Ads

Dr Sebak Lepaskan Jawatan Di KKM, Akui Banyak Momen Penting Bersama Keluarga Terlepas Kerana Tuntutan Kerja

Dr Sindhujah sebak lepaskan jawatan di KKM

Dr sebak lepaskan jawatan di KKM, akui banyak momen penting bersama keluarga terlepas kerana tuntutan kerja.

Dilema memilih antara kerjaya dan keluarga bukan sesuatu yang mudah buat seorang wanita terutama jika kedua-duanya begitu bermakna dalam kehidupan mereka.

Jika membaca di media sosial, ada wanita memilik kerjaya hebat akhirnya nekad melepaskan jawatan demi orang tersayang.

Perkongsian seorang doktor di Threads, Dr Sindhujah Subramaniam memberikan banyak pandangan selepas dirinya memaklumkan bahawa dia baru melepaskan jawatan sebagai Pegawai Perubatan (MO) di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana dirinya banyak terlepas momen penting kerana kesibukan kerjaya sebagai doktor.

Lepaskan Jawatan Di KKM
Dr Sindhujah sebak lepaskan jawatan di KKM
Dr Sindhujah tidak dapat menahan sebak selepas membuat keputusan melepaskan jawatannya sebagai Pegawai Perubatan di KKM.

Keputusan untuk lepaskan jawatan di KKM dibuat selepas Dr Sindhujah merasakan terlalu banyak momen penting bersama keluarga terlepas kerana tuntutan kerja. Ini kerana kesibukan tugas sebagai doktor dan sudah pasti ianya menuntut pengorbanan yang besar.

Dr Sindhujah akui bukan sedikit masa bersama keluarga terlepas  termasuk janji temu anak selain acara keluarga malah dirinya akui semua itu takkan mampu dirasainya jika masih kekal dengan kerjaya dicintainya.

Ads

Turut menyentuh hati, dirinya mengakui dia pernah diuji kehilangan ibu dikasihi ketika masih  bergelar house officer (HO).

“Countless oncalls, missed appointments for my son, missed family occasions & too many moments I can never get back.”

Pulang Ke Rumah Dengan Baki Tenaga Terakhir

Jelas Dr Sindhujah, dia membuat keputusan penting ini dalam hidupnya selepas memikirkan segala aspak.

“Di hospital, seluruh tenaga dicurahkan buat pesakit dengan memberikan rawatan terbaik. Bila pulang ke rumah, tubuh dalam keadaan letih malah tenaga juga sudah hampir kehabisan.

Ads

“I’ve spent my whole day being patient, polite & caring to people at hosp, only to come home & realise that the people who love me most are getting the worst version of myself.”

Dr Sindhujah sebak lepaskan jawatan di KKM
Kad kakitangan KKM yang menjadi sebahagian perjalanan kerjaya Dr Sindhujah sebelum beliau mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan.
Sebak Lepaskan Jawatan

Keputusan untuk berhenti ternyata bukan sesuatu yang mudah. Dalam foto yang dikongsikan di threadsnya,  Dr Sindhujah dilihat menitiskan air mata. Satu lagi foto memperlihatkan kad kakitangan hospital miliknya.

Malah, beliau akui meninggalkan kerjaya ini bukan mudah, amat menyakitkan kerana rasa kecintaan terhadap kerjaya.

“Walking away is painful, but this time, I have to choose my family.”

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Seperti wanita-wanita berkerjaya yang melepaskan jawatan kerana memilih kerjaya, Dr Sindhujah akui dia mahu mencari semula dirinya dan ada masa buat orang-orang paling penting dalam hidupnya iaitu keluarga.

“I don’t know what the future holds, but I know I want to find myself again, be present for the people who matter most.”

Dr Sindhujah sebak lepaskan jawatan di KKM
Air mata Dr Sindhujah mengiringi keputusan besar apabila memilih untuk memberi lebih masa dan perhatian kepada keluarga.

Bagi Dr Sindhujah, meninggalkan kerjaya ini tidak bermakna nilai seorang doktor turut berakhir bersama jawatan tersebut.

“I believe a good doctor will always be a good doctor, wherever they go.”

Kini, selepas bertahun-tahun menjaga dan membantu pesakit, Dr Sindhujah memilih untuk membuka lembaran baharu. Bukan kerana mudah untuk melepaskan tetapi kali ini dia mahu lebih banyak masa untuk pasangan, anak dan dirinya sendiri.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Nafkah Isteri

Nafkah Isteri Itu Tanggungjawab, Bagi Duit Pada Mak Ayah Pula Untuk...

Nak cerita bab nafkah isteri memang tak akan pernah habis, panjang dan jauh kena pergi. Tetapi kalau tiba-tiba isteri bagi ayat, "Abang, bulan ini tak payahlah bagi duit kat mak dulu, dapur kita pun tak cukup...", anda kena ambil cakna.