Pernah tak, tiba-tiba peti ais tidak sejuk. Mungkin gas habis kot. Terpaksalah panggil tukang baiki untuk masukkan gas. Tapi ada juga peti ais rosak atau tidak sejuk bukan disebabkan gas, maklumlah baru sahaja beli, tak sampai setahun pun.
Pening bila peti ais rosak sebab itulah tempat untuk mak-mak letak barang yang boleh bertahan lama. Kadang-kadang, tak berbaloi bila baiki kosnya agak mahal seperti harga beli baru. Rasanya baik beli baru daripada bayar upah baiki kan.
Sekarang, tak perlu risau, kalau ada peti rosak atau tak sejuk, cuba ikhtiar dulu. Modal nak beli barang pun hanya RM15 sahaja. Jimat berganda-ganda kalau panggil tukang baiki.
Boleh tengok perkongsian daripada Shahril M Sharip dan cara membaiki kalau peti ais kat rumah tidak sejuk.
Katanya,
“Tiba-tiba peti ais kat rumah jadi tidak beku dan perlu dibaiki. Alhamdulillah dengan modal RM15 sahaja, saya baiki sendiri. Itu pun pertama kali buat, banyak belajar an tengok dalam laman sosial.
Gambar cara membaiki pun ditunjukkan satu persatu.
Selalu setiap kali nak membasuh comforter, toto atau selimut yang agak tebal daripada kebiasaan, mesti mak-mak termenung panjang. Cara paling mudah longgokkan saja dalam mesin, kemudian basuh macam biasa. Tapi rata-ratanya hantar dobilah paling senang…
Sebenarnya nak basuh comforter kena gulung dulu sebelum masukkan mesin ikut saiz mesin mesin basuh mak-mak. Kemudian masukkan menegak, barulah materialnya tak koyak dan cucian pun lebih bersih.
Dulu selalu pakai cara A. Namun selepas jumpa cara basuh comforter/toto/selimut dengan betul itu hari, sekarang saya guna cara B pula. Katanya dobi pun basuh macam ni.
Kenapa? Untuk elak material comforter dari rosak. Tak mahulah terburai isinya atau terkoyak apabila habis proses basuhan nanti kan. Hurm. Mungkin ada betulnya juga.
Caranya mudah ya amat. 1. Gulung gulung dulu sebelum masuk mesin. Gulung ikut saiz mesin. Saya guna mesin 8kg.
2. Pastikan masuk secara menegak seperti dalam gambar B.
3. Letak bahagian kotor dibahagian luar gulungan untuk pembersihan lebih efektif.
Hasilnya, memang bersih dan material tak rosak. Perlu letak cecair pencuci lebih sikit. Apapun ini sesuai untuk kotoran minor sahaja.
Jika ada sebarang najis atau kotoran melampau perlulah dibersihkan terlebih dahulu. Selepas itu, baru boleh masuk mesin. Taknak masuk mesin pun tak mengapa. Lambatlah sikit keringnya nanti. Terpulang.
Kalian pula guna cara yang mana. A atau B?
MW: Lepas ini mak-mak dah boleh ikut cara yang betul untuk membasuh comforter yang agak tebal. Selamat mencuba. Nak mudah, beli mesin yang lebih besar, klik saja di sini.
Inspirasi untuk menghias rumah, boleh didapati dalam pelbagai cara. Ada yang kita dapat bila pergi ke rumah orang lain, ada yang kita tengok di majalah, TV dan di laman web.
Menurut Nadia yang berkongsi DIY meja makan bajet ini di laman FB miliknya, dia teruja untuk berkongsi idea ini dengan orang lain juga, supaya sedikit sebanyak dapat menjadi inspirasi kepada orang lain untuk mencubanya pula. Malah dia juga mengakui, dia mendapat inspirasi daripada salah satu group deko yang dilayarinya.
Ada orang rela beli je daripada buat sendiri. Kata mereka lebih mudah sedangkan boleh DIY yang tentunya lebih menjimatkan. Jadi, kenapa nak belanja lebih kalau kita boleh berjimat? Hasilnya pun cukup tak mengecewakan. Dengan bajet yang sangat berpatutan pulak tu.
Waduh, memang berbaloi dengan rupa paras selepas ‘make over’ yang sungguh wow! Jom kita lihat apa bahan yang Nadia buat.
Spray putih MR DIY
Wallpaper marble Mr DIY
Meja banquet lama (sedia ada di rumah)
4 buah kerusi plastik (RM26 sebuah, yang lebih lasak sikit)
Mula-mula bersihkan meja banquet lama tu.
Sembur bahagian kaki kerusi yang berwarna hitam dengan spray putih yang dibeli di kedai Mr DIY.
Kemudian di bahagian permukaan atas meja, balut dengan wallpaper marble dengan kemas dan penuh hati-hati. Tadaaa! Dah siap! Mudah je kan? Bukan susah mana pun. Tapi buat kerja biarlah cermat dan teliti, barulah hasilnya cantik. Jangan ‘ikut dan’ dan asal siap je. Nanti hasil tak memuaskan hati, menyesal tak sudah pula. Betul tak?
Gandingkan dengan kerusi plastik putih dan bunga hijau sebagai penyeri meja. Comel kan? Sesuai untuk sudut makan yang tidak begitu luas.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Bagi memudahkan kerja memasak, mak-mak gemar sediakan pes siap-siap di hujung minggu agar proses memasak menjadi lebih cepat terutamanya pada hari-hari bekerja. Pes cili kisar antara pes yang wajib mak-mak buat dan simpan di dalam sejuk.
Namun begitu sesetengah mak-mak berdepan masalah apabila pes cili kisar yang disimpan menjadi berbau dan cepat berkulat. Ikuti perkongsian Nad Adleesya ini supaya masalah mak-mak dapat diatasi segera:
Kak Nad memang akan buat pes cili kering untuk memudahkan kerja memasak. Jadi sekali buat memang sekali banyak.
Jadi untuk dapatkan pes cili kering tahan lama. Ini saja yang selalu Kak Nad akan buat.
Cili kering 2 labu bawang putih
1. Guntingkan dahulu cili kering untuk lebih senang membuang biji-bijinya.
2. Basuhan pertama, cuci dengan air biasa.
.
3. Kemudian, baru rendamkan dengan air suam yang telah ditapis. Jangan sesekali gunakan air paip. Biarkan sekejap.
4. Setelah cili kering kembang, baru masakkan cili kering bersama bawang putih. Boleh tengok cara-caranya di dalam gambar. Masak dengan air yang sudah di tapis juga sampai mendidih. Tutup api.
.
5. Biar sejuk sedikit, kemudian tapis dan kisar macam halus. Kalau agak kering, tambahkan sedikit air anggaran 1/4 cawan. Kisar sedikit demi sedikit sehingga cili kering habis.
6. Masukkan dalam bekas kedap udara dan setelah sejuk baru simpan di dalam peti ais.
MW: Selepas ini, mak-mak tak perlu risau dan bimbang pes cili kisar berbau atau berkulat. Cara ini akan membuatkan pes mak-mak lebih tahan lama. Lebih mudah jika mak-mak dapatkan pengisar yang lebih bagus di sini.
Seronok melihat perkembangan Alana Dunsmore, seorang pempengaruh yang lebih dikenali sebagai alanaspinktravels seorang gadis dari Scotland yang bertemu jodoh dengan pelakon tempatan, Abbas Mahmood di Malaysia.