Baby Isabella Depp anugerah terindah pasangan suami isteri, Nourul Wahab Depp dan Eric Depp. Bayi perempuan ini selamat dilahirkan pada 30 April lalu jam 11.12 malam secara pembedahan.
Ketika dilahirkan berat Isabella 3.02kg. Terbaru, Nourul berkongsi video momen Isabella di instagramnya. Dalam pada itu, Nourul turut memaklumkan kisah di sebalik kejadian puteri bongsunya itu.
Yang mana, bermacam dugaan perlu ibu ini tempuh sebelum bayinya selamat dilahirkan ke dunia.
Study Kalendar Cina Untuk Dapatkan Anak Perempuan, Isabella Depp
“Maha suci tuhan yang pemurah. Alhamdulillah bila difikirkan semula yang hari ni (7 May 2019) Isabella Depp dah dilahirkan dengan selamatnya.”
“Kami plan tahun lepas selepas @yestowellness pujuk bukan main bulan Mei 2018 di Singapura sewaktu kami hadiri #extravaganza2018 yang dianjurkan #herbalifenutrition.”
“Plan awai-awai sebab nak girl. Ramai yang kata guna #chinesecalendar . Study lah kami pun.”
Ads
Nourul Dikesan Ada Sel Abnormal Pada Servik
“Dalam pada tu, selepas pap smear tahun lepas, gynae kami bagitahu kami ada abnormal cell di cervix. Allah. Luruh dada. Kena pulak result tu keluaq masa kami dah 5 minggu pregnant!”
“Sebenaq nya dengan tidak sengaja. Ingatkan selepas 3 bulan mencuba, dah tak jadi. Sekali dua berita mai sekali. Pregnant dan ada abnormal cell. Bukan cancer ya.”
Selalunya doctor kata takde sebab hanya kurang bernasib baik. Kami pulak ada history dalam keluarga yang tumbuh-tumbuh dan cancer ni. So sentap sat and terduduk sat. Takut lah jugak kan.
Kami terpaksa buat biopsy untuk ambil sel tu. Punya lah takut tergugur.
Gynae yang sangat hebat, Datuk Dr Aziz Yahaya. Dan dengan izin Allah, selepas biopsy, kami rehat sungguh-sungguh. Alhamdulillah takdak apa yang berlaku. Syukur sangat-sangat.
Ads
Waktu Hamil Nourul Dua Kali Jatuh..
Apabila disahkan kandungan selamat, Nourul fokus pada rutin kerja dan aktiviti diva kurus nya.
“Kami dok buat busy ja. Fokus kerja and #divakurus kami. Alhamdulillah bersyukur sangat-sangat, Isabella Depp sihat dan tiada apa apa masalah. Syukur dengan nikmat Allah SWT.”
Nampak kami happy dan ceria, sepanjang pregnant sebenaqnya takut sangat. Lepas tu, 2 kali jatuh pulak tu!
Nourul atau nama sebenarnya, Noorul Huda Abdul Wahab, 41, berkahwin dengan Eric, 54, pada 6 Jun 2012. Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Zachary Depp, 6, serta Raphael Depp, 4.
Manakala perkahwinan terdahulu Nourul bersama komposer dan penyanyi Ajai, dikurniakan anak perempuan, Ayu Nazirah yang kini berusia 21 tahun.
MW : Tahniah Nourul Wahab di atas kelahiran bayi perempuan, Isabella Depp yang comel ini. Semoga membesar menjadi anak yang membahagiakan ibu dan ayah.
Rentetan kontroversi, Mak Wan hidup susah, tak mampu bayar hutang & kena berjimat untuk beli ubat. Allahu rupanya pelbagai dugaan menimpa pelakon veteran yang dikenali sebagai Mak Wan Latah.
Kini hidupnya semakin susah dek kerana rentetan kontroversi yang melanda dirinya pada tahun 2022.
Rentetan Kontroversi, Mak Wan Kini Hidup Susah
Seperti yang diketahui umum sebelum ini pelbagai kontroversi dikaitkan dengan pelakon yang juga pemilik nama sebenar Halimatussa’diah Mohd Daud, 62.
Antara kontroversi yang melanda termasuklah isu perkahwinan ketiganya yang bertahan hanya tiga bulan sebelum mereka bercerai.
Selain itu dirinya juga turut terpalit dengan isu pentengkaran dengan bekas pembantunya sehingga kes tersebut dibawa ke mahkamah.
Malah nama baiknya juga turut tercalar hinggakan memberi kesan kepada karier lakonannya. Kini dia tidak lagi menerima tawaran berlakon dan terpaksa hidup dalam kesempitan.
Tidak Mampu Bayar Hutang
Malah Mak Wan juga menyatakan menerusi laporan di mStar Online sumber pendapatannya terjejas selepas terlibat dalam dua kes mahkamah tahun lalu.
“Kalau ada duit ia akan digunakan untuk bayar hutang sampai saya dapat banyak mesej memaklumkan mereka nak tarik barang-barang yang dibeli.
“Setahun saya diuji sampai saya sudah tak mampu nak bayar semua hutang.
“Tapi kalau ada duit saya akan terus bayar… sampai macam itu sekali kesusahan yang saya alami,” ungkap Mak Wan yang akui tidak mampu membayar semua hutang.
Alami Penyakit Diabetes, Darah Tinggi & Asma
Mak Wan juga menerangkan dirinya terpaksa berjimat kerana masih perlu berulang-alik ke Taiping, Perak bagi menghadiri perbicaraan atas tuduhan berkelakuan aib iaitu meludah dengan terhadap seorang wanita yang masih berjalan.
Selain itu dia juga mempunyai pelbagai penyakit seperti diabetes, darah tinggi dan asma.
“Selain kos ulang-alik ke Taiping, saya juga perlu berjimat sebab nak beli ubat setiap bulan dan selebihnya digunakan untuk teruskan kehidupan,” sambungnya yang perlu membeli ubat-ubatan bagi penyakit diabetes, darah tinggi dan asma yang dihidapinya setiap bulan yang menelan kos tinggi.
Dekatkan Diri Dengan Allah
Dia yang kini tinggal bersendirian di rumah mengambil peluang yang ada dengan mendekatkan diri kepada Allah dengan memperbanyakkan amal ibadat.
“Saya tidak mahu terlalu fikir keadaan saya sekarang kerana bimbang akan mengalami masalah kemurungan apatah lagi sekarang saya tinggal sendirian di rumah.
“Saya cuba untuk tidak menangis atau memikirkan masalah yang berlaku selain mendekatkan diri kepada Allah.
“Sekurang-kurangnya Allah tak tinggalkan Mak Wan. Allah masih bersama Mak Wan. Semoga Allah tak benci Mak Wan,” kongsi Mak Wan.
Dengan rasa berat hati penyampai radio, Abby Fana atau selesa membahasakan dirinya sebagai Kak Bed dengan pendengar mengucapkan selamat tinggal kepada Sinar FM.
Menurut Abby atau nama sebenarnya Habsah Omar, 54, meminta maaf kerana tidak memaklumkan hari terakhir bersama Sinar FM, 31 Disember lalu lebih awal. Malah dia juga tidak tahu bagaimana untuk berkongsi perkara itu.
Kak Bed Ucap Selamat Tinggal, 14 Tahun Bersama Sembang Sinar
Abby juga menjelaskan dia bukannya berhenti mahupun bersara, sebaliknya kontrak bersama stesen radio itu tidak disambung.
“Namun begitu saya nak anda tahu, yang saya rasa amat dihargai dan terharu.
“Terima kasih atas sokongan anda selama 14 tahun di Sembang Sinar dan mereka yang terlebih dahulu bersama saya di THR.
“Saya rasa ramai yang dah tahu bahawa 31 Disember 2020 adalah hari terakhir saya bersama Sinar FM.
“Saya Tidak Berhenti Atau Bersara”
“Ramai yang bertanya kenapa berhenti? Bersara ke? Buat apa selepas ini? Jadi saya jawab secara ringkas sahaja.
“Saya tidak berhenti atau bersara, cuma kontrak tidak disambung. Tetapi tidak perlulah saya menjawab bagi pihak atasan mengapa kontrak tidak disambung.
“Saya rasa sudah tiba masanya saya memberi laluan kepada penyampai radio yang lebih fresh, mempunyai idea yang baharu,” luah Abby menerusi hantaran sebuah video di akaun Instagramnya.
“14 Tahun Lalu, Seseorang Terpaksa Kosongkan Tempat Itu Untuk Saya”
Mengimbas kembali 14 tahun lalu sewaktu menyertai Sinar, Abby memberitahu seseorang terpaksa mengosongkan tempat untuk beri laluan kepada dirinya bersiaran.
“Sebab 14 tahun lalu ketika saya menyertai Sinar, seseorang terpaksa kosongkan tempat itu untuk saya.
“Itulah lumrah kehidupan, setiap permulaan adakah pengakhiran, setiap pertemuan pasti ada perpisahan,” kongsinya.
Tambah Abby, dia berharap ukhwah yang terjalin diantaranya dan pendengar dapat diteruskan sampai bila-bila.
20 Tahun Sebagai Penyampai Radio
Abby juga rasa begitu terharu dengan reaksi ramai orang tentang kisahnya itu.
“Saya mohon ampun dan maaf andai anda yang terguris hati dengan saya, jika gurauan terkasar. Maklumlah saya manusia biasa.
“Saya juga terharu dengan reaksi ramai orang dan ada yang terkejut sebab maklumlah saya ini penyampai yang biasa-biasa.
“Namun begitu saya nak anda tahu, yang saya rasa amat dihargai dan terharu. Terima kasih atas sokongan anda selama 14 tahun di Sembang Sinar dan mereka yang terlebih dahulu bersama saya di THR.
“Secara keseluruhan sudah 20 tahun saya berada dalam dunia penyampaian radio,” akhirnya.
Pelakon Amira Othman berkongsi cerita perjalanan haji bersama penyanyi santun, Wany Hasrita di Tanah Suci Makkah. Panggilan haji yang diterima pada saat akhir itu tetap dilunaskan dengan segera persiapannya oleh kedua pasangan selebriti ini.
“Alhamdulillah, selesai perjalanan haji saya. Di luar fikiran saya dapat menunaikan haji di usia 26 tahun ini. Tapi semua Allah atur. Banyak saya belajar sepanjang perjalanan haji ini.
Akhirnya yang kita bawa hanyalah amalan, sedekah juga doa anak-anak yang soleh. Di dunia pangkat harta atau nama semuanya pinjaman dan akhirnya semuanya adalah sama di sisi Allah.
Doakan saya memperolehi haji mabrur!
Moga Allah angkat semua doa saya juga doa anda semua.
Thank you @wanyhasrita terus call kita tak fikir nama orang lain terus fikir nama kita.
Memang ajaib tapi Allah dah tulis semua ini. Moga ada rezeki ke sini lagi.. Tempat paling tenang yang tak akan saya lupa sampai bila-bila.”
Sebak Baca Doa Orang Lain Ketika Wukuf
Dalam hantarannya sebelum ini, Amira juga berasa sebak ketika memasuki waktu wukuf di padang Arafah. Katanya, dia menerima banyak sangat DM yang meminta untuk didoakan.
“Ada yang saya sebak baca. MasyaAllah lain orang lain lah dugaannya. InsyaAllah akan saya sampaikan satu persatu. Moga Allah kabulkan doa semua yang tidak henti-henti berdoa.” Maklumnya ketika itu.
Wany Hasrita dan Amira Othman menunaikan haji tahun ini atas undangan kerajaan Arab Saudi.
MW : Mendoakan agar Amira Othman dan Wany Hasrita mendapat haji yang mabrur. Amin
Budak 9 tahun meninggal akibat sawan, ibu diserang strok ikut jejak anak berselang dua hari. Bagai sehidup semati, janji yang termetrai di luh mahfuz....