Menariknya bila kita boleh buat sendiri skrub bibir ini di rumah. Lebih menjimatkan dan mudah nak hasilkan. Skrub bibir berfungsi membuang lapisan sel kulit mati di bibir, melembapkan bibir sekaligus menjadikan bibir kemerahan cantik bak delima. Bila bibir mulai nampak lebam dan kusam sesuai sangat amalkan skrub ini.
DIY LIPS SCRUB at homeee
Guna apa ada kat dapur je. Senang, pantas siap dalam masa 5 minit, paling penting menjimatkan.SUPERR Affordable!!!
Container tu bekas balm angin so kena cuci bersih-bersih kalau tak panas tebal berangin bibir.
*Boleh guna brown sugar jugak/ jika suka perisa strawberi potong sikit lip balm merah nivea tu tenyeh-tenyeh sikit.
Ads
Bahan-Bahan:
4 Sudu Besar Gula Pasir/Gula Perang
2 sudu kecil Minyak Zaitun
2 sudu kecil Vaseline
Bekas Kosong
Cara Membuat:
1. Campurkan semua bahan-bahan dalam bekas dan gaul sebati sehingga dapatkan tekstur seperti pasir pantai.
Ads
2. Masukkan dalam bekas dan simpan pada suhu bilik.
Ads
Info Ekstra!
Jika ingin perisa dan pewarna boleh campurkan dengan sedikit lip balm.
Boleh juga campurkan dengan sedikit madu.
Minyak Zaitun boleh digantikan dengan minyak kelapa, tapi lebih menarik jika dicampurkan dengan kopi.
MW: Semoga perkongsian DIY skrub bibir ini bermanfaat buat para wanita yang nak cuba sendiri di rumah. Lebih jimat, murah dengan cara semula jadi.Bibir pun jadi lebih cantik kemerahan!
Buat mak-mak yang suka bercucuk tanam tapi tiada kawasan atau tanah di rumah boleh cuba kaedah hidroponik ni. Menariknya, tak perlu beli bekas hidronopik yang mahal, guna botol air mineral besar yang 1.5 liter dan cara tanaman yang betul pun dah boleh jadi. Mak-mak boleh dapat sayuran segar dan bebas racun serangga.
Untuk ketahui lebih lanjut, boleh cuba buat sendiri kaedah hidroponik guna botol air mineral yang dikongsikan oleh Hafizuddin Wahab ini;
“Di sini saya share cara saya buat hidroponik menggunakan botol air mineral 1.5 liter.Untuk media tanaman tu saya gunakan sabut kelapa ye sebab sabut kelapa dia dapat menyerap air dengan baik”.
“Saya mengamalkan semburan racun organik iaitu neem oil + sunlight pencuci pinggan + cuka kayu…Alhamdulillah bebas daripada serangga seperti belalang dan siput babi. Kekerapan semburan adalah seminggu sekali atau 2 kali seminggu”.
“Semoga bermanfaat sama-sama kita bercucuk tanam di rumah ya. Makan sayur yang sihat dari rumah.”
Bahan-Bahan Diperlukan:
Botol air mineral
Spray tin warna hitam
Kain flanel
Sabut kelapa (cocopeat)
Biji Benih
Cara Membuat:
Belah botol air mineral 1.5 liter kepada 2 bahagian.Pastikan bahagian bawah untuk takungan baja tidak terlalu rendah ye. Kemudian, buat lubang sekeliling bahagian atas seperti gambar di bawah untuk akarnya keluar.
2. Ini bahagian untuk takung air baja. Saya cat hitam untuk mengelak pertumbuhan lumut. Saya spray je, beli spray tin kat MR DIY tu je.
Lubang di bahagian atas bertujuan tak nak bagi air terlampau penuh supaya ada ruang untuk pengaliran udara.
3.Buat lubang pada penutup botol. Masukkan sumbu. Boleh aje guna kain apa pon, asalkan serap air dengan baik.Saya guna kain flanel sebagai sumbu. Boleh beli di shoppe je, sebab cari kat kedai biasa takde. Kalau tersalah kain nanti tiada serapan tak menjadi dia.
4. Cara nak buat lubang pada takung air baja.Pastikan buat lubang sekeiling botol sama paras dengan penutup botol seperti gambar di atas.
5. Dah siap.
6.Bahagian atas dalam bekas merah tu isi cocopeat (sabut kelapa).Sabut kelapa biasa pun boleh jika boleh buat sabut kelapa hancur sendiri. Saya beli yang dah siap, kat nursery pokok ada jual, kat kedai Eco RM2 pon ada saya tengok.
Tengok banyak akarnya keluar.
Info Ekstra!
Kalau nak buat sendiri cocopeat, caranya ambil sabut kelapa tu, ambil paku, paku pada kayu. Lepas tu gosokkan paku tu pada sabut kelapa, nanti keluarlah sabut kelapa hancur.
Baja AB tu untuk baja. Cuka kayu tu untuk semburan seminggu sekali atau 2 kali seminggu sahaja. Sukatan baja AB 10ml A + 10ml B larutkan dengan 1 liter air.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang suka bercucuk tanam, suka sayur segar bebas daripada racun serangga boleh gunakan kaedah ini yang mudah dan lebih jimat.
Bila ada anak ramai memang memerlukan almari atau rak baju yang lebih besar. Baju-baju yang banyak biasanya memang tak muat jika guna almari saiz biasa. Buat mak ayah yang nak berjimat boleh buat sendiri almari untuk gantung pakaian anak-anak ni. Guna besi lubang dan besi L Shape sahaja, boleh buat 3 tingkat dan ikut keluasan yang diinginkan.
Jika nak DIY almari tiga tingkat, boleh jadikan perkongsian oleh Puan Qaseh Nafisha ini sebagai rujukan.
Almari edisi anak ramai. Emaknya asyik bising kata almari dah tak muat, untuk menjimatkan kos tidak beli almari besau, apaknye DIY sendiri almari sepenuh penuh dinding.Beli besi lobang tu 9 kaki panjang X tiga tingkat. Jangan kata tak muat lagi ye.
Besi L shape tu beli kt MR diy je cari yang tebal supaya kukuh untuk muatan berat. Besi lobang tu cari kat hardware. Dah siap potong 9 kaki panjang RM20. Kuantiti ikut berapa tingkat yang nak buat.
Drill je terus ke dinding
Skru kan besi lobang pada L shape tadi. InsyaaAllah kuat jangan risau.
Kebetulan ada lebihan papan yang tak guna boleh la buat alas untuk susun barang atas sekali.
Nah dah dapat kan almari sepenuh penuh dinding. Kot tak muat jugak nanti kita sambung sampai rumah jiran sebelah.Nah jangan kata tak muat lagi ye dah siap 3 tingkat abang bagi.
Boleh la tutup pakai langsir je kang mintak buat pintu takut lain lak jadinya.
Ok ngam untuk lebar bilik 9 kaki panjang X tiga tingkat.. kalau nengok wall paper tu mesti dah tau beli kt kedai ECO kan.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi mak-mak yang ada anak ramai bolehlah suruh encik suami tolong buatkan almari macam ni. Pakaian anak-anak elok bergantung dan paling penting tak lagi bersepah serta tak berlipat dalam bakul.
Menjadi kebiasaan kereta yang bawa anak-anak kecil, pastinya ada kesan muntah, tumpahan susu, air manis, makanan ringan dan macam-macam lagi lah yang boleh meninggalkan bau busuk dan hapak dalam kereta.Walaupun kerapkali dibersihkan tetap meninggalkan kesan bau busuk yang memang boleh memeningkan kepala, tambah pula jika kereta tersebut kereta lama dan tempoh perjalanan panjang dalam kereta.
Sebenarnya ada tips dan petua tertentu yang mak ayah boleh cuba untuk memastikan kereta kembali berbau wangi semulajadi dan macam baru keluar dari showroom.
Ikut Langkah Ini:
1.Jaga Kebersihan Dalam Kereta
Ini paling penting. Perlu pastikan kereta sentiasa bersih, jangan biarkan anak-anak meninggalkan sisa makanan mahupun minuman dalam kereta. Jika perlu, buat peraturan dilarang makan minum didalam kereta.Bila sisa makanan tercicir mahupun minuman tumpah, itu yang mengakibatkan kereta berbau dan mengundang serangga seperti lipas dan semut datang.
2. Buka Sedikit Tingkap Semalaman
Ini sedikit sebanyak membantu menyah keluar bauan dari dalam kabin supaya dapat digantikan dengan udara baru yang lebih segar. Tetapi, tetap perlu mencari dari mana punca utama bau tersebut.
3. Cuci Karpet, Fabrik atau Pelapik But
Sila cuci karpet, fabrik dan pelapik but kereta. Kebiasaannya sumber bau berpunca daripada bahagian tersebut. Dan jangan pula lupa keringkan.Lebih nak lebih mudah, banyak je servis cuci karpet dan fabrik kereta yang ada sekarang.Hantar cuci dan hasilnya pun puas hati.
4. Cuci Sisa Tumpahan
Jika tempat duduk ada kesan tumpahan, cuci hingga bau dan warna hilang serta jangan lupa dikeringkan betul-betul. Ia mengelakkan bau hapak dan kepam dalam kereta.
5.Bawa Pergi Spa Kereta
Hah, ini paling mudah. Sediakan wang secukupnya dan bawa kereta ke mana-mana premis cuci kereta. Lebih baik jika anda hantar ke pusat spa kereta yang memang ada kepakaran khas dalam kerja cucian dalaman kereta.
6 Petua Semulajadi
1. Guna Serbuk Kopi
Kopi ialah cara tradisional yang kerap digunakan. Letakkan serbuk kopi di sudut kabin dan biarkan semalaman. Janganlah tabur saja, tapi letaklah di dalam bekas khas. Ia mampu hilangkan bau busuk dalam kereta.
2. Guna Baking Soda
Percikkan soda penaik atau baking soda di beberapa kawasan berbau dan biarkan semalaman. Kemudian bersihkan keesokan harinya menggunakan vakum.
3. Guna Cuka Epal (Apple Cider)
Sama seperti baking soda, cuma renjiskan ke beberapa bahagian dalam kereta, contohnya karpet.
4.Letak Daun Pandan
Daun pandan memang terbukti mempunyai aroma semula jadi yang mampu menyegarkan ruang. Simpulkan beberapa helai daun pandan dan letakkan dibawah tempat duduk atau mana-mana tempat dalam kereta.Hasilnya kereta akan berbau harum dan segar secara semula jadi.Namun jangan lupa gantikannya dalam tempoh 2-3 minggu sebab bila daunnya dah kering dan layu, baunya pun akan hilang.
5.Letak Kepingan Roti
Meletakkan beberapa kepingan roti juga mampu menghilangkan dan menuetralkan bau didalam kereta. Jadi sebelum nak wangikan kereta seeloknya neutralkan dulu baunya.
6. Guna Arang
Hilangkan bau busuk dan hapak dalam kereta juga boleh menggunakan arang.Ambil beberapa ketul arang dan letakkan ia dalam bekas serta biarkan ia terbuka di lantai kereta. Selain itu, boleh juga bungkuskan arang dengan tisu atau beg kain dan letak berhampiran kawasan berbau. Ada juga dijual dikedai.
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jika ada masalah bau busuk dan hapak dalam kereta, boleh diatasi dengan tips dan petua ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...