Mingguan Wanita : Suami atau ayahnya perlu memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak agar menghormati ibu yang mengandung serta melahirkan mereka.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Bila seorang suami buat yang sepatutnya termasuklah tunaikan tanggungjawab dan menghormati isteri, isteri pasti berganda buat kebaikan untuknya. Percayalah, isteri akan lebih menghargai suami bila suami menjaganya dan anak-anak dengan sempurna.
Segala-galanya bermula daripada suami, jika suami seorang yang amanah dalam menjalankan tanggungjawab mengikut kemampuannya, pasti anak dan keluarga bertambah bahagia.
Kita buat baik dengan dia, dua kali ganda dia buat baik dengan kita…
Kita hormat dia, pasti dua kali ganda isteri hormat kita…
Jika Kita memuliakan dia, dua kali ganda dia memuliakan kita…
Kita tak berkira dengan dia, dia lagi tak berkira dengan kita…
Senang saja nak ambil hati isteri ini sebenarnya… Kita hanya perlu buat apa yang sepatutnya seorang suami buat, selebihnya dia akan cover atau tutup rapat apa yang kita tak sempat, tak mampu atau terlupa nak buat…
Bila dia tahu suami dia balik lambat sebab cari rezeki untuk keluarga, dia tak akan bagi rumah nampak bersepah bila suami dia sampai ke rumah…
Bila dia tahu suami dia penat bekerja, dia tak akan bagi anak-anak bising atau kacau suami dia tengah berehat…
Kerja rumah, yang mana sempat dan larat untuk dia buat, dia akan buat bagi habis sebab dia tak nak suami dia nampak, lepas itu suami dia pula yang buat…
Asbab dapat suami yang baik, rajin, ringan tulang, suka membantu, bertimbang rasa, hormat dia dan memuliakan dia sebagai wanita yang bergelar isteri…
Suami pula tak pernah abai hak dia, tanggungjawab dia setakat kemampuan yang dia ada…
Kalau kita suami yang macam ini, kita akan beruntung sebab isteri akan memudahkan hidup kita… Kalau kita belum jadi suami yang macam ini, maka belum terlambat untuk jadi…
Semoga bermanfaat…
MW: Renung-renungkan ya, segalanya bermula dengan kerjasama dan pemahaman suami, isteri. Jika masing-masing tahu tanggungjawab, sudah pasti rumah tangga bertambah bahagia. Hubungan suami, isteri juga akan bertambah erat. Insyallah.
Waktu anak kecil-kecil inilah, mak boleh tanpa sengaja bertukar garang macam ‘singa’. Lagi-lagi bila ada anak-anak yang tak berhenti buat perangai. Berebutkan sesuatu, makan berebut.. itu pun boleh jadi punca.
Semakin anak-anak membesar, masing-masing pun makin faham tanggungjawab. Semakin kurang kerenahnya. Malah, ada yang sudah belajar ke menara gading. Seorang demi seorang, tinggalkan rumah sama ada disebabkan belajar, bekerja mahu berkahwin.
Dan sampai satu tahap, keriuhan anak-anak itulah yang buat mak ayah rindu. Inilah perasaan yang dilalui pasangan Suzy Sharif bila suara anak-anak tak lagi meriuhkan kediaman. Bezanya mak ayah ini pula yang perlu berjauhan dari anak-anak.
Pesanan yang dititipkan boleh mak ayah muda ambil dan simpan baik-baik dalam hati.
Makan tengahari berdua tadi, tiba-tiba Tuan Haji kata rumah kami sunyi.
Saya kata, ajaklah orang datang rumah.
Buat makan-makan riuhlah sikit.
Bukan sunyi tu, dia kata.
Sunyi sebab tak ada anak-anak.
“Kan Bang, kalau masa Kakak, Abil, Saddiq kecik dulu riuhlah jugak rumah.”
“Kalau masa makan semua ada.”
Saya rasa begitulah juga ibu dan ayah yang sama situasinya dengan kami.
Bila sudah tinggal berdua.
Saya pandang Tuan Haji, Tuan Haji pandang saya.
Untuk adik-adik yang masih mempunyai anak-anak kecil di rumah.
Hargailah masa yang Allah kurnia.
Kerana masa yang pergi, tidak akan kembali lagi.
Layanlah semua kerenah anak-anak dengan lapang dada.
Kerana itulah yang menjadi kerinduan nanti.
Makan berebut. Makanan atau minuman tumpah, biarlah.
Anggaplah itu satu hal yang biasa.
Memekik. Menjerit berebutkan sesuatu, pun biarlah.
Itulah yang menghidupkan rumah tangga kita.
Suatu hari nanti, suara-suara itulah yang akan terngiang-ngiang.
Dan menjadi satu alunan melodi yang lunak kedengarannya di cuping telinga.
Hari ini, mungkin Tuan Haji teringat sangat kepada anak-anak.
Tak apalah, sabar sedikit sahaja lagi.
Sampai masa kami pasti pulang untuk bersatu dengan anak-anak tersayang.
The day will come.Bi iznillah
MW : Sungguhlah! Kadangkala keriuhan anak-anak itulah penawar kesunyian.
Hubungan anak-anak dengan mak ayah memang istimewa. Anak perempuan selalunya sangat rapat dengan ayah, lelaki pertama yang mereka cintai dan jadikan role model sejak dari kecil.Dan kebiasaannya hubungan rapat ini berterusan walaupun dah besar panjang, hatta dah berkahwin pun.
Ayah juga yang akan dicari walaupun dah ada suami sendiri. Situasi ini membuatkan mak kadang-kadang ada rasa terpinggir, namun bersyukurlah sebenarnya bila anak perempuan rapat dengan ayahnya. Besar kesannya pada perkembangan tumbesaran mereka nanti.
Perkongsian oleh Puan Aizah Zarirahini ada benarnya.
Betul ke peribahasa orang putih, “Daddy’s little girl’ ni? Akak ada sorang little girl, ikutkan memang betul la tu.
Untuk para ibu sekalian, rapat-rapat kita dengan anak kecik perempuan, matching baju banyak mana pun, rapat dorang dengan ayah ni memang lain. Walaupun kadang rasa terpinggir jap bila dorang tengah rapat sangat tu, bersyukurlah mereka rapat.
Besar impak ayah pada anak perempuan tau, antaranya:
1. Ayah Role Model Anak
Ayah ialah lelaki pertama yang anak perempuan kenal dan sayang, jadi sedar atau tidak, ayah ibarat role model untuk lelaki macam mana dorang cari nanti.
2. Anak Lebih Berkeyakinan
Anak perempuan yang dapat cukup perhatian daripada ayah akan jadi lebih berkeyakinan dan tak mudah “cair” bila dipuji-puji lelaki.
3. Ajar Erti Ketegasan & Penyayang
Ayah mengajar anak perempuan erti tegas dan penyayang dalam masa yang sama. Golongan ayah ni selalunya tak banyak bercakap macam kita geng mak. Tapi dalam diam dia, sekali dia cakap, mesti menusuk. Kalau mak bebel tak jalan, ayah warning sekali terus menjadi.
Walaupun golongan suami jarang tunjuk sisi sensitif dan emosi, tapi dengan anak perempuan mereka akan tunjuk. Walaupun tak secara langsung, tapi kita boleh nampak.
Gitulahh, hubungan ayah dengan anak perempuan ni, memang unik. Betulkan?
MW: Pesanan buat mak-mak tak perlu rasa ‘cemburu’ mahapun terpinggir bila anak perempuan rapat dengan ayahnya iya. Selagi mana dalam batasan sewajarnya, ia beri kesan positif pada perkembangan anak-anak ini.
Tiada yang lebih menyayat hati bagi seorang ibu selain melihat anak yang dikandung, dibesarkan dan disayangi dengan sepenuh jiwa, kembali dalam keadaan sudah tidak...