Emosi Orang Perempuan Gembira Atau Sedih Bergantung Pada Pasangannya. Memang ada benarnya sebarang perubahan tingkah laku, personaliti mahupun emosi isteri selalunya bergantung pada pasangannya. Bagaimana layanan yang diterima daripada suami, samaada baik atau sebaliknya. Suami atau pasangan memainkan peranan penting menjadi punca, apa yang isteri rasa.
Hadamkan perkongsian daripada Firdaus Shakirin ini sebagai panduan dalam rumahtangga.
Tingkah laku dan perbuatan pasangan tu akan mempengaruhi emosi dan fikiran pasangan seorang lagi. Jika pasangan seorang yang mempunyai keperibadian yang baik, tak mudah marah, tenang, senang dibawa berbincang, maka secara automatik pasangannya tiada rasa susah hati, tiada rasa terasa hati, tiada rasa makan hati dengan pasangan sendiri.
Lain pula jika berpasangan dengan seorang yang baran, yang senang mengeluarkan kata-kata kesat, maki hamun, susah dibawa berbincang apatah lagi ditegur, maka automatik pasangannya sentiasa hidup dalam keadaan tertekan, fikiran serabut, hati tak tenang, selalu terasa hati, makan hati dengan pasangan sendiri. Sebab tu bila berkawin, ramai yang berubah dari sikap asalnya sebelum berkawin.
Keadaan memaksa dia melakukan perubahan untuk menyesuaikan diri dengan siapa dia berpasangan. Mungkin dari seorang yang periang, ceria, gembira, petah berkata-kata jadi pendiam, jarang bercakap, nampak macam ada masalah.
Pengaruh tingkah laku dan perbuatan pasangan tu akan memberi impak dalam kehidupan seorang lagi dari sudut personalitinya. Tengok pasangan yang bahagia, tengoklah personaliti mereka. Pasangan yang baik, yang memahami, yang mudah dibawa berbincang, yang tak ego, yang boleh ditegur akan membentuk personaliti positif pasangan yang satu lagi.
Emosi Isteri Bergantung Pada Pasangannya
Kita decide kita nak isteri kita tu gembira ataupun sedih.Emosi orang perempuan ni adakalanya bergantung pada pasangannya. Dia boleh jadi tenang, tak tenang, gembira, tak gembira, ketawa, sedih, tertekan semua bergantung pada pasangannya.
Ads
Kita nak dia sembunyikan apa yang dia rasa, dia boleh buat. Dia tahu bila dia perlu untuk stop luah dan pendam. Pasangan dia buat tak tahu, tak nak faham dia, buat tak dengar pada luahan dia, maka dia akan simpan sorang-sorang apa yang dia rasa.
Lama-lama dia akan tawar hati.
Kita nak dia ketawa dan gembira sepanjang masa pun dia boleh buat. Tapi kalau tiba-tiba dia menangis malam-malam, kita jangan hairan pulak sebab dia penat berlakon sepanjang masa untuk nak kelihatan seperti yang diminta.
Ads
Lama-lama dia akan murung.
Apa yang saya belajar dari isteri, masa dia marah, saya diam, saya dengar. Masa angin dia tak baik, saya tak usik, tapi pujuk. Masa dia berleter, saya biar dia habis cakap tanpa membangkang.
Saya bagi tumpuan pada apa yang keluar dari mulut dia sebab setiap perkataan tu datangnya dari hati.
Ingatlah, sebagai suami, kita boleh jadi punca kepada apa yang isteri kita rasa.
Mingguan Wanita: Ada benarnya, emosi dan personaliti isteri baik gembira mahupun sedih bergantung pada pasangannya. Elok layanan yang diterima,maka eloklah emosi isteri.
“Mak Ajar ‘ILMU’ Mahal Dari Segala Sijil Yang Saya Ada,” Da’i Hamidah. Benarlah setiap kata-kata nasihat, pesanan, didikan mahupun ilmu yang mak kita berikan merupakan ‘ilmu’ yang paling mahal nilainya dalam kehidupan.
Walaupun mungkin mak kita belajar tak tinggi mana, namun keikhlasan dalam berkongsi ‘ilmu kehidupan’ kepada anak-anak itulah yang paling bermakna. Mak ibarat guru yang paling utama dalam mencorakkan kehidupan anak-anak.
Ini yang dirasai dan dikongsikan sendiri oleh Da’i Hamidah atau nama sebenarnya, Hamidah Abdul Razak,30 betapa ilmu yang diperolehi daripada ibunya adalah ‘paling mahal’ berbanding segala sijil-sijil yang dia ada.
Berkongsi titipan di media sosial, Juara program Da’i Pendakwah Milenia Musim Ketiga ini juga baru sahaja menerima Ijazah Sarjana Usuluddin dalam majlis konvokesyen baru-baru ini.
Walaupun ni gambar konvo tapi saya nak tulis tentang ilmu yang lebih mahal, saja la kan ada masa free sikit ni tulis la kejap.
Konvo kalini saya sudah berumahtangga dan ada anak alhamdulillah. Semua orang yang dah kahwin pasti merasai fasa awal perkahwinan. Tapi apa yang terharu sangat ialah selama saya berumahtangga mak lah insan yang sangat positif menenangkan saya. Apa juga yang negatif, mak pasti fikir positif. Mak ajar saya cara nak positif, mak ajar saya fikir positif.
Bayangkan tidak pernah satu ayat pun yang mak negatifkan keadaan. Sampaikan saya rasa, mak lebih sayang menantu dari saya. Mak selalu fikir yang baik- baik tentang semua menantunya. Pernah saya luah apa- apa sedikit sekadar nak lepaskan rasa, mak tetap kata “ cuba adik di tempat dia, cuba adik rasa apa yang dia rasa, cuba dan cuba “. Ya Allah, rasa kecewa geram semua hilang disebabkan kata – kata positif mak.
Sungguh jasa mak buat saya lebih menghargai pasangan dan menikmati fasa baru dalam perkahwinan ini. Saya terpaksa tulis di sini, sebab dikala berseorangan air mata saya kadang mengalir tatkala kenang jasa mak dalam mengajar saya akan ilmu yang mahal ini.
Memang hidup mak tak pernah berkata yang tidak baik tentang sesiapapun. Waimma saya nak kata tentang menantunya iaitu suami saya pun , dia akan halang habis- habisan. Fuh ! Haha. Maka terkenallah mak dengan gelarannya iaitu mertua yang terlalu menyayangi menantu yang bikin anak juga cemburu hehe.
Begitulah kisah biasa dari saya yang baru nak belajar tentang kehidupan. Sesungguhnya, ilmu ini lebih mahal dari ilmu dalam segala sijil yang saya ada. Terima kasih mak, mak guru utama dalam hidup saya.
Saya tak rasa apa-apa sangat konvo apa sekalipun, tapi saya rasa luar biasa jika dapat diraikan bersama mak. Sebab sikap positif mak itulah yang buatkan saya dapat capai apa yang saya impikan. Sebab sikap positif mak itulah buat saya kuat harungi liku- liku kehidupan. Kini, mak dah umur 70 tahun. Doakan mak diberkati umur dan dihadiahkan husnul khatimah oleh Allah SWT.
Mingguan Wanita: Memang ada benarnya, mak memainkan peranan penting sebagai seorang ‘guru’ buat anak-anaknya. Setiap kata-kata, nasihat dan pesanan untuk dijadikan panduan buat anak dalam mencorak kehidupan.
Isteri kerap tolak lakukan hubungan, ini pandangan mufti buat suami yang rasa teraniaya. Setiap manusia Allah ciptakan hidup berpasangan dan saling melengkapi antara satu sama lain.
Penciptaan dua gender ini agak unik. Secara fizikalnya, lelaki berbentuk gagah dan kuat. Dan sifat ini mereka dijadikan pelindung buat kaum hawa. Perempuan pula fizikalnya lebih lemah. Sebab itulah, dalam hati mereka penuh sifat kasih sayang dan lemah lembut. Pun begitu, Allah menjadikan keduanya saling melengkapi melalui perkahwinan. “Dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (Hawa), dan daripada kedua-duanya Allah mengembang biakkan lelaki dan perempuan yang ramai.” (Surah An nisa, ayat 5).
Tapi bagaimana kalau ada hubungan perkahwinan yang pada awalnya bahagia tetapi kemudian bertukar bila isteri kurang melayani hubungan intim? Bukan saja kerap tolak tapi ada kala menjangkau setahun lamanya dengan pelbagai alasan serta tidak mempeduli nasihat suami dan tidak menjaga ibadat kepada Allah SWT. Jika isteri bersikap seperti itu, adakah wajib bagi suami untuk memberi nafkah kepada isteri?
Berikut adalah jawapan dari Mufti Wilayah Persekutuan mengenai isu dibangkitkan.
Jawapan:-
Nafkah Dan Tanggungjawab Suami Isteri
Nafkah adalah pembelanjaan keperluan manusia seperti makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan selainnya. Ia dinamakan Nafaqah kerana dikeluarkan atau digunakan untuk keperluan itu. (Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 4/274)
Para ulama bersepakat (Ijma’) suami wajib memberi nafkah kepada isterinya. Ini seperti mana firman Allah SWT:
Maksudnya: Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. (Surah al-Baqarah 233).
Nafkah disyaratkan ke atas suami sekiranya isteri memenuhi syarat yang ditetapkan. Di dalam al-Fiqh al-Manhaji telah membahagikan kepada dua syarat iaitu:
Jika kesemua syarat itu dipenuhi, maka wajib bagi suami untuk memberi setiap nafkah yang diperlukan oleh isteri. (Lihat: al-Fiqh al-Manhaji: 4/181-182)
Nusyuz
Dr. Muhammad Zuhaili mentakrifkan Nusyuz bermaksud derhaka. Dan nusyuz seseorang perempuan ialah derhaka kepada suaminya dengan mengingkari ketaatan terhadap suaminya. Dan Nusyuz bagi lelaki ke atas wanita adalah meninggalkan tanggungjawabnya dan menyakiti pasangannya. (Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e: 4/90) Firman Allah SWT:
Maksudnya: Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). (Surah al-Nisa’: 34) Perbuatan Nusyuz yang dilakukan isteri adalah haram dan ia merupakan salah satu daripada dosa-dosa besar. Ini seperti mana hadis daripada Abi Hurairah RA, Sabda Nabi SAW:
Maksudnya: Apabila suami mengajak isteri untuk tidur bersama-sama, kemudian isteri tidak mahu datang dan suaminya tidur dalam keadaan marah, maka malaikat melaknati isterinya sehingga ke pagi. Riwayat Muslim (1436)
Dr. Muhammad Zuhaili di dalam kitabnya menyatakan Nusyuz seorang itu berlaku dalam pelbagai keadaan dan gambaran. Seperti seorang isteri tidak taat dan tidak patuh kepada suaminya, sebagai contoh keluar rumah tanpa keizinan suaminya tanpa ada keuzuran yang membenarkannya seperti keluar berjumpa dengan qadi dan mencari nafkah bagi membantu suami yang susah. Atau enggan bersetubuh dalam keadaan uzur syarie’ dan sakit (Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 4/92)
Kesimpulan
Berdasarkan persoalan di atas dan nas yang diberikan, perbuatan seorang isteri tersebut kepada suaminya tidak sepatutnya berlaku. Ini kerana tanggungjawab seorang isteri adalah melayan suaminya dengan baik serta memenuhi tuntutan suaminya. Melainkan sekiranya suami meminta kepada perkara yang diharamkan syara’ atau isteri dalam keadaan uzur dan sakit.
Suami dan isteri seharusnya berbincang dan mencari jalan penyelesaian yang baik. Sekiranya isteri masih tidak berubah, maka suami boleh lakukan apa yang disarankan di dalam al-Quran. Firman Allah SWT:
Maksudnya: Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). (Surah al-Nisa’: 34)
Oleh itu, suami tidak diwajibkan untuk memberi nafkah sekiranya isteri tidak melakukan tanggungjawabnya kepada suami serta berkelakuan nusyuz. Melainkan, sekiranya tuntutan suami menyalahi batasan syara’ maka isteri boleh menolak perkara tersebut dan tidak menggugurkan kewajipan suami untuk memberi nafkah. Namun sebaiknya, perkara ini dibawa kepada pihak yang berautoriti untuk menjalankan proses sulh yang terdapat di dalam undang-undang keluarga islam di negeri-negeri. Ini bertujuan mengadakan perjanjian damai serta menyelsaikan perselisihan di antara suami dan isteri.
Semoga penjelasan ini memberi manfaat kepada penanya. Kami berdoa agar Allah memberikan sakinah kepada keluarga.
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN KAMI. BUAT TOTE & SHOPPING BEG
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Bila bercerai, mula pasangan bawa haluan. Sedangkan dalam tempoh iddah inilah suami wajib beri nafkah dan tanggungjawab isteri seperti biasa.
Tapi bila ikut nafsu, perasaan masing-masing seakan membenci dan kalau boleh tak nak tengok muka langsung. Sampaikan ada yang kena halau dari rumah sebab mereka bukan lagi pasangan suami isteri.
Sedangkan dalam tempoh iddah inilah suami isteri kena tinggal bersama, wajib beri nafkah dan lakukan tanggungjawab seperti biasa. Sebab inilah waktu untuk mengimbas kenangan manis bersama dan mungkin boleh membuatkan pasangan bersatu kembali.
Antara perkongsian video oleh Ustaz Azhar Idrus mengatakan perempuan itu masih lagi isteri dan wajib diberi nafkah seperti biasa dan tanggungjawab isteri tetap sama.
Semua ini masih boleh tinggal sebumbung dan isteri tidak boleh keluar rumah tanpa izin suami. Haram.
“Duduklah berdua ketika ini kerana masa ini boleh jadi hubungan bertambah baik dan rujuk kembali. Lakukan kehidupan seperti biasa KECUALI melakukan hubungan intim. Tidak boleh tidur bersama.
Mingguan Wanita : Suami isteri jangan terlalu mengikut perasaan. Fikirkan masa depan keluarga dan anak-anak. Mudah-mudahan, dapat baik kembali.