Setiap pasangan berkahwin tentu mengimpikan cahaya mata sebagai penyeri dalam rumah tangga. Baik anak lelaki atau perempuan. Dengan harapan agar anak ini membesar dengan penuh kasih sayang dan mampu menjaga orang tua nanti.
Anak lelaki, mesti ibu bapa mengharapkan anak pertamanya seorang lelaki supaya dapat membimbing adik-adiknya nanti. Nanti anak kedua pula mengharapkan anak perempuan pula. Namun, ditakdirkan anak yang lahirkan itu semuanya lelaki. Tak mengapa. Itu rezeki yang Allah tetapkan.
Baik anak lelaki atau anak perempuan, semua itu tidak kisah. Yang penting cara ibu bapa menjaga dan mendidiknya. Bagi ibu bapa yang mempunyai keduanya, lelaki atau perempuan, tentu cara didikan agak berbeza.
Mungkin perkongsian daripada Aminah Mat Yusoff memberi manfaat terutamanya dalam mendidik anak lelaki.
Cabaran mendidik anak lelaki berbeza dengan anak perempuan. Saya kongsikan beberapa tips terbaik melahirkan anak lelaki yang berjiwa kental, bertanggungjawab dan di hormati masyarakat.
Sumber Belanja
Inilah kehidupan. Saya menelusuri sejarah kehidupan Almarhum ayahanda dan 5 bapa saudara yang dibesarkan oleh atuk dan nenek. Semuanya lelaki. Kebanyakan dari mereka menjadi insan hebat, sangat disegani dan ada yang namanya tercatat dalam kelompok ulama negeri kelantan.
Subhanallah.. .
Jangan terkejut jika saya nyatakan, mereka melanjutkan pengajian ke luar negara berbekalkan duit belanja dari hasil jualan telur itik dan sumbangan masyarakat kampung.
Ads
Rupanya, wang belanja dan sumber yang berkat memberi kesan yang hebat dalam kehidupan seorang anak. Menjadi asbab kepada Allah SWT redha dengan ilmu yang dituntut sehingga mampu menjadi tunjang dalam masyarakat.
Susah
Kemewahan hanya akan melahirkan seorang anak lelaki yang pandai meminta bukan memberi.
Ajari mereka tentang kehidupan yang susah, jika hari ini suasana rumah kita tidak membantu, bawalah anak-anak ke suatu tempat yang mampu mengajar erti kesusahan yang sebenar.
Ajak mereka melakukan khidmat masyarakat, turun menziarahi keluarga yang daif dan berikan tanggungjawab sebagai ketua untuk menguruskan sesuatu misi mengikut kadar kemampuan.
Banyakkan program bersama anak lelaki, membersih kawasan masjid, tempat wuduk dan paling penting ialah tandas. Inilah cara yang paling mudah untuk menundukkan hati yang keras dan sombong.
Bila hati sudah dilentur, mudahlah akhlak dibentuk.
Ads
Berdamping
Cuba tanya anak lelaki satu soalan nie, bila besar nanti nak jadi apa?
Kita akan mendengar jawapan yang hampir sama. “Saya nak jadi macam ayah”
Apa pun pun pekerjaan seorang ayah, anak lelaki akan merasa bangga dan sentiasa memasang angan-angan untuk menjadi sepertinya.
Penting, dampingi anak-anak dengan contoh kelakuan yang terbaik. Tabiat yang buruk tinggalkan diluar rumah atau lakukan di luar pngetahuan anak-anak lelaki. Contohnya bertengkar, ketagihan game, merokok dan sebagainya.
Seorang anak yang diajar dengan kekerasan, sifat bengis, pemarah, suka berhibur dan kemaksiatan akan cenderung menjadi seorang penjenayah, mereka melihat orang lain sebagai lawan bukannya kawan.
Ads
Cintakan Ilmu, Pasakkan Tauhid Dalam Jiwa
Bahaya membiarkan jiwa seorang anak lelaki kosong, kering dan gersang kerana banyak unsur-unsur negatif akan berebut memenuhinya.
Tidak mudah mendidik anak lelaki kerana kita hanya mampu melihat hasilnya apabila mereka menginjak remaja dan menjadi dewasa.
Cabaran yang paling besar ialah menguruskan anak lelaki remaja. Berapa ramai ibu ayah yang menumpahkan air mata kerana anak mereka tersungkur di lembah kehinaan, salah memilih haluan hidup, kuat melawan, memilih teman hidup yang salah, tercalar akidah kerana taasub dengan artis barat dan kpop.
Ubat kepada segala penyakit ini ialah suapkan makanan kepada rohani mereka. Wujudkan hubungan dengan Allah dan benamkan kalimah tauhid dalam jiwa, pasti dan pasti tidak ada perkara yang boleh merosakkannya.
Berdikari
Bekal hidup yang paling baik untuk seorang anak lelaki ialah ilmu dan pengalaman. Hantar mereka belajar di tempat jauh, lagi jauh lagi mahal pengalaman yang mereka perolehi.
Anak lelaki yang berdikari akan menjadi seorang yang bertanggungjawab dan bijak mengatur kehidupan.
Kita bukan sahaja melahirkan seorang anak lelaki, tetapi Allah amanahkan kita bakal khalifah. Besar sungguh tanggungjawab mendidik, kerana kita akan disoal tentang amanah ini.
MW: Moga ia memberi manfaat dan panduan. Ketahuilah anak lelaki nie cukup ‘kuat’ sebab dialah pewaris mak ayah nanti.
Berita gembira buat peminat pasangan diraja ini, Kate Middleton yang merupakan isteri kepada Putera William, telah selamat melahirkan anak ketiga pasangan itu di hospital di London,semalam.Bayi lelaki pasangan ini dilahirkan pada 11.01 pagi waktu tempatan dan seberat 3.8 kilogram.
Menariknya, meskipun baru sahaja melahirkan anak, wajah Kate Middleton tampak sungguh berseri-seri, cergas dan anggun dengan memakai dress rona merah cili, malah manis mengukir senyuman serta memberikan lambaian mesra buat para peminat, rakyat dan media yang setia menunggu diperkarangan hospital.
Terdahulu, Putere William dan Kate Middleton, memilih untuk tidak mengetahui jantina bayi dengan lebih awal.Jantina bayi hanya diketahui ketika hari kelahirannya.
Pewaris Kelima Takhta Britain
Kenyataan Istana Buckingham menyatakan, William berada di sisi isterinya ketika Kate melahirkan pewaris kelima takhta Britain itu di Hospital St Mary di barat London.Dua lagi anak mereka, George dan Charlotte turut dilahirkan di hospital berkenaan.
“Ratu, Duke of Edinburgh, Putera Charles, Duchess of Cornwall, Putera Harry dan anggota kedua-dua keluarga dimaklumkan dan gembira dengan berita itu.
“Kate dan anak berada dalam keadaan sihat,” menurut kenyataan istana.
Bayi lelaki yang masih belum diberi nama itu merupakan cicit keenam Ratu Elizabeth dan berada di belakang George, Charlotte, William dan datuknya, Putera Charles, sebagai pewaris takhta.
Nama bayi ini akan diumumkan dalam beberapa hari lagi. Dijangka, nama-nama seperti Arthur, Albert, Frederick, James dan Philip antara nama ramalan bayi yang bakal dipilih oleh pasangan diraja ini.
Kalau cerita bab harta pusaka, yang adik beradik pun boleh jadi gaduh mulut. Tambah kalau masing-masing dah berumah tangga dan ada komitmen. Ini cerita golongan yang tak amanah, maknanya tak semua yang pentingkan diri sendiri.
Ada yang baik hati dan faham dengan hukum agama, dia mungkin berfikir ke mana harta pusaka patut diagihkan. Nak lebih panjang isu harta pusaka, jemput hadam perkongsian saudara Firdaus Shakirin sejenak.
Pesanan Untuk Adik-beradik Sendiri
Harta Pusaka Adik-Beradik Yang Meninggal : Tanggungjawab atau Durian Runtuh?
Bila seseorang itu meninggal dunia, yang dibawanya hanya 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yg bermanfaat dan doa dari anak yang soleh/solehah.
Harta benda, rumah, kereta, tanah, gelang tangan, saham, semua ini akan ditinggalkan dan dinamakan harta pusaka, harta peninggalan si mati.
Sebagai org islam, kita ada option untuk mewasiatkan harta kita tu, atau menghibahkan harta tersebut sebelum kita meninggal dunia dan jika kita tak sempat untuk buat kedua-dua cara ini, maka harta pusaka peninggalan itu akan dibahagi secara FARAID.
Jika kita selaku adik beradik kepada si mati (simati ialah adik, abg, kakak kita) ada menerima bahagian tersebut, sejumlah harta & wang ringgit daripada pembahagian faraid, adakah itu durian runtuh, rezeki terpijak ataupun tanggungjawab?
Tanggung Jawab Ke mana?
Masyarakat kita, bila dapat sesuatu hasil dari faraid, yang dipandangnya adalah harta tersebut sahaja. Dia akan fikir, nak jual atau tak tanah itu, duit tu nak melancong mana atau beli apa.
Tahukah kita yang harta/duit tersebut datang beserta tanggungjawab untuk menjaga apa yang ditinggalkan si mati?
Iaitu anak-anak si mati… anak saudara kita? Anak kepada abang kita/kakak kita/adik kita yang telah meninggal dunia. Sepupu kepada anak-anak kita.
Berapa ramai yang masih menjaga, mengambil tahu anak-anak adik beradiknya yang telah meninggal dunia? Mugkin ada, tapi tak banyak, yang banyak, buat hal sendiri, jaga rumahtangga sendiri.
Anak si mati makan ke tak, tak tahu. Ada duit untuk belajar ke tak, tak tahu. Kesusahan, kepayahan dan keperitan hidup mereka setelah ayah atau ibunya pergi, juga kita tidak mengambil tahu.
Ambil Tahu Kebajikan Anak-anak
Sekadar ingin mengingatkan, kita masih bertanggung jawab terhadap anak-anak si mati. Itu anak-anak adik beradik kita. Walaupun kita tiada apa-apa lagi pertalian dengan bekas isterinya/ bekas suaminya, balu simati, tapi hubugan dengan anak simati masih ada.
Cubalah mengambil tahu tentang kebajikan hidup anak-anak si mati dan menolongnya sekadar yang kita mampu. Jangan abaikan tanggungjawab ini, sebab ini sebahagian daripada tanggungjawab kita sebagai adik beradik si mati.
Jangan sekadar guna apa yang kita dapat dari si mati untuk kepentingan diri sendiri.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Berderau darah melihat rakaman video yang dikongsikan oleh Asyraf Khalid,26 yang merupakan anak tiri kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza baru-baru ini.
Video yang dimuat naik didalam akaun instagram anaknya, Arif Jiwa Asyraf menunjukkan anak lelaki comel pasangan ini, hampir terjerumus didalam baldi yang berisi air ketika sedang membantu mencuci kereta! Mujur tindakan pantas ibunya Tya Arifin,25 berjaya menyelamatkan anak kesayangan daripada insiden tidak diingini yang mungkin boleh berlaku.
Namun disebalik kejadian tersebut, reaksi spontan Tya yang mencampak span serta merta serta mengelap buih-buih yang ada pada muka anaknya dengan kain yang dipakai mendapat perhatian ramai.Ramai yang memuji tindakan pantas yang dilakukan oleh Tya ini.
fara_jamalGood reaction time tya and a mother’s quick rescue pakai apa yang ada untuk quickly get rid of the buih on his face..tapi si gendut ni cute sangat.
randynaingolanMemang ibu selalu yang pertama… Tengok anak dalam bahaya, sponge pun dilemparnya.
alwinauti_sunarditak tau nak kesian ke nak gelak..tapi ibu @tyaarifinnw memang superb & stail betul lap muka arif pakai kain camtu je.
thehouseofsongket1710Ibu yang begitu muda tapi the way you treat your son proves that you are really matured @tyaarifinnw even an older woman can’t be like you. Such a good influence.
linsulaimanukmSaya rasa sebak tengok reaksi spontan Tya..She is a good mom.
lina_shazwani Aduhai @arifjiwaasyraf berderau jantung onty… Memang mom always a hero la. Tabik @tyaarifinnw
anisfarhinYa Allahh risaunyaaa ingatkan dia tengah sorang. Nasib mommyyy jaga dekat boleh terus tolong and perut juga tolong hihi
Disamping itu, ada juga yang menitipkan pesanan agar Tya agar lebih berhati-hati ketika mencuci kereta, sentiasa berwaspada dan jangan biarkan anak bermain dengan air sendirian.
mon_rossamira_rahmanAlhamdulilah.nasib baik ibu cepat nampak dan ada dekat situ..jika tak ada boleh lemas… hati-hati ye.. anyway so cute dia tolong ibu cuci kereta dan main-main air sabun. Perut gendut sangkut kat baldi hehee
ctnuraini_Sempoi la tya!! By the way, hati-hati ya. Jangan dibiar anak dengan air.
syira_isJangan ambil mudah ye. Anak kawan saya meninggal sebab lemas dalam baldi macam ini lah. Waktu itu usianya sama dengan arif ni. Semoga lebih berhati-hati.
sherynjaafarAlhamdulillah selamat. Hati-hati kerana kejadian baby lemas dalam baldi banyak berlaku tanpa pengawasan orang dewasa.
Memang risau sebab banyak terjadi insiden bayi lemas dalam baldi akibat tanpa pengawasan orang dewasa ni.Mohon mak ayah lebih berhati-hati dan pantau pergerakan anak-anak terutamanya yang masih kecil dan gemar bermain air.
Pasangan bahagia ini berkahwin pada November 2015 dan telah 3 tahun mendirikan rumahtangga.Asyraf dan Tya memang sering berkongsi keletah dan gambar-gambar comel anak lelaki mereka, Arif Jiwa yang kini berumur 1 tahun 3 bulan didalam akaun instagramnya yang telah mencecah 518 ribu pengikut.
Salah seorang daripada tiga bayi kembar perempuan dilahirkan pramatang di Hospital Melaka berada dalam keadaan membimbangkan. Ketahui perkembangan terkini bayi kembar tiga pramatang kepada pasangan Mohd Fikry Amri dan Sabrina Hakiem.