Anugerah terindah. Itulah yang boleh diungkapkan bagi setiap suami isteri apabila dikurniakan cahaya mata. Zuriat yang dinanti-nantikan oleh pasangan yang berumahtangga.
Namun, di sebalik anugerah terindah ini, ada ujian yang kita tak tahu. Dialah yang merancang segala-galanya. Terima dengan penuh redha dan inilah rezeki yang Allah berikan.
Tidak terduga sama sekali, kegembiraan atas kelahiran cahaya mata kedua ini diterima dengan penuh redha bila disahkan anak ini cukup istimewa, tidak seperti anak-anak lain.
Anak kedua bagi pasangan muda Siti Aishah Noor Azlan, 23, dan Muhammad Amirul Hafiz Nazarudin, 22, ini dilahirkan dengan keadaan organ dalamam terbalik berbandingkan dengan manusia normal.
Baru berusia sembilan bulan, namun Amsyar Hadif Muhammad Amirul Hafiz yang dilahirkan tanpa bebola mata disahkan mempunyai masalah jantung yang kompleks selain kedudukan organ dalaman terbalik.
Jantung bayi berusia sembilan bulan itu tidak mempunyai saraf besar, berlubang dan kedudukan organ utama itu juga terbalik serta berada di tengah dada, manakala paras oksigen bayi itu juga maksimum 75 peratus saja.
Berkongsi cerita, Siti Aishah berkata, pada mulanya mereka tidak mengesan sebarang kelainan pada mata Amsyar Hadif ketika dalam kandungan biarpun sudah membuat imbasan terperinci.
Menurutnya, ketika berusia empat bulan, Amsyar Hadif mengalami cirit birit berdarah dan dibawa ke Hospital Kulai sebelum paras oksigen menurun dan kemudiannya ditidurkan selama tiga hari serta dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu pada Julai lalu.
Ads
Katanya, ketika itu mereka dimaklumkan mengenai masalah jantung dan keadaan Amsyar Hadif yang sangat istimewa.
“Mata Amsyar (Amsyar Hadif) juga tiada saraf dan kami diberitahu jika ada (saraf) dia berpeluang melihat sekiranya ada penderma organ itu, manakala pembedahan jantung tidak disarankan buat masa ini kerana ia berisiko tinggi.
“Ini kerana kami dimaklumkan Pengimejan Resonas Magnetik (MRI) mengesan ada dot hitam pada otaknya, membuatkan oksigen tidak sampai (ke otak). Paras oksigen Amsyar paling tinggi hanya 75 saja.
“Keadaan jantung Amsyar berlubang dan saya difahamkan jika lubang itu semakin mengecil ia memberi risiko pada anak yang berkemungkinan boleh ‘pergi’ bila-bila masa,” katanya yang tinggal di Taman Seri Muhibbah, Johor Bharu.
Kelahiran Unik & Jarang Berlaku
Bercerita lanjut, suri rumah itu berkata, doktor memberitahu Amsyar Hadif antara kelahiran yang unik dan jarang berlaku. Bagi Siti Aishah dan suami, anak lelaki mereka adalah anugerah paling berharga selain anak perempuan sulung.
Ads
“Kedudukan orgam dalam Amsyar terbalik seperti kalau organ orang normal lain berada di kiri, dia punya di kanan dan sebaliknya tetapi kami diberitahu organ lain berfungsi dan keadaan itu tiada masalah.
“Amsyar sekarang hanya menjalani pemeriksaan bayi rutin dan pakar kanak-kanak. Untuk jantung setiap enam bulan sekali bagi memantau keadaan lubang di jantungnya,” katanya memberitahu suami berkerja sebagai pemandu lori.
Menurut Siti Aishah, dia menguatkan semangat dengan sokongan suami, keluarga dan rakan untuk menjadi ibu terbaik buat Amsyar Hadif, malah mengakui biarpun dalam kekurangan anaknya tetap adalah terbaik dan sempurna.
“Suami selalu cakap ujian setiap orang berbeza dan tidak sama dengan kita dengan ada yang melalui ujian yang lebih getir dari kami.
“Sedih itu memang ada terutama memikirkan bagaimana dia bila besar nanti, tetapi kami menerima takdir ini dan akan terus menjaga amanah Allah SWT dengan baik.
“Amsyar mudah dijaga, dia hanya menangis ketika mahu susu dan dia akan bermain sendiri. Anak memang aktif dan mulutnya juga riuh. Bila panggil namanya, saya akan terus pegang tangan supaya dia tahu ibunya ada di sisi,” katanya.
Mingguan Wanita : Moga adik Amsyar Hadif terus kuat dan sihat. Buat pasangan ini moga terus kuat dalam membesarkan anak istimewa ini.
Sewaktu bertemu dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza sebentar tadi di majlis pelancaran Beaukids, single terbaru dan video klip lagu kanak-kanak di Cyberjaya, penyanyi ini menerangkan tentang isu penyanyi Aishah menyekat akaun Instagramnya.
Seperti mana kenyataan yang diberikan oleh Aishah, yang tak sengaja menyekat akaun Instagram Siti, penyanyi tersohor ini juga menerangkan perkara sebegitu biasa terjadi.
“Bukan satu isu untuk diperbesarkan. Bagi saya, paling penting semua pihak sentiasa saling menghargai,” jawabnya.
Siti Nurhaliza Tak Nak Perbesarkan Isu Ini
Seperti mana yang diperjelaskan secara ringkas sewaktu sidang media, dirinya tidak mahu memperbesarkan perkara ini.
“Saya sebenarnya tak nak besarkan perkara ini. Saya pun tak tahu apa nak cakap. Saya tak periksa pun Instagram disekat. Sebab kadang-kadang saya sendiri tak sempat nak pegang dan periksa telefon.
“Kita Sendiri Pun Pernah Tidak Sengaja Sekat Akaun Instagram Orang Lain”
“Biasalah, kadang-kadang kita sendiri pun pernah tidak sengaja sekat akaun Instagram orang lain. Bagi saya itu perkara biasa. Mungkin tak perasan. Tapi apa yang penting bagi saya, kita saling menghargai.
“Apabila saya baca, baru saya tahu mengenai isu ini. Sebelum ini, saya cari Instagram Aishah pun tak jumpa,” ungkap Siti serba ringkas.
Anak dituduh penyondol rumahtangga, nanti saya jawab – Abby Abadi. Tular di media social berkaitan dakwaan pempengaruh Marissa Dania yang terkait menjalin hubungan cinta dengan suami orang hingga runtuh.
Anak Dituduh Penyondol Rumahtangga
Dalam dakwaan seorang individu bernama Misya, dirinya memuat naik resit bekas suaminya pernah check in di hotel bersama seorang gadis.
“7 tahun perkenalan, 3 tahun berkahwin, dikurniakan dua orang anak yang masih kecil. Seorang umur dua tahun, seorang setahun. Datangnya orang ketiga, hancur semuanya.
“Bukan sekali peluang ya tapi peluang kali ketiga Allah tunjuk sekejap. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Betul instinct isteri sangat tepat. Bukan overthingking atau bersangka buruk. Allah tunjuk satu-satu bukti terbongkar ya. Alhamdulillah Ya Allah. Allah maha baik,” katanya.
Dalam pada itu, selepas rumahtangga mereka runtuh, Misya menjelaskan dia menjumpai resit check in hotel dan lain-lain perkara.
Baginya, dia mendedahkan hal ini selepas dicabar oleh bekas suaminya dan pempengaruh tersebut.
“Once a cheater always a cheater. Perempuan tolong bangun. Jangan lemah. Aku belajar dari kesilapan orang yang tak menghargai. Untuk penyondol memang tak akan rasa bersalah. Malah berkata perkenalan bekas suaminya dan Marissa bermula ketika darjah 6 dan kembali berputik.
Bagaimana pun selepas dakwaan ini timbul, Instagram Marissa telah dinyah aktifkan.
Nanti Saya Jawab – Abby Abadi
Dalam pada itu, selepas isu ini timbul, selaku ibu Abby Abadi tampil dengan sedikit penjelasan di instastoriesnya.
“Tentang isu yang viral ini, tak pe, sila komen-komen dulu. Cara pahala ya. Nanti saya jawab. Memang sedap bersangka-sangka, menambah cerita dan menuding jari pada orang lain ini,” katanya yang turut memuatkan kata-kata memohon perlindungan Allah agar tidak menguji anak-anaknya dengan sangat hebat.
Apa pun diharap semuanya dijernihkan kerana sememangnya isu ini amat memberi aib.
Teruk sangat dah nie. Hari ini saja ada 3 laporan dari ibu bapa berbeza mengenai guru yang menampar dan suka mencubit murid. Ikuti temubual eksklusif MW jam 8.30 malam ini bersama Puan Zanariah Mohd Zabidi, berkaitan isu anak ditampar di muka oleh guru.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Banyak menangis melihat Adam berada di ICU” itulah antara luahan perasaan pengacara, penyanyi dan pelakon yang juga pemilik nama sebenarnya Hani Farhana Mohd Hatim, 38 atau lebih popular dengan panggilan Hunny Madu.
Ibu ini berasa sangat sedih, sebelum anak lelakinya menjalani pembedahan jantung baru-baru ini.
“Banyak Menangis Melihat Adam Berada Di ICU”
Untuk rekod sebelum ini Adam Musa disahkan menghidap penyakit jantung kompleks dipanggil Double Inlet Left Ventricle sejak dilahirkan pada Disember 2017.
Ketika berusia tujuh bulan, Adam dimasukkan ke IJN bagi menjalani pembedahan Stent PDA buat kali kedua.
Terbaru seperti mana luahannya menerusi perkongsi di Instagram, Hunny menyatakan dia berasa lega dan bebanan rasa hilang selepas anaknya selamat jalani pembedahan jantung.
Adam yang merupakan anak kedua Hunny telah menjalani pembedahan jantung buat kali ketiga.
Kini Adam berada dalam keadaan stabil selepas tiga hari ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Institut Jantung Negara (IJN).
“Adam sudah stabil tetapi semalam masih demam. Sistem imum tubuhnya perlu ‘bekerja’ lebih dan kini berada dalam mood tidak berapa baik. Adam seorang kanak-kanak yang berani.
“Saya perlu memberi kredit kepada keberaniannya itu sebanyak 1,000 kali setiap hari. Perjalanan ini tidak mudah. Bibirnya juga bengkak kerana dia menggigit bibirnya. Melihat keadaan parut di dadanya juga membuatkan air mata saya mengalir.
“Akhirnya Saya Boleh Tersenyum”
“Syukur Alhamdulillah, akhirnya saya boleh tersenyum. Saya merasakan separuh daripada beban saya sudah hilang kerana tiga hari lepas saya banyak menangis melihat Adam berada di ICU.
“Terima kasih untuk semua yang mendoakan Adam. Terima kasih juga kepada mereka yang menghantar DM (mesej peribadi) memberikan ucapan manis buat anak saya,” tuturnya.
Kamal Adli Mahu Uqasha Jadi Ibu Terbaik. Itulah antara doa dari seorang suami buat isteri tercinta. Pasangan popular Kamal Adli dan Uqasha Senrose yang...