dan Bawang Putih.

Dalam masa yang sama, majlis tersebut telah membuka peluang perniagaan kepada semua hadirin dengan program Puteripreneur, iaitu singkatan kepada Puteri Enterpreneur untuk menjadi pengedar ekslusif produk Rahsia Puteri.

Model bergambar kenangan bersama dengan wakil penaja Neng Geulis.

Y.S.P Industries (M) Sdn Bhd menjangkakan akan merekrut lebih 300 agen di seluruh negara dengan pelbagai bantuan perniagaan disediakan termasuk latihan berkaitan informasi produk, teknik pemasaran di samping tawaran yang lumayan.

 

IKLAN