Mesti ramai yang mengimpikan untuk memiliki anak kembar tetapi kalau tak ada genetik kembar, peluang untuk mendapat anak kembar sebenarnya adalah rendah iaitu kurang daripada 1%.
Namun dari kajian sains, setiap wanita mempunyai potensi untuk mendapat anak kembar. Ya, sebenarnya seronok kalau mak ayah dapat anak kembar. Tambah pula kalau dah bertahun menanti cahaya mata, tetiba dapat berita gembira isteri hamil bayi kembar.
Maklumlah hanya dengan sekali saja menempuh frasa kehamilan dan kesakitan proses kelahiran, anda berjaya mendapat dua atau tiga orang bayi. Tapi bukan mudah untuk memiliki anak kembar walaupun anda ada genetik itu ya Tapi jom, kita semak dulu cara yang bantu ibu ayah untuk dapat bayi kembar…
1. Ada Keturunan Keluarga
Genetik daripada keluarga anda dan suami, boleh jadi kemungkinan besar anda juga mampu dapat anak kembar. Kalau semasa persenyawaan berlaku penghasilan dua ovum secara serentak dalam satu masa, anda bakal dapat kembar yang diidamkan.
2. Umur pun main peranan
Wanita berumur 35 hingga 40 tahun ke atas ada potensi yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar. Sebab wanita di usia ini mengambil rawatan kesuburan yang akan menghasilkan lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi disebabkan proses tersebut diganggu oleh proses perimenopause.
3. Lebih ramai anak
Ya, lebih ramai bilangan anak yang pernah anda lahirkan, lebih tinggi peluang untuk melahirkan anak kembar pada kehamilan seterusnya.
Ads
4. Berat Badan Dan Ketinggian
Wanita tinggi atau perempuan mempunyai berat badan yang lebih berat mempunyai potensi lebih tinggi untuk mendapatkan anak kembar.
5. Diet Protein
Bonus bagi anda yang suka ambil makanan mengandungi estrogen tinggi diyakini mampu meningkatkan peluang mendapatkan anak kembar. Protein ditemui dalam susu lembu, boleh meningkatkan jumlah telur yang dihasilkan oleh wanita. Serius, wanita yang suka minum susu cenderung memiliki bayi kembar lima kali ganda.
6. Ubat Kesuburan
Ini meningkatkan peluang anda untuk menghasilkan dua ovum dalam satu proses ovulasi. Ubat kesuburan clomid memberi 10 peratus peluang manakala gonal F menawarkan 30 peratus peluang untuk anda hamil anak kembar.
7. Doa Dapat Anak Kembar
Paling mudah, amallah doa yang terkandung dalam surah As-Saaffaat, ayat 120 dan surah As-Syura, ayat 50. Kena istiqamah dalam mengamalkan ayat ini agar dimakbulkan permintaan.
8. Prosedur IVF
Kerap berlaku kalau pasangan mendapat rawatan persenyawaan bayi tabung uji atau Persenyawaan Luar Rahim yang dikenali sebagai IVF. Ini merangsang ovari supaya menghasilkan lebih daripada satu telur untuk meningkatkan kemungkinan kehamilan berjaya.
Ads
APA PERLU BUAT JIKA MENGANDUNG ANAK KEMBAR?
Haaa…. tip dan petua itu mungkin buatkan anda berjaya mendapatkan anak kembar. Namun itu hanya satu permulaan, macam mana sekiranya anda benar-benar hamil anak kembar? Apa yang perlu dilakukan?
Antara perkara yang anda boleh jangkakan lebih dari biasa adalah:
1. Buat Pemeriksaan Lebih Kerap
Anda akan lebih kerap bertemu dengan doktor, jika orang lain perlu membuat temujanji sebulan sekali, anda mungkin perlu berjumpa sebulan dua kali. Jumlah ultrasound dan ujian lain juga akan bertambah.
2. Berat Badan Berganda, Itu Biasa
Jika anda mengandung seorang bayi pun, berat akan bertambah beberapa kilogram, kini dengan anak kembar, jangkakan berat anda bertambah sebanyak 17-25 kilogram.
Ads
3. Kena Selalu Beringat Sebelum Join Aktiviti
Doktor anda mungkin akan sarankan supaya anda menghadkan aktiviti anda seperti bekerja, melancong atau aktiviti fizikal semakin sarat anda mengandung.
Hanya perlu kurangkan serba sedikit berbanding biasa, bukan sampai ke tahap tak boleh buat langsung. Takut-takut pulak nanti pertumbuhan bayi terganggu apabila anda terlebih duduk diam.
4. Ambil Nutrien
Memandangkan anak kembar memerlukan zat sekali ganda, anda semestinya memerlukan asid folik, kalsium, zat best, protein dan nutrien-nutrien penting lain bagi menggalakkan pertumbuhan yang sihat bagi anak dalam kandungan tersebut.
5. Cara Bersalin
Bagi seseorang ibu yang mengandung, 40 minggu adalah tempoh yang cukup bagi pertumbuhan bayi yang sempurna dan selamat untuk dilahirkan samada secara semulajadi ataupun caesarean.
Tetapi dengan anak kembar, risiko adalah lebih tinggi untuk bersalin normal disebabkan pelbagai komplikasi. Mungkin seawal minggu ke-38 atau ke-39 anda sudah diminta untuk melakukan pembedahan.
Ibu, jangan putus asa ya, setiap impian akan menjadi nyata kalau anda usaha lebih. Moga ada rezeki untuk anda dapat anak kembar suatu masa nanti!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Selalunya ayam goreng memang menjadi kegemaran dan kesukaan anak-anak. Boleh dikatakan setiap hari mesti akan ada hidangan ini. Goreng saja pun sudah cukup buat anak-anak.
Tak dinafikan ayam goreng mesti ada dalam setiap hidangan di rumah atau mungkin makanan laut lain. Inilah makanan yang mesti ada. Malah, ada yang bandingkan ayam hanya untuk keluarga yang ‘ada-ada’ saja. Manakala ikan untuk orang biasa.
Jangan udah bandingkan. Sebab kalau nak dikatakan, sekarang ini, ikan lebih mahal daripada ayam. Walaupun anak suka makan ayam goreng, jangan sesekali tinggalkan lauk ikan kerana ia sangat bagus untuk perkembangan otak anak-anak.
Inilah yang dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan tentang khasiat ikan yang bagus untuk perkembangan otak anak berbanding ayam goreng mahupun lauk lain.
Sebagai mak ayah, biasakan anak kita dengan ikan, berbanding ayam, daging, sotong, udang, dan lauk pauk yang lain.
Pastikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu mesti kena ada menu ikan. Kalau lebih, lagi bagus.
60 peratus daripada otak manusia terdiri daripada lemak. Separuh daripada lemak itu adalah DHA.
Anak kita akan bijak jika kandungan lemak dan DHA dalam otak mereka mencukupi. DHA bantu perkembangan fungsi otak anak-anak.
Sumber DHA Terbaik
Ikan adalah sumber DHA yang terbaik dan mudah untuk kita dapat dan beri pada anak-anak.
Buat singgang kosong, letak bebawang, halia, kunyit hidup dan lengkuas, sampai habis nasi pun anak saya minta nak makan lagi.
Bagus sangat kalau anak dapat hirup kuah singgang yang tinggi dengan DHA dari ikan, dan juga ramuan anti inflamasi dari bebawang, halia, kunyit hidup dan lengkuas.
Tak perlu ikan kayangan, ikan sardin atau ikan kembung segar di pasar pun dah cukup banyak DHA yang ada. Sesuai sangat untuk anak-anak kita makan.
Kita cuba ya, perbanyakkan menu ikan untuk anak-anak, berbanding ayam goreng.
Mingguan Wanita : Peringatan, mak-mak nak bagi ikan, kena tengok betul-betul, banyak tulangnya.
Sumber: Dr Mazliana Mazlan
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Bila lihat pasangan yang sama cantik sama padan. Isteri cantik, ada anak-anak yang membahagiakan, itu sudah cukup bersyukur. Tapi, peliknya bila semua dah ada, datang ujian yang tak diduga.
Apa lagi yang tidak kena di mata pasangan sehingga sanggup cari yang lain. Sementelah, perkahwinan yang dibina ini mendapat restu daripada mak ayah.
Tak kiralah siapa pun, kita semua diuji. Beruntung bila dapat mentua yang baik tapi diuji dengan pergolakan rumahtangga. Mampu bertahan demi anak-anak atau jalan terus untuk kehidupan yang lebih baik.
Perkongsian daripada Marlia Ramli ini ada betulnya. Wanita itu cantik, mampu lahirkan anak, belum tentu suami tidak akan terpaling. Hanya suami dan isteri saja tahu apa yang tersirat dalam hati sehingga sanggup berbuat demikian.
Antara perkara yang wanita perlu belajar adalah cantik bagaimana sekalipun, kita tetap akan diuji. Suami hanya pinjaman.
Wanita..
Hatta sebegitu cantik.
Mampu melahirkan anak-anak.
Disayangi dan direstui ibu bapa.
Belum tentu suami tidak akan berpaling.
Cuma…
Keuntungan yang paling besar bagi buat isteri cantik ini adalah memiliki mentua yang TIDAK GOYAH menyokong menantu. Ini adalah rahmat yang besar sebenarnya.
Memiliki mentua yang menganggap menantu seperti anak sendiri malah sentiasa merisaukan kebajikan cucu-cucu adalah rahmat.
Ada ibrah dari kisah ini.
Menantu Juga Anak
Di masa depan kita juga bakal menjadi mentua. Mudah mudahan kita belajar bahawa, menantu juga adalah anak.
Dalam Islam aurat menantu vs mentua adalah sama seperti aurat dengan anak kandung. Malah aurat menantu dan mentua kekal selamanya hatta selepas kita bercerai dengan anaknya.
Bila kita menjadi mentua esok-esok, jadilah mentua yang menyokong perkara HAK hatta ianya bermakna kita tidak menyokong anak kandung sendiri.
Ya!
Dalam rumahtangga, ujian sentiasa hadir. Ada yang bertahan kerana anak-anak. Ada yang disokong kuat keluarga mentua.
Setiap kita ada pelbagai sebab untuk bertahan. Setiap kita ada pelbagai sebab untuk terus menaruh harapan.
Namun… andai tangan yang memegang kerap berdarah, ada waktu kita mungkin perlu menyerah.
Menyintai bukan bermakna memiliki. Terus menarik tali yang tegang takut-takut semakin MELUKAKAN JARI.
Begitulah…
Mingguan Wanita : Allah uji pada mereka yang mampu menghadapinya. Percaylaah, ada yang lebih baik menanti di hadapan.
Tak kiralah macam mana caranya, mak-mak kena pastikan ada tabungan sendiri yang boleh digunakan ketika waktu ‘sesak’ di kemudian hari. Sebenarnya menabung di tepi mesin basuh pun idea yang bagus.
Bukan apa, kebiasaanya ‘jumpa’ duit ni apabila suami terlupa nak keluarkan duit daripada poket seluar atau bajunya. Tak kiralah duit syiling atau wang kertas. Jadi ‘peluang’ ini mak-mak boleh jadikan salah satu cara untuk menabung dengan konsisten, tak kiralah berapa pun jumlahlahnya. Bila dikumpul-kumpul, genap setahun dah boleh dapat jumlah yang besar.
Boleh cuba cara tabungan yang dikongsikan oleh Muhammad Hassan ini.
“Hari ini genap setahun Wife saya menabung hanya ditepi mesin Basuh sahaja. Tadi saya pecahkan tabung dengan arahan wife. Setelah dikira Jumlah duit terkumpul adalah sebanyak RM1424.(Tidak termasuk duit syiling).”
Tips nya mudah.
Pertama:
Pergi kedai DIY beli tabung yang murah dan tidak boleh dibuka,letak tepi mesin basuh.
Kedua:
Sebelum basuh seluar dan baju suami,seluk dalam poket. Baca bismillah,insyaallah jumpa duit baki yang suami tinggal.
Ketiga:
Maklumkan kepada suami yang kita letak satu tabung disebelah mesin basuh,jadi bila suami tiba tiba rajin,dia akan pergi masukkan duit baki beli barang,atau baki bayar tol.
Keempat:
Jika terjumpa duit baki dalam kereta suami,dalam bilik,ruang tamu atau mana mana sahaja dalam rumah kita,sila ambil dan masukkan ke dalam tabung.
Kelima:
Asalkan ada duit lebih sila masukkan dalam tabung,jangan dok gatal gatal nak simpan dalam poket balik. Cukup setahun pecahkan tabung dan kira. Setelah kira pergilah simpan dalam bank atau pergi beli rantai emas.
Tadi wife saya cakap 10% sedekahkan kepada masjid.
Moga bermanfaat untuk mak mak sekalian.
-EncikMatt-
#MenabungDariRumah
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Menarik juga idea letak tabung di tepi mesin basuh ni. Bila jumpa duit waktu nak basuh baju, boleh terus masukkan dalam tabung.
Selebriti wanita popular, Yana Samsudin rupanya bukanlah berasal dari keluarga senang. Mengimbau kembali perjalanan hidup dari zaman kecil yang penuh kepayahan, ibu kepada tiga...