Perkara berkaitan agama bukanlah boleh dijadikan bahan lawak jenaka.Siti Nuramira Abdullah, wanita tular di media sosial kerana menanggalkan baju kurung dan tudungnya ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi baru-baru ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan menyebabkan rasa tidak harmoni dalam kalangan orang Islam.
Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.
Mengikut pertuduhan, Siti Nuramira didakwa mengaku seorang Muslim dan menghafal 15 juzuk al-Quran kemudian membuka tudung dan menanggalkan baju kurung sewaktu membuat persembahan di atas pentas.
Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di Restoran Crack House Comedy Club, 24 Lorong Rahim Kajai 14, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Brickfields, jam 6 petang, pada 4 Jun lalu.
Suasana Tidak Harmoni Di Atas Alasan Agama
Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan iaitu perbuatan berkenaan boleh menyebabkan suasana tidak harmoni di atas alasan agama, di antara orang yang menganut agama sama.
Bagi kesalahan itu, tertuduh boleh dihukum penjara minimum dua tahun dan maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan.
Peguam tertuduh, R Sivaraj memohon anak guamnya dikenakan jaminan minimum RM4,000 dengan syarat tambahan melaporkan diri di balai polis mengikut keperluan serta pasport diserahkan kepada mahkamah.
Katanya, wang jaminan tidak seharusnya ditetapkan pada jumlah tinggi kerana ia bukan bersifat hukuman, sebaliknya bagi memastikan tertuduh hadir ke mahkamah.
“Siti Nuramira masih bujang dan bekerja di agensi pemasaran serta perhubungan awam sebelum ini, namun kerjayanya terjejas akibat penularan COVID-19.
Ads
“Demi mencari rezeki sekarang, tertuduh bekerja sebagai pegawai eksekutif di syarikat teknologi maklumat dengan anggaran gaji RM3,000 sebulan.
“Tertuduh juga memberi kerjasama penuh sepanjang proses penahanan dan reman, selain tidak akan memuat naik kenyataan di platform media mengenai perjalanan kes,” katanya.
Kes Mendapat Perhatian Secara Meluas
Selain Sivaraj, tertuduh juga diwakili peguam, Datuk Shaharudin Ali dan Ramesh N P Chandran.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Najihah Farhana Che Awang menawarkan jaminan RM50,000 atas alasan kes itu mendapat perhatian secara meluas.
Katanya, kadar jaminan rendah boleh menjejaskan pandangan masyarakat terhadap sistem perundangan dan badan kehakiman.
“Syarat tambahan lain tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis setiap minggu atau setiap bulan, selain pasport diserahkan kepada mahkamah.
Ads
“Selain itu, arahan larangan daripada mahkamah supaya tertuduh tidak membuat kenyataan perjalanan kes di media sosial dan cetak,” katanya.
Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM20,000 dengan syarat tambahan seperti dicadangkan pihak pembelaan dan pendakwaan.
“Melaporkan diri di Balai Polis Brickfields setiap bulan dan tertuduh diberi pelepasan untuk mengambil pasport di rumah selepas selesai proses ikat jamin untuk menyerahkannya kepada mahkamah,” katanya.
Sebutan kes ditetapkan pada 18 Ogos ini.
Terdahulu, Siti Nuramira yang memakai kot hitam dan baju kuning tiba jam 9 pagi tadi dengan tangan bergari, sebelum diiringi dua anggota polis dibawa masuk ke mahkamah.
Ads
Puluhan pengamal media daripada pelbagai agensi berkumpul di pekarangan mahkamah seawal jam 7.30 pagi untuk merakam video serta gambar wanita itu.
Sementara itu, teman lelaki wanita berkenaan berusia 38 tahun akan didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, hari ini mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Media sebelum ini melaporkan, wanita itu ditahan di Jalan Gasing, Petaling Jaya, Sabtu lalu dan direman empat hari hingga hari ini, manakala teman lelakinya ditahan keesokannya dan direman tiga hari hingga tempoh sama.
Sebelum ini, tular satu video di media sosial memaparkan wanita itu yang mengaku berasal dari Kuala Kangsar, Perak, menghina Islam ketika membuat persembahan di kelab komedi di TTDI.
Mingguan Wanita:Semoga menjadi pengajaran buat yang lain. Perlu ingat perkara berkaitan agama perlu dihormati dan tidak boleh sama sekali dijadikan bahan lawak jenaka.
“Semoga menjadi anak solehah sayang mommy & daddy” begitulah luahan hati pasangan suami isteri yang cukup romantik buat permata hati mereka, Nur Fatima Aisya binti Abdul Fattah yang genap setahun pada 2 Oktober yang lalu.
Pejam celik, pejam celik sudah setahun pelakon jelita ini bergelar seorang ibu. Tergambar dari riak wajah dan juga keceriaan Fazura sekeluarga yang dipaparkan dalam media sosial merupakan satu fasa yang paling bahagia dalam hidup figura yang juga pemilik nama sebenar Nur Fazura Sharifuddin.
“Semoga Menjadi Anak Solehah Sayang Mommy & Daddy”
Apatah lagi sejak berkahwin dan kini dikurniakan Fatima Fazura kelihatan makin berseri-seri! Malah penampilannya bertambah manis bila bertudung. Fazura yang baru bergelar usahawan tudung sejak Julai tahun ini juga meluahkan rasa bahagianya dan bersyukur dengan kurniaan terindah puteri kesayangan oleh Yang Maha Esa.
“It’s been a busy 2 weeks. Syukur Alhamdulillah for Fatima’s small 1st birthday do that we hope she’ll remember. We love you with all our hearts and more sayang.
“Special thanks to @eventsbyazzwaa for the beautiful set up and @delectablebysu for the dreamy mosque birthday cake since Fatima love to make duas and listening to Adzan so much.
“Semoga menjadi anak yang solehah sayang mommy and daddy.. InsyaAllah.. Aminnn,” luah Fazura menerusi hantaran di akaun Instagramnya.
Bukan itu sahaja, malah Fazura juga mendoakan agar Fatima membesar dengan sempurna dan menjadi anak yang baik dan penuh adab apabila dewasa kelak.
“Happy 1st Birthday Fatima
“Selamat hari ulangtahun yang pertama anakku sayang. Mommy have no words but lump in my throat and tears in my eyes – of gratitude. Syukur yang paling dalam ke hadrat Allah SWT atas kurniaan terindah ini.
“You have changed me for the better, made me wiser, gave me purpose and a true meaning of life. Watching you grow day by day have been an absolute joy, I would never trade it for the world.
Sentiasa Dilindungi Allah SWT
“Mommy sentiasa doakan Fatima dilindungi Allah SWT, membesar dengan sempurna, menjadi anak yang baik dan penuh adab, anak solehah, hidup sentiasa bahagia dan membahagiakan orang lain.
“I will always be your mommy, your best friend, your warrior and your care-bear. You can always count on me for anything as long as umur mommy panjang. In shaa Allah.. Amin.
“I love you more than words.
“Happy happy birthday my nyawa. Nur Fatima Aisya binti Abdul Fattah,” tulis Fazura.
Mingguan Wanita: Kami doakan Fatima membesar dengan menjadi anak yang solehah dan disayangi ramai.
Sumber/Sumber Foto: Instagram Fazura
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
”Henti sebar fitnah, ibu masih bersedih.” Pemandu Myvi pitam selepas ziarah kubur arwah suaminya kerana mengalami hipoglisemia (glukosa darah rendah).
Ternyata insiden yang berlaku adalah di luar kawalan dan wanita ini pitam semasa ingin keluar daripada parkir yang terletak di kawasan tersebut.
Henti Sebar Fitnah
Anak kepada wanita yang terbabas ke kawasan Tanah Perkuburan Islam Forest Heights, Senawang, Negeri Sembilan, semalam meminta supaya orang ramai berhenti menularkan gambar kejadian dan mencaci ibunya.
Menurut Syafiq Sidek, 30, dia sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu semalam, bagi meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyiasat hantaran di Facebook (FB) yang berunsurkan fitnah dan makian itu.
Ibu Masih Trauma
“Ibu masih trauma dan bersedih kerana baru saja kehilangan suami tercinta akibat Covid-19 pada Ogos tahun lalu. Arwah dikebumikan di lokasi kejadian.
“Saya mohon jasa baik semua untuk menghentikan tular ini. Kami sekeluarga berusaha untuk memberi semangat kepada ibu,” katanya.
Tambah Syafiq, dia sekeluarga dengan ikhlas memaafkan individu yang mencaci ibunya di FB sebelum ini kerana menganggap mereka tidak mengetahui punca kejadian.
“Kami sudah lalui saat yang perit dan sukar sebelum ini jadi tidak mahu orang lain rasa apa yang kami rasa. Cukup kami sekeluarga saja yang menanggungnya.
“Bagaimanapun, jika masih ada pihak yang masih menyebarkan fitnah, kami akan teruskan tindakan melalui SKMM terhadap pihak berkenaan.
“Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada wartawan Harian Metro dan polis kerana memberikan laporan yang betul bagi menjelaskan keadaan sebenar,” katanya.
Selepas Ziarah Kubur
Harian Metro semalam melaporkan sebuah Perodua Myvi terbabas ke dalam kawasan Tanah Perkuburan Islam Forest Heights selepas pemandunya pitam.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, pemandunya dikatakan mengalami hipoglisemia (glukosa darah rendah) ketika mahu memandu keluar dari kawasan parkir selepas menziarahi kubur suaminya.
Mingguan Wanita : Kepada netizen, hentilah menyebar berita yang tidak benar. Sebaiknya janganlah terlalu cepat menghukum sehingga tidak mencari punca sebenar kejadian berlaku. Bimbang memakan diri akhirnya.
Inkues Zara Qairina: Keterangan ahli kimia, diari dan lokasi kejadian jadi tumpuan. Inkues bagi merungkai punca kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, akan diteruskan ke minggu kedua di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu bermula 8 hingga 12 September ini.
Inkues Zara Qairina: Keterangan Ahli Kimia, Diari Dan Lokasi Kejadian Jadi Tumpuan
Prosiding yang dijadualkan berjalan selama 19 hari sehingga 30 September itu dipengerusikan oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Amir Shah Amir Hassan, yang bertindak sebagai koroner.
Sepanjang minggu kedua, fokus utama diberikan kepada keterangan ahli kimia yang dijangka mengesahkan beberapa dokumen penting termasuk diari milik Allahyarham Zara Qairina.
Peguam Joan Goh memaklumkan, prosiding juga akan melibatkan sesi locus in quo iaitu lawatan ke tempat kejadian. Katanya, langkah itu penting bagi membantu mahkamah memahami situasi sebenar insiden yang berlaku.
“Perkembangan ini penting kerana ia dijangka dapat memperjelas keadaan sebelum dan selepas kejadian yang meragut nyawa Zara Qairina,” katanya.
Sepanjang inkues, seramai 70 saksi dijadualkan tampil memberi keterangan termasuk pakar patologi yang menjalankan prosedur bedah siasat terhadap remaja tersebut. Pada minggu pertama lalu, Pakar Patologi Forensik, Dr Jessie Hiu menjadi saksi pertama yang memberi keterangan.
Kes ini dikendalikan oleh Timbalan Ketua Pendakwaan II, Datuk Badius Zaman Ahmad bersama pasukan Timbalan Pendakwa Raya iaitu Nahra Dollah, Mohd Fairuz Johari, Dana Arabi Wazani, Sofia Sawayan dan Dacia Jane Romanus.
Zara Qairina, 13, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai lalu, selepas ditemukan tidak sedarkan diri berhampiran asrama sekolahnya di Papar kira-kira jam 4 pagi, 16 Julai.
Selepas meneliti laporan siasatan polis, Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 13 Ogos mengarahkan prosiding inkues dijalankan. Terdahulu, pada 8 Ogos, AGC turut memutuskan supaya kubur pelajar terbabit digali semula bagi membolehkan bedah siasat dilakukan.
Che Ta pilih rahsiakan identiti bakal menantu apabila anak sulungnya, Ammar Effendy, selamat bertunang dalam majlis sederhana yang penuh bermakna. Pelakon jelita itu memilih untuk tidak mendedahkan wajah tunang anaknya demi menjaga privasi keluarga.