Datuk Aishah Positif Covid-19 kali kedua, tidak disangka-sangka selepas dijangkiti pertama kali pada akhir Ogos tahun lalu, terbaru sekali lagi Aishah disahkan Positif Covid-19.
Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh pemilik nama sebenar Wan Aishah Wan Ariffin menerusi hantaran sebuah video di akaun Instagram rasminya.
Datuk Aishah Positif Covid-19 Kali Kedua
Menerusi video berdurasi dua minit 51 saat itu, Aishah menerima ketentuan dari Ilahi.
“Assalamualaikum semua. Ini baru betul-betul ketentuan takdir. Hari itu, selepas menerima suntikan dos penggalak, saya diminta Presiden Aishah FC, Dr. Nazlin buat ujian saringan.
“Hari pertama keadaan saya baik-baik sahaja. Namun, selepas membuat ujian menerusi kit ujian kendiri, saya didapati positif Covid-19 untuk kali kedua.
Rasa Sakit Teramat
“Saya juga buat ujian itu untuk kali kedua dan keputusannya tetap sama. Rasa sakit teramat dan saya betul-betul tidak larat. Simptom yang saya alami ini sama seperti simptom klasik yang pernah saya baca sebelum ini.
“Masa mula-mula kena, saya tidak ada batuk atau hidung berair. Tetapi kali ini, keadaannya sangat teruk.
Ads
“Kepada semua kru produksi yang terbabit dalam penggambaran muzik video lagu baru saya, Ketentuan Takdir dan petugas di pusat pemberian dos penggalak, saya harap anda semua dapat membuat pemeriksaan kerana menjadi kontak rapat saya,” ungkapnya.
“Covid-19 Ni Peminat Lagu Janji Manismu Agaknya?”
Menerusi hantaran yang lain, Aishah turut berseloroh dan menyatakan Covid-19 merupakan peminatnya.
“Covid-19 ini peminat lagu Janji Manismu agaknya sebab asyik nak ikut saya sahaja. Tidak mengapalah, Allah nak suruh saya berehat. Dapatlah saya berehat untuk beberapa hari.
“Jaga diri dan saya harap anda semua dapat doakan saya dan mereka yang sedang bertarung dengan virus ini,” nasihat Aishah.
Paksa anak tidur di koridor empat hari berturut-turut, ibu bapa abai anak ditahan polis. Tular gambar seorang remaja berusia 13 tahun yang tidur di kaki lima rumahnya kerana tidak dibenarkan memasuki rumah.
Paksa Anak Tidur Di Koridor 4 Hari Berturut-turut
Dalam tularan di media sosial tersebut, jiran menangkap gambar remaja berusia 13 tahun ini sedang lena tidur di koridor rumah pangsapuri kos rendah di Pasir Gudang memasuki hari ke empat berturut-turut.
Jelasnya remaja ini dihalau dari rumah selain memaklumkan remaja ini buang air besar ditangga kerana tak dibenarkan masuk ke rumah. Masa yang sama, menurutnya remaja ini seorang yang baik dan sentiasa gigih pergi ke sekolah walau kerap dihalau dari rumah. Bahkan makan minumnya diberikan oleh jiran yang kasihan dengan nasibnya.
Selepas kes ini tular di media sosial, remaja lelaki berusia 13 tahun ini berjaya diselamatkan oleh pihak polis dan ibu bapanya tahan.
Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak dalam sidang medianya memaklumkan, remaja ini diabaikan oleh ibu bapanya sejak 7 Julai lalu.
Susulan hal pengabaian anak ini, Sohaimi berkata, pihaknya menahan pasangan suami isteri berusia 54 dan 56 tahun yang merupakan ibu bapa remaja terbabit.
4 malam berturut-turut remaja ini tidur di koridor rumahnya selepas dihalau. Kredit gambar :- @zaidahmad_official
Ibu Bapa Abai Anak Ditahan Polis
Dalam pada itu, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak turut memaklumkan pasangan tersebut kini ditahan reman selama lima hari bermula hari ini untuk membantu siasatan lanjut.
“Semakan mendapati suspek lelaki mempunyai rekod jenayah lampau, namun ujian air kencing kedua-dua suspek adalah negatif dadah,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan dan menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat.
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Kakak Hello Kitty. Usahawan ini pernah bercerai dan ramai mengaitkan perceraiannya kerana suami dipaksa pakai baju Hello Kitty.
Mesra disapa Na, mengakui perceraian selama 23 hari dengan suami membuatkan diri dan hatinya tidak kuat. Perlu melakukan kerja-kerja rumah yang selama ini dibantu suaminya, Mohd Afizi.
Dan kerana itulah dirinya mengambil peluang kedua diberi Allah dan mereka kembali rujuk demi anak-anak serta menurunkan ego masing-masing demi membina keluarga bahagia.
Ikuti video penuh kisah suka duka pasangan ini yang memilih peluang kedua dalam kehidupan mereka dalam Sembang Wanita Xtra di saluran YouTube MW.
Tanggal 22 November 2022 pastinya meninggalkan kenangan manis buat adik Adib Amsyar ini apabila meningkat dewasa nanti apatah lagi berpeluang dipeluk dan dicium sendiri oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj sewaktu kecil.
Reaksi Spontan Raja Permaisuri Agong
Dalam video pendek yang dikongsikan di TikTok ini, keletah spontan Raja Permaisuri Agong cukup mencuit hati.Berpenampilan manis berbaju kurung dalam persalinan rona merah cili, baginda secara spontan duduk mencangkung meluangkan masa memeluk dan mencium adik Adib Amsyar ini yang sungguh comel.
Syukur ke hadrat ilahi untuk rezeki dan peluang ini.Semoga apa yang diberikan ini mendapat redha Allah SWT.
Best moment & rezeki adib amsyar bertemu KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj . Daulat TuanKu.
Disamping itu, baginda juga sempat melambai mesra adik Adib Amsyar di dalam lif, sebelum beredar dan meninggalkan lokasi.
Terharu Jiwa Keibuan Raja Permaisuri Agong
Ramai yang terharu dengan jiwa keibuan dan jiwa rakyat baginda, malah tumpang gembira dengan momen manis sebegini.
Buah Avokado atau alpukat merupakan buah yang sangat berkhasiat dan kaya dengan vitamin serta mineral. Buah ini juga mengandungi nutrisi asid folik yang sangat bagus untuk wanita hamil dan perkembangan bayi didalam kandungan. Rasa buahnya yang lemak berkrim, sangatlah sedap jika dibuat jus. Jika selalu beli jus ini, apa kata cuba buat sendiri pula.
Berikut merupakan perkongsian daripada Lin Chalo, Jus Alpukat yang menjadi kegemaran seisi keluarga beliau.Hanya perlu beli buah avocado dan buat sendiri je.
4. Tambah sikit air sejuk. Lepas tu kisar la sambil selawat kepada Rasul. MasyaAllah.
5. Minum dengan hepi!
InsyaAllah akan dapat alpukat yang creamy dan sedap. Jangan la kata mahal. Kalau beli kat Wong Solo 1 gelas tu dah hampir rm10 kannnn. Pastu dah kurang fresh sebab dorang dah buat siap-siap.
Avocado ni adalah salah satu buah yang sangat kaya dengan mineral dan vitamin. Antaranya ada magnesium, omega 3, leutin, vitamin C, K. Ada folate sangat bagus untuk mommy & baby.
Sebagai seorang wanita pada realitinya banyak pengorbanan yang perlu dilalui termasuklah dalam mengharungi dunia percintaan. Begitu juga dengan watak Radwa yang mengajar kita bahawa...