Ternyata hidup ini tidak mudah. Kita rasakan kitalah yang paling susah tetapi masih ramai di luar sana yang lebih susah dan kadang-kadang hampir berputus asa untuk teruskan hidup dalam serba kekurangan.
Perkara ini dilalui oleh sebuah keluarga di Bali, Indonesia. Tatkala salah seorang daripada ahli keluarga ini meninggal, mereka tidak mampu sewa ambulan, jadi keluarga ini nekad angkut jenazah guna pikap sahaja kerana tiada pilihan.
Tidak Mampu Sewa Ambulan
Tidak mampu menyewa ambulans menyebabkan satu keluarga di Buleleng, Bali, Indonesia membawa jenazah menggunakan pikap.
Portal Tribunnews melaporkan mereka terpaksa membawa jenazah dikenali sebagai Gede Seni dari Hospital Buleleng ke rumah pengebumian menggunakan pikap berikutan tidak mampu menyewa ambulans yang dikenakan kos sehingga 800,000 rupiah (RM230).
Peristiwa itu menjadi tular di media sosial menyebabkan Komuniti Sosial Buleleng mengumpul derma.
Dalam hantaran itu, pemilik akaun menyertakan sekeping gambar menggambarkan jenazah Gede terbaring di belakang pikap dan hanya ditutupi selimut bercorak garis hitam dan putih.
Kelihatan ibu bapa Gede duduk di sisi jenazahnya dan dipercayai gambar dirakam ketika pikap itu sedang berhenti di Jalan Penarukan, Singaraja.
Ads
Selain gambar, pemilik akaun juga menjelaskan keadaan keluarga arwah yang kurang berkemampuan sehingga tidak boleh menjelaskan kos rawatan mencecah belasan juta rupiah. Isteri Gede, Ketut Suryani, 35, mengizinkan jenazah suaminya dibawa menggunakan pikap dari hospital.
Keluarga Tiada Pilihan Kerana Tak Mampu
“Tidak ada pilihan lain berikutan keluarga tidak mampu membiayai sewa ambulans berjumlah 800,000 rupiah.
“Yang urus jenazah suami saya di hospital hanya mentua. Mereka tidak tahu mahu minta bantuan daripada siapa.
“Di samping itu, sewa ambulans di hospital cukup mahal dan kami tidak punya wang sebanyak itu,” katanya.
Selain itu, keluarga berkenaan juga tidak mampu membayar bil rawatan berjumlah 17 juta rupiah (RM4,800).
Ads
Menurutnya, suaminya dibawa ke hospital swasta di Buleleng pada 10 Januari lalu berikutan batuk dan sesak nafas.
Alami Jangkitan Paru-Paru Sebelum Meninggal
Setibanya di hospital, Gede disahkan mengalami jangkitan paru-paru.
“Sakitnya ini dialami sejak arwah berhenti merokok, sekitar tujuh bulan yang lalu.
“Dia berhenti merokok selepas kami mendapat anak. Tapi selepas berhenti merokok tiba-tiba sering batuk,” katanya.
Ketika menderita batuk, arwah tidak ke hospital kerana tiada wang untuk membayar rawatan.
“Saya terlambat membawanya ke hospital kerana tidak punya wang dan insurans,” katanya.
MW: Bila berada dalam kesusahan, mak ayah tentu saja sanggup lakukan apa saja yang termampu kerana tiada pilihan. Semoga kita semua dijauhkan daripada kesusahan sebegini.
Iaitu apabila kedudukan matahari berada tepat di atas Kaabah, berikutan fenomena unik yang berlaku dua kali setahun.
Ini Cara Semak Arah Kiblat,
Cari objek tegak seperti dinding bangunan, tiang elektrrik dan rangka tingkap yang tegak atau menggantung objek berat dengan talinya yang menegak menghasilkan bayang-bayang menghala arah Kaabah.
Perhatikan bayang-bayang matahari yang dihasilkan objek tegak itu pada waktu yang dinyatakan.
Fenomena ini cuma berlaku dua kali setahun. Iaitu pada 28 Mei dan 16 Julai. Bayang-bayang yang terhasil pula bergantung kepada keadaan cuaca semasa.
Fenomena Gerhana Bulan Separa
Dijangkakan bertepatan jam 4.01 pagi, 17 Julai pula orang ramai boleh melihat fenomena gerhana bulan separa, dan akan berakhir jam 6.59 pagi waktu Malaysia.
Gerhana kali ini akan mencapai peringkat maksimum pada 5.30 pagi yang mana pada waktu itu hampir separuh permukaan bulan dilindungi umbra (bayang-bayang) bumi.
Orang ramai yang mahu turut serta menyaksikan fenomena unik ini boleh ke Planetarium Negara yang akan dibuka kepada orang awam pada jam 2 pagi Rabu. Beberapa kemudahan teleskop juga disediakan untuk menyaksikan fenomena alam ini.
Sesi pencerapan planet Zuhal dan Musytari akan turut diadakan di hadapan pintu masuk utama Planetarium Negara bermula seawal jam 2 pagi.
Sos pedas asam jawa resepi original dari Thailand ini memang unik dan mudah saja nak buat. Enak dinikmati bersama daging bakar, ayam panggang, kambing golek, ikan stim, ulam-ulaman, malah keropok mahupun udang atau sotong celup tepung.
Wanita yang menetap di Thailand ini, Puan Suttarat Wan Hanifah berkongsi resepi dan cara-cara membuatnya. Wanita ini yang lebih mesra dipanggil Iffah anak jati kelahiran Kelantan. Berjodoh pula dengan orang Thailand dan sekarang menetap di sana.
“Ini resepi TAMARIND Sauce (nam chim jeal) enak dimakan dengan daging/ayam panggang. Best sangat. Made in Thailand uolss. Sapa tak try rugi.”
Bahan-bahan
? 2 sudu besar air asam jawa
?1 sudu kecil nisan kabong (jika tak de uolls pakai gula perang yea)
?1 sudu besar kicap sotong
? 1 sudu besar bawang merah yang siap dimayang
? 1 sudu besar lada kering yang dikisar (yang ni readymade)
? Beras goreng (readymade) jika kat Malaysia tak de uolls boleh ambil beras goreng tanpa minyak kemudian kisar.
? 1 pohon daun bawang (dihiris)
? 1 pohon daun sup (dihiris)
Cara Buat
1. Masukkan semua bahan kecuali daun-bawang, daun sup dan bawang merah. Gaul sebati(campuran ni uolls boleh simpan dalam peti sejuk jika tak nak dihidangkan lagi)
2. Masukkan daun bawang, daun sup dan bawang merah kacau kemudian hidangkan.???
Nota: Bila nak makan barulah hiris daun bawang,daun sup dan bawang merah.
Nota:
√ Sedap dimakan dengan ulam.
√ Jika di Thailand, sos ini diratah begitu saja. Sedap!
√ Antara ulam yang enak dimakan bersama sos pedas asam jawa Thai ini timun, kubis, daun salad dan lada hijau yang kecil tu.
√ Jika disimpan dalam chiller boleh tahan seminggu.
Specialnya Sos Pedas Asam Jawa Ni
√ Menambah rasa makanan.
√ Kurangkan bau daging seperti ayam,lembu,kambing dan ikan.
√ Bila makan berjemaah seronok sikit sebab bila makan macam nak berebut-rebut.
√ Yang penting lagi menu ni kalau orang nak turunkan berat badan sesuai untuk dijadikan meal terakhir iaitu waktu petang sebab lebihkan protein dan sayuran (ulam-ulam yang dimakan bersama)
Memetik laporan daripada The Malaysian Insight, Kerajaan Arab Saudi melarang jemaah haji dan umrah bergambar termasuk mengambil ‘selfie’ atau swafoto di dalam Masjidil Haram dan Masjid Nabawi demi memelihara kesucian dua masjid suci di Mekah dan Madinah itu dan menghormati jemaah lain yang beribadat.
Larangan itu dikeluarkan dalam pekeliling Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, dan diedarkan kepada semua negara melalui nota diplomatik pada bertarikh 12 November 2017.
“Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan arahan larangan pengambilan gambar di dalam dua masjid suci dan serambinya dengan menggunakan (apa juga jenis kamera),” kata kenyataan itu, yang dilihat oleh The Malaysian Insight.
Kamera Dirampas
Jemaah yang melanggar larangan itu berdepan tindakan dirampas kamera mereka, jika perlu, tambah kenyataan itu.
Surat edaran yang dilihat oleh The Malaysian Insight adalah terjemahan ke dalam bahasa Indonesia dan dikeluarkan oleh Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Muhammad Saleh Benten. Larangan yang sama juga dilaporkan oleh beberapa media di Indonesia hari ini.Pekeliling itu dikeluarkan bagi membolehkan pengendali haji dan umrah di seluruh dunia memaklumkan larangan tersebut kepada jemaah masing-masing.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir yang dihubungi The Malaysian Insight memberitahu beliau tidak mendapat sebarang maklumat mengenai larangan tersebut.
“Saya perlu periksa semula dengan pegawai saya,” katanya.
Bagaimanapun Jamil bersetuju dengan arahan itu bagi menjaga keselesaan jemaah lain yang beribadat selain soal keselamatan tanah suci.
“Memang ambil gambar dalam masjid beri gangguan orang nak beribadat sebab ketika ada yang sedang tawaf, ada pula yang sedang selfie.ni bukan soal keselamatan sahaja, tetapi masalah mengganggu jemaah lain hendak solat,” katanya.
Sementara itu, agensi pengendali haji dan umrah di Malaysia yang dihubungi juga memberitahu belum ada sebarang maklumat mengenai larangan tersebut.
“Saya tidak ada maklumat. Sekiranya betul kita kena patuh semua arahan yang diberi kerana kita hendak menunaikan ibadat di sana jadi kena ikut peraturan ditetapkan,” kata Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel and Tours Sdn Bhd, Md Daud Che Ngah.
“Sekiranya dapat arahan daripada kerajaan, kita akan ikut dan terangkan pada jemaah.”
Arab Saudi mengeluarkan larangan bergambar dalam dua masjid suci itu selepas ada jemaah yang menaikkan bendera negara mereka dan bergambar di koridor Masjidil Haram di Mekah, dengan alasan untuk kenang-kenangan dan tidak tahu ada larangan daripada berbuat demikian.
Wanita jual daun kering di Tik Tok, siapa sangka "sampah" pun boleh jadi duit. Dalam dunia yang semakin laju dengan teknologi dan persaingan bisnes,...