Dynas Mokhtar cabar diri, akui tidak suka terikut-ikut dengan apa orang lain buat. Begitulah luahan yang diungkap oleh pemilik nama sebenar Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar, 38, tatkala ditemubual.
Isteri dan ibu kepada tiga cahaya mata ini, selain berlakon bergelar model terkenal dia juga merupakan seorang yang aktif dalam bidang perniagaan.
Dynas Mokhtar Cabar Diri
Sewaktu menghadiri sidang media Kerjasama Black G dan Dynas Mokhtar selebriti ini berkongsi tentang penglibatannya dalam kerjasama melibatkan produk kesihatan ini bersama platform e-dagang, Shopee.
“Sejak dari dulu saya memang tidak suka terikut-ikut dengan apa orang lain buat kerana lebih cenderung menampilkan kelainan jika mahu tampil dengan sesuatu produk atau perniagaan.
“Sebagai pelakon dan model sebelum ini, ramai yang fikir saya akan tertarik untuk terlibat dengan bisnes fesyen atau produk kecantikan, tetapi saya buat sebaliknya dengan menjual pakaian ibu mengandung serta menyusu.
“Begitu juga kali ini apabila saya memilih untuk terlibat dalam produk kesihatan Black G bersama rakan perniagaan saya kerana saya mahukan cabaran dan beri sesuatu yang berbeza buat orang di luar sana,” kata Dynas.
Pernah Bekerjasama Menerusi Perniagaan Restoran
Menurut Dynas lagi, pembabitannya bagi membolehkan dia dan rakan perniagannya, Mohamad Mughniy Mohamad, 33, selaku Pengurus Pembangunan Perniagaan berkongsi idea dari segi pemasaran dan penjualan.
“Produk kami dirumuskan melalui proses penyelidikan dan Pembangunan (R&D) yang meluas oleh saintis dan profesional yang diperakui untuk memastikan keselamatannya dari formulasi hingga tahap dos.
Ads
“Dari segi kerjasama dengan syarikat Black G Sdn Bhd pula, idea tercetus kerana saya dan Mughniy atau Mune pernah bekerjasama pada 2016 menerusi perniagaan Restoran Eat With Mune. Keserasian yang wujud antara kami mendorong kepada usaha melebarkan perniagaan dalam produk ini pula.
“Bukan sekadar mewakili jenama produk, tetapi saya sebagai rakan kongsi atau rakan perniagaan sekaligus kami dapat berkongsi idea dalam memberikan cadangan untuk pemasaran dan penjualan,” sambung Dynas.
Seronok Bawa Watak Komedi
Menyentuh tentang karier lakonan pula, Dynas yang menarik perhatian ramai menerusi kemunculannya dalam drama komedi, Keluarga Untuk Disewa yang kini sedang disiarkan di TV9 setiap Isnin hingga Khamis, jam 8.30 malam akui tidak mahu terus terikat dengan watak-watak antagonis yang begitu sinonim dengan dirinya.
“Saya suka segalanya tentang drama ini. Bukan sahaja menampilkan skrip bagus dan jalan cerita menghiburkan, bahkan kualiti gambar drama ini juga sangat cantik macam drama Korea.
“Karakter saya pula sangat berbeza menerusi watak komedi yang memang jarang sekali penonton dapat lihat. Saya seronok kerana dapat eksperimen banyak benda dalam watak sebegini.
“Sebenarnya tidak mudah membawakan watak komedi kerana pelakon itu kena pandai mencari keseimbangan. Tidak boleh berlebihan kerana silap percaturan akan nampak macam badut, kalau kurang sangat takut tak jadi kelakar pula”.
Ads
Cukuplah Pengalaman Watak Jahat
“Kalau dulu bila orang dengar sahaja nama saya ada dalam satu-satu drama, mereka dapat jangka, mesti saya bawa watak jahat, jadi orang kaya, rampas suami orang dan pelbagai karakter yang ke arah itu.
“Saya tidak nafikan memang dulu saya suka membawakan watak-watak sebegitu kerana ia memberi kepuasan tersendiri buat saya.
“Bagaimanapun saya rasa cukuplah dengan pengalaman itu. Tiba masa saya memberikan sesuatu yang berbeza dan ambil karakter yang saya tidak pernah atau jarang buat sebelum ini untuk memberi lebih variasi dalam lakonan,” akhiri Dynas.
Mingguan Wanita : Suka tengok lakonan Dynas, memang sentiasa berjaya bawa watak yang dipertanggungjawabkan.
Sumber Foto : Instagram Dynas Mokhtar
KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:
Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:
Sesungguhnya sebelum menasihati sahabat atau ahli keluarga, datangkan dulu rasa empati kerana selalu pandangan mata tidak sedalam pandangan hati.
Kadang-kadang akibat terlalu teruja, mak ayah lupa tentang kesusahan dan keperitan orang lain. Jadi perlahan-lahan orang yang sedang melalui kesedihan dan kesusahan dalam tak sedar akan berjauh hati.
Sebaiknya dengar dahulu luahan orang lain dan jadikan cerita dia sebagai subjek utama perbualan, bukannya mengenepikan cerita dia dengan kisah bahagia kita.
Sebelum Menasihati Datangkan Dulu Rasa Empati
Ikuti perkongsian Puan Siti Suryani Yaacop ini dan fahami sebaiknya :
Kita tak bercerita kisah mewahnya rumah kita yang besar pada kawan kita yang punya rumah kecil tentang betapa besarnya rumah kita yang besar.
Dan kita tak bercerita kisah seronoknya ada anak ramai pada kawan kita yang sedang berusaha sekian lama untuk punya anak tentang betapa ramainya anak kita yang ramai.
Atau kita tak bercerita kisah suami kita yang baik pada kawan kita yang ada suami perangai serupa hantu tentang betapa baiknya suami kita yang baik.
Kita tak bercerita kisah senangnya menjaga anak kita pada kawan yang diuji anak yang sulit dijaga tentang betapa senangnya kita menjaga anak kita yang senang.
Malah, kita tak bercerita kisah duit dan harta benda kita yang banyak pada kawan yang dilanda kesusahan hidup tentang betapa banyaknya harta kita yang banyak.
Kita tak bercerita kisah kesihatan kita yang bagus pada kawan kita yang ditimpa sakit tentang betapa sihatnya diri kita yang sihat.
Serta, kita tak bercerita kisah bagaimana komitednya kita terhadap kerja pada kawan kita yang diuji komitmen keluarga tentang betapa komitednya kita yang komited.
Pandangan Mata Tidak Sedalam Pandangan Hati
Kadang dalam hidup ini….
Sebelum menasihati datangkan dulu empati. Kerana seringkali pandangan mata tidaklah sedalam pandangan hati.
Mingguan Wanita : Mak, ayah boleh menasihati namun dengarkan dan cuba berada di dalam “kasutnya” terlebih dahulu. Barulah nasihat yang disampaikan adil dan telus.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Sungguh malang tidak berbau.Seorang guru berputih mata selepas wang bantuan awal persekolahan berjumlah lebih RM109,000 yang diperuntukkan untuk sebuah sekolah di Beranang, Selangor hilang, apabila dilarikan penjenayah.
Berhenti Pergi Beli Minuman
Difahamkan wang berkenaan baru saja dikeluarkan oleh Guru Besar sekolah berkenaan sebelum cermin kenderaannya dipecahkan ketika pergi membeli minuman.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada jam 12.17 tengah hari tadi, ketika guru berkenaan mengeluarkan wang bantuan awal persekolahan dari sebuah bank di pekan Semenyih yang sepatutnya diagihkan kepada pelajarnya esok.
“Guru berusia 50 tahun itu berseorangan mengeluarkan wang tunai berjumlah kira-kira RM109,000 dari sebuah bank di kawasan Kampung Baru Semenyih.
“Selepas mangsa mengeluarkan wang berkenan dan meletakkan dalam sebuah beg, mangsa meninggalkan beg di dalam kenderaan jenis Toyota di bahagian tempat duduk hadapan sebelah penumpang, sebelum ke sebuah restoran untuk membeli minuman.
“Selang hampir 10 minit apabila kembali ke kenderaan, mangsa mendapati cermin kereta milik mangsa dipecahkan di bahagian kanan penumpang belakang, dan beg yang berisi wang tunai dicuri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Polis Sedang Mengesan Suspek
Beliau berkata, polis kini sedang menggiatkan usaha bagi mengesan suspek yang terbabit dalam kejadian berkenaan.
“Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes berkenaan boleh berhubung dengan mana-mana balai polis atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes Inspektor Ahmad Rahmat Adnan di talian 014-5156933 bagi membantu siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya.
Mingguan Wanita: Bagi pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan duit dalam jumlah yang besar, semoga lebih berhati-hati. Penjenayah ada di mana-mana dan cukup licik merebut peluang apabila kita cuai. Pastikan ikut SOP yang telah ditetapkan.
Angeline Tan nafi sudah hamil. Pelakon Angeline Tan menafikan dirinya kini sudah berbadan dua. Malah isteri kepada Sabri Yunus itu berasa sangat kecewa dengan berita palsu yang tersebar.
Seperti yang dilaporkan Angeline tidak mengetahui pihak mana yang bertanggungjawab menyebarkan khabar angin tersebut.
Angeline Tan Nafi Sudah Hamil
Malah dirinya juga turut mempersoalkan berita yang menjadi tular di aplikasi Tik Tok.
“Tidak betul, berita yang tersebar itu adalah palsu.
“Saya tidak tahu siapa punya kerja yang keluarkan berita begini.
“Pandai sahaja dia reka cerita palsu,” kongsi Angeline seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.
Viral Cerita Fitnah Paling Kelakar
Untuk rekod Angeline dan suaminya Sabri mendirikan rumah tangga pada 13 Oktober tahun lalu. Sebelum ini sebuah blog telah memuat naik berita yang mendakwa Angeline sedang hamil dengan usia kandungan memasuki satu bulan.
Dek kerana berita itu juga ramai yang menghubungi Sabri kerana mahu tahu hal sebenar. Terbaru menerusi hantaran di Facebook Sabri Yunus luahkan rasa terhibur dan geli hati dengan fitnah yang tular itu.
“Hari paling kelakar sepanjang enam bulan yang lalu. Viral cerita fitnah paling kelakar.
“Kepada orang yang memulakan isu ini tidak rasa bersalah atau tak rasa berdosa pun?
“Dan juga kepada yang menyambut dan menyambung viralkan cerita ini tidak kah dia rasa yang serupa (bersalah)?
“Bukan apa, puas nak menjawab pada kawan-kawan yang bertanya mahu pengesahan. Ada kawan kata “tidak apa berita baik”. Haha saya kata tak baik, itu fitnah,” kongsi Sabri.
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ibu tiga anak digilis lori simen ketika berhenti di lampu isyarat, kegagalan brek jadi punca. Seorang anggota penjara yang juga ibu kepada tiga anak,...