Dijemput berbuka untuk dirai, anak yatim akhirnya makan di R&R. Tempat penuh hanya untuk tetamu. Tak terbayang akal bila mana anak-anak yatim yang sudah berharap dapat berbuka dengan makanan yang enak akhirnya terpaksa makan di kawasan Rawat & Rehat sahaja berikutan kerusi dan meja tidak diperuntukkan untuk mereka.
Untuk apa sekadar menjemput adanya kehadiran anak-anak yatim di bulan Ramadan yang mulia tetapi akhirnya melebih-lebihkan tetamu dari anak yatim yang dirai.
Allah sendiri menyuruh kita berbuat kebaikan dan memuliakan anak yatim.
Allah SWT berfirman yang bermaksud,
“Dan mereka bertanyakan kepada mu (wahai Muhammad) terhadap anak-anak yatim. Katakanlah bahawa berbuat islah (kebaikan) kepada mereka itu (anak-anak yatim) adalah merupakan suatu kebaikan.” (Surah Al-Baqarah ayat 220).
Dijemput Berbuka Untuk Dirai, Anak Yatim Akhirnya Makan Di R&R
Satu perkongsian di fb Raja Annuar Adnan pasti membuat kita tersentuh hati. Dirinya terserempak dengan sekumpulan anak yatim sedang berbuka di R&R. Menyedihkan kata penyelia mereka, anak-anak ini berusia di antara 7-17 tahun menerima jemputan berbuka tapi akhirnya tiada tempat duduk untuk mereka dan diberikan seorang sebungkus makanan sahaja kerana tempat penuh dengan tetamu. Akhirnya mereka terpaksa berbuka di tepi highway saja untuk mengalas perut.
Sedih nak cerita. Benda berlaku selepas waktu berbuka tadi, ketika aku berbuka di RnR highway.
Lepas berbuka aku lepak kejap. Dalam jam 8 malam aku nampak ada sekumpulan anak-anak yatim dalam 30-40 orang bersama 2-3 penyelia mereka. Anak-anak yatim tu dalam lingkungan 7-15 tahun. Aku tau sebab aku tanya salah seorang penyelianya.
Mereka duduk dengan masing-masing membuka dan menjamah sebungkus makanan, seketul daging berkuah kari. Kuat suara mereka berdoa sebelum makan. Tapi aku tengok tiada minuman buat mereka.
Aku tanya penyelia tu, “Dari mana?”
Jawab penyelia, “Tadi ke jemputan majlis berbuka, mereka beri bungkusan makanan”.
Ads
Aku tanya, “Kenapa tak makan di majlis tu?”
Jawabnya, “Tak ada ruang untuk anak-anak ni, tempat hanya untuk tetamu mereka”.
Tempat Penuh Hanya Untuk Tetamu
Bila aku kira dalam 40 orang kos belanja air lebih kurang RM100, aku tawarkan untuk belanja mereka air. Penyelia tu kata air dah order tapi belum bayar.
Aku ke kaunter untuk bayar. Budak counter air tu kata dah ada orang lain bayar. Alhamdulillah, ada juga yang pemurah.
Kesimpulannya, aku harap janganlah kita menganiaya anak-anak yatim. Kasihanilah mereka.
Saya yakin mereka yang semuanya sudah berpakaian baju Melayu seragam warnanya pasti teruja kerana menjangkakan akan diraikan di majlis itu.
Ads
Maklumlah bukan selalu dapat peluang keluar dan disajikan makanan yang enak sikit. Bukan untuk pergi ambil bungkusan dan balik.
Pihak pengurusan anak yatim sudah bersusah payah membawa mereka, mengurus dan membayar kos pengangkutan. Setiap sen yang dibelanjakan besar bagi mereka.
Bagaimana dengan perasaan mereka. Pasti kecewa dan rasa terhina. Pasti mereka rasa dipergunakan kerana kononnya majlis tersebut menyantuni anak-anak yatim, sebaliknya melayani anak-anak syurga ini seperti insan buangan.
Bersabarlah anak-anak syurga ku sayang.
Mingguan Wanita : Kadang-kadang pengorbanan isteri langsung tak dihargai oleh suami. Mungkin inilah jalan terbaik untuk cari kebahagiaan lain.
Mak ayah yang nak ke sekolah untuk dapatkan result anak, Guru Bimbingan dan Keunseling, Kementerian Pelajaran Malaysia, Abdul Muiez Ruslee ini beri cadangan. Agar hadiahkan antaranya rim A4 pada pihak sekolah untuk kegunaan kelas anak-anak.
Dan ada juga senarai hadiah lain yang mak ayah tak terfikir pun nak beli. Rupanya benda-benda sebegini penting untuk kelas anak-anak kita. Kalau mak ayah memberi secara berjemaah, tentu hasilnya lebih baik untuk kelas anak mak ayah.
Pada awalnya, rasa malas pula nak singgah kedai bagai. Ya lah. Setakat 2 rim, apa sangatlah yang boleh dibantu. Agaknya mereka pun tak kisah dengan 2 rim tu. Celah gigi saja. Tapi memikirkan biar sedikit daripada tak ada, saya beli jugalah.
Bila saya serahkan kertas A4 itu kepada guru kelas anak-anak saya, masyaAllah, betapa cerianya wajah mereka. Senyuman menggula. Tak henti-henti ucapan terima kasih meluncur daripada mulut mereka.
Baru saya sedar, betapa berharganya satu rim A4 bagi guru-guru.
Nah. Kalau nak beli kertas A4, Tesco tengah buat jualan murah.
Cadangan Senarai Hadiah Untuk Guru Kelas Anak Anda
Kepada rakan-rakan yang akan menghadiri majlis temu mesra dengan guru kelas anak masing-masing, saya nak cadangkan beberapa barangan yang boleh kalian beli sebagai hadiah kepada pihak sekolah ataupun untuk kegunaan kelas anak kalian.
1. Kertas A4
Penggunaan kertas A4 sangat kritikal di sekolah. Banyak benda yang perlu dicetak. Terutamanya kertas soalan peperiksaan, ujian mahupun kerja rumah. Semasa ibu saya berkerja dahulu, katanya di sekolah beliau, kertas A4 selori dihantar oleh pembekal. Itu pun masih tak cukup. Jadi, 1 rim kertas A4 yang kita sumbangkan, saya yakin, sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban sekolah.
2. Pen Marker
Kalau kalian rasa kertas A4 itu mampu mengancam kemusnahan pokok di dunia, kalian boleh cuba beri pen marker. Pen marker itu diletak di dalam kelas, kemudian akan diguna oleh semua guru yang mengajar. Saya biasa mendapat jadual guru ganti untuk masuk ke kelas. Antara kelemahan saya ialah selalu terlupa membawa pen marker. Terpaksalah guna pelajar punya. Kalau ada pen marker wakaf, sekurang-kurangnya dapat membantu guru pelupa macam saya.
3. Pemadam Pen Marker
Bila dah ada pen marker, seeloknya berikan sekali pemadamnya. Senang.
4. Penyapu
Selain itu, kalian juga boleh hadiahkan penyapu. Memang sekolah ada sediakan penyapu untuk setiap kelas. Tapi hanya pada awal tahun saja. Bila dah masuk bulan 4 atau 5, biasanya penyapu dah hilang. Kelas lain rembat. Kalau tak hilang pun, penyapu tu dah berbentuk misai. Bila menyapu, bahagian tepi sahaja yang bersih. Tengah dah berlubang.
5. Penyodok
Oh ya. Pasangan penyapu ialah penyodok. Disebabkan penyodok ini diperbuat daripada plastik, jangka hayatnya biasa tak lama. Sama ada pecah atau sudah tak sempurna. Kena rembat dengan kelas sebelah pun satu hal juga. Macam mana penyodok boleh pecah? Sebab, budak-budak perempuan akan jadikan senjata untuk serang budak lelaki yang sering mengacau mereka. Dikejarnya budak tu dengan penyodok. Tak dapat, dibaling pula benda alah tu. Mana tak pecahnya.
6. Stapler Gun
Ini juga antara barangan hot yang kerap dipinjam. Masalahnya ialah, bila pinjam tak reti nak pulang. Jadi, selalu hilang. Apa kata mak ayah bagi satu stapler gun untuk kelas. Senang.
Rasanya, itu saja kot barang yang relevan untuk dihadiahkan kepada guru kelas anak kita. Alah, berapa sen sangat pun. Kan?
Teringat kisah burung kecil yang membawa air dalam paruh kecil untuk memadam api yang membakar Nabi Ibrahim. Allah tak lihat berapa banyak yang boleh kita sumbang, tapi Allah nak tengok apa yang kita dah buat. Hasilnya bukan manusia yang tentukan, semuanya kembali kepada iradat Allah jua.
Lebih 18 hari si comel Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin diwadkan selepas mengalami jangkitan kuman. Tanpa jemu ibunya, Nurul Erwani Zaidi berkongsi berkembangan anak perempuan sulungnya itu. Mohon doakan agar semakin sihat.
Agar, orang ramai yang mengikuti perkembangan Ainul mengetahui perkembangan kesihatan anaknya itu.
Terkini, ibunya memaklumkan keadaan anaknya kembali sihat. Dan ibu juga berkongsi prosedur rawatan yang diterima anaknya sepanjang berada di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) di sebuah hospital. Bagi merawat demam sawan yang dialaminya itu.
“Dalam 18 hari ni, 2 kali Ainul kritikal, 2 kali dia ventilated. Kesan ditidurkan 2 kali dan sawan yang serang berkali-kali tu mesti perlukan masa untuk Ainul recover.
Tapi Alhamdulillah, hari ini Ainul nampak semakin sihat. Dia dah start tekan tekan radio Omar Hana dia tu tukar-tukar lagu.
Cuma nampak dia masih belum berupaya untuk duduk sendiri. Kami kena dudukkan dan support dia.
InshaAllah Ainul pasti boleh. Dia akan kembali sihat seperti sediakala dalam dua tiga hari lagi. Semoga Allah swt izinkan.”
Doa Orang Ramai Untuk Ainul Agar Semakin Sihat
Orang ramai yang membaca perkongsian ibu Ainul juga tidak putus mendoakan kesejahteraan anak kecil ini. Mohon agar Ainul terus kuat dan diberikan kesembuhan sepenuhnya.
Kredit foto : instagram _nrlerwani
Ainul bayi yang pernah menghidap barah mulut, yang kemudiannya mendapat perhatian daripada pelatih pakar bedah warga Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri.
Dan kemudiannya, doktor ini membantu Ainul menjalani pembedahan di London, United Kingdom. Bagi membuang tumor seberat 200 gram di mulutnya pada tahun 2019.
Polis Langgar Pelajar SPM Gara-Gara Bunyi Ekzos. Perkongsian dari kakaknya, Nur Zawani yang ditakdirkan Allah berada berdekatan lokasi kejadian memaklumkan, selepas diberitahu tentang hal ini, dirinya bergegas ke lokasi adiknya dilanggar.
“Saya pangku kepala adik, ayah cuba ajar mengucap tapi adik pergi jua. Insiden menimpa seorang pelajar tingkatan 5, Muhammad Zaharif Affendi yang meninggal dunia akibat dilanggar polis semalam gara-gara bunyi ekzos motor mendapat respon hangat dari masyarakat yang mahu keadilan buat remaja ini.
Di media sosial, rata-rata netizen menyuarakan hal ini dan meluahkan perasaan marah atas kejadian yang terjadi.
“Saya Pangku Kepala, Ayah Cuba Ajar Mengucap Tapi Adik Pergi Jua
“Saya pangku kepala adik dan cuba selamatkannya. Saya beri bantuan CPR berkali-kali tapi tiada tindak balas. Ayah yang juga ada di situ bersama seorang ustaz cuba bantu adik untuk mengucap tapi akhirnya adik pergi jua.
“Berkali-kali ayah seru adik untuk bangun tapi adik sudah meninggal sebelum ayah pengsan pengsan kerana terkejut dengan kejadian yang menimpa adik,” katanya yang ditemui pemberita di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) tanpa ditemani kedua ibu bapanya yang tidak kuat untuk menerima berita kematian adiknya.
“ibu dan bapa saya amat bersedih dengan kejadian tersebut tambahan lagi arwah merupakan anak bongsu daripada empat beradik dan merupakan kesayangan mereka.
“Mak dan ayah saya tak kuat sebab itu mereka tidak datang ke sini (hospital). Adik anak bongsu, dia seorang sahaja yang bersekolah dan anak kesayangan,” katanya.
Kalau adik salah jumpa mak ayah bukan langgar…
Memetik laporan Kosmo Online, Nur Zawani mahukan keadilan atas kematian adiknya.
“Siapa pun pelakunya, individu itu perlu dihadapkan ke muka pengadilan dan menerima hukuman yang setimpal.
“Kalau dia buat salah sekali pun, jumpa mak ayah saya, mahu letak dia di lokap sekali pun tak apa, tapi bukan hak dia buat macam itu (langgar). Saya harap ada keadilan terhadap adik walaupun yang buat itu (pelaku) seperti yang ditularkan (pegawai polis),” katanya ketika di sini.
Dalam kejadian semalam, pelajar tingkatan lima Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, maut dilanggar dan diseret sejauh lebih 5 meter oleh sebuah kereta yang dipandu seorang pegawai kanan polis bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Kontijen Kedah.
Dalam insiden kira-kira pukul 12.30 tengah hari di Jalan Taman Jati dekat Meru, Ipoh, insiden dikatakan berpunca dari perahan bunyi bising ekzos motorsikal sebelum arwah dikejar oleh pemandu Ativa berusia 44 tahun.
Difahamkan, berlaku insiden tidak puas hati melibatkan pemandu Perodua Ativa terbabit dengan mangsa kerana membuat bunyi bising ekzos motosikal sebelum pemandu kenderaan itu yang dipercayai seorang pegawai kanan polis mengejar mangsa sejauh lebih kurang satu kilometer dan melanggarnya dari belakang.
Jenazah Muhammad Zaharif Affendi dituntut keluarga selepas selesai proses bedah siasat sekitar pukul 6.30 petang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kepayang Luar di sini.
“Saya membesar menonton drama abang-abang dan kakak-kakak semua….”.
Sebak dengar perkongsian Zamarul Hisham yang akui membesar dengan menonton lakonan artis-artis veteran yang mana ada sebahagiannya tidak direzekikan memiliki kemewahan di usia tua.
Melancarkan program Dari Poket Artis Ke Poket Artis, dirinya bersama jiran setaman seperti Syatilla Melvin dan Sam serta Zizan Razak berkongsi rezeki dengan para artis lama berbagi rezeki. Artis veteran ini turut menerima rezeki dari pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri, Milla Jirin yang juga pemilik Bizmillah Catering serta lain lagi.
Program Selebriti Dengan Mufti dibuat dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Air mata terakhir Zara Qairina, bersumpah & nafi mencuri sebelum temui ajal. Inkues kematian pelajar, Zara Qairina membuka kisah memilukan apabila arwah dilaporkan menitiskan...