Diana & Farid Rujuk Semula? Doakan Yang Baik-Baik. Benarlah ajal jodoh merupakan ketentuan tuhan.
Pada 10 Ogos lalu, Diana Danielle, 32, dan Farid Kamil, 42 sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor setelah 11 tahun melalui usia perkahwinan.
Terbaru khabarnya pasangan tersebut dilihat kembali bersama dek kerana sebuah rakaman video tular di media sosial. Jika benar, Diana dan Farid sudah berbaik baguslah.
Dan ramai yang mendoakan agar pasangan yang juga ibu bapa kepada dua cahaya mata Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8 tahun kembali menjalin hubungan dan meneruskan kehidupan berkeluarga dengan baik.
Diana & Farid Rujuk Semula? Doakan Yang Baik-Baik
Diana yang menjadi tetamu menerusi sebuah program podcast di Tik Tok turut memberitahu sebarang keputusan tentang hubungan mereka akan diumumkan oleh Farid tidak lama lagi.
Ads
“Tapi kami akan buat keputusan dalam masa terdekat, tapi nak bagi apa-apa update pada ketika ini saya rasa biarkan Farid yang buat.
“Sebab dia lelaki,” kongsi Diana.
Sedang Memperbaiki Hubungan Ke Arah Lebih Baik
Diana juga menerangkan dia dan bekas suaminya, Farid sedang memperbaiki hubungan mereka ke arah lebih baik.
Ads
Bekas pasangan selebriti ini juga berfikir panjang tentang kesan yang bakal dihadapi sekiranya ditakdirkan mereka bersama.
“Bukan saya nak selindung tapi kami pun mahu ambil langkah perlahan… tapi taklah perlahan sangat.
“Kami pun sedang memikirkan bagaimana ingin memperbetulkan kehidupan kami antara satu sama lain lagi.
“Apakah kebaikan dan risiko yang kami akan hadapi di masa hadapan,” ungkapnya.
Ads
Mingguan Wanita: Semoga yang Diana Danielle dan Farid kembali rujuk dan membesarkan anak-anak bersama.
Mak, bila kali terakhir sebut I love you? Inilah rahsia kita rapat dengan anak perempuan. Hari ini kehidupan menuntut kita berusaha keras. Melakukan lebih dari dua tiga pekerjaan untuk menampung hidup.
Satu saat kita seakan terlupa adanya zuriat yang menuntut perhatian “lebih” dari kita walau kita merasakan sudah cukup kasih sayang dan perhatian diberikan kepadanya. Namun satu perkongsian dari penulis Zeeda Aziz boleh kita jadikan panduan buat mak-mak yang mungkin sedang tercari formula rapat dengan anak-anak.
Moga ia dijadikan panduan buat ibu-ibu kuat di luar sana.
Harap tak salah faham apa yg saya nak sampaikan disini ya. Ini bukan post bragging tapi ada mesejnya yg nak saya sampaikan.
Anak saya (Piya) bercerita, yang kawan2nya selalu iri hati.
Puncanya ialah..Piya ada mak yang loving.
Cringe ya? Sabar jap. Nanti saya terangkan.
Anak2 ni, ketika mereka berada di sekolah..selalu berbual tentang apa yg berlaku di rumah masing2. Kena marah dengan ibu ayah ke, gaduh dengan adik beradik ke, bad habits mak abah yang diorg tak boleh tolerate. Those kind of things.
Piya pula selalu cerita bagaimana rapatnya saya dengan dia. Diceritakan bagaimana saya selalu melayannya bercerita, atau sesekali kami buat girls date pergi ke SASA atau SEPHORA, hujung bulan ke salon untuk cuci rambut.
Yang paling selalu Piya cerita pada kawan2nya ialah…
“Mami selalu peluk aku dan panggil aku dengan nama manja.”
Saya sebenarnya tak sangka hal ini menjadi modal bualannya di sekolah. Sudahnya kawan2 Piya iri hati. Mereka menyebut, nak juga mak macam mami Piya. Malah ada yg pernah bertanya, “boleh kita kongsi mami tak?”
Kawan2 Piya dibenarkan memanggil saya dengan panggilan ‘mami’. Mereka teringin nak tumpang sedikit bahagia.
Saya tanya pada Piya, apa bezanya mami dengan mak mereka.
Jawab Piya, affection.
Ada kawan mengadu yg mak mereka yang tidak pernah sebut “I love you”. Ada yang baru nak ajak mak sembang, tapi disuruh siapkan kerja sekolah (halau anak). Ada juga yang berleter menghina keburukan anak secara umum. Dicerca dengan panggilan buruk seperti ‘pemalas’, ‘anak derhaka’, ‘bodoh’ dsb.
Keyakinan diri anak2 runtuh.
Ada ibu yang respon begini;
Anak: Mak!
Ibu: Ha! Nak apa? Pi cari abah hang. Hang tak nampak aku sibuk?
Berbeza dengan cara saya menjawab panggilan anak2;
Anak: Mami!
Saya: Ye sayang / ye manja / ye princess mami.
Anak2 saya cukup suka bila saya respon begitu. Mungkin sejuk hati mereka mendengar saya luahkan kasih sayang walaupun hanya menjawab panggilan.
Saya tak kata saya sepanjang masa loving dan lembut. Saya ni standard mak asian lah. Kekadang saya bertukar menjadi crouching tiger hidden dragon. Jiran selorong dah almaklum dengan suara mengaum ni bila anak2 saya menakal.
Tapi, apa yang anak2 saya pilih untuk ingat ialah kasih sayang yang saya beri. Layanan bahasa lembut menyejuk hati.
Coming to the end of this post, saya harap para ibu layanlah anak2 dengan bahasa yang baik. Berguraulah dengan mereka seperti kawan.
Tanya kepada mereka, apakah kekurangan anda sebagai ibubapa di mata mereka.
Come on..jangan ego. Anda memang perlu bertanya sebab no parents are perfect.
Kita sebenarnya tak payah susah2 hadir seminar parenting untuk jadi ibubapa yang baik. Berikan sahaja pada anak2 peluang untuk membuat penilaian mereka tentang skills kita sebagai ibu/bapa.
Bukan lama pun kita dengan anak2 ni. Sampai masa, burung2 kecil ni akan terbang meninggalkan kita, atau kita yang meninggalkan mereka.
Binalah hubungan yang baik dengan anak. Berikan mereka syurga, bukannya memaksa anak mendirikan syurga utk anda.
Bilakah kali terakhir anda memeluk anak dan mengucapkan kepada mereka “I love you so much”?
Ajal dan jodoh ketentuan tuhan,berpuluh tahun hidup bersama peluang berbakti pada pasangan sehingga ke akhir hayat ternyata beri kepuasan yang tersendiri.
“Saya puas hati dapat berbakti terhadapnya sepanjang 48 tahun perkahwinan kami.”
“Dia (Mek Habsah) ada cakap umurnya dah tak lama. Saya pun faham dan reda sebab terlalu lama dia sakit.
Demikian kata Rahamis Hamid, 72, suami kepada penyanyi dan pelakon, Habshah Bakar yang meninggal dunia pagi ini.
Habsah, 67, atau lebih sinonim dengan panggilan Mek Habsah menghembuskan nafas terakhir di Institut Perubatan Respiratori (IPR) Kuala Lumpur akibat masalah paru-paru kronik pada jam 2.45 pagi.
Rahamis berkata, isterinya kritikal sejak Jumaat lalu apabila keadaan kesihatannya menurun.
“Hari-hari saya tak pernah tertinggal datang melawatnya di wad. Dia dah hilang selera makan sejak Jumaat sehingga Ahad.
“Dia tanya saya pada Jumaat itu boleh tak balik rumah? Saya kata nak balik macam mana kerana paras oksigennya menurun 30 peratus dan dia perlukan oksigen. Sabtu lalu saya datang melawatnya dan doktor beritahu suruh tunggu.
“Katanya Mek Habsah akan pergi bila-bila masa. Harapan untuk pulih dah tiada. Dia dalam keadaan tak sedar kerana doktor bagi ubat morfin untuk bagi dia tenang,” katanya yang ditemui di Masjid Bilal Bin Rabah, di sini, hari ini.
Menurutnya, anak-anak dan cucu juga sudah dibawa menziarahi Mek Habsah semasa akhir hayatnya.
“Saya akan kenang saat-saat indah sepanjang kami bersama. Kali terakhir kami keluar berdua ialah semasa hadir ke majlis perkahwinan Datuk Siti Fairuz pada 24 Jun lalu.
Allahyarham Mek Habsah meninggalkan dua anak iaitu Rosmawaty dan Rosmarina serta 10 cucu.
Mingguan Wanita: Salam takziah buat keluarga allahyarham, semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
Tak Nak Campur Urusan Rumah Tangga Nabila. Ibu kepada Usahawan Wanita Berjaya yang juga selebriti popular Noor Neelofa, Noor Kartini Noor Mohammed menerangkan dia enggan mengulas tentang kisah rumah tangga anaknya yang juga kakak kepada Neelofa, Noor Nabila.
Ibu berwajah jelita ini juga turut menerangkan dirinya tidak mahu campur urusan rumah tangga anaknya.
Malah tegasnya lagi, Nabila pun sudah berkeluarga, dewasa dan soal itu kenalah ditanya pada empunya diri.
“Urusan rumah tangga tak nak campur dan saya tak nak tahu. Yang saya tahu saya nak bahagia saja dengan anak cucu. Bagi saya mereka semua di mata dan hati saya. Untuk Ameera dia masih lagi bawah perlindungan dan jagaan saya.
“Tak ada apa lagi saya nak rungutkan sebab bukan ramai ibu-ibu luar sana yang bertuah, bernasib baik, beruntung, Allah bagi nikmat macam mana saya dapat kasih sayang dalam keluarga anak-anak saya. Itu cukup,” katanya seperti mana dilaporkan Harian Metro.
Menurut Kartini lagi, dia turut akan tampil bersuara jika dakwaan terhadap anak-anaknya tidak betul. Sebagai ibu juga dia sebenarnya tidak ambil tahu jika kisah anaknya tular tapi memutuskan untuk tampil bersuara untuk dakwaan tidak betul.
Sebelum ini adik kepada Neelofa, Ameera Khan difitnah terbabit dengan aktiviti perjudian.
“Alhamdulillah tak ada sesiapa pun tengok anak-anak saya ada di kelab (malam), tempat perjudian, minum arak, hisap rokok, shisha dan vape. Itu saya boleh rasa banggalah dengan anak-anak.
“Pasal perjudian itu memang tak ada dalam keturunan kami. Tak pernah jejak kaki pun ke tempat begitu. Saya tak anggap itu satu ujian pun.
“Tak pernah ambil tahu pasal orang cakap hari-hari tular (pasal anak-anak). Cuma pasal Ameera itu perlu jawab,” luah Kartini.
Sebagai ibu Kartini juga mengharapkan Ameera atau lebih dikenali Little Miss Khan masih banyak perlu belajar untuk memperbaiki diri.
Mingguan Wanita: Semoga semuanya baik-baik buat keluarga Noor Kartini.
Ibu bapa anak kanak-kanak yang tertinggal di dalam kereta semalam dilihat sukar mengawal perasaan dan hanya menangis ketika menunggu jenazah anak di Unit Forensik Hospital Rembau.