Ads

Remaja Dibelasah Rakan Sebaya Hingga Retak Tengkorak, Ibu Kongsi “Anak Masih Ketakutan, Takut Diserang Lagi”

Remaja Dibelasah Rakan Sebaya

Remaja dibelasah  rakan sebaya hingga retak tengkorak, ibu kongsi anak masih ketakutan, takut diserang lagi.

Selepas hampir tiga minggu anaknya dipukul empat rakan sebaya sehingga mengalami keretakan tulang tengkorak, Zulaikha Sabri akhirnya berkongsi perkembangan terkini keadaan anak lelakinya, Zaim. Walaupun keadaan fizikal remaja itu semakin stabil, jelas ibu ini anaknya  masih dibelenggu trauma dan ketakutan malah bimbang akan diserang lagi.

Menerusi satu hantaran terkini di Facebook, Zulaikha Sabri menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang tidak putus-putus mendoakan kesembuhan anaknya, selain memberi sokongan moral serta menghulurkan bantuan kepada keluarganya sejak kes berkenaan tular di media sosial.

Remaja Dibelasah Rakan Sebaya Hingga Retak Tengkorak

Remaja Dibelasah  Rakan Sebaya Hingga Retak Tengkorak, Ibu Kongsi “Anak Masih Ketakutan, Takut Diserang Lagi”

Katanya, beliau juga menerima banyak pertanyaan daripada orang ramai yang ingin mengetahui perkembangan terkini Zaim selepas kejadian yang mengundang perhatian seluruh negara itu.

“Terima kasih kepada semua yang prihatin, memberi sokongan dan mendoakan kesembuhan anak saya,” katanya.

Bagaimanapun, Zulaikha memaklumkan beliau tidak dapat berkongsi secara terperinci mengenai perkembangan kes kerana siasatan masih berjalan.

“Siasatan masih lagi berjalan, tuntutan pampasan di Tribunal Antibuli juga sudah dibuat dan selebihnya saya akan berurusan dengan peguam untuk tindakan selanjutnya. Doakan moga kejahatan ini mendapat keadilan yang maksima,” katanya.

Terdahulu, kes remaja dipukul empat rakan sebaya itu mencetuskan kemarahan masyarakat selepas rakaman video kejadian tular di media sosial.

Ads

Dalam kejadian di Residensi PRIMA Alam Damai, Cheras, Zaim dilaporkan mengalami keretakan tulang tengkorak serta kecederaan serius di bahagian kepala sebelum dikejarkan ke hospital. Susulan insiden itu, empat remaja berusia 14 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Remaja Dibelasah  Rakan Sebaya Hingga Retak Tengkorak, Ibu Kongsi “Anak Masih Ketakutan, Takut Diserang Lagi”

Semakin Stabil, Namun Perlu Dipantau 12 Bulan

Berkongsi keadaan terkini anaknya, Zulaikha berkata keadaan fizikal Zaim semakin menunjukkan perkembangan positif.

“Alhamdulillah kesihatan luaran beransur pulih. Dah boleh makan dan bergerak perlahan macam biasa. Cuma dalaman tu masih dalam tempoh penyembuhan.”

Menurutnya, pada minggu pertama selepas kejadian, Zaim mengalami sakit kepala yang teruk selain muntah berterusan akibat kecederaan yang dialaminya.

Ads

“Alhamdulillah kini makin stabil.”

Walaupun begitu, doktor memaklumkan proses penyembuhan keretakan tulang tengkorak mengambil masa sekurang-kurangnya antara enam hingga 12 bulan.

Sepanjang tempoh tersebut, Zaim perlu menjalani pemeriksaan susulan dengan pakar setiap bulan selain dipantau rapi oleh ahli keluarga kerana kecederaan di bahagian kepala berisiko menyebabkan sawan secara tiba-tiba serta komplikasi lain.

Malah, apabila kembali ke sekolah nanti, Zaim tidak dibenarkan melakukan sebarang aktiviti lasak termasuk menyertai sukan, permainan mahupun Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) sepanjang tempoh pemulihan.

Remaja Dibelasah  Rakan Sebaya Hingga Retak Tengkorak, Ibu Kongsi “Anak Masih Ketakutan, Takut Diserang Lagi”

Anda mungkin berminat dengan

Ads
“Dia Takut Diserang Lagi”

Selain kecederaan fizikal, Zulaikha mengakui anaknya masih bergelut dengan trauma akibat kejadian tersebut.

Katanya, sepanjang tiga minggu lalu, Zaim masih kelihatan takut untuk menjalani kehidupan seperti biasa dan memerlukan dirinya berada di sisi sepanjang masa.

“Sepanjang tiga minggu ini dia nampak seperti ketakutan untuk hidup seperti biasa. Dia perlukan saya sepanjang masa. Dia takut dia diserang lagi katanya. Jadi bila hal sebegini berlaku, saya perlu sentiasa ada bersama dia. Perlu beri dia semangat untuk jalani semula kehidupan seperti biasa.”

Menurut Zulaikha, Zaim merupakan seorang anak yang baik dan banyak membantunya menguruskan kerja-kerja di rumah.

“Zaim anak yang baik. Banyak membantu kerja-kerja saya. Anak harapan buat saya dan adiknya. Doakan supaya dia kembali sihat, ceria dan aktif semula seperti sediakala.”

Di akhir perkongsian, Zulaikha turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menghulurkan sumbangan bagi membantu kos guaman.

Beliau berharap orang ramai terus mendoakan kesembuhan Zaim serta agar segala urusan mendapatkan keadilan buat anaknya dipermudahkan.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Majlis tunang berakhir duka

Majlis Bertunang Berakhir Duka, “3 Hari Lagi Tapi Arwah Pergi Tinggalkan...

Majlis bertunang berakhir duka, "tiga hari lagi tapi arwah pergi tinggalkan saya - Nur Syaqirah. Majlis pertunangan yang sepatutnya memberikan kebahagiaan buat Nor Syaqirah...