‘Saya Nak Ambil Wudhu Je.. “ Heliza Tergamam Sinki Pecah Depan Mata

Setiap hari dalam perjalanan seharian kita akan berdepan juga dengan benda kejutan depan mata. Kisah end game yang Heliza Helmi ini lalui, sinki jatuh pecah depan mata waktu nak ambil wudhu telah buat dirinya hilang kata-kata.

Dan yang buat dia semakin tergamam, bila pemilik kedai itu tersangatlah baik hati, tak minta ganti rugi malah mohon agar didoakan kemurahan rezeki.

Link : Video Sinki Pecah

Hayatilah Kisah Ini, End Game..

Begini kisahnya, “Masa ambil wudhu dekat sinki ni, tengah ambil wudhu, tiba-tiba! “KEDEPANGGGGG”!!! “ALLAHU AKBAR!!!”. Segalanya dalam sekelip mata, sinki jatuh pecah.”

Maklum Heliza, video yang dirakan itu diambil selepas staff Dr Smile Bangi dah siap kemas pecahan sinki itu. “Terima kasih staff @drsmilebangi yang bantu sangat pantas untuk bersihkan kawasan ini.”

May Allah bless u guys, aamiin. Cermin ku retak, retak tak beribu, paip air terus tak keluar air. Ni magik ke apa ni.”

Innalillahi wa inna ilaihi rojiun, masa tu speechless sangat! Dah la first time datang klinik @drsmilebangi, datang-datang je buat hal. Tapi Kakja nak pi solat, ambil wudhu je. Tak buat hal pun. Halamak, camne ni..”

IKLAN

Sebaik dengar bunyi yang kuat tu, doktor dan kakitangannya terus keluar dan tengok keadaan Heliza. Dan benda pertama yang diorang kata, “Heliza OK?”

 

‘Saya Nak Ambil Wudhu Je.. “ Heliza Helmi Tergamam Sinki Pecah Depan Mata

Saya Ambil Wudhu Je, Tak Tau Kenapa Sampai Jadi Gini

MasyaAllah.. time tu Kakja kata, ‘saya Alhamdulillah okay, yang tak OK sinki cermin semua ni. Saya ambil wudhu je, tapi tak tau la kenapa. Kuar sangat ke saya ambil wudhu sampai jadi gini.”

Maafkan saya. Saya nak ambil wudhu je. Tapi tak tau apa ke ganasnya saya ambil wudhu sampai begini jadinya.”

IKLAN

Diaorang sangat baik, dioarang kata, “Tak apa.. tak apa..”

Kakja kata, “Nanti bagitaulah berapa, saya bertanggungjawab untuk ganti rugi balik. Salah saya, saya ambil wudhu camne ntah sampai begitu jadinya.”

 

‘Saya Nak Ambil Wudhu Je.. “ Heliza Helmi Tergamam Sinki Pecah Depan Mata

IKLAN

Doakan Kemurahan Rezeki..

Doktor @drsmilebangi dengan keadaan tak marah dan bagitau, “Heliza tak perlu tanggung apa-apa kerugian atas kerosakan tadi, hanya doakan @drsmilebangi murah rezeki.”

Ya Allah.. jangan begitu, memang saya perlu bertanggungjawab dalam hal ini.

Mohon kalian semua untuk doakan @drsmilebangi diberikan keberkatan dan keafiatan, dijauhkan kemudaratan dan diberikan kebaikan dunia akhirat.

Aaamiin (mohon Aamiinkan DOA ini)

PS : Sedih tak cerita Kakja ni. Lepas ni patient lain yang selalu gunakan sinki ini, sinki ini dah tak ada di dunia ini. Maafkan saya.

Sumber/Foto : Heliza Helmi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI