BIHUN GORENG Lembut Tak Hancur Putus, Buat Lubang Tengah Kuali Gaul ‘Sopan’! Nak masak bihun goreng ada teknik dan caranya. Bukan apa, jika salah kaedahnya bihun jadi tak cantik, keras kejung atau mudah hancur dan putus-putus.

Nak goreng bihun cantik, ikut tip seperti yang dikongsikan oleh Puan Nurjuwaini Aziz ini sebagai panduan;

Bila nak goreng bihun untuk 200 pax, masa ni memang masak sekawah terus. Boleh guna bihun beg besar, dalam 4kg per bag. Satu beg boleh cater untuk 60-70pax.

Yang paling mencabar, waktu nak mengacau bihun. Kena guna kudrat tulang empat kerat. Dah macam kacau dodol. Sikit lagi macam kacau bubur asyura. Kena guna sudip besi yang panjang. Tujuannya supaya dasar kawah tak berkerak nanti.

1) Rendam Dalam Air Biasa

Bihun ni kena rendam di dalam air biasa dulu. Tak perlu air panas. Dalam sejam pun ok. As long as bihun ni lembut.

2) Elak Tambah Air Selepas Masuk Bihun

Siapkan pes rencah dulu, kemudian masukkan bihun. Sewaktu nak menggoreng, selepas dimasukkan bihun, elakkan dari menambah air ke dalam kuali. Tambah air bukan membantu bihun lembut, tapi membuatkan bihun kembang, putus dan hancur. Teksturnya boleh jadi kurang cantik.

3) Buat Lubang Di Tengah Kuali

Jadi untuk jadikan bihun lembut sewaktu menggoreng, mula-mula gaul sebati bihun dengan rencah dulu, kemudian buatkan lubang di tengah-tengah. Pastikan boleh nampak dasar kuali di bawah tu. Guna api perlahan.

Selepas beberapa ketika, dasar kuali tu akan berasap, kacau bihun perlahan-lahan dengan penuh kesabaran. Jangan sesekali putuskan bihun. Masak dengan sopan. Lebih elok sambil kacau sambil selawat ke atas Nabi Muhammad. Pahala pun dapat.

IKLAN

BIHUN GORENG Lembut Tak Hancur Putus, Buat Lubang Tengah Kuali Gaul ‘Sopan’!

4) Kacau Perlahan

Ulang langkah buat lubang di tengah dan kacau dengan sopan sehingga bihun betul-betul lembut. Bila dah lembut, boleh masukkan sayur-mayur. Gaul sebati. Bila siap boleh angkat bihun dan hidang ke dalam bekas.

BIHUN GORENG Lembut Tak Hancur Putus, Buat Lubang Tengah Kuali Gaul ‘Sopan’!

IKLAN

Teknik ni applicable untuk goreng bihun skala kecil mahupun besar. Dan yang pasti, tiada cara betul atau salah dalam memasak ni. Masing-masing ada cara dan teknik sendiri. Mari raikan perbezaan kita. Hidup aman harmoni.

Selamat Mencuba!

Mesti Baca:Bihun Goreng Udang Kering 12 Sudu Gula VIRAL, Resipi Arwah Tok Nek!
Baca Lagi Di Sini:8 Kesalahan Goreng Bihun Yang Mak-mak Pernah Buat Dalam Tak Sedar, Sebab Tu Keras, Hancur Dan Tak Kenyal
Artikel Menarik:‘Patutlah Bihun Masak Malam Esok Basi..’ Buat Begini Sebelum Masuk Cili

IKLAN

Mingguan Wanita:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang tak pandai sangat nak goreng bihun tu, boleh ikut tip yang dikongsikan ini. Barulah bihunnya cantik, tak putus-putus, tak keras mahupun lembik. Sedang elok je.

Sumber: Nurjuwaini Aziz

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI