Sememangnya definisi bahagia adalah berbeza bagi setiap wanita, malahan ada wanita yang sanggup melepaskan segalanya kerana komitmen dan ujian yang tak pernah dijangka.
Oleh itu, bila ada insan sekeliling kita terutamanya orang yang rapat dengan kita memilih jalan bahagia mereka jangan disalahertikan. Kerana bahagia bagi dia tak mungkin sama dengan cara kita mencari bahagia dalam hidup.
Segelintir mak-mak mungkin bahagia dengan bekerja sambil uruskan rumah tangga, setengahnya pula selesa hidup membujang seterusnya berbakti kepada kedua ibu bapa.
Dan ada juga wanita yang berjaya dalam karier berpangkat tinggi tetapi akhirnya memilih untuk menguruskan keluarga dan anak-anak.
Ikuti perkongsian Siti Suryani Yaakop ini dan fahami mesej yang cuba dia sampaikan :
Dulu masa sekolah menengah kan, aku pernah jadi Ketua Pengawas. Lepas tu segala jenis benda aku nak masuk. Aktiflah sangat konon-kononnya.
Kawan aku pernah cakap, “Kau satu hari nanti, mesti jadi orang hebat. Orang besar”.
Ya. Betul.
Makbul doa kawan aku.
Memang aku jadi orang besar. Tapi yang besar tu cuma badan aku. Aku rasa dia tak habis cakap. Atau aku memang salah faham.
Tu bab besar.
Bab hebat pulak.
Hebatkah?
Apa hidup hebat bagi aku?
Bebas, tenang, gembira.
Bebas memilih jalan hidup aku tanpa perlu bersandar pada definisi kejayaan mengikut hala mata orang lain.
Definisi Bahagia Berbeza
Aku ada kawan. Bujang. Hidupnya sibuk dengan kerja amal. Dia tak kisah cerita nak kahwin. Hendak sedih belum kahwin. Nak kalut bergetar rusuk. Tidak. Dia mencari bahagia dengan mencipta jalan dan tujuan hidupnya sendiri. Buat kebajikan.
Aku juga ada lagi satu kawan. Masa tengah sambung belajar, dia diuji dengan masalah ibu yang sakit. Komitmennya bertambah. Masa, tenaga, duit. Dia memilih ibu.
Akhirnya dia berhenti belajar. Duit bulanan dia tambah bayar pada jururawat khas untuk jaga ibu dia waktu dia bekerja.
Juga punya kawan yang jadi pelajar terbaik masa di universiti dulu. Bijak. Cantik. Kemas. Disiplin. Tapi, dia tidak memilih ke mana-mana dengan kehebatan dia. Dia tekad memilih menjadi ibu sepenuh masa.
Pilih Jalan Bahagia Kerana Ujian, Komitmen
Aku melihat orang yang mampu untuk berada di puncak tapi meninggalkan semuanya kerana punya komitmen dan ujian tanpa disangka.
Dan aku lihat juga orang yang mampu berjaya sebenarnya kalau dia usaha. Tapi dia sendiri tak mahu.
Bukan kerana malas usaha, tapi kerana hala tujunya telah berbeza. Haluan hidupnya beralih fasa. Dia memandang hidup dan berjaya dari definisi berbeza dari pandangan kita.
Sebab itu kadang-kadang bila nak bagi motivasi pada orang lain, sedarlah.
Jangan sampai nasihat jadi hinaan. Dan jangan sampai dorongan jadi kutukan.
Tak ketinggalan jangan sampai suruhan jadi desakan.
Setiap Orang Berhak Bahagia
Kita tak tahu apa masalah orang lain yang menghalang dia berjaya dengan definisi sempit kejayaan di mata kita.
Atau memangnya apa pandangan dia mengenai hidup yang tak meletakkan dia di tempat yang sama seperti kita.
Jangan sombong bila Allah menguji kita di tempat kita.
Tidaklah menjadi lebih tingginya kedudukan kita dengan memandang rendah pada orang lain yang tidak berdiri serupa.
Isteri kepada Allahyarham Abam Bocey, Siti Nurhidayah Mohd Ali atau disapa Hidayah menerusi entri di Instagram semalam meluahkan perasaannya apabila ada pihak yang menuduh dia tidak bersedih dengan pemergiaan arwah suaminya Abam pada 10 Februari lalu.
Menurut ibu tunggal ini dia reda dengan tuduhan sedemikian. Namun Hidayah sentiasa beringat akan pesan arwah Abam, di mana kesedihan tidak perlu ditunjuk-tunjuk;
“Ada orang berkata aku tak sedih dengan kematian suami tak apalah cakaplah apa pun Allah yang Maha Mengetahui segalanya, ingat lagi pesan arwah suami.
Mereka Bukan Bagi Kita Makan
“Sayang biarlah apa pun orang nak kata kita, mereka bukan bagi kita makan. Janji kita dengan cara kita jangan berhenti berdoa. Allah sentiasa ada bersama kita.
“Kesedihan tak perlu ditunjuk-tunjuk, bersedih (selain takut kerana Allah) tidak diajarkan dalam agama.
“Bahkan kita banyak menemui ayat mahupun hadis yang melarang kita untuk bersedih.
“Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” QS. At-Taubah: 40
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.” QS.Ali ‘Imran:139
Al-Fatihah Suamiku Syed Umar Mokhtar
Antara komen nasihat dari pengikut Instagram Hidayah Abam
Comel sungguh melihat gelagat Lara Alana yang dirakam oleh Awal Ashaari mengumumkan dia bakal mendapat adik. Permata sulung pasangan popular Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari ini begitu teruja apabila mengetahui ibunya yang dipanggil Mommy sedang mengandung.
Semalam Awal menerusi akaun Instagram @awalashaari telah berkongsi kisah gembira di hari jadinya yang ke-39 bersama pengikut di laman sesawang itu tentang isterinya yang kini sedang hamil empat bulan.
Seperti mana yang ditulis:
“Assalamualaikum wbt. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Tidak ada hadiah yang lebih bermakna dihari lahir saya selain daripada berkongsi kegembiraan ini dengan semua. We are expecting our second baby, and Inshallah going to our forth month now. Doakan Mommy dan baby sihat dalam kandungan dan dapat menjalani proses kehamilan dengan sempurna. Syukur ya Allah diatas rezeki ini dan Doakan Yang terbaik buat kami sekeluarga. P/s: Scha mintak maaf sebab dia dalam fasa benci handphone sekarang ni. Saya pun kengkadang pun dia benci jugak hahahaha SchAwaLara”
Lara yang terkenal dengan kebijaksanaannya kelihatan tersenyum sewaktu Awal merakamkan video yang dikongsi di Instagram. Sambil memegang kit ujian kehamilan wajahnya tidak lekang dari senyuman.
“Mummy sedang hamil. Saya bakal menjadi kakak kepada adik saya nanti, insya Allah. “Saya akan menjaga adik lelaki saya nanti. Doakan keselamatan Mummy,” luahnya sambil Awal mengusik Lara mengenai bagaimana dia mengetahui adik yang bakal dilahirkan nanti adalah lelaki.
Secara spontan Lara menjawab, Awal yang memaklumkan perkara itu. Namun menerusi video perkongsian tersebut tidak disahkan jantina anak yang bakal dilahirkan.
MW doakan bayi dalam kandungan Scha sihat dan Scha akan seronok menjalani proses mengandung dan kelak selamat melahirkan anak keduanya. Amin,.
Indonesia antara negara yang mencatat kes positif serta kematian tertinggi akibat pandemik COVID-19 di Asia Tenggara. Besar pengorbanan petugas barisan hadapan, diri berhadapan dengan risiko setiap kali menjalankan tugas dan tidak terkecuali menjadi mangsa.
Baru-baru ini, Indonesia kehilangan seorang ‘pejuang’ barisan hadapan yang tewas dalam menghadapi jangkitan Covid-19. Takdir menentukan Doktor Pakar (Paru-Paru) di Kota Makassar, yang dikenali sebagai Dr Adnan Ibrahim,47 telah menghembuskan nafas terakhirnya pada Jumaat lepas.
Baru-baru ini gambar beliau sedang solat di atas katil hospital viral di laman sosial dan pastinya mengundang reaksi yang mampu meruntun jiwa siapa sahaja yang melihatnya.
Menurut sumber, Dr Adnan yang juga merupakan Pengasas sebuah Yayasan Pendidikan Islam di Makassar, perlu menjalani prosedur dimasukkan tiub terus ke salur utama pernafasan (intubated). Untuk mengelakkan refleks melawan salur tersebut di samping mengatur pernafasan dengan mesin, pesakit akan diberi ubat bius yang akan membuatkan pesakit separuh sedar bagi mengurangkan impak kesakitan.
Sedia maklum impak selepas prosedur itu dijalankan, maka beliau meminta izin untuk menunaikan Solat Subuh sebelum prosedur tersebut dilakukan terhadapnya.
Ternyata itu solat terakhir beliau setelah usaha untuk menyelamatkannya mengikut prosedur yang telah ditetapkan gagal.
Beliau tidak lagi sedar setelah tiub dimasukkan ke saluran utama pernafasan dan disahkan meninggal dunia.Jangkitan yang semakin teruk akhirnya menyebabkan beliau meninggal dunia.Arwah disahkan menghembuskan nafasnya yang terakhir pada Jumaat lalu setelah tewas berjuang melawan Covid-19.
Menurut sumber, Dr Adnan merupakan doktor yang kelima di kota tersebut dan yang ke-77 di Indonesia dilaporkan meninggal akibat Covid-19.
Ketika hayatnya masih ada, arwah telah berjuang untuk merawat dan mengawal pandemik yang melanda negaranya.Beliau dikenali sebagai doktor yang sangat baik kepada semua kalangan, senior atau junior, doktor atau bukan.
Jenazah Dr Adnan telah selamat dikebumikan di pemakaman khusus milik Pemerintah Provinsi Sulawesi Selatan yang terletak di Macanda, Kecamatan Somba Opu, Kabupaten Gowa, Indonesia.
MW: Besar jasa dan pengorbanan petugas barisan hadapan, sanggup memberi khidmat, mengutamakan nyawa orang lain hingga diri sendiri tergadai. Salam takziah buat keluarga mangsa, semoga rohnya ditempakan dikalangan orang-orang yang beriman.
Ara Aziz mencipta inspirasi apabila bergelar pelajar termuda universiti pada usia 15 tahun. Anak kepada Aziz M Osman itu menyimpan impian menjadi pakar bedah otak.