
Isi Kandungan
ToggleSelain pokok hidup, pokok hiasan plastik juga mampu menaikkan seri dekorasi rumah jika pandai menggubahnya. Banyak je pokok hiasan jenis plastik tapi nampak macam pokok hidup jika pandai pilih dedaunnya. Kosnya pun murah je dan mampu milik tak sampai pun RM10. Malah lagi merimbun lagi cantik.
Boleh rujuk tip DIY Pokok Hiasan daripada Puan Rynn Naan ini sebagai panduan;
“Cantik tak pokok kita? 1.2m niii. RM8.40”
- Daun ni saya beli kat eco dalam Shopee. Type sahaja “eco shop malaysia” boleh cari dalam tu. Tapi kira nasib. Sebab daun-daun macam ni hot item sangat. Kalau dapat tu kira diri tu bertuah sangat laaa.
- Untuk daun pattern ni, sepeket RM2.10 ada 6 helai daun. 4 helai besar, 2 helai kecil. Saya ni beli 4 peket. So, ada 24 helai daun. Lagi rimbun lagi cantik kot.
- Batangnya saya guna lidi satay yang panjang. Lilit – sambung – lilit guna lilit hijau bunga tu. Ikut ketinggian yang diinginkan. Yang paling tinggi tu saya guna 3 batang lidi. Saya buat dalam 6 ketinggian yang berbeza. Tang penyambung lidi tu saya lilit double supaya lebih kukuh.
- Bakul tu saya beli kat shopee, tak ingat dah bape RM. Tapi murah sahaja. Harga ikut size bakul. Cuma penghantaran dari China, agak lambat. But, sokey. Rasenya ada jugak kedai dalam Malaysia yang jual bakul macam ni.
- Dalam bakul cantik tu, saya guna bekas plastik yang dah tak guna. Padatkan polisterin bunga dalam tu baru masukkan dalam bakul cantik tu.
- Masa menggubah, lenturkan sikit daunnya, cucuk dahulu daun yang paling tinggi, kemudian yang kedua tinggi dan last sekali daun yang paling pendek.
Kemas-kemaskan. Kalau panjang, patahkan sahaja lidinya. Kalau rase terpendek, tambah lagi lidi dan lilit.
Siap!
Nanti saya nak beli batu-batu putih kat kedai Eco nak letak dalam bakul tu supaya lebih berat dan kukuh berdiri.
Info Ekstra!
Saya guna lidi satay yg panjang tu. Ejas laa ikut panjang mana yang kita nak.

Baca Lagi Di Sini:
DIY Pokok Viral, Jimat Kos Tak Sampai RM25!
Nak Beli Mahal! Wanita Ini Buat Sendiri Pokok Monstera Cantik, Cuma Bermodal RM23
MW: Jadi buat mak-mak yang nak serikan dekorasi rumah tu, bolehlah buat sendiri pokok hiasan ni. Barang-barang beli dekat Kedai Eco Shopee je. Cantik lagi mampu milik kosnya tak sampai RM10 pun.
Sumber: Rynn Naan
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan CABUT Pokok Cili ‘Kerinting’, Guna Semburan Organik Buat Sendiri, Tak Perlu Peram

Geram dan sakit hati pula bila tengok pokok cili kerinting. Bukan sedikit tapi boleh dikatakan turut merebak pada tanaman lain. Terus hilang semangat untuk bercucuk tanam.
Kena boleh jadi kerinting terutamanya pokok cili? Kadang-kadang pelik juga dengan serangan serangga yang entah dari mana?
Jalan terbaik untuk elak pokok cili kerinting ini boleh saja gunakan semburan organik yang dibuat sendiri dengan bahan dapur yang ada di rumah. Inilah yang dikongsikan oleh Azuan Abdullah dalam tangani masalah ini.
Malahan, semburan serangga ini bukan saja digunakan untuk pokok cili tapi juga pada pokok tanaman yang lain.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Jangan Buang Kulit Limau, Buat Pati Untuk Semburan Serangga Tanaman, 100% Berkesan!
Wanita Ini Kongsi Cara ‘Gemukkan’, Suburkan Tanaman Tanpa Baja & Semburan Serangga Organik
Info Lebih Menarik DI SINI
Pokok Cili Kerinting, Guna Racun Organik
Mesti ramai yang stres bila pokok cili jadi kerinting. Tiba-tiba je semangat berkebun boleh jadi down teruk!
Mungkin ada yang tak tahu, macam mana pokok cili boleh jadi kerinting?
Ada 4 jenis perosak yang boleh menyebabkan pokok cili jadi kerinting
1. Thrip
2. Afid
3. Lalat putih
4. Hamama
Semua perosak ini akan hisap cecair pada pucuk/daun cili dan ini menyebabkan pokok cili kita jadi kerinting. Jika tidak dikawal, ia boleh menyebabkan pokok cili dijangkiti penyakit virus. Ini yang paling seram. Huhu.
Bila pokok kena virus, tak akan ada pucuk baru yang tumbuh.
Bila tak ada pucuk baru tumbuh, bunga pun tak ada.
Bila bunga tak ada, macam mana buah nak ada kan.
Bila buah tak ada, kita pun jadi stress.
Bila kita stress, ngan pokok-pokok kita cabut. Wuaaa..
.
Jangan panik dan risau. Sebenarnya, kita boleh cegah pokok cili daripada jadi kerinting. Caranya guna racun organik buatan sendiri. Kami panggil “Instant Control”.
Kiranya instant control ni la senjata utama saya untuk mencegah pokok cili dirumah daripada jadi kerinting.
Semua perosak tersebut sangat takut dengan cecair oren ni. Pecah perut dan kekeringan la tubuh mereka bila kena cecair ni.
Caranya sangat mudah. Guna bahan-bahan yang ada di dapur rumah kita je. Bahan-bahan tersebut adalah
1 kg @ 1 bahagian : Bawang putih
1 kg @ 1 bahagian : Cili api
1 ketul @ 100 gram : Sabun buku cap buruh/kapak
10 liter @ 10 bahagian : Air
Cara-caranya:
1. Ini bahan-bahan yang digunkaan.
1 kg bawang putih @ 1 bahagian
1 kg cili padi @ 1 bahagian
1 ketul sabun buku cap buruh/kapak
10 liter air @ 1 bahagian
2. Pastikan bawang putih di buang kulit.
3. Masukkan bawang putih ke dalam blender. Isikan air secukup rasa (air diambil dari stok 10 liter).
4. Blender sampai hancur.
5. Tapis bawang putih dan masukkan ke dalam bekas. Kita labelkan bekas tu sebagai Bekas A.
* Ulang blender dan tapis hingga bawang putih habis.
6. Masukkan cili ke dalam blender. Tangkai tak perlu buang. Tambah air secukup rasa (air diambil dari stok 10 liter)
7. Blender sampai hancur.
8. Tapis dan masukkan kedalam bekas. Kita labelkan bekas ni sebagai Bekas B.
* Ulang proses blender dan tapis hingga cili padi habis.
9. Ricik sabun buku halus-halus. Tujuannya supaya nak cepat hancur bila kita rebus nanti.
10. Masukkan air ke dalam periuk (air dari stok 10 liter) Panaskan air hingga mendidih.
11. Bila air dah mendidih, masukkan semua sabun tadi. Kacau hingga semuanya hancur.
12. Bila dah hancur. Tuangkan air sabun tadi ke dalam bekas C. Tambahkan baki air (daripada 10 liter, jika ada).
Tuangkan semua cecair bawang putih dari Bekas A ke dalam Bekas C.
Tuangkan semua cecair cili api dari Bekas B ke dalam Bekas C.
** Proses campuran ini kena cepat sebab larutan sabun akan jadi pekat dan keras bila dah sejuk dalam keadaan kepekatan yang tinggi.
13. Kacau campuran tadi hingga sebati.
14. Dah siap. Boleh guna terus ya, tak perlu nak peram bagai.
Untuk simpanan, letak ditempat redup dan terlindung daripada cahaya matahari. Boleh tahan 6-12 bulan.
15. Gambar yang dilihat dibawah mikroskop. Afid @ kutu daun jadi pecah perut dan kering.
Kredit kepada Sifu saya, Tuan Ahmad Saif. Beliau yang buat pemerhatian ini.
16. Cara guna pada pokok timun.
20 ml + 1 liter air. Jika nak guna untuk kawasan luas, boleh darab sendiri ikut kuantiti air.

Boleh juga dicampurkan bersama dengan
Cuka kayu : 2-3 ml untuk 1 liter air
Mol buah : 2-3 ml untuk 1 liter air
Mol ikan @ FAA : 5 ml untuk 1 liter air.
Tambahkan 2 ml sunlight untuk 1 liter air sebagai perekat
Sembur 1 minggu sekali pada awal pagi atau lewat petang. Jika ada tanda kehadiran perosak, sembur 3 hari direct.
17. Cara guna pada pokok cili
20 ml + 1 liter air. Jika nak guna untuk kawasan luas, boleh darab sendiri ikut kuantiti air.
Boleh juga dicampurkan bersama dengan
Cuka kayu : 2-3 ml untuk 1 liter air
Mol buah : 2-3 ml untuk 1 liter air
Mol ikan @ FAA : 5 ml untuk 1 liter air.
Tambahkan 2 ml sunlight untuk 1 liter air sebagai perekat
Sembur 2 hari sekali pada awal pagi atau lewat petang. Jika ada tanda kehadiran perosak, sembur 3-5 hari direct.
18. Cara guna pada pokok limau kasturi.
20 ml + 1 liter air. Jika nak guna untuk kawasan luas, boleh darab sendiri ikut kuantiti air.
Boleh juga dicampurkan bersama dengan
Cuka kayu : 2-3 ml untuk 1 liter air
Mol buah : 2-3 ml untuk 1 liter air
Mol ikan @ FAA : 5 ml untuk 1 liter air.
Tambahkan 2 ml sunlight untuk 1 liter air sebagai perekat
Sembur 1 minggu sekali pada awal pagi atau lewat petang. Jika ada tanda kehadiran perosak, sembur 3 hari direct
Mingguan Wanita : Semburan ini boleh saja guna untuk pokok-pokok lain pun, bukan hanya pokok cili saja
Sumber: Azuan Abdullah
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Untunglah Penggemar Durian, Raja Buah Ni Rupa-rupanya Dapat Tenangkan Fikiran Dan Atasi Insomnia

Isi Kandungan
ToggleSyawal baru melabuhkan tirai tapi nampaknya masyarakat di Malaysia masih lagi beraya, tapi kali ni rayanya lain macam sikit. Raya ‘Raja Buah’ iaitu durian. Rata-rata tempat malah dalam media sosial sekalipun dimuat turun status dan gambar-gambar mengenai raja buah yang boleh didapati di mana-mana dengan harga yang cukup berpatutan. Tahun ini memang rezeki semua orang dapat makan durian yang memang menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia.
Sebagai keluarga yang memang ‘hantu’ durian, saya juga tak ketinggalan untuk menikmati durian pada musim ini. Ada sahaja kawan pejabat yang offer jual durian, saya tak ketinggalan merasa. Memang heaven, tambahan pula durian yang dijual memang cantik dengan isinya yang kuning keemasan persis si musang king yang hebat itu.

Hujung minggu yang lalu, saya dan keluarga berkesempatan bercuti ke Port Dickson. Semalaman di sana, hari berikutnya kami dijemput oleh salah seorang kenalan rapat sepupu saya yang dikenali sebagai Kak Zara dan keluarga untuk datang ke rumah mereka yang terletak di Alor Gajah. Pergi bukan saja-saja tapi untuk datang makan durian fresh dari pokok. Memang kami tak lepaskan peluang keemasan ini. Hampir satu jam perjalanan dari Port Dickson ke Alor Gajah, sepanjang jalan juga kelihatan banyak peniaga yang menjual durian dengan harga dari serendah RM5 sekilo.
Tak jauh dari tol Simpang Ampat, Melaka, kami tiba ke destinasi yang dituju. Sampai sahaja ke kawasan kediaman tersebut semua teruja tengok buah durian yang lebat di atas pokok. Turut kelihatan beberapa durian yang gugur di atas tanah. Tak sempat bertegur sapa dengan tuan rumah, kami terlebih dahulu melawat ke dusun kecil yang terletak di belakang rumah mereka.

Lebih menarik lagi seperti juga kebanyakkan dusun lain, dusun mereka juga terdapat pokok rambutan yang sedang masak ranum bersama manggis. Punyalah gigih semua orang tak kisah dengan semut dan kerengga yang menyengat. Seronok dapat makan manggis dan rambutan yang baru dipetik dari pokok. Durian yang gugur kami kutip dan bawa ke dalam rumah sebelum dikendurikan. Ada juga durian yang telah gugur pada awal pagi dan disimpan oleh keluarga Kak Zara untuk menjamu kami. Bukan sahaja dijamu dengan buah-buahan, kami turut dijamu dengan asam pedas yang enak air tangan Kak Zara. Pendek kata rezeki bertimpa-timpalah. Moga makin murah rezeki keluarga Kak Zara jamu kami dengan macam-macam makanan, siap bawak balik lagi buah-buahan seperti manggis dan rambutan untuk kami makan. Durian tak dapek la jenuh nak bau dari Melaka ke Kuala Lumpur. Orang kata makan durian banyak-banyak pun tak elok sangatkan, jadi makanlah sewajarnya ikut kemampuan diri.
Bagi penggemar durian, tip ini mungkin boleh diguna pakai untuk elak anda mabuk durian:
1. Minum segelas air kosong yang dituangkan ke kulit durian yang telah dimakan. Dengan berbuat demikian dipercayai dapat sedikit menghilangkan rasa mual.
2. Jika masih mual, cubalah makan buah manggis. Langkah ini boleh menjadi penyelesaian bila air kosong masih tidak dapat menghilangkan mabuk durian.
3. Kalau langkah pertama dan kedua tidak mujarab untuk anda hilang rasa mabuk cubalah minum air kosong bersama garam. Menurut sumber daripada internet ada yang menyatakan air garam dapat menghilangkan rasa mabuk setelah makan durian.
4. Minum air kelapa untuk neutralkan semula badan anda setelah makan terlalu banyak durian.
Selain tip, kat bawah ni saya ada selitkan sedikit info menarik mengenai durian menerusi penyelidikan oleh seorang Saintis Mardi, Dr Suri Roowi:
1. Durian kaya bahan asid amino tryptophan – Bahan ini menenangkan fikiran dan sesuai untuk orang yang ada masalah insomnia (susah tidur).
2. Bahan organosulfur (bahan bau) bersifat anti-kanser antioksidan, anti-mikrob, antihipertensi dan melindungi jantung. Durian merupakan satu-satunya buah tropika yang tinggi kandungan organosulfur.
3. Pesakit kencing manis tidak boleh makan durian secara berlebihan

4. Ada kajian menunjukkan kulit durian bersifat antidiabetik
5. Pengambilan isi durian pada kadar tinggi (500 g atau lebih) boleh tingkatkan kadar denyutan jantung
6. Durian kaya potassium, mineral yang boleh menurunkan tekanan darah. Untuk sesiapa yang ada masalah buah pinggang tak boleh makan banyak
7. Elakkan makan durian bersama paracetamol dan alhohol kerana mungkin boleh sebabkan kesan toksik.
Selamat berpesta durian untuk semua!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Mudah Hilangkan KETUAT, Buat Sendiri Di Rumah Guna 4 Bahan!

Isi Kandungan
ToggleRupanya ada cara mudah untuk hilangkan masalah ketuat dan kita boleh buat sendiri je di rumah hanya guna 4 bahan. Tak perlu pergi klinik pun. Paling penting untuk buang ‘akarnya’ agar biji ketuat tak tumbuh semula.
Mungkin ramai yang tak tahu, ketuat adalah disebabkan oleh virus Human Papilloma (HPV). Mana-mana bahagian boleh dijangkiti terutamanya di jari, tangan dan kaki. Bahagian yang dijangkiti akan mula menimbul, berbiji keras manakala permukaannya pula menjadi kasar.
Cara mudah untuk hilangkan ketuat ini dikongsikan oleh Hanis Samsuddin sebagai panduan.
Saya pasti ramai yang mengalami masalah ketuat. Ada yang di kaki, ada yang di tangan. Macam mana pun, ketuat ni memang menyemak dan anda pasti lagi suka kalau ia hilang betul tak?
Apakah punca ketuat?
Ketuat berpunca daripada virus HPV. Kebanyakan orang memang menjadi pembawa kepada virus ini. Tak semua orang akan mendapat ketuat, tetapi sesetengah orang yang badannya tak dapat memendam kegiatan virus ini akan mendapat ketuat.
Bagaimana nak hapuskan ketuat?
Ketuat mempunyai “akar” yang mana akar ini jika tidak dihapuskan, akan membolehkan ketuat tumbuh kembali. Kita perlu memusnahkan akar ketuat supaya ketuat tidak datang kembali.
Bahan-Bahan Diperlukan:
1. Apple Cider Vinegar
Ini bahan aktif yang akan membunuh ketuat. Asid asetik dalam cuka sangat efektif untuk membunuh akar ketuat. Kalau tak ada Apple Cider Vinegar boleh guna cuka makan yang biasa tu. Balsamic vinegar pun boleh tapi mahal.
2. Kapas
Kapas akan menyerap dan menyimpan cuka. Gunakan kapas yang daya menyerapnya kuat. Facial cotton pun boleh digunakan.
3. Plaster atau Duck Tape
Plaster atau duck tape bertujuan untuk memegang kapas yang direndam dalam cuka. Gunakan tape yang kuat daya lekatnya.
4. Vaseline
Asid dalam cuka tidak kenal kulit sihat atau kulit ketuat. Dengan menyapukan vaseline pada kulit sihat, ia terlindung dari tindakbalas cuka.
Caranya Membuat:
1.Sapu vaseline dekat keliling ketuat (jangan terkena ketuat)
2.Basahkan kapas dengan cuka,letak atas ketuat dan plaster. Biarkan semalaman.
Ketuat tidak disapu vaseline. Kulit yang sihat akan turut mengecut apabila terkena cuka.Jadi pastikan ada menyapu vaseline dikeliling kulit ketuat sebelum meletakkan cuka.
Hari ketiga:
Cuka sudah menembusi lapisan kulit mati pada ketuat dan mula bertindak pada akar. Pada hari pertama dan kedua tiada rasa apa-apa sebab cuka memakan sel kulit mati. Pada hari ketiga bila akar sudah ditembusi akan rasa sedikit pedih.
Contoh balutan plaster pada jari.
Kelihatan akar ketuat menjadi hitam.. Ini menandakan sel-sel ketuat mula mati dimakan asid.
Kelihatan ketuat dah mati.
Apabila ketuat jadi macam ni,boleh la korek sikit demi sedikit.
Ketuat yang berjaya dikorek.

Hasilnya, kulit kembali licin seperti biasa dan bebas ketuat.
Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Baca Lagi Di Sini:
PENTING Ambil Tahu JENIS Ubat Krim Yang Disapu Pada Kulit Badan
Doktor Ini Kongsi 14 Jenis Ubat-Ubatan WAJIB Simpan Di Rumah Sebagai ‘First Aid Kit’!
Mingguan Wanita: Jadi jika ada masalah ketuat, boleh cuba cara mudah yang dikongsikan ini untuk menghilangkannya. Guna 4 bahan je, akar ketuat pun musnah dan tidak tumbuh semula.
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI