“Bila lagu raya berkumandang, air mata meleleh. Rasa aku nak tutup dan tak mahu dengar. Sebab membuatkan aku makin rindu dan sedih teringat dekat Zahir.”
Setiap hari, ayah anak 8 tahun, Muhammad Zahiruddin Putra Bin Mohd Fauzi dilaporkan hilang pada 16 April lalu akan up-date status pencarian anaknya itu.
Lagi beberapa hari nak sambut 1 Syawal. Kata ayahnya, “saya selalu update di fb mengenai Zahir. Mana tahu ada yang ternampak Zahir di mana-mana.”
“Saya juga masih menerima sesiapa sahaja yang mahu membantu mencari Zahir. Ustaz dan juga pengamal perubatan yang lain.”
Kehilangan Zahir Buat Ayah Makin Sedih Dan Tertekan
Akuinya, dalam usaha mencari anaknya itu dia tetap berdepan dengan tekanan yang berlebihan. Sukar untuknya fokus kepada hal lain disebabkan kehilangan Zahir.
Ads
“Kewangan berkurangan, pencarian Zahir memerlukan wang apabila meminta bantuan dari pengamal perubatan.” Luah bapa ini yang disahkan menghidap prolapsed disc.
“Saya masih menerima rawatan di klinik pakar Hospital Serdang. Boleh berjalan cuma tak boleh berjalan jauh dan tak boleh berdiri lama. Boleh duduk di kerusi saja.”
“Dulu saya guna kerusi roda. Selepas berubat cara kampung dah boleh berjalan. Berdiri lama akan sebabkan saya sakit dari pinggang hingga ke dua belah kaki. Jadi sukar untuk berjalan.”
Ads
Mimpi Anak Balik Dengan Lelaki Bertubuh Tegap
Biarpun dalam keadaan sukar begitu, ayah ini masih meneruskan pencarian. Katanya, “buat cara kampung atau tradisional pun tiada maklumat yang tepat. Last sekali akan disuruh buat solat hajat. Semua yang kata kebanyakan berdekatan kawasan rumah, orang yang kenal, tapi tak dapat beri lokasi sebenar.”
Maklumat sebegini ada ketikanya buat dirinya keliru. Tidak tahu hendak kenal pasti mana satu kebenarannya. Biarpun hatinya sedih. Doanya agar Allah pulangkan anaknya kembali ke pangkuan dirinya.
“Sudah beberapa malam, asyik bermimpi Zahir balik bersama bayangan seorang lelaki berbadan tegap tapi rendah. Sepertinya dalam mimpi itu, bayangan lelaki tersebut ingin menghantar anakku. Tapi takut.”
“Bayangan di dalam mimpi berdekatan kawasan rumah saja. Apakah maksud mimpi itu.. siapakah bayangan lelaki itu.” tulisnya dalam status fb.
Ads
Ibu Dan Ayah Sudah Berpisah..
Maklum Fauzi lagi, dia dan ibu Zahir sudah berpisah. Bagaimana pun hubungan mereka baik. Dia pun sudah berkahwin lain, begitu juga ibu Zahir.
“Zahir duduk dengan ibunya. Tapi Zahir selalu datang rumah saya. Sebab rumah kami sebelah blok saja. Zahir ini anak manja ibunya dengan saya juga.”
“Dia ni suka menolong orang, peramah dan suka ketawa. Bila Hari Raya saya mesti terkenangkan Zahir yang suka kumpul duit raya. Nanti dia beli makanan ringan macam keropok, coklat dan aiskrim.”
Kehilangan Zahir amat memberi kesan padanya. Pastinya Syawal ini tiada lagi suara nakal anaknya yang manja itu. Tiada lagi duit raya untuk Zahir.
Biarpun kewangannya makin menipis, semangatnya untuk mencari Zahir sentiasa ada. Doanya agar Allah pertemukan kembali Zahir dengan mereka sekeluarga.
MW : Mendoakan semoga adik Zahir dapat ditemui semula dan kembali ke pangkuan keluarganya dengan selamat.
Shuhada tepis fitnah & tuduhan sengaja menggugurkan kandungan. Melalui pelbagai cabaran dalam kehidupan rumah tangga. Isteri kepada Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri menafikan dakwaan sengaja membuang kehamilannya yang berusia 14 minggu secara haram.
Dia yang baru saja mengalami keguguran akui dirinya berasa tertekan dari segi kesihatan mental dan fizikal dek kerana tuduhan yang dilemparkan.
Malah ibu kepada dua cahaya mata itu juga menepis tuduhan yang tidak berasas sama sekali itu.
Ibu mana yang tidak sedih apabila bayi yang berada dalam kandungan sudah tiada. Itulah yang dikongsikan oleh Shuhada seperti mana dilaporkan Harian Metro.
“Berat hati saya kongsikan berita sedih yang mana saya telah mengalami keguguran baru-baru ini. Saya berkongsi bagi mengelakkan sebarang masalah dan kekeliruan pada masa akan datang.
“Sekali lagi saya diuji apabila dituduh sengaja menggugurkan kandungan. Sekali gus, perkongsian ini dibuat bagi menepis sebarang fitnah dan tuduhan tidak berasas selepas ini.
“Saya yakin Allah SWT mempunyai aturan yang lebih baik untuk saya.
“InsyaAllah. Justeru, saya ingin memohon doa dan kata-kata positif daripada kalian semua demi menjaga kesihatan mental dan fizikal saya,” ungkap Shuhada.
Fokus Untuk Teruskan Kehidupan
Shuhada turut menjelaskan dirinya berkongsi berita kehamilan sebelum ini bagi mengelak fitnah. Dia juga menerangkan ketika ini dia mahu memberi fokus dalam meneruskan kehidupan walaupun pelbagai dugaan dan cabaran bakal ditempuhi.
Terbaru menerusi temubual bersama HLive, Shuhada akui kesal apabila prosiding lafaz cerai yang sepatutnya berlangsung hari ini ditangguhkan ke 20 Jun depan.
Menurut Shuhada, dirinya sudah bersedia untuk menyelesaikan konflik rumah tangga bersama suami, namun reda apabila gagal menemui jalan penyelesaian.
Ustazah Asma’ difitnah, zahir rasa terkilan 10 malam terakhir Ramadan dicemari. Sejak semalam, tersiar kenyataan di media massa pendakwah Ustazah Asma’ Harun yang dikatakan “menunggang agama” apabila dikaitkan menyokong Mc Donald malah gambarnya turut diedit.
Dalam satu kenyataan rasmi di facebooknya, Ustazah Asma’ Harun tampil membuat kenyataan dikatakan menyokong produk boikot di mana menurutnya ianya adalah fitnah. Masa yang sama insiden fitnah ini berlaku di 10 malam terakhir Ramadan di mana kita sepatutnya giat beribadah.
Ustazah Asma’ Harun Difitnah
Menurut pendakwah ini, gambar dan kenyataan disebarkan adalah fitnah semata-mata.
“Kenyataan ini adalah fitnah yang nyata dengan niat yang tidak baik. Gambar tersebut juga telah diedit. Saya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan sama ada secara lisan atau tulisan seperti yang didakwa. Semua tulisan di hantaran ini adalah rekaan dan satu penipuan.
Saya mohon agar hantaran ini dan lain-lain seperti ini diturunkan segera.
Zahir Rasa Terkilan 10 Malam Terakhir Ramadan Dicemari
Saya menerima jemputan ini daripada pihak Markaz Al Qarahdaghi untuk berkuliah di Masjid Al-Ikhlas Seksyen 13. Saya hadir bagi memenuhi undangan, sama seperti undangan dari masjid-masjid yang lain.
Manakala pihak Mc Donald telah menyampaikan bantuan kepada Para Asnaf sebelum sesi ceramah saya, kemudian turut memuat naik di laman rasmi mereka.
Terima kasih kepada semua yang menyelidik dan memahami apa yang sedang berlaku, tidak terus menyerang dan memanaskan.
Saya tidak dapat membalas satu persatu mesej yang masuk dengan cara baik atau sebaliknya. Cukuplah kenyataan ini diterima tanpa memaksa saya dengan soalan susulan atau sangkaan baru.
Rasa terkilan kerana Isu ini dipanaskan kembali dalam fasa 10 hari terakhir Ramadan, saya boleh terima apabila diri saya dikutuk, diejek, dihina, diperlekeh dan ditertawakan, apa yang saya lebih rasa kasihan adalah kepada mereka yang juga Muslim namun terjebak dengan mengeluarkan perkataan keji, ingatlah pesan Nabi SAW:-
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:-
Maksudnya: “Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan keji (dusta) serta melakukannya, maka Allah tidak berhajat (menerima) orang itu meninggalkan makan dan minumnya (Puasa)”. (HR al-Bukhari)
Moga Allah menerima Segala Amal Ibadah dan Amal Soleh kita.
Salam Ramadan Kareem
Asma’ binti Harun
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebelum anak-anak melangkah ke alam persekolahan, mereka belajar dulu dalam kelas taska, tadika mahupun pra sekolah. Guru tadika lah yang anak-anak ini kenal dulu.
Sayangnya, kata lelaki ini, Mohd Razli Jalil, tak semua orang memandang tinggi terhadap kerjaya pendidik dari kalangan guru-guru taska mahupun tadika.
Hakikatnya, inilah yang mak ayah perlu tahu apakah kebenaran yang berlaku pada seorang guru tadika.
Paling Seronok Tengok Anak-anak Menjadi
“Belajar tinggi tinggi jadi cikgu Taska,Tadika dan prasekolah je, basuh berak budak.”
“Senang je jadi cikgu Pendidikan Awal Kanak-Kanak Ajar ABC, 123 je.”
“Jadi cikgu taska dan tadika senang je jaga budak budak.”
Mentaliti orang kita. Suka pandang rendah pada pendidik seperti kami sebagai seorang Cikgu Taska Dan Tadika sahaja.
Memang sungguh mencabar. Tapi itulah hakikatnya. Bidang pendidikan awal kanak-kanak ini memang menyeronokkan dan ada auranya sendiri. Paling indah dan paling seronok bila tengok anak-anak ini menjadi anak-anak yang baik dan berjaya dalam apa jua bidang mereka.
Apa Hebatnya Jadi Guru Tadika Ini
Meh kita tengok apa kehebatan cikgu tadika ini:
1. Bila pelajar menangis, pujuk dengan macam-macam cara.
2. Bila pelajar tak mahu bergerak, cikgu akan dukung walaupun badan mereka besar dari biasa.
3. Kadang-kadang ada pelajar yang terbuang air kecil atau besar dalam seluar semasa sesi pembelajaran, muntah lepas makan atau sebagainya, cikgu jugalah yang tolong basuhkan. Terutamanya Kelas Baby Rose.
4. Datang tak tahu baca, tulis dan kira, hujung tahun semua pandai macam-macam.
5. Latih anak kecil bersukan, ingat senang ke? kita suruh lari ke depan mereka lari ke belakang.
6. Mengajar membaca perlu masa, nak ajar bunyi satu huruf pun jenuh, inikan pula nak ajar mereka membaca buku.
Jadi walau apa pun orang cakap kami saja tahu apa tugas kami sebagai pendidik. Semoga terus tabah & teruskan perjuangan sebagai seorang pendidik.
MW : Sememangnya tak ramai di kalangan lelaki yang berani menceburi kerjaya guru pendidikan awal kanak-kanak. Jumlahnya boleh sangat dihitung jika dibanding perempuan. Usaha yang anak muda ini lakukan, sewajarnya perlu dipuji dan dihargai.
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...