Resipi Cheesecake 3 Bahan, Paling Mudah, Cepat Untuk Anak Makan

Share

Sebut saja resipi cheesecake mesti semua akan teruja. Maklum sajalah bukan mak-mak yang suka tapi anak-anak pun sama, kek keju katakan.

Rupanya, nak buat resipi cheesecake ini tidaklah susah sangat pun. Cukup bahan mesti menjadi. Malahan, ada juga yang mak-mak ikut citarasa masing-masing. Ada yang tambah bahan tertentu untuk rasa lebih sedap.

Sebenarnya, nak buat resipi cheesecake ini tidaklah remeh. Paling mudah dan cepat, lebih-lebih lagi bila anak-anak minta malam-malam. Inilah resipi yang diajar oleh doktor, cara buatnya yang hanya ambil masa sejam lebih dan menggunakan 3 bahan saja. Menarik kan!

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Mini Cheesecake Mudah, Guna Bahan Yang Ada Di Dapur Pun Jadi

Cheese Cake Gebu 4 Bahan, Senang Buat & Confirm Jadi!

Info Lebih Menarik Lagi DI SINI

Resipi Cheesecake Paling Senang

 

Jam 8 malam anak-anak kata rasa nak makan kek. Saya terus kata, “Marilah teman Papa buat cheesecake, guna 3 bahan je. Nak?”

 “Nak!” jawab Along (10 tahun), Angah (7 tahun 8 bulan) dan Aboy (4 tahun 6 bulan). Isteri di sebelah saya tersenyum.

Kek keju versi saya ini guna 3 bahan saja:

1) 250gm cream cheese

2) 6 sudu besar susu pekat manis

3) 4 biji telur ayam

Ilham ini datang selepas tengok satu rancangan masakan di TV, orang Jepun buat cheesecake versi mereka. Tapi mereka punya kompleks lagi, letak gula, esen vanila, beberapa sudu tepung gandum dan sebagainya. Saya ni manalah suka nak buat resepi kompleks jadi saya kenalah reka/cuba sendiri buat versi sendiri je….
Senang buat, tak ambil masa lama. Anak-anak kecil pun boleh buat. Sebelum jam 9.15 dah boleh makan. Cepat kan!

 

  1. Bahan-bahan yang diperlukan.

  1. Kacaukan cream cheese dan susu pekat manis. Pastikan ketul-ketul ni dikacau hingga hilang.

  1. Bila sudah siap kacau cream cheese tadi, kacaukan pula telur kuning dan tak perlu kembang pun. Boleh saja minta anak tolong kacaukan telur kuning.

  1. Putih telur perlu dikacau hingga jadi meringue. Tuangkan putih telur ke dalam bekas tinggi dan putarkan guna mixer.Kalau nak kacau manual guna tangan pun boleh.

 

  1. Guna mixer jadi senanglah. Ini tekstur meringue daripada putih telur ni, kita sendukkan, ia tak jatuh ke bawah.

 

  1. Masukkan kuning telur ke dalam adunan cream cheese tadi.

 

  1. Kacau sebati.

  1. Ini rupa adunan cream cheese + susu pekat manis tadi dicampur kuning telur.

  1. Kemudian, masukkan meringue putih telur ke dalam adunan cheese. Kacau perlahan.

  1. Selepas itu, sediakan loyang nak bubuh kek. Terbalikkan bekas,ukurkan dan bentukkan baking paper ni dari bahagian luar.

  1. Alaskan baking paper dalam loyang, tuangkan adunan cheesecake 3 bahan ke dalamnya.

  1. Buat water bath. Loyang kek tu diletakkan dalam bekas lain yang berisi air.

  1. Panaskan oven pada suhu 175’ selsius sebelum masukkan adunan kek. Adunan kek secara water bath ini bakar pada 175’ selsius selama 45 minit.

  1. Dah selesai 45 minit, jam 9 malam anak-anak excited nak makan cheesecake ni. Boleh periksa sudah masak atau tidak dengan menggunakan lidi sate.

  1. Tak ada melekat, maksudnya kek sudah masak elok. Alhamdulillah.

  1. Matikan suis, tutup semula pintu oven tetapi biarkan terbuka sikit, letak guna lidi sate tadi. Biarkan 10 minit lebih kurang.

 

  1. Dah sejuk, keluarkan daripada oven. Beginilah rupa cheesecake versi saya.

  1. Potong pun senang je. Takde pecah-pecah.

  1. Lembut gebu. Seronoknyaaaaa kek menjadi. Lain kali boleh guna loyang/bekas kecil yang tinggi, supaya kek lebih tebal. Rasanya kalau lebih tebal jadi lebih gebu ni

  1. Sedap, tak manis. Kalau anda suka manis, lebihkanlah susu. Lembut ni tekstur dia, memang tak rugilah buat. Senang pula tu.

Mingguan Wanita : Nanti bleh cuba buat. Guna 3 bahan saja. Mudah sangat.

 

Sumber: Dr Syahr Musafir

 

 

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

 

Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:

JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.

( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )

Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak.

 

( https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-legend-jual-cookies-paling-masyuk/ )

 

 

Follow kami di :

Facebook Mingguan Wanita

Instagram Mingguan Wanita

Twitter Mingguan Wanita

 

 

#bangkitwanita

#langkahyakinlakarkejayaan

#bisnesdarirumah

#mingguanwanita

 

IKLAN