Diana Danielle fail perceraian, Farid Kamil enggan lafaz talak di mahkamah. Tiada angin tiada ribut, rumah tangga Diana Daniell dberitakan bermasalah. Baru saja balik dari mengerjakan umrah Februari lalu, pasangan ini didakwa tidak lagi sefahaman dan masalah ini sudah berlarutan sejak lama dulu.
Menurut pelakon ini, dirinya telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Farid Kamil pada awal bulan ini dan alasan permohonan cerai ini kerana tiadanya persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan).
Diana Danielle Fail Perceraian
Memetik laporan Kosmo Online, di saat anak-anak memulakan sesi persekolahan hari ini, sebutan kes mereka disebut di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari di sini.
Bagaimanapun, Farid atau nama penuhnya Farid Kamil Zahari enggan melafazkan cerai tersebut.Difahamkan pasangan itu tidak lagi tinggal serumah.
Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan pasangan itu untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Permohonan itu akan ditetapkan semula untuk sebutan pada 28 Mac ini.
Ads
Sekadar info, Farid, 42, dan Diana, 32, berkahwin pada 2012 dan hasil perkongsian hidup selama sedekad, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Muhammad, 9, dan Nur Aurora, 6, – Kosmo Online
Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Bayar RM54 sebulan, Meta lancar perkhidmatan berbayar di facebook dan Instagram. Bagi pengguna baru facebook dan Instagram yang mahukan tanda semak biru @verified, mereka perlu membayar di antara RM54 sehingga RM76.50 sebulan bagi perkhidmatan pengesahan.
Dalam pengumuman hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Meta Mark Zuckerberg berkata pengguna perlu membayar US$11.99 (RM54) sebulan jika menggunakan aplikasi laman sesawang dan US$14.99 (RM67.5) sebulan di telefon bimbit untuk tanda semak biru.
Memetik laporan Bernama, Meta hari ini mengumumkan bahawa ia melancarkan perkhidmatan pengesahan berbayar untuk Instagram dan Facebook, dengan bayaran bulanan.
“Meta Verified sedang dilancarkan di AS hari ini, jelas Mark Zuckerberg.
“Anda boleh mendapatkan lencana, perlindungan penyamaran proaktif dan akses terus kepada sokongan pelanggan,” lapor United Press International (UPI) memetik kenyataan Zuckerberg menerusi Saluran Meta di Instagram.
Menurut maklumat dalam talian, pengguna tidak dibenarkan menggunakan satu langganan Meta Verified bagi kedua-dua akaun Instagram dan Facebook dan perlu melanggan setiap aplikasi secara individu.
Perkhidmatan langganan itu pertama kali dilancarkan di Australia dan New Zealand bulan lepas dan memerlukan kad pengenalan untuk mengesahkan identiti.
Dai Syed lebih manja berbanding isteri tercinta, Hana. Sentiasalah layani isteri dengan penuh romantis, persis layanan Rasullah SAW terhadap isterinya dahulu. Sweet juga pasangan dua sejoli yang masih hangat bercinta ni
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Mahkamah Syariah lulus tuntutan fasakh wanita koma dibelasah suami, Jahidah sah bercerai. Pasti ramai yang mengikuti kes seorang isteri dibelasah suami hingga koma.
Menambah sebak, dalam keadaan koma dirinya berjuang dari saat mulai mengandung hingga anak dilahirkan. Hingga kini anaknya belum pernah sekali pun merasai pelukan seorang ibu.
Hari ini, Mahkamah Syariah Seremban “memberikan satu kemenangan” buat isteri teraniaya ini apabila permohonan tuntutan fasakh berwalikan adiknya, Fauziah Nordin.
Memetik laporan Berita Harian, Mahkamah Rendah Syariah Seremban hari ini, meluluskan permohonan tuntutan fasakh oleh wanita yang berada dalam koma, Jahidah Nordin terhadap suami yang mencederakannya hingga dia terbaring kaku sejak Mei 2021.
Tuntutan fasakh oleh Jahidah, 44 terhadap suaminya, Rosmaini Abd Raof, 40, difailkan dengan berwakilkan adiknya, Fauziah Nordin, 41.
Fauziah berkata, dia membuat tuntutan fasakh mewakili kakaknya pada 1 Februari lalu dan bersyukur proses itu dipermudahkan tanpa menunggu lama.
“Saya sangat bersyukur sebab sudah lama tunggu supaya ada keputusan mengenai perkahwinan kakak ini. Saya memang tidak sangka akan dapat keputusan hari ini, rasa kurang sikit beban saya.
“Saya akan bincang dengan peguam untuk langkah seterusnya kerana ia perlu dilakukan satu persatu memandangkan saya perlu menjaga kakak dan juga anaknya,” katanya ketika ditemui di luar mahkamah, hari ini.
Fauziah berkata, dia kini lega dan dan dapat memberi fokus terhadap kes jenayah membabitkan Rosmaini dengan kakaknya yang kini masih lagi dalam perbicaraan di mahkamah.
“Saya gembira dan tidak sabar untuk memaklumkan keputusan ini kepada keluarga. Untuk proses seterusnya (hak penjagaan dan tuntutan nafkah) saya akan bincang dengan peguam,” katanya.
Fauziah berkata, dia berharap lelaki yang mencederakan kakaknya itu menerima hukuman setimpal memandangkan tindakan itu menyebabkan kehidupan kakaknya sekeluarga berubah.
Berkongsi di fbnya, Fauziah meluahkan rasa syukur di mana kakaknya kini bebas dari lelaki dayus ini.
Terdahulu, di dalam mahkamah, Peguam Mohd Amirul Adam Ahmad dari Jabatan Bantuan Guaman Negeri Sembilan yang mewakili Fauziah, menyerahkan kenyataan bertulis kepada Hakim, Hamizan Mohd Nor.
Kenyataan sebanyak tujuh muka surat itu mengandungi 31 soalan dan jawapan sebelum Hamizan bertanyakan beberapa soalan pengesahan terhadap Fauziah ketika prosiding.
Ketika prosiding juga, hakim bertanya kepada Fauziah mengenai nafkah kepada kakaknya, sebelum Fauziah memaklumkan lelaki berkenaan tidak pernah melawat atau menghubungi Jahidah, selain tidak memberikan nafkah.
Sementara itu, Mohd Amirul berkata, hakim membuat keputusan hari ini selepas mahkamah berpuas hati dengan keterangan secara bertulis oleh pihak penjaga ad litem serta berdasarkan dokumen yang dikemukakan.
“Tuntutan fasakh kita mula buat pada 1 Februari lalu. Sepatutnya permohonan perlu dibuat Jahidah sendiri, tetapi berikutan keadaan dirinya, jadi kita perlu buat permohonan penjagaan ad litem di Mahkamah Tinggi Syariah dan permohonan pengurusan harta di Mahkamah Tinggi Malaya terlebih dahulu pada Januari lalu.
“Mahkamah berpuas hati dengan kedua-dua keputusan dua mahkamah tinggi itu dan pada hari ini memutuskan bahawa pernikahan Jahidah dengan Rosmaini difasakhkan bermula hari ini,” katanya.
Mengulas mengenai defendan atau wakilnya yang tidak hadir hari ini, Mohd Amirul berkata, sebelum ini pihaknya cuba menyerahkan saman secara kendiri di alamat terakhir Rosmaini di Johor,
“Tetapi apabila kami meminta bantuan Jabatan Bantuan Guaman Johor untuk serahkan saman (notis kehadiran), laporan yang kami terima tiada penghuni di rumah berkenaan.
“Jadi pilihan ada untuk memanggil pihak defendan hadir juga ke mahkamah adalah melalui saman ganti iaitu saman tampalan di alamat terakhir atau saman melalui iklan. Kami buat melalui iklan di akhbar Berita Harian pada 24 Februari lalu,” katanya.
Media pada Mei 2021 melaporkan seorang wanita hamil parah dipercayai dipukul suaminya.
Wanita itu yang seorang kakitangan awam sebuah jabatan kerajaan dilaporkan berada di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban selepas menerima rawatan awal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.
Mangsa mengalami kecederaan parah pada kepala dan tengkorak akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak disyaki dipukul suaminya.
JANGAN TAKUT UGUTAN AH LONG. INI KADAR BAYARAN SEPATUTNYA. Hanya perlu bayar Ahlong 1.25% daripada jumlah pinjaman! Jangan tertipu dan terpedaya disebabkan rasa takut.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ira Kazar saman Jawi, pendedahan jabatan agama berkaitan pertuduhan luar nikah sebelum kahwin kepada umum. Susulan sidang media Syamsul Yusof , ada banyak isu yang didedahkan kepada umum.
Ini termasuklah isunya bersama Puteri Sarah yang juga isteri pertamanya di mana pagi ini mereka menghadiri pertemuan bersama Jawatankuasa Pendamai berkaitan isu cerai yang dituntut oleh Puteri Sarah. Turut dibangkitkan berkaitan nusyuz isteri pertamanya itu, penjelasan mengenai Aaron Aziz termasuk isu isteri keduanya yang bakal menyaman JAWI berikutan pendedahan jabatan tersebut kepada masyarakat.
Ira Kazar atau nama sebenar, Faghirah Fatini Kazaruddin bakal mengambil tindakan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berikutan pendedahan pihak tersebut terhadap tuduhan persetubuhan luar nikah sebelum berkahwin kepada umum.
Memetik laporan Sinar Harian, menurut peguamnya, Ammar Ghalip yang mewakili Ira, pihaknya bakal memfailkan saman terhadap Jawi kerana pendedahan yang dibuat oleh pihak tersebut kepada masyarakat.
“Berkenaan dengan kenyataan Puteri Sarah mengenai siasatan-siasatan daripada Jawi itu, ia masih belum selesai dan dalam siasatan lagi.
“Isu berkenaan masih disiasat dan terdapat perkara yang boleh dipersoalkan. Jadi, tindakan undang-undang telah pun diambil kepada Jawi,” katanya pada Rabu.
Pada Rabu media melaporkan Syamsul Yusof, menafikan dakwaan isteri pertamanya, Puteri Sarah bahawa dia melakukan persetubuhan luar nikah sebelum berkahwin dengan isteri, Ira Kazar.
Menurutnya, dia tidak pernah melakukan persetubuhan luar nikah seperti yang didakwa dan turut mempersoalkan ketelusan Jawi.
Dalam pada itu, Ira berkata, akan menyaman pihak Jawi pada minggu hadapan berikutan pendedahan kesnya kepada umum.
“Ira akan saman Jawi. Minggu depan kami akan failkan saman,” ujarnya.
Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Buang bayi lelaki baru lahir belakang rumah bongkar sumbang mahram dua beradik bawah umur di Besut. Ketahui kronologi penuh, siasatan polis dan tindakan lanjut.