Dimalukan atau dibuli di tempat kerja kini dikira sebagai jenayah, tiada lagi alasan melawak.

Mulai 11 Julai 2025, gangguan di tempat kerja bukan lagi dianggap isu biasa atau “masalah dalaman syarikat”. Ia kini sah diklasifikasikan sebagai jenayah di bawah Kanun Keseksaan Malaysia.

Undang-undang baharu ini memberi ruang kepada mangsa terutama wanita untuk membuat laporan polis terhadap gangguan yang dialami di tempat kerja atau secara digital.

Pindaan ini datang selepas kerajaan meluluskan Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2025 termasuk beberapa seksyen khusus bagi menangani gangguan emosi, buli, ugutan dan buli siber yang sering kali menjejaskan kesejahteraan wanita di tempat kerja.

Apakah bentuk gangguan yang membolehkan ianya dilapor kepada pihak polis?

a) Gangguan secara lisan atau verbal abuse. Contohnya maki hamun, hinaan, kutukan berulang.

b) Sindiran berunsur memperlekehkan maruah. Contohnya, sindiran tentang rupa fizikal, jantina, umur, status perkahwinan, keupayaan mental.

Ads

c) Buli psikologi atau emosi (emotional bullying). Contohnya, ugutan pasif, boikot sosial, isolasi dalam organisasi.

d) Gangguan seksual (verbal atau fizikal). Contohnya ucapan lucah, ajakan seks, sentuhan tidak diingini.

e) Buli siber & doxing (penyebaran maklumat peribadi)
Contoh: Sebar nombor telefon, alamat rumah, gambar peribadi tanpa izin.

Berikut adalah beberapa seksyen penting dalam pindaan Kanun Keseksaan yang terpakai:

Ads
SeksyenJenis KesalahanHukuman
507BGangguan biasa (verbal, emosi)Penjara sehingga 3 tahun
507CUgutan melalui komunikasiPenjara sehingga 1 tahun / denda
507D(1)Gangguan menyebabkan tekanan mentalPenjara sehingga 1 tahun
507D(2)Jika menyebabkan cubaan bunuh diriPenjara sehingga 10 tahun
507FDoxing / pendedahan maklumat tanpa izinPenjara sehingga 3 tahun

Apa boleh dibuat jika menerima gangguan di tempat kerja? 

i) Simpan bukti:– Simpan mesej, e-mel, nota suara, atau rakaman CCTV (jika ada).
ii) Catat kejadian:– Bila, di mana, siapa yang terlibat, dan apa yang berlaku.
iii) Lapor kepada HR:– Ini langkah awal untuk membuktikan anda sudah cuba menggunakan saluran dalaman.
iv) Buat laporan polis:– Ceritakan apa terjadi  terutama jika memberi kesan pada kesihatan mental.
v) Boleh juga lapor ke agensi lain:- Contohnya Jabatan Tenaga Kerja, SUHAKAM atau Talian Kasih (15999).

Undang-undang ini terpakai kepada semua pekerja termasuk sektor awam dan swasta, pekerja kontrak, pekerja sambilan dan pekerja separuh masa. Tiada had jantina, lelaki dan perempuan.

Ads

Kenapa semua ini penting? Menurut laporan Kementerian Sumber Manusia (2023), hampir 43% pekerja wanita pernah mengalami gangguan di tempat kerja. Namun 80% kes tidak dilaporkan kerana takut kehilangan kerja atau malu. Dengan pindaan undang-undang ini, pekerja kini ada saluran rasmi yang sah untuk bertindak.

Jadi sebelum bergurau atas alasan melawak, fikirlah bahawa gangguan kini sebagai jenayah. Anda boleh buat laporan polis jika mengalami sebarang bentuk buli, penghinaan, gangguan seksual atau psikologi. Dan kepada pembuli, ingat bahawa hukuman boleh mencecah 10 tahun penjara bergantung kepada kes.

TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-

“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.

Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI