Rasanya tak berbaloi untuk masak banyak-banyak sebab orang yang makan tak adalah ramai. Kecuali kalau anak ramai, nak masak pun rasa seronok sebab tukang makannya ramai. Jadi, nak mudah, masak banyak dan masukkan dalam sejuk beku, nak makan boleh dipanaskan semula.

Begitu juga bila, anak sudah ada kehidupan sendiri dan masak hanya untuk suami isteri sahaja. Setakat nak masak ikan seekor dan ayam dua tiga ketul sekali makan, rasa tak penat je nak bersihkan periuk.

Jadi, boleh saja maka-mak atau oasangan yang baru kahwin, masak banyak-banyak dan frozenkan. Kalau nak makan, boleh dipanaskan semula. Tak rugi dan jimat masa pula.

Tapi, bila dipanaskan semula, ada yang rasa tidak sama atau mungkin tidak segar seperti awal-awal. Lebih-lebih lagi bila masak udang. Tak kena cara boleh terlebih masak dan udang pun rasa liat sedikit.

Perkongsian daripada Ida Alina Salleh, boleh membantu mak-mak yang nak panaskan semua udang yang telah difrozenkan supaya tidak terlebih masak.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Tauhu Berlauk Ayam Tambah Udang, Sedap Makan Panas, Boleh Frozen Kalau Nak

IKLAN

Tiada Masa, Boleh Cuba Teknik Masak & Simpan Lauk Frozen Ini, Tahan Sampai 3 Bulan!

Info Lebih Menarik DI SINI

Dipanaskan Semula – Udang Tak Terlebih Masak

Bila dah tinggal berdua, nak makan sambal tumis, takkan nak buat 10 ekor udang, 10 tangkai cili kering pula. Tak berbaloi nak mengelap dapur. Jadi, saya akan masak macam untuk 4-6 orang.

Lepas masak, saya tepikan yang nak dihidang, saya portionkan yang nak difreezekan. Nasi pun macam tu. Tiap kali nak masak nasi secawan, bagi saya pembaziran elektrik. Saya masak sekali dua pot dan simpan dalam portion sekali makan.

IKLAN

Di sini, udang semua frozen. Lepas ditangkap di laut, udang digredkan dan terus flash frozen. Laut dari bandar jauh, jadi ini cara terbaik kekalkan kesegaran makanan laut.

Saya akan pastikan udang yang dibeli ialah “raw” atau “uncooked” – sebab banyak juga udang siap rebus di freezekan dijual. Itu buat salad, vietnamese rolls, kerabu semua ok. Tapi masak sambal kena cari yang mentah.

Petua Masak Udang Frozen Tak ‘Overcooked’, Goreng Dulu 30 Saat Saja!

IKLAN

Petua Masak Udang Frozen Tak ‘Overcooked’, Goreng Dulu 30 Saat Saja!

Bagi pastikan udang tak overcooked lepas difreezekan dan dipanaskan balik, saya buat macam ni:

1. Panaskan minyak hingga berasap, saya flash fry udang tu dalam 30 saat, angkat dan ketepikan.
2. Biar minyak tu kering (dari air udang), saya tumis bawang hiris sampai keemasan. Lepas tu masukkan bahan blend (bawang merah, bawang putih, cili kering dah siap rebus dan belacan bakar).
3. Bila bahan blend dah garing, saya perasakan garam, gula, masukkan petai dan bawang hiris. Kacau hingga bawang hiris layu.
4. Masukkan udang tadi, udang tu akan ada air juga, masukkan sekali. Saya tak tambah air lain sebab bila nak panaskan balik nanti kita akan tambah air sikit kan? Campurkan pes Asam jawa. Agak udang nampak masak sikit, ketepikan bahagian yang nak di freeze. Teruskan memasak portion yang nak dimakan – adjust perasa, tambah air sikit kalau mahu. Kiranya lauk udang yang nak di freeze tu, udang nya masak manja saja.
5. Lain kali, bila nak makan lauk sambal yang frozen tu, saya akan turunkan dari freezer pagi-pagi, letak dalam peti ais. Petang tu, baru saya panas kan dalam kuali. Tambah lah petai sikit, bawang hiris sikit kalau nak, tapi kuah sambal tu dah ada rasa sikit petai yang dimasuk awal-awal dulu. Boleh tambah sikit air bila memanas balik.

MW: Boehlah cuba cara ini. Udang tak adalah liat dan tambah perasa, ikut selera. Jimat masa dan gas bagai.

Sumber: Ida Alina Salleh

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI