Kredit foto: Metro.co.uk

Anak beranak ini mengambil keputusan untuk ambil gambar terakhir berpegangan tangan di ICU setelah dijangkiti Covid-19. Selepas 24 jam ambil gambar, ibu meninggal dunia.

Sudah tentu si anak berharap ibunya tetap di sisi setelah sama-sama dimasukkan ke ICU. Namun takdir menentukan segalanya bila ibunya pergi dulu.

Sebak Ibu Tinggal Beberapa Hari Untuk Hidup

Seorang anak di London, tidak dapat menahan sebak apabila dimaklumkan oleh doktor bahawa ibunya hanya tinggal beberapa hari sahaja untuk hidup setelah mereka dijangkiti Covid-19.

Laporan Metro.co.uk memberitahu, dua beranak itu dikenali Anabel Sharma, 49, dan Maria Rico, 76, dimasukkan ke hospital pada pertengahan Oktober lalu sebelum ditempatkan di wad unit rawatan rapi (ICU) di London disebabkan kesukaran bernafas.

Dua minggu kemudian, pasangan berkenaan disatukan dalam bilik yang sama setelah melihat kesihatan Maria mengalami kemerosotan teruk.

IKLAN

Ambil Gambar Terakhir Berpegangan Tangan Di ICU

Sebelum pemergian Maria, Anabel telah mengambil gambar terakhir mereka sambil berpegangan tangan di ICU.

Tanpa diduga, selepas 24 jam, Maria akhirnya meninggal dunia pada 1 November lalu.

Mengimbau kembali pengalaman itu, Anabel mengakui itu adalah memori paling sedih yang dirasainya kerana kehilangan ibu tersayang akibat Covid-19.

IKLAN

Selepas 24 Jam Ibu Meninggal

“Semasa di dalam ICU, kami tidak boleh berbual seperti biasa kerana masing-masing memakai peralatan oksigen. Jika membukanya, oksigen akan berada
pada paras rendah, sekali gus menyukarkan untuk kami bernafas.

“Kami ada juga berbual tetapi menggunakan jururawat sebagai perantaraan,” katanya pada Ahad.

Anabel yang menghidap asma menghabiskan lima minggu dalam rawatan intensif dan menyaksikan pengebumian ibunya melalui skrin layar dari biliknya.

IKLAN

Ibu kepada tiga anak itu telah berkongsi kisah duka berkenaan di laman sosial Facebook Humans of Covid-19 yang diwujudkan oleh seorang doktor London bernama Benji Rozen untuk meningkatkan kesedaran mengenai realiti wabak Covid-19 kepada masyarakat.

“Saya terpanggil untuk berkongsi kisah ini dengan orang ramai. Ia boleh dijadikan iktibar selain meningkatkan kesedaran betapa bahayanya Covid-19,”

MW: Semoga kisah ini menjadi iktibar buat kita semua, ternyata virus Covid-19 tidak mengenal sesiapa pun. Oleh itu dalam keghairahan kita bebas ke sana, sini beringatlah bahawa nyawa mak ayah serta keluarga lebih penting daripada segalanya.

Sumber: Sinar Harian

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI