Didie Alias datang beri kata-kata semangat pada Amyza Aznan, rai hari jadi ke-19 Andre di wad. Pelakon Didie Alias telah meluangkan masa untuk melawat anak kepada sahabatnya, Amyza Aznan, yang kini sedang menerima rawatan di hospital akibat penyakit kanser paru-paru.
Didie Alias Datang Beri Kata-kata Semangat Pada Amyza Aznan, Rai Hari Jadi Ke-19 Andre Di Wad
Sebagai seorang sahabat dan ibu, Didie memahami kesukaran yang sedang dihadapi oleh Amyza dan keluarganya. Didie atau nama sebenarnya Nur Fadzilah Ali, 54, berkata walaupun sibuk dengan urusan lain, dia tetap mencari ruang untuk bertemu Amyza bagi memberi semangat.
“Walaupun ujian ini berat untuk diterima, mummy (Didie) tetap luangkan masa walaupun sekejap untuk bersama Amyza. Saya memberikan semangat dan cuba menceriakan dia. Sama-sama kita doakan buat sahabat mummy,” katanya menerusi hantaran di Instagram.
Selain memberikan sokongan moral kepada Amyza, Didie turut mengambil kesempatan untuk meraikan ulang tahun ke-19 anak Amyza, Andre Mikail, di Wad Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Ads
Didie dan Amyza menyanyikan lagu selamat hari jadi buat Andre, yang tidak dapat menahan air mata kerana terharu dengan kejutan tersebut.
“Sebenarnya berat hati nak muat naik video ini, tapi hari ini adalah hari istimewa buat Andre. Hari ini ulang tahunnya yang ke-19. Mummy doakan Andre terus kuat ya sayang. Mummy juga mohon doa dari semua, semoga ada keajaiban buat Andre dan dia cepat sembuh,” ujar Didie.
Sebelum ini, Amyza memaklumkan bahawa anak sulungnya, Andre, telah disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga pada 15 Februari lalu. Selepas tiga minggu menerima rawatan di Hospital Ampang, Andre telah dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.
Alyah perjelas Zara anak saudaranya. Sebagai ibu saudara, sudah pasti amat menjaga kebajikan ahli keluarga mereka sendiri. Begitu juga yang dilakukan oleh Datin Alyah. Terbaru penyanyi yang berusia, 44 tahun itu, menerangkan anak angkatnya, Nur Izzara merupakan darah dagingnya sendiri.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram, Alyah menjelaskan dirinya telah menjadi ibu susuan kepada Izzara.
“Satu lagi perkara yang ingin saya kongsikan, saya telah menyusukan Zara.
“Jadi, dari segi hukum, Zara dan Tokram (suami saya) mempunyai hubungan seperti anak dan ayah kandung.
“Harap dengan penjelasan ini, ia dapat menjawab persoalan yang sering diajukan mengenai status ibu susuan dan hakikat hubungan kami” kongsinya.
Alyah turut menjawab persoalan ramai tentang Zara, lalu memberitahu Zara sangat Istimewa.
“Baru-baru ini, ramai yang DM dan mesej bertanya tentang Zara—dari mana saya mendapatkannya dan bagaimana cara mengambil anak angkat yang comel.
“Jadi, saya ingin jelaskan di sini, Zara bukan diambil dari mana-mana rumah kebajikan atau rumah anak yatim. Dia sebenarnya anak saudara saya sendiri,” sambung Alyah.
Isteri kepada Datuk Ramli MS itu, turut memberi nasihat kepada pasangan di luar sana yang berhasrat mengambil anak angkat.
“Ramai yang teruja untuk mengambil anak angkat, tapi sebelum buat keputusan besar ini, fikirkan dengan sebaiknya.
“Jangan hanya ikut cakap orang atau kerana hati terasa ingin membela anak kecil.
“Ini bukan sekadar tanggungjawab biasa, ianya melibatkan jiwa dan nyawa,” luah Alyah lagi.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ibu arwah Zulfarhan mahu hukuman gantung kekal, 8 tahun kami sekeluarga menderita. “Cukuplah! Kami sudah lama menderita. Biarlah nyawa dibalas nyawa, itu kata ibu arwah Zulfarhan Osman Zulkarnain.
Dalam temubual sebentar tadi bersama MINGGUAN WANITA, Hawa Osman memaklumkan, doa agar keenam-enam tertuduh ke tali gantung ada dalam setiap sujudnya.
“Terlalu sukar untuk kami sekeluarga hadapi perkara ini.Paling saya nak tahu, siapa antara mereka yang seterika di kemaluan anak saya. Kalau disepak orang pun sakit, tekapan di kemaluan bagi saya adalah tindakan paling tak masuk akal,” katanya.
Walau ada memperkatakan bahawa tempoh lapan tahun itu sudah lama, namun kesedihan di hati mereka sekeluarga terhadap kes penderaan ke atas anak sulung itu terlalu menyakitkan.
Jelasnya, nampak mungkin seperti agak kejam bila mana dirinya mahu keenam-enam tertuduh ke tali gantung tapi itulah pengharapannya sebagai seorang ibu.
“Cuba bayangkan 90 tekapan seterika di seluruh badan termasuk kemaluan. Ini perbuatan kejam dan bagaimana harus saya memaafkan mereka. Jadi biarlah nyawa dibalas nyawa! Tambahnya lagi, ada dua dari keluarga tertuduh datang bertemunya dan meminta maaf atas apa yang terjadi.
“Mereka minta saya memaafkan dan melupakan semuanya. Walau ibu bapa mereka datang meminta maaf tapi ia takkan sama kalau anak mereka (tertuduh) mengungkapkan perkataan maaf itu. Saya kata pada mak ayah yang minta maaf ini, saya sentiasa memaafkan muslimin dan muslimah dalam doa solat saya tapi untuk memaafkan perbuatan kejam enam tertuduh ini, amat berat.
Dalam pada itu,Hawa tidak menafikan ada keluarga tertuduh yang datang menemuinya mengakui akan berbuat perkara sama malah lebih teruk dari itu jika anak mereka didera sebegitu rupa.
“Biarlah nyawa dibalas nyawa sebagai hukum agama mengajarkannya,” katanya yang dilihat agak sebak.
Mengakui perjuangan mereka tak akan pernah terhenti demi mendapatkan keadilan buat arwah Zulfarhan yang dipanggil Along, termasuk akan hadir ke mahkamah setiap kali kes anaknya didengari, Hawa berkata, suaminya sanggup tidak melakukan pembedahan saluran jantung tersumbat kerana tidak mahu ketinggalan dan mendengar sendiri apa yang disebutkan di Mahkamah.
“Suami sepatutnya perlu dibedah kerana ada saluran ke jantungnya tersumbat. Suami kata, dia tak mahu buat dulu pembedahan kerana takut terlantar berbulan-bulan, tak dapat bangun dan tak dapat mengikuti kes perbicaraan arwah kelak.
“Suami kata, biar selesaikan hal Along dulu. Lepas kesemua tuduhan ke atas enam tertuduh dikekalkan yakni gantung sampai mati, barulah dia mahu fikirkan kesihatannya,” katanya yang turut memaklumkan insya Allah mereka sekeluarga akan menunaikan haji tahun hadapan.
“Saya ingat lagi, arwah anak yang bersungguh daftarkan haji buat kami enam beranak. Katanya mahu bersama-sama seisi keluarga ke Tanah Suci. Ikut giliran dengan Tabung Haji pada tahun hadapan, 2026.
“Tapi impiannya itu tak tertunai kerana perbuatan jahat enam tertuduh ini. Impiannya dimusnah beberapa bulan sebelum usianya mencapai 21 tahun. Ada banyak yang anak mahu lakukan termasuk mahu belikan saya macam-macam bila dah bekerja. Kata arwah, dia akan senangkan saya dengan rezeki gaji diperolehnya.
“Arwah memang anak yang baik dan sentiasa mendahulukan ibu bapa dalam perbuatannya. Tapi semua impiannya itu tak tertunai kerana didera hingga mati. Kematian anak saya turut memberi kesan kepada adik-adiknya termasuk ada yang tak nak sambung belajar lagi kerana mahu bantu kami sekeluarga,”katanya yang berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang berdoa untuk pembelaan anaknya.
Sejak semalam kes arwah Zulfarhan Osman Zulkarnain mula dibicarakan di Mahkamah Persekutuan di mana dalam hujahan rayuan kesemua peguam yang mewakili keenam-enam tertuduh iaitu Muhammad Akmal Zuhairi Azmal; Muhammad Azamuddin Mad Sofi; Muhammad Najib Mohd Razi; Muhammad Afif Najmudin Azahat; Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali memberikan hujahan bahawa anak guam mereka tidak sepatutnya ke tali gantung.
Memetik laporan Malaysia Gazatte, Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili tertuduh, seorang individu dikenali sebagai Mejar Zarizal didakwa telah ‘membimbing’ dua saksi utama kes tersebut dengan memberikan keterangan tidak betul terhadap enam tertuduh itu.
Hujahnya, mahkamah perlu menilai balik semua keterangan dua saksi itu, Syafiq Abdullah dan Ahmad Senabil Mohamad bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan untuk semua perayu kes ini.
“Mahkamah perlu nilai balik semua keterangan kerana ketika sesi soal balas, salah seorang saksi ini mengaku telah dibimbing oleh Mejar Zarizal. Saksi ini juga mengaku bahawa individu itu telah berhubung dengan dia dan juga beberapa saksi lain berhubung kes ini.
“Kes ini sudah dicemari dengan campur tangan pihak lain. Apabila ini berlaku, pastinya tidak akan menguntungkan perayu-perayu ini. Mahkamah perlu ambilkira perkara ini bahawa saksi-saksi telah diberikan tunjuk ajar.
“Mahkamah Rayuan telah melakukan kesilapan serius dari aspek undang-undang apabila jatuhkan hukuman mati terhadap perayu-perayu ini, ini adalah satu kegagalan dalam sistem keadilan,” katanya.
Beliau berkata demikian di hadapan tiga panel bersidang diketuai, Hakim Besar Malaya, Datuk Seri Hasnah Mohamed Hashim bersama Datuk Nordin Hasan dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil.
Ganjaran lepas bersalin, wanita di Dubai terima hadiah mewah bernilai hampir RM12 Juta. Seorang wanita di Dubai mencuri perhatian ramai selepas berkongsi hadiah-hadiah mewah yang diterimanya daripada suami sebagai tanda penghargaan kerana melahirkan anak kedua mereka.
Malaikah Raja, yang dikenali di Instagram kerana sering mempamerkan gaya hidup mewahnya, memuat naik sebuah video yang menunjukkan hadiah-hadiah luar biasa yang diberikan oleh suaminya selepas kelahiran anak perempuan mereka.
Antara hadiah tersebut termasuklah sebuah Mercedes Benz G Wagon berwarna merah jambu yang ditempah khas, sebuah rumah bernilai AS$2 juta (RM9.5 juta), beberapa beg tangan jenama pereka terkenal, serta barang kemas bernilai ratusan ribu ringgit.
Dalam kapsyen videonya, Malaikah berseloroh, “Bayi perempuan yang mahal. Macam mana bayi sekecil ini boleh mula mengosongkan akaun bank bapanya?”
Video berkenaan bermula dengan Malaikah berdiri di sisi suaminya sebelum dia menunjukkan satu persatu hadiah yang diterima sebagai ‘push present’ – iaitu hadiah yang diberikan oleh seorang suami kepada isterinya sebagai tanda penghargaan atas pengorbanannya melahirkan anak.
ANTARA HADIAH PERTAMA YANG DITUNJUKKAN IALAH KERETA MEWAH G WAGON DAN SEBUAH RUMAH BERNILAI AS$2 JUTA (RM9.5 JUTA). SELAIN ITU, DIA JUGA MENERIMA LAPAN BEG TANGAN DIOR BERNILAI AS$100,000 (RM475,000), GELANG EMAS BERNILAI AS$80,000 (RM380,000), SERTA PAKEJ URUTAN SELEPAS BERSALIN UNTUK DIRINYA DAN BAYI BERNILAI AS$10,000 (RM47,500).
“Suami saya membelanjakan AS$10,000 untuk urutan harian selepas bersalin untuk saya dan bayi kerana saya perlu pulih daripada proses bersalin,” katanya dalam video tersebut.
Bukan itu sahaja, Malaikah turut diberikan bajet bulanan sebanyak AS$50,000 (RM237,500) untuk membeli pakaian bayi, gelang tenis bernilai AS$200,000 (RM950,000) serta barang kemas emas bernilai AS$70,000 (RM332,500) khusus untuk anak perempuannya.
Sejak dimuat naik beberapa hari lalu, video tersebut telah meraih lebih 15 juta tontonan dan hampir 500,000 tanda suka di Instagram.
Di ruangan komen, ramai netizen memberikan pelbagai reaksi – ada yang terkejut, ada yang terhibur, dan ada juga yang menyokong usaha suaminya dalam menghargai isterinya.
“Saya perlu pulih selepas menonton video ini. Tolong kirimkan saya AS$1 juta (RM4.40),” seloroh seorang pengguna media sosial.
“Wow, masa saya balik rumah selepas bersalin, suami saya cuma kata dia dah siap kupas kentang untuk saya,” komen seorang lagi.
Namun, ada juga yang bersetuju bahawa seorang suami memang sepatutnya menghargai isterinya selepas melalui proses bersalin.
“Tidak kira sama ada video ini dibuat sebagai gurauan atau tidak, saya menyokongnya. Lelaki mahu anak, jadi mereka perlu memberi penghargaan kepada isterinya,” kata seorang netizen.
Sehingga kini, video tersebut terus menjadi perbualan hangat di media sosial, dengan ramai yang membincangkan sama ada budaya ‘push present’ mewah seperti ini patut dijadikan kebiasaan atau sekadar satu trend dalam dunia moden.
KL Fashion Week 2026 kembali dengan tema Destinasi: Tanah Air, menghimpunkan lebih 50 pereka fesyen tempatan, koleksi eksklusif dan pelbagai aktiviti menarik di Esplanade KLCC.