Malu pula bila tengok bibir kering, bukan itu saja, gelap dan menggelupas lagi. Dah banyak cara dan pelbagai produk guna tapi tak ada hasil langsung.
Kadang-kadang penggunaan produk tertentu juga boleh memudaratkan lagi dan tidak sesuai dengan bibir kita. Jadi, kalau nak bibir merah semulajadi, tak perlu guna produk mahal, hanya guna beetroot dan vaseline pun dah cukup.
Bila ada anak kecil, jangan hairanlah bila ada sofa bertompok dan kotor kesan dari air tertumpah, minyak dan sisa makanan. Dah bersihkan tetap juga tinggal kesannya. Malu pula bila ada tetamu datang.
Biasanya sofa jenis fabrik mudah nampak kesan tompokan. Tambah-tambah kalau sofa mahal, boleh jadi murah bila ada kotoran seperti ini. Salah cara bersih boleh merebak kesannya.
Jadi, daripada pening dan membazir upah orang bersihkan, mak-mak boleh buat cara ini. Paling senang dan mudah untuk hilangkan sifa bertompok ini.
DIY Storage Bench Meja Makan, Mudah Sangat Macam Buat Kotak, Dalam Boleh Simpan Macam-Macam! Sesekali nak ubah ‘wajah’ untuk penstoran dan dekorasi ruang dapur boleh cuba buat sendiri ‘Storage Bench’ ini. Dah ada ukuran yang betul, mudah je nak buat macam pasang kotak. Paling penting boleh simpan macam-macam barang nanti.
DIY Storage Bench Untuk Meja Makan, Fefeling Makan Kat Restoran Fast Food
Dah lama mengidam nak ada tempat makan macam ni kat rumah. Tapi belum sampai seru nak buat.
So, memandangkan nanti nak raya, Mokcik usahakan jugak la buat sebelum Ramadhan ritu. Posa-posa tak larat la nak bertukang, kang nak masak lagi mana sempat. Kang orang kat rumah ni berbuka makan habuk kayu plak.
Kali ni Mokcik order 2 keping plywood 18mm dan suruh kilang potong siap-siap ikut lebar. So, Mokcik hanya tinggal potong ikut panjang je la. Kurang la sikit kerja memotong kayu kat depan rumah nanti.
Cara pasang bench ni mudah sangat. Macam buat kotak jek.
Dalam tu boleh la simpan macam-macam.
Satu bench tu Mokcik simpan kerusi makan yang boleh lipat tu.
Satu lagi tu masih kosong, taktau lagi nak letak apa.Nak menyorok dalam tu pon boleh gak.
Ini hasil potongan rangka bench tu. Ada 5 keping untuk setiap satu bench.Penutup dia belum potong masa ni.
Inilah plywood yang dah siap dipotong dan dihantar oleh kilang.
Sangat tepat potongan dia. Rubberwood belakang tu lebihan buat ALMEJA dulu.
Saya wasap orang kilang plywood tu suruh dia potong ikut macam dalam gambar ni. Saya suruh kilang potong siap-siap ni sebab saya nak kurangkan aktiviti potong plywood kat depan rumah.
So, saya hanya tinggal potong ikut panjang sahaja nanti.
Sudut makan-makan ala restoran fast food.
Memang tak nak buat yang berkusyen sebab rumah ni ada majikan yang suka creett sana sini.
Kalau buat yang berkusyen mamang lawo.
Ini lah rupa dia bila dibuka.Kayu penutup guna Rubberwood 20mm tu agak berat, lebih kurang 10kg.
So, tak boleh ikut instruction cara pasang yang diberikan.Kena pasang gas spring tu lebih menegak. Baru la dia lebih ringan dan lebih lembut bila diturunkan.
Kaki meja tu mungkin nak buat lain tengok la kalau rajin.
Mingguan Wanita:Menarik juga idea storage bench dekat meja makan ni. Nampak kemas dan cantik macam makan dekat restoran. Paling penting boleh jadi ruang penstoran berguna.
Masuk saja bulan Ramadan, mak-mak tentu dah fikir nak buat biskut raya kan! Tahun ni boleh dikatakan harga biskut raya pun boleh tahan juga, jadi lebih baik buat snediri baru puas hati.
Namun, tak semua mak-mak ‘rajin’ nak buat biskut raya. Bimbang tak menjadi, keras, hangus, kembang dan sebagainya. Daripada membazir, lebih baik beli saja.
Bagi mak-mak yang baru belajar nak buat biskut raya tahun ini, boleh dapatkan panduan ini, mungkin ia boleh membantu dan jadikan biskut raya ‘terpaling’ sedap yang pernah buat, kan!
Beberapa tip yang bukan setakat untuk mak-mak amatur tapi boleh dijadikan panduan buat semua. Maklumlah, ada masanya sukatan dah betul tapi tetap tak jadi. Boleh rujuk panduan ini.
1) Gunakan mentega yang agak sejuk kerana jika menteganya terlalu lembut, ia akan cepat cair – akibatnya biskut menjadi leper dan gelap.
2) Jangan gunakan telur saiz besar kerana kandungan putih telur yang lebih. Putih telur pula mengandungi air. Itu yang membuat biskut terlalu kembang dan susah nak garing walaupun dibakar lama.
3) Jangan pukul telur terlalu lama bila membuat biskut kerana ia akan menambah angin ke dalam doh – mengakibatkan biskut gelembung ketika dibakar.
4) Jika menggunakan mesin pengadun, jangan pukul terlalu lama ketika masukkan tepung, jika tidak ‘gluten’ daripada tepung itu akan membuat biskut menjadi keras.
5) Selalu ‘rehatkan’ doh sebentar sesudah diadun. Jangan terus mencanai atau membakarnya. Jika membuat chocolate chip, selalu ‘rehatkan’ doh di peti sejuk selama lima hingga 10 minit dahulu sebelum membakarnya.
6) Apabila doh sudah siap diadun, bahagikan ia kepada beberapa bahagian untuk disejukkan dan ‘direhatkan’. Jangan ‘rehatkan’ kesemua doh itu dalam satu mangkuk. Ambil satu persatu doh yang mahu digunakan. Sebab jika kita gunakan semua dohnya sekaligus, doh itu akan mula keluar minyak – menjadikan biskut cepat gelap walaupun baru sahaja dibakar.
7) Jika membakar biskut chocolate chips, tidak boleh oles loyang dengan mentega. Harus gunakan baking paper atau parchment paper. Jika tidak, biskut chocolate chips itu akan kembang, leper dan cepat hangus.
8) Bagi biskut seperti makmur, sugi dan yang lain yang kita inginkan hasilnya garing, harus gunakan loyang yang dioles dengan mentega.
9) Pastikan ketuhar sudah dipanaskan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum mula membakar biskut atau kek.
10) Jika membakar biskut beberapa loyang sekali gus, lebih baik gunakan fungsi kipas di ketuhar. Jika ketuhar tidak ada fungsi kipas, tukar posisi loyang itu sesudah 10 minit dibakar – yang di atas ditukarkan ke bawah dan yang bawah dinaikkan ke atas dan sebagainya.
11) Jangan tinggalkan biskut di atas loyang terlalu lama sesudah keluarkan dari ketuhar. Biarkan ia di atas loyang itu selama 3-5 minit sahaja dan kemudian pindahkan ke atas ‘cooling rack’. Setiap biskut akan ada wapnya (condensation) bila sudah dibakar dan apabila diletakkan di atas ‘cooling rack’, wap itu akan kering. Itu yang membuat biskut itu lebih garing dan tahan lama.
12) Pastikan biskut benar benar sejuk sebelum dimasukkan ke botol.
13) Untuk biskut yang mengandungi ‘peanut butter’, lebih baik jika ianya disimpan di peti sejuk kerana ‘peanut butter’ itu mungkin akan membuat biskut menjadi cepat tengik.
Mingguan Wanita : Moga ia memberi panduan buat mak-mak yang nak buat biskut raya tahun ini ye.