Doktor Terang Kenapa Anak Demam Cirit Birit, Boleh Kena ‘Temporary Lactose Intolerance'

Pernah terjadikan pada mak ayah yang menjaga anak-anak demam dan cirit birit, walau demam anak dah surut, keadaan anak pun dah pulih, tapi cirit-birit masih berlarutan.

Doktor dari Poliklinik Az-Zaara, Ampang terangkan sebabnya. Jadi mak ayah bertenang dan jangan panik. Panduan yang doktor kongsikan di bawah bantu mak ayah untuk ambil langkah seterusnya.

 

Doktor Terang Kenapa Anak Demam Cirit Birit, Boleh Kena ‘Temporary Lactose Intolerance’

Kenapa Lepas Deman Cirit Birit, Anak Boleh Alami ‘Temporary Lactose Intolerance’

Anak demam dan cirit birit, demam dah surut, baby dah ok, tapi cirit-birit masih non stop. Ubat dah abis makan, aduh pening tengok..

Biasa kan terjadi macam ni?

Kebiasaanya ini terjadi akibat TEMPORARY LACTOSE INTOLERANCE. Pernah dengar tak?

Ok, saya terangkan secara mudah. Dalam usus kita, ada satu enzim yang dipanggil lactase, khas untuk memproses lactose, salah satu bahan utama dalam susu dan produk-produk tenusu seperti yogurt, cultured milk (vitagen dan sebagainya), cheese dan lain-lain.

IKLAN

Selepas mendapat diarrhea, atau baby demam dirawat dengan antibiotik, enzim lactase ini mungkin terjejas penghasilannya menyebabkan lactose tidak boleh dicernakan dalam usus. Lactose yang tidak dicernakan dengan sempurna akan menyebabkan cirit-birit.

Jadi, selagi lactose terus diberikan, radang dalam perut akan terus berlaku dan usus akan terus tidak dapat menghasilkan enzim tersebut. Bermakna lactose intolerance ini akan berlanjutan.

Bagaimana nak buat?

 

Doktor Terang Kenapa Anak Demam Cirit Birit, Boleh Kena ‘Temporary Lactose Intolerance’

IKLAN

Mak Ayah Lakukan Ini Untuk Hentikan Cirit Birit Anak

Cara mudahnya ialah hentikan memberi sebarang susu lembu dan produk tenusu. Gantikan dengan lactose free mild, sama ada dari sumber soya atau susu lembu yang telah diproses. Ini akan membolehkan usus yang mengalami keradangan akibat jangkitan kuman/antibiotik sembuh seperti biasa dan boleh menghasikan enzim lactase semula.

Keadaan ini boleh mengambil masa beberapa hari sehingga beberapa minggu bergantung pada berapa teruk keradangan pada usus tersebut.

Bila cirit-birit dah berhenti, jangan terus tukar pada susu biasa, sebaliknya start sedikit demi sedikit.

√    Macam sekarang ambil 5 kali susu lactose free, cirit-birit dah stop.

IKLAN

√    Esok cuba bagi 4 kali susu lactose free dan 1 kali susu biasa.

√    Jika tiada cirit-birit, terus tambah sedikit demi sedikit sampai dah boleh tukar pada susu biasa sepenuhnya.

Mudah kan?

Bagi mereka yang mengalami permanent lactose intolerance, rawatan adalah berbeza.

Semoga bermanfaat.

* Kami tidak menjual sebarang susu lactose free, hanya berkongsi maklumat.

Sumber/Foto : Poliklinik Az-Zaara, Taman Dato Ahmad Razali Ampang

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI