bibir

Bibir yang mungil, sihat dan kemerahan bagaikan delima adalah impian bagi setiap wanita.Namun bukan setiap wanita bertuah memiliki bibir sebegini. Ramai yang mengalami bibir kusam dan gelap sekaligus mampu ‘menjejaskan’ penampilan wajah.Sebenarnya ada cara mudah wanita boleh kembalikan keserian bibir dengan petua-petua semula jadi ini.

9 Tips Penjagaan Bibir Supaya Sentiasa Kelihatan Merah Dan Menawan:

1. MADU

Tips memerahkan bibir yang pertama ialah dengan menggunakan madu.Untuk memerahkan bibir, sapukan pada bibir hingga merata kemudian biarkan ianya meresap kepada bibir selama 15 hingga 20 minit. Setelah itu, basuhlah dengan air biasa atau suam. Lakukan rutin ini 3 atau 4 kali dalam seminggu. Insya-Allah, dalam beberapa minggu, bibir anda akan kelihatan cerah dan kemerahan.

9 Petua Semula Jadi Agar Bibir Yang Kusam, Kembali Berseri Merah Bak Delima Tak Perlu Pakai Gincu!

2. LIMAU NIPIS

Tips memerahkan bibir yang seterusnya ialah menggunakan limau nipis. Limau nipis juga dapat mengurangkan hitam di bibir kerana ianya kaya dengan Vitamin C. Caranya ialah perahkan air jus limau sebanyak 2-3 sudu kecil, dan bancuhkan bersama air suam. Sapukan pada bibir dan biarkan selama 10 hingga 15 minit. Setelah itu, bilaslah dengan air suam. Lakukan sebanyak 1-3 kali sehari.

3.GOSOK BIBIR DENGAN BERUS GIGI

Selain menggunakan ubat gigi untuk gigi dan lidah, ubat gigi juga boleh diletakkan pada bibir seperti skrub.Sebelum menggosok gigi, oleskan sedikit pada bibir. Gunakan berus gigi untuk membersihkan bibir anda sewaktu membilasnya selepas 3-4 minit.Proses ini akan membuang sel-sel mati dan menggalakkan pembinaan kolagen, menjadikan hasil bibir lebih muda remaja.

9 Petua Semula Jadi Agar Bibir Yang Kusam, Kembali Berseri Merah Bak Delima Tak Perlu Pakai Gincu!

 

4. ‘LIP GLOSS’ BUAH-BUAHAN SEGAR

Buat sendiri ‘lip gloss’ atau balm dengan menggunakan buah-buahan merah semula jadi seperti strawberi, delima, buah naga, atau beri merah. Caranya lenyek atau kisarkan bahan-bahan ini dan tambahkan sedikit madu (sekiranya ada) dan oleskan pes ini pada bibir. Bilaskannya apabila ia mengering. Lakukan sekerap mungkin, sekurang-kurangnya 3 kali sehari.

IKLAN

Buah-buahan ini bukan saja memberi kelembapan bibir, ia juga membantu mengembalikan nutrisi serta menyerlahkan kemerahan bibir.

5.GULA

Gula sebenarnya merupakan bahan utama dalam pembuatan skrub bibir yang berada di pasaran.Mak-mak boleh buat sendiri skrub bibir di rumah menggunakan gula kasar dengan mencampurkannya dengan jeli petroleum atau ‘vaseline’ yang biasa terdapat di pasaran. Bahannya sangat mudah, seperti sukatan di bawah:

1/2 cawan gula
2ml jeli petroleum (‘vaseline’)
Kalau tak ada ‘vaseline’ bolehlah diganti dengan air suam.

Caranya campurkan bahan hingga sebati dan sapukan pada bibir dalam gerakan membulat selama 3-4 minit. Bilaskan apabila ia kering.

IKLAN

9 Petua Semula Jadi Agar Bibir Yang Kusam, Kembali Berseri Merah Bak Delima Tak Perlu Pakai Gincu!

6. ‘BEETROOT’

Ubi bit atau ‘beetroot’ adalah salah satu makanan yang berwarna merah semulajadi. Ia mempunyai ciri pencerah semulajadi yang boleh membantu mencerahkan warna bibir yang gelap. Sebelum masuk tidur dan oleskan jus ubi bit ini pada bibir. Warna merah pada jusnya ini akan meresap pada bibir dan menjadikan bibir merah bak delima pada keesokan paginya!

Boleh juga mencampurkan jus ubi bit dengan jus lobak merah untuk khasiat yang tak kurang hebatnya. Urutkan pada bibir selama lebih kurang 10 minit sebelum membilasnya dengan air suam. Lakukan langkah ini sekurang-kurangnya sekali setiap hari.

9 Petua Semula Jadi Agar Bibir Yang Kusam, Kembali Berseri Merah Bak Delima Tak Perlu Pakai Gincu!

IKLAN

7. SAPU MINYAK KACANG BADAM SEBELUM TIDUR

Kacang badam atau hazelnut mempunyai kandungan Vitamin E yang tinggi. Ianya dapat memerahkan bibir secara semulajadi. Sapukan minyak badam sebelum tidur. Ianya juga dapat meningkatkan kelembapan bibir.Selesai mencuba tips memerahkan bibir ini, jangan lupa gosok gigi!

8. BANYAKKAN MINUM AIR KOSONG

Selain melakukan petua di atas, pastikan meminum banyak air kosong untuk membantu penghidratan dan pengedaran darah. Kedua-dua proses ini adalah kunci kepada petua merahkan bibir secara semulajadi.

9 Petua Semula Jadi Agar Bibir Yang Kusam, Kembali Berseri Merah Bak Delima Tak Perlu Pakai Gincu!

9. SAPU MINYAK ZAITUN

Selain itu, tips memerahkan bibir yang lain ialah dengan menyapu minyak zaitun. Minyak zaitun juga membantu dalam memerahkan bibir. Campurkan minyak zaitun dengan sedikit gula, kemudian sapu pada keseluruhan bibir dan tunggu beberapa minit. Selepas itu, urut keliling bibir secara perlahan dengan arah lawan jam, kemudian bilas sehingga bersih.

9 Petua Semula Jadi Agar Bibir Yang Kusam, Kembali Berseri Merah Bak Delima Tak Perlu Pakai Gincu!

 

Selamat Mencuba! Semoga Bermanfaat.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI