Dipantau 4 Doktor, Diberi Dos Steroid Yang Tinggi Dalam Rawatan. Itulah antara perkembangan terkini pelakon Nad Zainal yang kini masih dipantau di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan di Ampang.
Ibu tunggal kepada dua anak itu juga dipercayai mengalami autoimun iaitu keadaan di mana sistem imun menyerang sel atau tisu sendiri.
Dipantau 4 Doktor, Diberi Dos Steroid Yang Tinggi Dalam Rawatan
Berkongsi perkembangan kesihatan Nad, pelakon, Ungku Ismail menyatakan doktor belum dapat mengenal pasti punca pendarahan berterusan pada paru-paru Nad.
Seperti mana dipetik menerusi Berita Harian Online, Ungki Ismail turut memberitahu Nad dipantau empat doktor dan diberi dos steroid yang tinggi dalam rawatan.
“Doktor memaklumkan mereka belum mengenal pasti punca mengakibatkan pendarahan berterusan dalam paru-paru Nad. Sehingga kini, pendarahan terus berlaku.
“Jadi, doktor sedang berusaha mengeluarkan darah yang berkumpul dalam paru-paru. Bermacam-macam ubat sudah diberi termasuk antibiotik.
“Namun, tidak memberi apa-apa kesan atau tindak balas terhadap jangkitan yang dialami Nad,” katanya.
Ads
Ungku Aziz turut memaklumkan, doktor juga tidak pasti sama ada jangkitan berpunca daripada kencing tikus atau bakteria lain berikutan Nad tidak mempunyai gejala yang boleh dikaitkan.
“We Love You. Kuat Terus Berjuang Untuk Anak-Anak” Fasha Sandha
Menerusi ruangan komen, pelakon Fasha Sandha juga menitipkan doa buat rakan seperjuangannya agar terus kuat berjuang demi anak-anak.
“We Love You. Kuat Terus Berjuang Untuk Anak-Anak” Fasha Sandha
Difahamkan turut melawat ke hospital adalah Sharifah Amani, Nabila Huda, Nadia Aqilah, Sherry Alhadad, Aliff Aziz, Bella Astillah, Didie Alias, Sharifah Sakinah, Nadiya Nisaa dan ramai lagi.
Selain itu, bekas suami Nad, Faliq Amiruddin hadir bersama dua anak mereka, Fahad Ibrahim dan Budi Kalsom.
Nadir Al-Nuri berpeluang peluk anak selepas 6 bulan tak bertemu, misi pertemukan keluarga ini diketui PMX. Sejak semalam tular kisah tindakan dalam diam Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Anwar Ibrahim yang membantu satu-satunya rakyat Malaysia di Palestin, Nadir An Nuri untuk bertemu dengan anak dan keluarganya selepas lebih 6 bulan terpisah.
Nadir yang sempat berada di Malaysia sejak 6 bulan lalu, sering menyatakan rasa rindu kepada anak-anaknya di bumi bergolak P. Ditambah bumi G sentiasa bergolak dan dihujani bom.
Nadir Al-Nuri Berpeluang Peluk Anak Selepas 6 Bulan Tak Bertemu
Selepas 183 hari melalui hari yang panjang, dirinya telah dipertemukan dengan anak-anak, melepaskan rindu selepas sekian lama tidak bertemu dalam satu “misi gila” diketuai oleh PMX yang melakukan tindakan dalam diam membantu keluarga ini.
Baca catatan Nadir Al-Nuri.
183 hari terpisah dari anak-anak, akhirnya Nadir berpeluang memeluk mereka
183 Hari Yang Panjang :
Hati saya hanya Allah sahaja yang tahu, betapa seluruh jiwa ini tertinggal di bumi G. Anak kecil, wanita dan keluarga berpindah-randah saat rumah kami juga habis dimusnahkan.
Naik turun emosi bila dapat berita jiran, sahabat dan kaum kerabat kami di sana terkorban saban hari.
Di sana setiap 10 minit satu jiwa akan syahid! Waktu malam adalah waktu yang sukar untuk memejamkan mata saat mendapat berita ada seluruh keluarga sahabat terkorban akibat bedilan regim yang memang mensasarkan orang awam.
Hasbunallah Wani’mal Wakeel.
Dengan segala ujian, Allah pasti bersama kita kerana Dialah selayaknya wakil susah senang hambanya..
Kisah bermula saat G sedang sengit berperang manakala keluarga saya berjaya mengharungi kepayahan dan sampai ke Rafah untuk menyelamatkan diri. Saya bersama sahabat merangkap kekanda kami, (Dr) Sani Araby MAPIM diberikan peluang bertemu watak utama misi menyelamat sebulan lepas di satu majlis di Shah Alam, beberapa hari sebelum beliau ke Berlin.
Dalam ramainya orang, sempat saya maklumkan keluarga terkandas di Rafah. Beliau hanya sempat membelek kiriman kami, memberikan respon ringkas ‘saya akan bantu’ dan terus menaiki kenderaannya memecut ke majlis seterusnya.
Hati saya mula luluh, mungkin itu bahasa orang politik saja. Namun dalam surat saya, ada saya akhiri ayat dengan ‘Kepada Allah jualah kami berserah’. Saya langsung tawakal dan dan serahkan segalanya kepada Allah.
“Misi Gila” Pertemukan Keluarga Ini Diketuai PMX
Sehari sebelum Aidilfitri, saya dihubungi Setiausaha Politik PMX, Tn Farhan Fauzi, watak penting yang mengusahakan misi ini. Sejak awal peperangan beliaulah yang kerap menjemput kami ke pejabatnya di Putrajaya dan selalu menghubungi kami bertanyakan keadaan keluarga dan perkembangan di G.
Kali ini nadanya berbeza, agak serius dan beliau memaklumkan kami untuk datang ke satu lokasi khas. Saya dan (Dr) Sani saja dibenarkan ke sana! Allahuakbar. Ada apa pula ni? Saat sampai ada kenderaan hitam menanti. Risau juga macam dalam movie.
Alangkah terkejutnya saya saat pintu dibuka, saya diterpa anakanda yang selalu hadir dalam mimpi sekian malam. Air mata seorang ayah sudah bertakung tak mampu menahan kerinduan..
Saya sudah biasa melalui perang di G, melihat kehilangan dan air mata serta cekalnya kehidupan. Tetapi misi ini saya katakan ‘Misi Gila’ kerana bukan mudah untuk dikeluarkan keluarga saya saat bedilan roket dan hentaman bom bertali-arus, malah ketegangan di sempadan juga berlanjutan. Namun secara senyap pemimpin negara menghubungi pihak sana; ternyata diplomasi insani ini jauh lebih berkesan daripada kaedah yang lain.
Prosesnya cepat, teratur dan lancar walaupun penuh dengan 1001 cabaran tersirat. Kisahnya akan keluar satu demi satu tetapi tak semua saya berhak untuk kongsikan.
Tetapi watak utama dalam ‘Misi Gila’ ini adalah Perdana Menteri kita, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sendiri!
Suka beliau atau tidak, dalam soal P umat perlukan satu ketumbukan. P pernah bergantung kepada garangnya Saddam Hussein, kemudian lantangnya Erdogan. Kini tiba giliran kita dan yang boleh kita banggakan ialah ketegasan Malaysia dalam bersolidariti.
Tindakan PMX menghalang kemasukan kapal milik penjajah ke pelabuhan kita, ketegasan menyatakan sokongan kepada Hms dan mutakhir jawapan berpendirian di hadapan Chancellor German menjadikan nama Malaysia disebut-disebut di kalangan marhaen di jalanan bumi penuh keberkatan selain menjadi bual bicara di peringkat antarabangsa.
Semoga kita terus bersatu membela nasib saudara kita, menjadi jaguh di peringkat dunia dan berani mengiringi kata-kata dengan langkah di alam nyata.
Untuk PMX, PMO, (Dr) Sani dan semua pihak yang menjayakan usaha ini samada secara langsung mahupun mendoakan, kami sekeluarga mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga.
Semoga Allah sahaja membalas jasa kalian semua, ameen.
“Tudung is my hair. Kalau tak ada tudung, rasa macam botak. Masak pun pakai tudung, tidur pun dengan tudung…inilah perkongsian dari artis legenda, Bonda Noor Kumalasari.
Dalam pertemuan Mingguan Wanita bersamanya, bintang kesayangan ramai ini turut sebak dan mengalirkan air mata tatkala bercerita tentang hijrah 30 tahun lalu mengenai pemakaian tudung yang dilakukannya seterusnya memilih untuk tidak lagi bergelar anak seni walau menerima banyak tawaran.
Mengimbau kenangan lalu, kata Bonda Noor, dahulu balik dari Makkah, dirinya masih tidak menutup aurat dengan sempurna biar ada dinasihati oleh suaminya kerana mati itu akan berlaku tanpa kita tahu.
“Ketika itu Kak Noor cakap, Kak Noor nak pakai ikut kata hati. Kak Noor minta pada Allah dan itulah yang berlaku hingga ke hari ini. Tak pernah tanggal langsung dah. Dah macam rambut.
“Lagi satu bila kita memilih bertudung, kena tanya pada hati kita. Kita pakai untuk siapa? Pakai untuk diri sendiri? Untuk suami? Atau kerana Allah? The best thing pakailah kerana Allah kerana itu adalah syariat dan tuntutan menutup aurat bagi wanita. Ya itulah kita kena lakukan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Hari perkahwinan merupakan hari yang paling bahagia apabila ia turut diraikan oleh insan tersayang, saudara mara mahupun rakan-rakan.Namun demikian atas rasa sedih dan berkecil hati, seorang wanita di China nekad meletakkan jawatan selepas kecewa kerana hanya seorang daripada 70 rakan sekerja menghadiri majlis perkahwinannya, lapor laman berita Oddity Central semalam.
Rasa ‘Dimalukan’ Rakan Sekerja
Menurut laman berita ETtoday, wanita yang identitinya tidak dinyatakan itu meluahkan rasa kecewa di media sosial kerana dimalukan oleh rakan-rakan sekerja pada hari bahagianya.
Wanita berkenaan dikatakan bekerja di syarikat tersebut selama lima tahun dan mengaku mempunyai hubungan rapat dengan rakan-rakan sekerjanya.
Hadir Majlis Kahwin Rakan Sekerja
Dia juga pernah menghadiri majlis perkahwinan satu pertiga daripada 70 rakan sekerjanya, justeru, apabila tiba gilirannya untuk berkahwin, dia yakin mereka akan turut serta.Selain itu, dia menjemput kesemua mereka kerana bimbang ada yang akan berkecil hati sekiranya tidak dijemput.
Tidak dinyatakan sama ada tetamu perlu membuat pengesahan kehadiran sebelum majlis berlangsung atau sebaliknya.
Pada hari perkahwinan tersebut, wanita berkenaan telah mengkhususkan enam meja khas buat semua rakan sekerjanya namun malangnya, hanya seorang yang hadir.
Rakan yang hadir itu merupakan seorang pekerja junior yang berada di bawah seliaannya, yang mungkin berasa bertanggungjawab untuk hadir ke acara itu.
Berdasarkan hantaran di laman sosial Weibo, wanita tersebut berkata, dia berasa dimalukan di hadapan tetamu lain terutamanya keluarga sebelah suaminya.
Dia akhirnya membuat keputusan untuk meletakkan jawatan kerana enggan terus bekerja dengan orang yang telah memalukannya pada hari perkahwinan sendiri.
Mingguan Wanita:Kasihannya. Faham sangat perasaan sedih dan kecewa tu. Hari bahagia sepatutnya diraikan dengan kawan-kawan, dah dijemput namun tak datang. Sangat rasa tak dihargai. Bertabahlah ada kawan-kawan sebegini. Seeloknya cari persekitaran kerja yang lebih positif dan menghargai kawan.
Isteri sedih diceraikan suami, pilih kahwin dengan janda, kawan baik sendiri. Curang dalam perkahwinan adalah satu bentuk pengkhianatan yang sukar dimaafkan. Namun, apabila kecurangan itu melibatkan rakan baik sendiri, ia bukan sahaja menghancurkan rumah tangga, tetapi turut meranapkan sebuah persahabatan yang dibina sekian lama.
Isteri Sedih Diceraikan Suami, Pilih Kahwin Dengan Janda, Kawan Baik Sendiri
Dalam satu hantaran di Facebook, seorang wanita dikenali sebagai Nazratul Filza tampil berkongsi kisah hidupnya yang mengejutkan apabila rumah tangga yang dibina selama 9 tahun musnah gara-gara perbuatan curang suami bersama kawan baik sendiri.
Perkongsian yang dimuat naik di Facebook sempena Hari Raya ke-10 itu pantas mencuri perhatian netizen yang rata-rata turut meluahkan rasa simpati.4
Hari ini, sempena raya-10, aku reveal dengan senang hati dan hati yang terbuka.
Pendek cerita, kawan ni banyak jenis. Ada yang ada time susah senang.
Ada yang time senang je. Pastu ghaib terus. Ada yang bermuka-muka. Depan baik, belakang kita hampeh. Dasar hipokrit. Ada yang jenis tikam kawan sendiri. Ada yang jenis tak tahu malu, rampas suami orang.
KAWAN yang macam ni lagi bahaya. Biar mulut macam puaka, jangan perangai macam s*****. xoxo
Tak pernah menyangka perkahwinan 9 tahun berakhir seperti ini . Bila suami berskandal dan CURANG dengan sahabat sendiri.
To JANDA PENYONDOL, manusia perosak hubungan,
BALQISH MINHAT apa rasa dah sondol laki orang. Happy tak? Tak payah rasa tersakiti, terpingga-pingga.
Misi ko jd hidden wife is completed.✔️
Don’t make you look innocent, tak nampak innocent pun, nampak lagi bodoh lagi adalah aku letgo FIKRI HUSSIN pada ko, the real jantan yg menjandakan bini untuk janda .Terima kasih untuk 9 tahun perkahwinan , cerita kite telah habis.
Memang manusia tak mampu lari dari kesilapan, tapi kalau curang atau layan suami orang, tu bukan kesilapan tapi pilihan dan bukan suatu kecuaian.
Good luck untuk menerima kecaman org lain.
Kau tak kan bahagia atas penderitaan org lain dan curang tak pernah berakhir dengan KEBAHAGIAN.
Hubungan yang dimulakan dengan tidak baik, selalunya akan berakhir dengan tidak baik jugak.
Allah akan bayar kifarah kat dunia ni. Hidup kau tak kan pernah TENANG dengan ape yang kau dah buat.
Asbab dari doa org yang teraniaya.
Sengsara lah dalam kebahagian seumur hidup Aamin YRA
Pengkhianatan oleh suami dan rakan baik adalah ujian berat dalam hidup seseorang wanita. Namun, ia juga boleh menjadi titik tolak untuk memperkuatkan diri dan memulakan hidup yang lebih bermaruah. Percayalah, setiap luka akan sembuh dengan masa, dan setiap pengkhianatan membuka jalan untuk sesuatu yang lebih baik.
Inkues Zara Qairina bermula 3 September 2025, seramai 195 saksi dirakam percakapan. Mahkamah Koroner Kota Kinabalu menetapkan prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian pelajar...