Bekerja dalam bidang perubatan dan merawat para pesakit di hospital, aspek kebersihan amatlah perlu ditekankan.Lebih-lebih lagi tempat sebegini mudah terdedah dengan jangkitan kuman, bakteria dan pelbagai jenis penyakit.

Kebersihan pakaian yang digunakan dan kewajipan menutup aurat juga haruslah diambil kira agar selari dengan tuntutan kerja dan agama. Bagi petugas kesihatan terutamanya doktor wanita yang beragama Islam, seharian berjumpa pesakit, malah terlibat dalam pembedahan di dewan bedah, faktor jangkitan kuman pada tudung mungkin boleh berlaku.

Tudung ‘Pakai Buang’ Bersteril

Atas sebab ini, seorang doktor warga Malaysia Dr Farah Shaheera Roslan tampil dengan idea baru apabila memperkenalkan tudung jenis pakai buang ‘steril’ dan fabrik sesuai yang boleh digunakan ketika sedang bertugas. Idea tersebut diperolehi ketika beliau menjadi pelajar perubatan di Hospital Universiti Royal Derby and Burton NHS Trust, United Kingdom (UK).

Pihak hospital percaya bahaya tudung ‘pakai buang’ ini adalah yang pertama kali di perkenalkan kepada para petugas kesihatan untuk digunakan di dalam dewan pembedahan.

Pernah Diminta Keluar Bilik Pembedahan

Menurut Farah beliau pernah diminta keluar dari bilik pembedahan kerana menggunakan tudung yang sama sepanjang hari.

IKLAN

“Saya menggunakan tudung sama sepanjang hari yang ternyata tidak bersih dan tidak sesuai.

“Saya rasa tidak selesa untuk membuka tudung dan saya pernah diminta keluar dari bilik pembedahan (dengan sopan) bagi mengelak jangkitan,” katanya.

IKLAN
Doktor Malaysia Perkenal Tudung ‘Pakai Buang’ Steril Pertama Di Hospital UK
Dr Farah disamping Perunding Pakar Bedah Dr Gill Tierney di Hospital Universiti Derby and Burton.

Jadi atas sebab ini, Farah mencari jalan penyelesaian dalam etika pemakaian mengikut tuntutan agama, pada masa yang sama dapat meneruskan minat mendalam berada dalam dewan pembedahan.

“Saya rasa sangat gembira dan berharap sekiranya ia dapat digunakan secara rasmi dalam  negara” ujar Dr Farah.

IKLAN

Sementara itu, Perunding pakar bedah dan mentor kepada Farah iaitu Gill Tierney berkata, dia percaya idea hijab tersebut merupakan yang pertama diperkenalkan di UK untuk digunakan oleh petugas perubatan mereka.

“Kosnya tidak mahal dan berharap ia mampu memberi kesan besar,” ujar Tierney.

MW: Tahniah buat doktor wanita ini, menghasilkan tudung pakai buang yang sesuai buat petugas hospital gunakan ketika berada dalam dewan pembedahan. Semoga menjadi inspirasi buat wanita lain,agar kreatif dalam menjalankan tugas namun pada masa yang sama tidak mengabaikan tuntutan agama.

Sumber : BBC News

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI