Sebenarnya betul juga apa yang dikongsikan oleh Zuan Ishmael ini. Boleh dikatakan asal buka video di media sosial TikTok, terus dihantui lirik lagu viral ini. “Dengarkanlah.. di sepanjang malam aku berdoa.’
Mahunya tak terikut nak menyanyi sama. Sambil nak memasak lauk bersahur pun boleh dengar korus lagu nyanyian Youtuber merangkap selebriti Indonesia, Raffa Affar ini.
Lagu berjudul ‘Cinta Sampai Mati’ ini adalah nyanyian secara ‘cover’ oleh Raffa. Nyanyian asalnya adalah milik sebuah band Indonesia, Kangen Band.
Penyanyi Raffa Affar.
Kalau nak tahu lirik lagu Cinta Sampai Mati ini adalah mengenai perasaan cinta yang mendalam. Tentang sepasang kekasih yang harus berpisah kerana salah seorangnya meninggal dunia.
Bila dah trending, ramailah yang gunakan lagu ni sebagai runut bunyi di video masing-masing. Lucunya, konten yang dihasilkan itu ada yang tidak sesuai pun dengan lagu itu.
Bila dah ramai pakai, haa.. tu yang terngiang-ngiang. Bak kata Zuan Ishmael ini sampai dihantui korus lagu ‘berhantu’ ini.
Korus Lagu ‘Dengarkanlah Di Sepanjang Malam Aku Berdoa’
“Dengarkanlah….di sepanjang malam aku berdoa”
Lagu annoying ni…..popular giler dalam tiktok. Still acceptable kalau kena dengan video…. Tapikan….
Video putus cinta, kecewa dan sedih pasal cinta – Dengarkanlah…. Video gembira pasal cinta…pon… – Dengarkanlah…. Video jumpe duit tengah jalan – Dengarkanlah…. Video meeting ngan client – Dengarkanlah…. Video bawak mak gi beli kuih – Dengarkanlahh…. Video accident kereta – Dengarkanlah…. Video jatuh motor – Dengarkanlah…. Video tengah cuci berak – Dengarkanlah…. Video naik van jenazah kantoi tak puasa – Dengarkanlah…
Ads
My question is….korang paham tak isi kandungan lagu tu sampai video bawak mak gi jamban pon nak kena guna lagu ni? Konten biar la bersesuaian dengan lagu tapi majoriti main bantai je.
Pasangan yang muda-muda ini kena banyak belajar daripada Tun Hasmah dan Tun Mahathir, mantan pemimpin negara yang amat kita sayangi. Sebabnya sampai hari ini, pasangan suami isteri ini masih terlihat romantis dan tak pernah lupa nak bergurau dengan pasangannya.
Cerita lucu Tun Dr Siti Hasmah & Tun Dr Mahathir ini dikongsikan oleh Tun Dr Siti Hasmah dalam temu bual di Majlis Meriah Raya Persatuan Siswasah Wanita Malaysia bersama Penaung Tun Dr Siti Hasmah.
Cerita Lucu Tun Hasmah
Suatu hari Tun Dr Siti Hasmah beritahu suaminya, Tun Dr Mahathir.
“Saya tak nampak muka awak lagi.”
Tun Dr Mahathir yang risau mula tanyakan kembali kepada isterinya, “Ada sakit apa-apa?” Dan bermacam persoalan sakit ditanyakan pada beliau.
Tak lama kemudian, Tun Dr Mahathir hubungi Dr Nasir (Dr peribadi keluarga mereka).
Semasa Dr Nasir memeriksa beliau tanyakan soalan ini, “Dapat tengok jam tak? Dapat tak tengok muka Tun Dr Mahathir?”
Tun Dr Hasmah pun beritahu yang dia tak dapat tengok semua itu.
Dr Nasir yang risau terus menghubungi Dr Tan untuk persediaan Tun Dr Siti Hasmah dihantar ke hospital supaya dapat dilakukan pemeriksaan lanjut, pembedahan dan sebagainya.
Ketika itu Tun Dr Mahathir dan mula menangis, risau fikirkan keadaan Tun Dr Siti Hasmah.
Tiba-tiba muncul satu persoalan dari Dr Nasir yang akhirnya membuatkan mereka gelak sampai keluar air mata.
“Tun confirm ke pakai spek Tun?” tanya Dr Nasir musykil.
Bila diselidik, rupanya tanda Tun Dr Siti Hasmah tak nampak tu sebab beliau ketika itu memakai cermin mata Tun Dr Mahathir.
Pesan Tun Dr Siti Hasmah, Rahsia Bahagia Dengan Pasangan Inilah Dia
Hidup ini jika mahu bahagia, maka gelaklah dan menangislah bersama pasangan. Inilah rahsia bahagia mereka berdua.
Sweetkan!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Setiap wanita ada ‘kegilaan’ mengumpul koleksi idaman hati. Ada yang kumpul koleksi pinggan mangkuk idaman, emas, beg tangan malah tudung berjenama.
Wanita ini, Zarra Narul Bashah sejak dahulu lagi gemar mengumpul koleksi pinggan mangkuk. Bermacam variasi sudah dimiliki. Malah, akuinya dia sudah pun berjaya mencapai koleksi set pinggan mangkuk yang diidam-idamkan.
“Saya mula membeli pinggan mangkuk ini dari tahun 2013 hinggalah 2016. Ada juga koleksinya itu yang dibeli di luar negara.”
Menariknya, pinggan mangkuk yang ada dalam simpanannya dijaga dengan baik. Namun, akuinya ada kalanya terjadi juga sumbing atau pecah disebabkan kecuaian sendiri.
Pinggan mangkuknya itu bukan sekadar menjadi koleksi. Tetapi digunakan juga untuk kegunaan harian. Bergilir-gilir ikut koleksi.
“Sekejap pakai corak ini.. cuma sekarang kak tak pakai dah. Simpan dalam kotak, sebab kak dalam proses nak pindah rumah baru.” Jelasnya kepada Mingguan Wanita.
Selain pinggan mangkuk, beliau juga menyimpan koleksi Tupperware di rumahnya.
Ini antara perkongsiannya yang mendapat banyak share dan komen daripada netizen.
Beli Koleksi Pinggan Mangkuk Idaman Hati
“Dulu dok pekin duit belanja dapoq sebab dok pulun nak beli pinggan mangkok impian hati.. dah puaihhh hati ada semua nak kena jaga dan berhati-hati nak pakai takut sumbing pecah sebab tangan sendiri loklaq.
Dalam dok berjaga berkecai jugak bila jatuh.
Sebelum ni ada anak umi yang rajin ni tolong bersihkan cabinet tapi sekarang ni dia dah tak dak sini and cabinet ni pun dah tak dak sebab pindah dok rumah lain.
Lastly pinggan mangkuk ni dok dalam kotak semua.. sekarang ni pakai pinggan 2 ringgit lagi syoq sebab nak lempaq pun buleh… gagah perkasa pinggan kedai 2 henggek nii.
Kak bangga dengan pinggan kedai 2 ringgit dah lahh corak dia letopppsss uolsss.
Hangpa jangan kata kak nak menunjuk kat hangpa tapi mungkin dengan gambaq-gambaq ni akan menjadi inspirasi kat hangpa jugak kan.. kita ni pompuan macam-macam minat GILA kita ada.. GILA BARANG KEMAIHH GILA BELI BAJU ….hmmmm macam-macam lagi laaa gila… ni salah satu kegilaan kak yang dah TERCAPAI.”
Mingguan Wanita :Setiap orang ada citarasanya yang tertentu. Ini pun salah satu yang memberi bahagia kepada orang perempuan juga. Dan suami pun kenalah faham.
Lagi bagus kalau suami sama-sama support belikan atau berikan hadiah. Wah! Tentu lagi berbunga-bunga hati isteri.
Pelawak terkenal Achey dan isteri, Nor Hasanah Yahaya bercadang mahu membuka sebuah kedai runcit. Akuinya Pandemik Covid-19 memberi kesan bukan saja dari segi kesihatan malah juga ekonomi.
Sebagai selebriti Achey juga terkesan dan pendapatan dalam bidang seni juga turut susut kesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Namun dia dan isteri tidak berpeluk tubuh malah berhasrat mahu membuka kedai runcit.
Achey & Isteri Mahu Buka Kedai Runcit Biasa
Difahamkan Achey dan pasangannya sudah lama berhasrat mahu membuka kedai runcit. Malah dia juga berasa seronok melihat kejayaan selebriti lain yang menjalakan perniagaan runcit seperti penyanyi, Lan Solo.
Contohi Lan Solo yang berjaya membuka kedai runcit, SOLO BORNEO MART (sumber foto-Instagram Lan Solo).
“Sebelum ini, saya memang berhasrat mahu membuka kedai aksesori motosikal, tetapi agak sukar pada musim pandemik Covid-19 ini.
“Jadi, saya ada berbincang dengan isteri untuk menjalankan perniagaan yang setiap masa memang diperlukan, iaitu kedai runcit.
“Seperti penyanyi, Lan Solo mempunyai barang khusus dijual, tetapi saya mahu membuka kedai runcit yang biasa sahaja. Saya sudah pun melihat beberapa kawasan yang sesuai. Doakanlah urusan saya dipermudahkan,” ungkapnya.
Pada waktu yang sama, Achey juga menjelaskan dia belum mencapai status seorang jutawan, namun jika dihitung pendapatannya sejak mula berkecimpung dalam dunia seni, dia sudah bergelar seorang jutawan.
“Kalau dikira-kira dari tahun 2013, saya sudah jutawan tapi sejak kebelakangan ini susut sedikit pendapatan.
“Bukan hanya kesan daripada PKP, tapi saya banyak tanggungan terutama ibu bapa dan mentua.
“Adik-beradik pun kalau ada masalah kewangan saya akan tolong.
“Tapi, saya bukan boleh tolong semua. Saya akan tanya mereka susah dari segi apa, kalau boleh bantu saya akan bantu,” katanya seperti mana dipetik menerusi portal Harian Metro.
“Saya Rupa Paras Pun Tiada”
Achey baru-baru ini telah dilantaik sebagai duta Palut’s Superhero (produk Nangka Sangrai Crispy) bersama Saharul Ridzwan dan Zoey Rahman turut menyatakan kesyukuran walaupun kurang dari segi rupa paras namun bijak dalam mempromosikan sesuatu barang sehingga ada yang memberi kepercayaan melantik dirinya sebagai duta produk.
“Dari segi rupa paras pun tiada. Kita tahu industri hiburan ini memerlukan pakej. Jadi, saya cari mana pakej saya.
“Mungkin kelebihan saya dalam dunia media sosial saya dan cara mempromosikan sesuatu barang. Mungkin juga disebabkan itulah ada pihak yang nampak kelebihan saya.
“Alhamdulillah inilah kelebihan saya, jadi gunakan kelebihan ini untuk kelangsungan hidup,” akhirinya.
Sumber: Portal Harian Metro
Sumber Foto: Instagram Achey Kintangkintung
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.