Sumber Foto : Instagram Datuk Seri Mahadi

“Doakan kami melayari bahtera hidup penuh sakinah, mawaddah warahmah sehingga ke jannatul firdaus” begitulah doa dari suami kepada selebriti dan aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi.

Penuh kejutan bagaikan, tiada angin, tiada ribut, Heliza Helmi membuka lembaran tahun 2022 melangsungkan pernikahan dengan jutawan muda, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.

Pasangan itu sah bergelar pasangan suami isteri dengan sekali lafaz pada 1 Januari 2022 jam 11.11 yang dilangsungkan di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya.

“Doakan Kami Melayari Bahtera Hidup Penuh Sakinah, Mawaddah Warahmah”

Seperti mana perkongsian di akaun rasmi Instagram Mahadi mendoakan mahligai yang dibina bersama bidadarinya, Heliza diberkati Allah.

Alhamdulillah dengan 1 kali lafaz Ijab Qabul pada 11.11am tarikh 1.1.22.

“Semoga perjalanan kita mempunyai matlamat 1 yang sama yakni Jannatul Firdaus..

“Taat pada yang 1 yakni Allah SWT..

“Ikut cara hidup yang 1 yakni Nabi Muhammad SAW..

“Berpandukan kitab yang 1 yakni Al Quran..

“Daripada 7.8 billion manusia, kamulah yang 1 bertakhta di hati di Jannah,” coret Mahadi.

IKLAN

Mas Kahwin Berupa Sebentuk Cincin & Senaskhah Al-Quran

Mahadi telah menghadiahkan mas kahwin berupa sebentuk cincin dan senaskhah Al Quran kepada Heliza.

 

Usai nikah, pasangan itu diraikan bersama ahli keluarga dan kenalan terdekat di Lanai Asmara juga di Putrajaya.

Malah Mahadi juga menyambung coretannya di akaun Instagram dengan memohon doa agar dirinya dan heliza dapat melayari bahtera hidup bersama hingga ke syurga.

IKLAN

“Depa cakap life start at 40, kami start at 38 InsyaAllah…

“Doakan supaya kami dan bidadari dunia akhirat kami, Nur Heliza Helmi dapat melayari bahtera hidup bersama yang penuh dengan sakinah, mawaddah warahmah sehingga ke Jannatul Firdaus..

“Baraka Allahu lakuma Wa baraka ‘Alaykuma

“Wa jama’a baynakuma fi khayr.. Aamiin,” tulisnya.

Sebelum ini Heliza menerusi laporan pernah memaklumkan dirinya tidak pernah berasa tertekan apabila diajukan soal kahwin.

Ini kerana keutamaannya sebelum ini hanyalah kepada keluarga dan misi kemanusiannya. Malah dia turut berasa bersyukur kerana kedua ibu bapanya juga tidak memberi sebarang tekanan mengenai soal kahwin.

IKLAN

Baca Disini Juga : Heliza Helmi Tersentuh Lihat Kesabaran Kanak-kanak Syria

Berani Sungguh Heliza Helmi Buat Akupuntur Dekat Muka, ‘Serius Best Macam Nak Nangis’

Menarik Lagi : ‘Saya Nak Ambil Wudhu Je.. “ Heliza Helmi Tergamam Sinki Pecah Depan Mata

Mingguan Wanita : Semoga perkahwinan yang dibina kekal hingga ke jannah.

Sumber / Sumber Foto : Instagram Datuk Seri Mahadi

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita